Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA Disediakan oleh: Drs
Ketidaktentuan –Tidak lengkap –tidak konsisten, –tidakpasti… atau ketiga- tiganya sekali.
Technology Oriented Business Driven Sustainable Development Environmental Friendly VISI Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Teori Behavioristik Albert Bandura
Pendekatan Konseling Behavioristik Nama : Rheza Azmi Baoka Kelas : 2C.
Nama kelompok : 1. Aditya Sharul Gunawan 2. Azmi Fidhayanti 3. Muchamad Effendi 4. Rike Fadilah 5. Widi Dwirizki Utoyowibowo Kelompok 2.
Nama-Nama Kelompok 1.Amaliah Nurrohmah( ) 2. Arista Tulis( ) 3.Suci Anggari( )
Neoliberalisme & Neorealisme Ariska Ayu Anggita (07) G. A. Evarina Danuharta (033) Nizzah Amalia Subchan (058) Damar Kusumawardani (083)
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN:  ZACHARY MATTHIAS  SEELAN  YUSRI  AKEEF  HARIZ.
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
Perakaunan untuk koperasi
Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',
LANDASAN PENDIDIKAN PANCASILA 1.Landasan Historis 2.Landasan Kultural 3.Landasan Yuridis 4.Landasan Filosofis.
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
BAB 4 PERSAMPELAN.
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya
Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
START is a community within Isagenix, comprised of visionaries and go-getters all around the globe who are between the ages of years old who want.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Perubahan dalam Pendidikan
CHAPTER 2: BASIC CONCEPT OF ETHNIC RELATIONS
SPK2102W: SENI DALAM PENDIDIKAN
UNIT 3 Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju Perubahan dalam Organisasi.
SESI 3 : 1.4 KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
Prof Madya Dr Sharifah Norazizan Syed Abd Rashid APPM, MRTPI Chartered Town Planner KURSUS : FEM 3302 DEPT. OF SOCIAL & DEVELOPMENT SCIENCES FACULTY.
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
KONFLIK ANTARA PERIBADI
GLOBALISASI Definisi Globalisasi adalah suatu proses yang menyeluruh atau proses yang menduniakan Setiap orang tidak terikat oleh negara atau batas-batas.
Universiti Utara Malaysia
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Motivasi dalam Pendidikan
What is a Group? Apakah kelompok?
TAJUK 2 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
KULIAH 3 ETIKA PERGURUAN DAN AKAUNTABILITI
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
BUKU TEKS MIB M.S 2-3 NO MORE SPOON FEEDING HIGHLIGHT MAIN POINT AND MAKE A QUICK SHORT NOTE (NOTA RINGKAS ) ON YOUR TEXTBOOK BUAT CATATAN DALAM BUKU TEKS.
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
PLANNING.
سوسيولوڬي.
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
DEFINITION AND APPROACHES TO THE STUDY OF MORAL/ ETHICS DEFINISI ETIKA & PENDEKATAN KEPADA KAJIAN MORAL/ETIKA.
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pemikiran Islam Semasa di Singapura
Pengurusan Antarabangsa
JANGKAAN GURU/Teachers’ Expectation
PEMBINAAN HUJAH BAGI ITEM KBAT
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KULIAH 3: PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF EKONOMI DAN BUKAN EKONOMI
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Presentation transcript:

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia Pengenalan Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi dengan pelbagai latar budaya masyarakat.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara.

Pengertian dan Konsep Budaya Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada cantuman perkataan ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang membawa pergertian: ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’. Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.

Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2 benda iaitu: i. Kebendaan ii. Bukan Kebendaan

Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.

Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan kebudayaan baru yang boleh diterima oleh komuniti setempat. Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti. Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif oleh masyarakat.

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat.

Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dll. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Sementara itu, dalam ‘Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya sebagai: ‘The way of Philosophy (1996), ‘The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity’. . Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan ‘Bourdieu’ yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks. Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar Bangsa dan Agama.

L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol. Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat. Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.

Malinowsky (1965), dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture”, mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll. Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.

Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada Budaya masyarakat. Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.

Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang mempunyai Nilai Material dan Bukan Material. Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa menyalahi Budaya yang diterima bersama. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal. Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah, diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.

Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut: i. boleh dipelajari ii. boleh dikongsi iii. bersifat sejagat iv. boleh diwarisi v. sentiasa berubah vi. mempunyai unsur simbolik vii. mempunyai pandangan semesta

Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat. Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini.

Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita. ‘Ilmu Kolonial’ telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai ‘Etnisiti’ iaitu Etnik. Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza.

Jenis dan Demografi Kelompok Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.

Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan: i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas. ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus. iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti berikut: i. Keamanan ii. Status iii. Harga Diri iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial). v. Kekuatan vi. Pencapaian Tujuan

Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian seperti:- i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah) ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam) iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia) iv. American Indian-(Orang Asli Amerika) v. Austroloid-(Orang Asli Australia)

Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:- i. Perbezaan Pencapaian ii. Jurang Sosial iii. Monopoli iv. Budaya iv. Pengekalan Identiti v. Prasangka vi. Ethnocentrisme vii. Stereotaip

Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan ‘Demografi’. Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah ‘Demografi’ ini dalam karyanya yang berjudul ‘Elements of Human Statistics or Comparative Demography’. Kata ‘Demografi’ berasal dari bahasa Yunani ‘demos’ bermaksud penduduk di sesuatu kawasan. ‘Grafein’ pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.

Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu kawasan. Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak. Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah sebanyak (14%).

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk. Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak. Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri). Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara.

Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17 suku kaum etnik yang menetap di sini. Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia. Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu ‘Bangsa Malaysia’ yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri. Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing. Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.

Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia. Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.

Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi. Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949). Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup masing-masing.

Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara satu sama lain. Contohnya, negara Switzerland. Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal. Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti yang sama.

Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru. Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur antara Etnik dan Ras. Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini. Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini. Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik. Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi. Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.

. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah: i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara ii. Rukun Negara iii. Dasar Ekonomi Baru iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik. vii. Integrasi antara Wilayah. viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak. Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan. Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia. Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia. . Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan. . Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.