Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

Slides:



Advertisements
Similar presentations
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
Advertisements

UNDANG-UNDANG JENAYAH
PERPUSTAKAAN & UNDANG-UNDANG
Anjuran SYARAT & PERATURAN PENYERTAAN MAKLUMAN  Program ini adalah anjuran PERKASA, Ipoh. Perak.  Acara akan dijalankan pada : 31 Julai – 1 Ogos 2010.
TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Perakaunan untuk koperasi
KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
LAUNG AGUNG Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka.
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
BAB 4 PERSAMPELAN.
oleh Datuk Dr Abdul Raman Saad Seminar Kesedaran Perlindungan
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
TOPIK 6: SISTEM KEADILAN BAGI KANAK-KANAK
PENGURUSAN RAHSIA RASMI DARI PERSPEKTIF AKTA RAHSIA RASMI 1972
COPYRIGhT AND PrivACY FROM MORAL LEGAL STANDPOINT
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
RAYUAN TATATERTIB.
BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA
CG3513 KULIAH 1 & 2 SISTEM PERCUKAIAN DI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
Senarai Mata Pelajaran STPM Baharu
PENGENALAN KEPADA ASPEK PENGURUSAN TATATERTIB DALAM PERKHIDMATAN AWAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
JAWATANKUASA TATATERTIB, STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
PENGENDALIAN TATATERTIB ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
MODUL 3 FILING SYSTEM.
FEM3106 T5 – SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
oleh Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
DEMOKRASI BERPARLIMEN.
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
Students and Youths Loo Que Lin Student Progressive Front USM.
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 Hasil olah: Pn. Ginawati Raji.
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM
BAB 5 TINGKATAN 3 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OG0S 1957
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH, 1981
Akta Pendidikan 1996 Education Act 1996
UNDANG-UNDANG SYARIKAT
Institusi Pengajian Tinggi
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
UNIT 13: ETIKA KEWARTAWANAN.
PLIDING / SURAT GUAMAN “Statement in logical and legal form of the facts that constitute Plaintiffs cause of action and Defendants grounds of defense.
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Bahagian II MATEMATIK PENILAIAN
TATACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR 2018
EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
TAKLIMAT ANUGERAH PENERBITAN BUKU AAN 2010
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL.
Pemikiran Islam Semasa di Singapura
Oleh: Zaihan Abdul Ghani A Sharifah Suhaila Mohd Ramli A103305
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
DUW235 Hubungan Etnik PN. AZIZAH ABDULLAH.
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ZULKIFLI HASAN

Isi Kandungan Latarbelakang Pendahuluan Hak Keistimewaan Raja Melayu Hak Keistimewaan Melayu Kedudukan Bahasa Melayu Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Rumusan

Latarbelakang Isu Kalimah Allah. Isu bidangkuasa mahkamah Syariah Isu bidangkuasa mengenai Kewangan Islam Isu kebebasan beragama Isu peruntukan menegakkan syiar Islam Isu Murtad Isu Hak Keistimewaan Melayu Isu Memakai serban dan purdah Isu menteri besar Perak

Pendahuluan Lord William Reid –Britain, a politician, legislator and member of the judiciary, a member of Parliament, an Appeal Court judge and the Solicitor-General of Scotland. Sir Ivor Jennings – Britain, a fellow undergraduate at Cambridge of Tunku, a former King’s Counsel and Cambridge University vice-chancellor. Sir William McKell – Australia, the former Governor-General of Australia. A minister in several cabinets, once a justice minister. Hakim B. Malik – India a former chief justice of the Allahabad High Court in India. Hakim Abdul Hamid - Pakistan 54, high court judge, Drafted Pakistan’s constitution. 118 Mesyuarat. Dari Feb 1956 hingga 15 August 1957 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual British Document on the End of Empire: Malaya

Perlembagaan Persekutuan 1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan. 2. Kebebasan asasi. 3. Kewarganegaraan. 4. Persekutuan. 5. Negeri-negeri. 6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri. 7. Peruntukan dan kewangan. 8. Pilihanraya 9. Kehakiman. 10. Perkhidmatan awam. 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat. 12. Am dan pelbagai. 13. Peruntukan sementara. 14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya. 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja. 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual

Pindaan Perlembagaan 2/3 dan MRR: Hak istimewa melayu, hak kedaulatan Sultan, Hal Ehwal Islam dan kedudukan bahasa melayu, kewarganegaraan, persempadanan p/raya 2/3 dan YDP Sabah S’wak: Kebebasan bahasa, royalti, kuasa imigresen, kewarganegaraan, 2/3 sahaja: Bentuk sumpah dan ikrar, syarat perlantikan senator, tanah rizab melayu Sehingga kini 42 pindaan tlh dibuat

Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan Perkara 71: hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Perkara 159(5) Institusi kesultanan dilindungi dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan MRR. Perkara 38(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Raja-raja Melayu dan YDPA hendaklah orang Melayu dan Islam. Perkara 18 (1) Immunity raja. YDPA tidak boleh didakwa. Peruntukan imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas Perkara 182 dan 183.

