ETIKA KERJA 55.

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

ASPEK PENTADBIRAN PEJABAT DAN CARA MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM
Slaid APA Sebelum Sesi Kuliah Setiap pensyarah UPM digalakkan menyampaikan maklumat mengenai APA sebelum kuliah bermula. Gunakan 5 minit pertama bagi berkongsi.
Technology Oriented Business Driven Sustainable Development Environmental Friendly VISI Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.
PENGHANTARAN SISTEM (DELIVERING THE SYSTEM). Pengenalan Menghampiri penghujung fasa pembangunan sistem 2 isu utama yang menentukan kejayaan dalam menghantar.
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK
PHILOSOPHY PRINCIPLES ETHICS. Philosophy - refers to the system of concepts, principles, and values that drive what it is.
Oleh: Pejabat Pengurusan Program (PMO Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Major NAZAR TALIB {Rtd} PIC Security – Audit Assurance Cell.
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
GKB1053: ALAT-ALAT CORT IV TING SZE CHING J1.2.
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
EDU 5814 Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus.
START is a community within Isagenix, comprised of visionaries and go-getters all around the globe who are between the ages of years old who want.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
Teori Etika.
Asas Keusahawanan This "Deco" border was drawn on the Slide master using PowerPoint's Rectangle and Line tools. A smaller version was placed on the.
ETIKA & TONGGAK 12 DALAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM:
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
PEMARKAHAN LAPORAN AKNC Anugerah Kualiti Naib Canselor 2014
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
Panduan Umum J – Jiwa yang tenang dan bersih ANAK SOLEH J – Jiwa yang tenang dan bersih I – Inisiatif dan iltizam, iaitu ada usaha dan kesungguhan.
ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM4123
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
Kepemimpinan Dalam Pengurusan Sekolah
Kajian sekolah berkesan
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
Model dan Dimensi Pengajaran
EDU 5814 Etika Pengurusan Pendidikan Dr.Abdul Rahman Md Aroff Profesor Emeritus.
BUKU TEKS MIB M.S NO MORE SPOON FEEDING HIGHLIGHT MAIN POINT AND MAKE A QUICK SHORT NOTE (NOTA RINGKAS ) ON YOUR TEXTBOOK BUAT CATATAN DALAM BUKU.
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
Masalah Tugasan.
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
Motivasi dalam Pendidikan
Pengurusan Konflik dan Stres dalam Pendidikan
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
KULIAH 3 ETIKA PERGURUAN DAN AKAUNTABILITI
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
Pengenalan.
Siti Hajjar Abdul Majid Executive Brand Partner Vemma
USING STANDARDS IN SUPERVISION
Etika Pengurusan Pendidikan
PLANNING.
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
PERANAN KEJELEKITAN KUMPULAN DALAM MENCAPAI VISI DAN MISI ORGANISASI
EMOTIONAL INTELLIGENCE
DEFINITION AND APPROACHES TO THE STUDY OF MORAL/ ETHICS DEFINISI ETIKA & PENDEKATAN KEPADA KAJIAN MORAL/ETIKA.
UNIT 13: ETIKA KEWARTAWANAN.
USING STANDARDS IN SUPERVISION
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
JANGKAAN GURU/Teachers’ Expectation
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN DAN BENCANA
PERJUMPAAN PENGARAH PELAJARAN KEDAH BERSAMA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

ETIKA KERJA 55

KANDUNGAN Tuntutan terhadap etika kerja Pengertian etika kerja Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika UPM Pemanfaatan teori etika dalam pembentukan Etika Kerja Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika KPM Aplikasi Etika Kerja di Sekolah dari Aspek Prinsip

Mengapa Terdapat Tuntutan Terhadap Etika Kerja Produktiviti merupakan kata kunci untuk era globalisasi dan ICT Apabila sejumlah input dapat menghasilkan output yang lebih besar, maka pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi dianggap sebagai produktif Kita harus mengeluar/membekalkan perkhidmatan/barangan yang dapat memenuhi/melampaui keperluan pelanggan Perlu ada daya saing (competitiveness) untuk menjadi pusat kecemerlagan dalam pendidikan Akauntabiliti terhadap profesion dan perkhidmatan …

Kebimbingan terhadap beberapa gejala dalam senario pendidikan: - Morale guru yang rendah - Tahap profesionalisme guru yang rendah - Pedagogi yang kurang sesuai Oleh itu kita memerlukan satu set etika kerja yang bukan sahaja memastikan kepatuhan pentadbir dan guru kepada piawai minimum yang telah ditetapkan, malahan melampaui keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan dalam pendidikan

Ramai Pegawai Muda Rasuah Laporan Utusan Malaysia 13-8-02 Penglibatan pegawai muda sektor awam dan swasta dalam gejala rasuah Statistik sepanjang lima tahun menunjukkan seramai 340 kakitangan yang berumur 16 – 30 terlibat dalam gejala ini (20% daripada keseluruhan kes rasuah di negara ini) Majoriti yang terlibat terdiri daripada pegawai bahagian penguat kuasa Persepsi Indeks Rasuah Antarabangsa (TI)– Dari tempat ke-23 kepada ke-37? Dapatkah kita mencontohi Finland – Negara Tahap rasuah pada tahap yang paling rendah!

