TAKLIMAT PERMOHONAN UPMTOP 2013 21 Februari 2013, Pusat Islam UPM Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
Latar Belakang UPM Talent Outreach Programme (UPMTOP) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UPM ke-434 Staf bukan akademik diberi ruang dan peluang untuk meneroka peluang pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal di peringkat antarabangsa Mula dilaksanakan pada 2012
PESERTA PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET KE UNIVERSITI SHIZUOKA, JEPUN
PESERTA FAKULTI KEJURUTERAAN KE CHONNAM NATIONAL UNIVERSITY, KOREA SELATAN
PESERTA FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL KE KYUSHU INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KYUTECH), JEPUN
PESERTA FAKULTI PERHUTANAN DI UNIVERSITY OF MELBOURNE, AUSTRALIA
PESERTA INSTITUT TEKNOLOGI MAJU DI NATIONAL INSTITUTE OF ADVANCED INDUSTRIAL SCIENCE AND TECHNOLOGY (AIST), TSUKUBA, JEPUN
Penyertaan & Kelayakan Semua skim perkhidmatan, semua gred Individu atau berkumpulan (maksimum 10 orang) Staf yang melaksanakan multitasking Telah berkhidmat sekurang- kurangnya 2 tahun
Penyertaan & Kelayakan Tetap dan kontrak Markah penilaian prestasi tahun sebelumnya 80% Perakuan dan kelulusan Ketua PTJ Keutamaan penerima APC
Maklumat Staf Nama No Staf Jawatan Tarikh Lantikan Markah prestasi 2011 Tahun Dianugerah APC
Syarat Khusus Program hendaklah berdasarkan projek yang dapat menambah nilai (value creation) di mana individu atau kumpulan mengenalpasti jurang (gap) yang terlibat dan mendapatkan input bagi pengisian jurang tersebut untuk pelaksanaan di UPM
Tajuk Program Tajuk yang ‘catchy’ dan menggambarkan aktiviti/projek secara berimpak bukan sekadar ‘lawatan sambil belajar’, ‘lawatan rasmi’ dan sebagainya
Permohonan Projek yang dijalankan hendaklah dinyatakan dengan jelas Objektif dan justifikasi: Apa tujuan dan keperluan pelaksanaan projek secara terperinci
Peruntukan mengikut kelayakan Peruntukan/Kos Peruntukan mengikut kelayakan Pemohon digalakkan menggunakan kaedah penjimatan
Peruntukan/Kos Kos meliputi perbelanjaan seperti: Penerbangan Penginapan Elaun makan/harian Pengangkutan Elaun pakaian panas (peruntukan PTJ) Lain-lain yang berkenaan Kos hendaklah disahkan oleh zon kewangan bertanggungjawab terhadap PTJ
Komunikasi Kumpulan telah menghubungi dan mendapat persetujuan secara dasar daripada pihak universiti/agensi/ industri luar negara untuk mengadakan program - perlu dibuktikan (surat, emel dll) Maklumat pegawai universiti/ industri yang dihubungi Program lawatan hendaklah dinyatakan secara terperinci
Pelaksanaan Program Program ini hendaklah dijalankan di luar negara sahaja. Program ini mesti mengandungi aktiviti pembelajaran seperti sesi dialog, perbincangan, perkongsian ilmu, latihan dan sebagainya dengan institusi pengajian tinggi dan/atau industri di negara yang dikunjungi. Program ini mesti merangkumi sesi pembelajaran budaya kerja dan budaya hidup negara yang dikunjungi melalui interaksi dengan masyarakat tempatan, pelajar Malaysia di luar negara dan sebagainya. Program ini mesti mengandungi aktiviti promosi UPM melalui sesi penerangan, taklimat, penggunaan bahan promosi media cetak dan elektronik dan sebagainya. Jangkamasa program hendaklah tidak melebihi 14 hari termasuk perjalanan pergi dan balik.
Tentatif Program Program lawatan hendaklah dinyatakan secara terperinci 1 Julai 2.00pm: Berlepas dari LCCT 10.30pm: Tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo 11.30pm: Check in penginapan/rehat 2 Julai 8.00am: Bertolak ke Tokyo University 10.00am: Tiba di Tokyo University 10.30am: Sesi ramah mesra & taklimat program 11.00am: Perbincangan penandarasan dengan Bahagian Sumber Manusia Tokyo University 2.30pm: Lawatan kampus Tokyo University (Perpustakaan, Dewan Kuliah, Makmal, Kemudahan Pelajar) 4.30pm: Pulang ke Hotel/Rehat
Panel Penilai PENGERUSI: Pendaftar AHLI: i. Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Bendahari atau Wakil Pengarah Perancangan Korporat Pengerusi Jemaah Dekan Pengerusi Jemaah Pengarah Institut Pengerusi Jemaah Pengetua URUSETIA: Seksyen Latihan (Bukan Akademik), Pejabat Pendaftar
Kriteria Penilaian Kos Program Lokasi Program Impak Keseluruhan (Tertakluk kepada ketetapan panel)
Selepas Program Laporan Sesi perkongsian ilmu Pelaksanaan projek Penilaian Keberkesanan Lain-lain
Penyediaan Slide Slide 1: Tajuk, PTJ Slide 2: Lokasi, Tarikh, Kos, Bil. Peserta Slide 3: Objektif program Slide 4: Projek yang sedang/akan dilaksanakan Slide 5: Maklumat/Pengetahuan/Pengalaman yang ingin diperolehi Slide 6: Output/Outcome
Perancangan TARIKH AKTIVITI 15 Mac 2013 21 Februari 2013 Taklimat permohonan UPMTOP kepada staf UPM 15 Mac 2013 Tarikh akhir penghantaran kertas kerja dan slide persembahan 29 Mac 2013 Edaran ringkasan permohonan kepada Panel Penilai 5 April 2013 Mesyuarat Pertama Panel Penilai 19 April 2013 Mesyuarat Panel Penilai ke-2 22 April 2013 Edaran untuk kelulusan Panel 29 April 2013 Edaran untuk kelulusan Naib Canselor 6 Mei 2013 Makluman keputusan kepada calon Jun – November 2013 Pelaksanaan program UPMTOP Disember 2013 Pembentangan dan Laporan kepada JPU (Tertakluk kepada tarikh pelaksanaan program
Sekian Terima Kasih Selamat Berjaya