MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

1 Bab 8 Halatuju dan Kekangan dalam Antaramuka : Multisensori.
PEJABAT PELAJARAN KERAMAT
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Journal: Competing Paradigms in Qualitative Research by Guba & Lincoln
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
GKB1053: ALAT-ALAT CORT IV TING SZE CHING J1.2.
KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
MENULIS KARYA ILMIAH Yusrin Ahmad Tosepu. BIJAK “Ada banyak hal yang menunggu untuk ditulis. Dan di setiap langkah anda, anda melihat hal tersebut”
BAB 4 PERSAMPELAN.
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
COPYRIGhT AND PrivACY FROM MORAL LEGAL STANDPOINT
PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN JANUARI 2011.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
UNIT 7: PENGURUSAN AUDIO
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Aktiviti 1. dengar dan tulis 2. dengar dan bina pohon keluarga
2. Muzik Dengan Gerakan / Pergerakan Kreatif
PEMBELAJARAN MASTERI.
TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
Ciri-Ciri Reka Letak Yang Baik
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
TEKNOLOGI PENGAJARAN TP2W
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
Fem 4102 KOGNISI DAN BAHASA (Cognition and Language)
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
VARIANCE IN MASTERY DESIGN
MODUL 3 FILING SYSTEM.
MODEL PENILAIAN OBJECTIVE ORIENTED CIPP SUMMATIVE & FORMATIVE
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK
BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
CABARAN MEDIA YANG BERUBAH
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
OBJEKTIF MLL 205 (2012) Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
Pertanian . Inovasi . Kehidupan
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
BAB 8 TATASUSUNAN.
PROPOSAL / KERTAS CADANGAN
Pengenalan.
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
PENDEKATAN PENULISAN BERITA & RENCANA
Salam Perkenalan Perjumpaan Bersemuka 1 (8/9/2013)
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 23 JUN 2012.
FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
JANGKAAN GURU/Teachers’ Expectation
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
8.
Penilaian Capaian & Maklumbalas Berkaitan
Ayo Membaca Agar Hidup lebih Bermakna, Bermanfaat dan Bermartabat Bab 7 BERBAHASA PERSUASIF.
Bermulanya pembelajaran alaf baru
Reka bentuk pengajaran: MODEL ASSURE
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Penerbitan Video Pendidikan
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom Seminar5

Kandungan Pelbagai pendekatan dalam pengajaran penulisan Cara memeriksa dan menilai karangan

Pendekatan dalam Pengajaran Penulisan Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Raimes (1983) telah mencadangkan pendekatan-pendekatan yang berikut: 1. Pendekatan Terkawal 2. Pendekatan Bebas 3. Pendekatan Pola-Perengganan 4. Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi 5. Pendekatan Komunikatif 6. Pendekatan Proses 7. Pendekatan Pengalaman Bahasa

Pendekatan Terkawal Karangan peringkat asas Segala isi dan bahasanya terkawal oleh guru Tujuannya untuk mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid Fokusnya kepada kelancaran dalam penggunaan bahasa Membolehkan murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa Dibahagikan kepada 3 jenis

Pendekatan Terkawal 3 jenis: (i) 100% terkawal atau berpandu – peringkat menyalin semula Contoh: Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

Pendekatan Terkawal (ii) separuh terkawal – peringkat menghasilkan semula Disediakan oleh guru tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.

Pendekatan Terkawal (iii) Hampir terkawal Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh : Menulis semula cerita yang diperdengarkan. Menyudahkan cerita. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

Pendekatan Bebas Dapat dijalankan setelah murid sudah boleh menguasai bahasa dengan baik Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan •Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata Bentuk karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

Pendekatan Pola-Perenggan Menitikberatkan kepada pembentukan perenggan dan kesepaduan isi. Murid-murid dilatih untuk menyampaikan idea dalam perenggan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah: mengkaji contoh-contoh perenggan karangan yang baik. menyusun ayat yang dicampuradukkan agar susunan itu membentuk satu perenggan yang kemas dan sepadu. mengenal pasti isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. mengkaji contoh-contoh perengganan yang baik. latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu perenggan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling berhubung dan melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.

Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi Melalui pendekatan ini guru dapat menumpukan perhatian murid mengenai beberapa kemahiran kecil yang harus dikuasai secara sekaligus. Murid-murid harus memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis serta penyusunan perenggan yang perlu digunakan dalam sesuatu penulisan. Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.

Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu kesatuan. Menghubungkan idea secara berkesan dengan kata hubung seperti sungguhpun demikian, walau bagaimanpun, namun demikian, oleh kerana itu Kata hubung yang dinyatakan itu dapat menggabungkan idea dengan lebih berkesan.

Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi Aspek penyusunan dalam apa jua bentuk karangan (surat, laporan, rencana, dan sebagainya) dianggap penting Selain kejelasan bahasa, teknik menyusun isi karangan dan aspek perengganan memudahkan penulis menyampaikan idea secara teratur dan berkesan.