Ikrar Pegawai Awam Malaysia Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan…

Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan agama dalam menjalankan tugas

Pengertian Etika Kerja Etika Kerja merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia (Kementerian Pelajaran Malaysia) …

…Pengertian Etika Kerja Work ethic is a cultural norm that advocates being personally accountable and responsible for the work that one does and is based on the belief that work has intrinsic value Etika kerja dapat berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja Prinsip dan nilai yang terkandung di dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap warga organisasi.

Etika Kerja UPM Objektif Menanamkan sifat positif dalam melaksanakan tugas yang diberi serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan cemerlang dengan memenuhi kehendak pelanggan dan organisasi Memberi sumbangan positif kepada negara.

Prinsip Etika Kerja UPM Niat yang betul Perlakuan yang baik Penggerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Beradab Kekitaan, kesetiaan, syura, dan muafakat

Etika Kerja UPM Nilai Penyayang Amanah Berdisiplin Adil Bersih Bertanggungjawab Berdedikasi Amanah Adil Benar dan telus Bijaksana Bersyukur Cekap, cepat dan tepat Ikhlas

Komitmen terhadap Organisasi Kepercayaan terhadap matlamat dan nilai organisasi Kesanggupan untuk menjaga imej organisasi Keazaman yang kuat untuk menjadi anggota organisasi

Komitmen terhadap Profesion Tidak mencemarkan nama baik profesion Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru Sentiasa mempertingkat kemajuan dari segi ikhtisas

For Your Thoughts! Kualiti yang mungkin dapat difikirkan: Penghargaan terhadap profesion/kerja itu Setakat mana individu tersebut menanggung risiko untuk melucutkan jawatan yang dipegang? Semangat terhadap kerja Setakat mana individu tersebut sanggup melaksanakan sesuatu yang melebihi rakan sejawat? Kesungguhan terhadap kerja Setakat mana individu tersebut cuba melaksanakan kerja secara betul pada kali pertama Kesanggupan untuk menangguhkan keseronokan Setakat mana individu itu sanggup mengorbankan hari cuti dan sebagainya?

Work Ethics Cartoons                                                                                                                                   

Prinsip Etika Kerja UPM Kekitaan, Kesetiaan, syura dan Muafakat Menghargai pepatah Melayu :Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Bekerja dengan semangat berpasukan dan bersyura dalam membuat keputusan yang penting Berunding dan merujuk orang lain yang lebih mengetahui dalam menangani masalah yang besar Sentiasa bersemangat kekitaan dan setia

Nilai Bersih Etika Kerja UPM Pertuturan tidak menyingung perasaan Pakaian sentiasa bersih dan kemas dan tempat kerjanya sentiasa tersusun Sentiasa memastikan harta yang diperolehi adalah bersih dan berpadanan dengan kedudukan dan kemampuan Sentiasa mengawal diri supaya tidak terjerumus dalam keadaan berhutang yang tidak terkawal sehingga mendorong kepada perbuatan keji seperti penipuan, penyelewengan atau rasuah

Pemanfaatan Teori Etika dalam Pembentukan Etika Kerja Teori ‘Consequentialist’, Teori Kant dan Etika Keperibadian Mulia Setiap teori ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing untuk dijadikan sebagai panduan pembentukan etika kerja

Teori consequentialist dengan etika kerja Membolehkan sesuatu organisasi memilih alternatif yang paling sesuai dari segi polisi dan keputusan untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ahli Mementingkan aspek altruisme (mementingkan orang lain). Dapat mengurangkan perasaan ego Membolehkan sesuatu organisasi membuat keputusan yang realistik

Contoh Teori Consequentialist Benar Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama Bersyukur Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah Dedikasi Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan

Teori Kant dan Etika Kerja ‘Categorical imperative’ yang disarankan oleh Kant memberi panduan yang jelas kepada kita untuk membuat keputusan moral Teori ini mengambil kira niat dan perlakuan. Oleh itu, dapat mengelakkan amalan ‘matlamat menghalalkan cara’ Mengamalkan kebaikan sebagai satu kewajipan (duty)

Keperibadian mulia dan etika kerja Nilai-nilai murni yang bersifat unggul dan sejagat kurang menimbulkan masalah kepada pendukung teori consequentialist dan teori Kant

Pendirian KPM terhadap Kewujudan Etika Kerja Satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga KPM mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab; dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing

Matlamat Etika kerja KPM Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertahankan kualiti kerja; Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara

Etika Kerja KPM Terdiri daripada dua komponen yang utama: Prinsip Nilai

Prinsip Etika Kerja KPM Etika kerja KPM perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Niat yang betul Perlakuan yang baik Pergerakan ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Berdisiplin dan beradab (Kekitaan, kesetiaan, syura dan muafakat – UPM Tambahan)

