EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

Slaid APA Sebelum Sesi Kuliah Setiap pensyarah UPM digalakkan menyampaikan maklumat mengenai APA sebelum kuliah bermula. Gunakan 5 minit pertama bagi berkongsi.
Oleh: Pejabat Pengurusan Program (PMO Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pencapaian UTM berasaskan Balanced Scorecard (Januari - Mac 2016)
Major NAZAR TALIB {Rtd} PIC Security – Audit Assurance Cell.
IPGM IAB BPSH IPTA P/GB/ GPK GURU JPN PPD PELAPORAN SISC+
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
BELANJAWAN USM.
BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA
MOHD RIZAL BIN MOHTAR PENSYARAH JABATAN PJK IPG KPI
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DI MALAYSIA
LAPORAN RINGKAS PROGRAM
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN.
Integrating School Based Assessment (SBA)
Inisiatif: Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPBISM) (English Enhancement Programme for Secondary Schools)
L2 FACULTY OF EDUCATION EDU5810 EDUCATIONAL POLICY AND PLANNING
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
Universiti Utara Malaysia
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
What is a Group? Apakah kelompok?
KEADILAN SOSIAL DI SEKOLAH
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
BELANJAWAN USM.
Pengenalan.
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
USING STANDARDS IN SUPERVISION
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH, 1981
Akta Pendidikan 1996 Education Act 1996
BUKU TEKS MIB M.S 2-3 NO MORE SPOON FEEDING HIGHLIGHT MAIN POINT AND MAKE A QUICK SHORT NOTE (NOTA RINGKAS ) ON YOUR TEXTBOOK BUAT CATATAN DALAM BUKU TEKS.
BELANJAWAN USM.
Institusi Pengajian Tinggi
PLANNING.
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
USING STANDARDS IN SUPERVISION
#mydigitalmaker Champion School #mydigitalmaker Champion School
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S) BAHAGIAN SUKAN
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL.
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
KONSEP PENGURUSAN KEWANGAN BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
PEROLEHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
BELANJAWAN USM.
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN KULIAH MINGGU 01: DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN Oleh: Dr. Ramli Bin Basri ramlibasri@putra.upm.edu.my Tel: 019 224 1332

KANDUNGAN Pengenalan Kepada Dasar Awam Proses Dasar Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK): Asas, Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan Akta Pendidikan 1996

1. PENGENALAN KEPADA DASAR AWAM

ISU DAN DASAR Dasar digubal berikutan sesuatu isu atau cabaran dalam environment dasar Environment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling dalam jajahan dan kedaulatan negara. Sesuatu isu atau cabaran wujud apabila timbulnya sesuatu masalah atau keadaan atau cabaran dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar. Setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Sesuatu dasar bukan dibentuk secara sewenang-wenangnya. Dasar terbentuk akibat munculnya sesuatu isu dalam masyarakat. Sesuatu isu wujud apabila timbulnya sesuatu masalah dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar. Environment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling atau teritory negara.

DEFINISI ISU Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan. Sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat. Tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Tindakan kerajaan bagi sesuatu tujuan atau cabaran seperti meningkatkan kemajuan, kemudahan, keselamatan dan keselesaan. Isu boleh didefinisikan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan. Isu mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan isnstitusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat.

ISU Isu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan, kritikan, bangkangan, dan tuntutan atau persoalan atau cabaran yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat atau negara secara keseluruhan Penyelesaian isu di luar kemampuan mereka Isu yang mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar. Secara keseluruhannya isu juga boleh didefinisikan sebagai tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Di peringkat awam, isu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan @ complain, kritikan, bangkangan, persoalan yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat dan mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar.

ISU DAN DASAR Isu akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan menggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja. Masalah ini akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan menggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau diselesaikan dengan mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja.

DASAR Dasar dibentuk untuk menangani isu Setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat, tujuan dan strategi Dasar mesti selaras dengan dasar-dasar yang lain dan Dasar hendaklah tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang lain Ciri-ciri dasar

DEFINISI DASAR AWAM Pilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu ataupun tidak membuat sesuatu Pilihan kerajaan bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan Sesuatu yang digubal untuk menyatakan atau memperihalkan hasrat, tujuan dan matlamat kerajaan

DEFINISI DASAR AWAM Nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat dan persekitaran/ teritori /jajahan Program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan

PEMBENTUKAN DASAR AWAM PEMUTUSAN DASAR Majlis Raja-Raja Parlimen Kabinet PENGGUBAL DASAR Profesional dan Pentadbir Penggubal bagi setiap dasar di negara ini biasanya adalah terdiri daripada golongan pentadbir dan profesional. Mereka akan mengkaji dan menganalisis sesuatu dasar tersebut di peringkat Kementerian/Jabatan masing-masing. Kertas dasar yang disediakan akan dikemukakan ke pihak Jemaah Menteri atau Kabinet untuk mendapat kelulusan dasar atau kelulusan kabinet. Sebelum dikemukakan untuk pertimbangan kabinet tersebut, pihak Kementerian yang berkenaan akan terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian lain yang berkaitan dengan dasar tersebut. Contoh:

PEMBENTUKAN DASAR AWAM PELAKSANA DASAR Profesional dan Pentadbir SASARAN DASAR Rakyat dan environment (Kumpulan Berkepentingan dan Penanggung Risiko)