Pendekatan Komunikatif Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca penulisan tersebut. Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam kehidupan seharian. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

Pendekatan Komunikatif Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

Pendekatan Komunikatif Contoh: Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Lorong Chuan pagi ini antara sebuah motosikal dengan sebuah kereta. Dalam kemalangan itu, tiga orang penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya cedera parah. Ketua pengarah sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian tersebut dan meminta anda menulis satu laporan untuk disiarkan esoknya.

Pendekatan Proses Mengutamakan proses penulisan untuk menghasilkan sesuatu karangan Latihan melalui beberapa peringkat menulis sebelum menghasilkan karangan dianggap lebih penting Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan perbahasan, untuk mendapatkan isi

Pendekatan Proses Berdasarkan isi karangan yang telah diperoleh, murid-murid membuat rangka dan menulis draf karangan Draf itu disemak dan diperkemaskan untuk memperbaiki karangan tersebut. Perkara-perkara berikut boleh dilakukan: (i) Menukar atau menambah isi serta susunannya. (ii) Membaiki ayat atau perenggan. (iii)Membaiki ejaan dan tanda baca. (iv)Membaiki pilihan kata dan tatabahasa (v) Membaiki ekspresi dan gaya bahasa. Guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan

Pendekatan Proses Draf yang telah diperkemaskan diberikan kepada rakan atau guru untuk mendapatkan maklum balas tentang penulisan tersebut. Setelah karangan itu disemak, murid menyalin semula draf dengan mengambil kira pandangan atau idea-idea baru yang diberi oleh guru atau pembaca yang lain.

Pendekatan Proses Mengambil masa yang agak panjang dan tidak dapat diselesesaikan dalam jangka waktu yang terbatas. Namun demikian pendekatan ini dapat membantu pelajar lebih bertanggungjawab ke atas kerja penulisan mereka serta dapat meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan mereka. Hasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar yang lain membacanya yang ditukar dari semasa ke semasa

Pendekatan Pengalaman Bahasa Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai… • Guru membaca secara nyaring, murid mendengar • Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru • Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu • Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

Memeriksa dan Menilai Karangan Tujuan utama guru memeriksa dan menilai karangan murid-murid ialah untuk memberitahu mereka kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan untuk membolehkan mereka mempelajari aspek-aspek bahasa dan perkara-perkara lain bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis.

Memeriksa dan Menilai Karangan Ketika memeriksa karangan, guru tidak seharusnya menandakan semua kesalahan murid malah memadailah kalau guru menggunakan sistem lambang sendiri bagi menandakan kesalahan seperti ejaan, struktur ayat tatabahasa dan sebagainya. Bagi karangan murid di sekolah rendah, guru boleh membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.

Memeriksa dan Menilai Karangan Pemberian markah diasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang harus diketahui oleh murid Ada dua cara menilai karangan murid iaitu dengan menggunakan teknik perincian (atau teknik analisis) dan teknik tanggapan menyeluruh (atau teknik global).

Memeriksa dan Menilai Karangan Aspek yang dinilai: Isi Ejaan Bahasa Kosa kata Kelancaran Pengolahan isi Ketepatan dengan tajuk Format (sekiranya karangan berformat)

Memeriksa dan Menilai Karangan Isi : Setiap isi harus diperkembangkan atau diulas. Tatabahasa: Setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan dipotong markah.Markah maksimum ditentukan. Gaya bahasa: Cara penyampaian denga menggunakan bahasa yang menarik. Pengolahan: Kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerganan. Keseluruhan: Peruntukan markah berdasarkan pemarkahan secara global terhadap keseluruhan penghasilan karangan.

Memeriksa dan Menilai Karangan PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format Berikan markah akhir

Memeriksa dan Menilai Karangan Pemeriksaan dengan cara holistik adalah berdasarkan kepada andaian bahawa keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian. SKEMA PEMARKAHAN YANG MENGGUNAKAN TEKNIK GLOBAL.doc

TMAO2 Raimes (1983) telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Pilih tiga jenis pendekatan dan jelaskan dengan contoh-contoh tertentu.

Soalan Perbincangan 1 a) Membaca melibatkan interaksi antara bahan bertulis dengan pembaca. Terangkan proses membaca yang melibatkan factor pemahaman dan pentafsiran. b) Terangkan TIGA tujuan membaca.

Soalan Perbincangan 2. Bincangkan sebab-sebab mengapa terdapat sebahagian murid sekolah rendah menghadapi masalah kesukaran membaca. 3. Peringkat pemahaman membaca bermula daripada peringkat paling asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Huraikan.

Soalan Perbincangan 4. Huraikan kemahiran membaca yang berikut: a) Kemahiran membaca aktif b) Kemahiran membaca kritikal 5. Kemahiran menulis hanya dapat dicapai selepas murid-murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Bincangkan.

6. Dalam pengajaran penulisan di sekolah, murid didedahkan dengan pelbagai jenis penulisan. Terangkan jenis-jenis penulisan yang berikut: i. Penulisan terkawal ii Penulisan separa terkawal iii. Penulisan berpandu iv. Penulisan bebas

Terima Kasih!