Prinsip Pertama: Niat yang betul Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama selari dengan landasan berikut: Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif KPM Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara Memberikan sumbangan bermutu Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan (Mencari rezeki yang halal untuk menyara diri sendiri dan keluarga – Tambahan UPM)

Prinsip Kedua: Perlakuan yang baik Melaksanakan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga KPM ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu warga KPM perlu: Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa Memberikan kepuasan kepada pelanggan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi (Ubahsuaian UPM: Menghasilkan kerja berkualiti yang secara berterusan, di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan)

Prinsip Ketiga: Pergerakan ke arah kebaikan Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu warga KPM perlu: Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat Sentiasa berusaha menjadi pekerja terbaik (Tambahan UPM: Mempunyai kefahaman yang jelas dan benar berkaitan profesion masing-masing)

Prinsip Keempat: Memperkotakan apa yang dikatakan Kita hendaklah sentiasa melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru setiap warga KPM hendaklah: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan beradab Aktiviti berperaturan, mulia berdisiplin, dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga KPM yang cemerlang. Justeru setiap warga KPM hendaklah: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul

Nilai-nilai Etika Kerja KPM Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Berdedikasi Ikhlas Penyayang

Nilai Pertama: Amanah Sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah adalah: Sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa penyelewengan dan cuai Bersifat jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan Menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi

Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya Bertanggungjawab melaporkan penylewengan dan penyelahgunaan kuasa

Nilai Kedua: Benar Benar pada niat dan perbuatan contohnya: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan Bercakap benar dan menepati janji Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama

Nilai Ketiga: Bijaksana Menggunakan pemikiran dan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi Sentiasa mempertingkat ilmu, kepakaran dan profesionalisme

Nilai Keempat: Bersyukur Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya: Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau fitnah Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak putus asa Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan

Nilai Kelima: Dedikasi Berminat dan rela berkorban masa dan tenaga berterusan dalam menghasilkan kerja berkualiti contohnya: Bekerja dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan, sentiasa sedia menerima tugasan dan sanggup berkorban masa dan tenaga Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti, ceria, tidak cuai dan merungut Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi

Nilai Keenam: Ikhlas Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya: Menerima tanggungjawab dengan rela hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak dari tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

Nilai Ketujuh: Penyayang Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat seperti: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melakukan tugas Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP Prinsip 1: Niat yang betul Guru perlu menjalankan tugas mereka berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Niat untuk mengajar semua pelajar Aspek nilai tambah perlu dititikberatkan untuk golongan pelajar yang ‘lemah’ Mengambil kira keperluan pelajar yang pelbagai Niat perlu diperbaharui mengikut perkembangan semasa dalam sistem pendidikan negara

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP Prinsip 2: Perlakuan yang baik Menerima cabaran untuk memberi kepuasan kepada pelanggan Menetapkan satu standard moral yang tinggi sepanjang masa

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP Prinsip 3: Penggerak ke arah kebaikan Pendidik perlu bersifat futuristik Berada di barisan hadapan dari segi perkaedahan Guru berkualiti melahirkan pelajar berkualiti Mengekalkan (sustain) kualiti dari semasa ke semasa Mengamalkan etika kerja yang mencirikan penambahbaikan secara berterusan

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP Prinsip 4: Memperkotakan apa yang dikatakan Guru menjadi model moral kepada pelajar Mematuhi piagam pelanggan sebagai satu kewajipan dalam melaksanakan tugas

APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP Prinsip 5: Berdisiplin dan beradab Guru menjaga kesopanan mereka berdasarkan ajaran agama Akur kepada Perintah-perintah Am Kerajaan, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji dan Pekeliling Ikhtisas Mematuhi prosedur yang telah didokumentasikan seperti yang wujud dalam sistem kualiti ISO 9001:2000

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 1: Amanah Akauntabiliti guru terhadap pelajar, rakan sejawat, ibu bapa, ahli masyarakat dan negara Mengelakkan konflik kepentingan dalam menjalankan tugas Keterlibatan guru dengan aktiviti lain tidak menjejaskan keberkesanan prestasi kerja mereka

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 2: Benar Menunaikan obligasi moral yang tinggi dari perspektif ‘categorical imperative’ (universal dan tidak bersyarat) Melibatkan diri secara aktif dalam program pemajuan staf Mewujudkan organisasi pembelajaran (learning organization)

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 3: Bijaksana Tidak mencari jalan yang mudah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar Menunaikan tanggungjawab secara profesional

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 4: Bersyukur Tidak akan menganggap cuti sekolah yang dinikmati sebagai hak Tidak menabur fitnah disebabkan perasaan cemburu

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 5: Dedikasi Mendidik merupakan satu proses yang memakan masa untuk melihat kesannya. Oleh itu mereka seharusnya bersabar dan tidak merungut

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 6: Ikhlas Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka Pelajar yang akan membuat penilaian terhadap prestasi kerja guru

Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai Nilai 7: Penyayang Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga besar yang dipenuhi kemesraan Menghormati jati diri setiap pelajar

Soalan?