BENTUK-BENTUK DASAR PERLEMBAGAAN, UNDANG-UNDANG & PERATURAN DASAR RANCANGAN PROGRAM PROJEK SKIM

PELAKSANAAN DASAR PROGRAM PROJEK RANCANGAN AKTIVITI SKIM STRATEGI INTERVENSI

PENJELASAN DASAR PEKELILING SURAT SIARAN MEKANISME GARIS PANDUAN

2. PROSES DASAR

PROSES DASAR Mengenalpasti masalah, cabaran Menstrukturkan masalah, cabaran kepada isu, matlamat dasar Mengemukakan alternatif untuk kelulusan Pernyataan Dasar Merancang tindakan dasar: Program, Aktiviti, Mekanisme Pelaksanaan Outcome Dasar Penilaian Dasar: Teruskan @ Hentikan @ Penambahbaikkan Intervensi Dasar

PEMBENTUKAN DASAR Cadangan Dasar Perlu Mengambilkira Political Expediency/Support Financial Capability Professional Capacity Administrative Operability Mengambilkira Kepentingan Policy Actors/Advocators Policy Stakeholders Policy Risk Groups

PEMBENTUKAN DASAR PENDIDIKAN Kertas Cadangan Dasar Mesyuarat Jabatan/Bahagian Mesyuarat Hal-Hal Profesional KPM Mesyuarat Pengurusan KPM Mesyuarat JK Perancangan Pendidikan Mesyuarat Jemaah Menteri Rang Undang-Undang Majlis Raja-Raja

3. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

ENVIRONMENT DASAR PELAJARAN Sek Ren Sek Men Jumlah Sek Murid Rendah Murid Men Jumlah Murid Guru Ren Guru Men Jumlah Guru Bajet

PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Pelbagai jenis atau orientasi sekolah Pelbagai jenis bahasa pengantar Pelbagai bentuk kurikulum Kelayakan guru tidak seragam

ASAS DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEDIA ADA PENYATA BARNES 1950 PENYATA FENN-WU 1951 ORDINAN PELAJARAN 1952 PENYATA RAZAK 1956 ORDINAN PELAJARAN 1957 PENYATA RAHMAN TALIB 1960 EDUCATION ACT 1962 LAPORAN JK KABINET 1979

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 SEBAGAI AKTA IBU KEPADA PENDIDIKAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 SUATU AKTA UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PENDIDIKAN DAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH BERPAKSIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN; DAN PELAKSANAAN SEMASA DIGUBAL SELARAS DENGAN DASAR WAWASAN NEGARA

PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN RANCANGAN MALAYSIA KE- 9 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 ILMU itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa TUJUAN PENDIDIKAN adalah untuk penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 PERANAN PENDIDIKAN menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi idividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN Dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Kurikulum Kebangsaan Peperiksaan yang sama

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara

MISI PENDIDIKAN Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

MATLAMAT PENDIDIKAN Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

4. PERUNTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA)

Seksyen 15: Sistem Pendidikan Kebangsaan Terdiri daripada: pendidikan prasekolah pendidikan rendah pendidikan menengah pendidikan lepas menengah pendidikan tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

Bahasa Kebangsaan (ms 15) Guru (ms 15) Ibu bapa (ms 15) Seksyen 2: TAKRIFAN Bahasa Kebangsaan (ms 15) Guru (ms 15) Ibu bapa (ms 15) Institusi pendidikan (ms 15) Murid (ms 16) Premis (ms 18)

Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun

Pendidikan Rendah Pendidikan rendah ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun

Pendidikan Menengah Rendah Pendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah

Pendidikan Menengah Atas Pendidikan menengah atas ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah

Pendidikan Lepas Menengah Pendidikan lepas menengah ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

Pendidikan Tinggi Pendidikan tinggi ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi (diploma & ijazah)

Sekolah Sekolah ertinya tempat di mana 10 orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

Seksyen 16: Sekolah Sekolah kerajaan Sekolah bantuan kerajaan; dan Tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu: Sekolah kerajaan Sekolah bantuan kerajaan; dan Sekolah swasta.

Sekolah Kerajaan Sekolah kerajaan ertinya sekolah yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri

Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah bantuan kerajaan ertinya sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh

Sumbangan (Grant) Sumbangan modal Bayaran daripada wang awam kepada sesebuah institusi pendidikan bagi mengadakan bangunan, Ubahsuai dan tambah premis, Perabot dan kelengkapan, atau Maksud lain yang ditetapkan.

Sumbangan 2. Sumbangan Bantuan Apa-apa bayaran daripada wang awam selain daripada sumbangan modal kepada sesebuah institusi pendidikan

Sekolah Kebangsaan SK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan

Sekolah Kebangsaan d) di mana kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya

Sekolah Jenis Kebangsaan SJK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan yang menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan- yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah; yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;

d) di mana kemudahan bagi pengajaran – bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang orang murid di sekolah itu memintanya; dan bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;

bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan yang ditetapkan.

Seksyen 41: Pendidikan Khas Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah Kurikulum yang ditetapkan hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik

Seksyen 50: Pengajaran Agama Islam Jika terdapat dalam satu-satu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Seksyen 51: Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan peruntukan bagi pengajaran agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi - peruntukan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh parlimen; dan tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya

Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan

Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib

Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan Dalam hal sekolah swasta - hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan - diajarkan di sekolah itu.

Seksyen 19: Peperiksaan Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah akta ini.

SEKSYEN 29A: PEND RENDAH WAJIB (Mulai 2003) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

SEKSYEN 64: BANTUAN MURID Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk – pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; dan penyediaan - tempat tinggal; pengangkutan; buku; dan perkhidmatan perubatan dan pergigian,

11 JENIS BANTUAN MURID DI SEDIAKAN bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

Thank You…