MELAYU? UNESCO 1972: suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand dan Filipina. Perkara 160 (2): ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

HAK KEISTIMEWAAN MELAYU Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1) Tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain (2) YDPA hendaklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

1. Perkhidmatan Awam Angkatan bersenjata, kehakiman, pendidikan, polis, perkhidmatan awam persekutuan dan negeri. Menentukan rezab bilangan jawatan Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada. Jawatan2 kanan kepada melayu Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f)

2. Ekonomi Memberi kuasa untuk membuat peraturan perezaban pada permit, lesen dsbnya. Permit Lesen Perdagangan Rezab permit dan lesen DEB

3. Pendidikan Biasiswa Dana siswa Bantuan latihan dan pelajaran MRSM Matrikulasi SBP MCKK UiTm Kuota Universiti

4. Tanah Rizab Melayu Perkara 89 dan 90: Tanah rizab Melayu juga dianggap sebahagian daripada istimewa orang Melayu. Tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada orang Melayu Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu diganti dengan tanah yg lain.

BAHASA MELAYU Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. MCA dan MIC bersetuju bahasa melayu bahasa kebangsaan dengan syarat bahasa ibunda mereka dikekalkan dan dipelihara. Perkara 152: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa- (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Bahasa kebangsaan memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum

KEDUDUKAN ISLAM Perkara 3(1): ”Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” Tun Salleh Abbas: Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Perkara 153: Tanggungjawab YDPA melindungi Melayu dan Islam.

Samb.. Perkara 3 (1): “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Setiap kumpulan agama mempunyai hak: a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

Hak Kebebasan Beragama Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Peruntukan kewangan untuk tujuan Islam Perkara 12(2): Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya.

Pengecualian kpd Undang2 Darurat Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung dengan Islam, walaupun di dalam keadaan darurat. Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan-peruntukan perlembagaan.

Mahkamah Syariah Perkara 75: Ditubuhkan Mahkamah Syariah Perkara 121 (1A) Mahkamah sivil tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri, Akta Mahkamah Syariah 1965: denda RM5K atau penjara 3 thn atau 6 sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman.

Larangan Menyentuh isu sensitif Perkara 10 (1): Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya

Maksud “Islam sebagai agama Persekutuan” Suruhanjaya Reid telah menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai Islam. Hakim Abdul Hamid Pakistan: Berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau mengesyorkan peruntukan Islam agama persekutuan. Beliau jugalah yg mendesak Lord Reid untuk memasukkan kuasa sultan untuk melantik PM dan MB

Makna sempit Islam Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal. Ketua Hakim Negara telah berkata tidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi s.a.w. akan tetapi makna Islam yang dimaksud oleh pengubal Perlembagaan ialah ritual and ceremonies

Samb… Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama ada seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan. Mahkamah Agong, merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan:  (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.  (4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya. 

Samb… Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418 Jamaludin asalnya melayu dan Islam telah memeluk agama Christian dan telah cuba dan berjaya memasukkan 6 Melayu ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah ISA, dan telah merayu kepada Mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah menegaskan hak orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya. Komen: Hakim tidak sentuh sama ada orang itu berhak menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.

Samb… Halimatussaadiah lwn Public Service Commission, Malaysia & Anor [1992] 1 MLJ 513 HC dan [1994] 2 MLJ 61 SC: seorang wanita telah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan purdah dan ini dianggap melawan perintah yang dikeluarkan melalui sebuah pekeliling perkhidmatan. Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Mohd Eusoff Chin : Mahkamah memutuskan Hak kebebasan beragama tidak mutlak.

Samb… Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375. Melibatkan tindakan buang sekolah ke atas beberapa orang murid lelaki yang memakai serban. Dato' Mohd Noor Abdullah Mahkamah Tinggi: kedudukan Islam sepatutnya menjadi panduan kepada peraturan mengenai pakaian seragam bagi murid-murid sekolah. Mahkamah Rayuan Dato Gopal Sri Ram Mahkamah Persekutuan: mendengar leteran yang menghina pemakaian serban terutama apabila Dato Abdul Hamid menyebut bahawa Abu Jahal juga memakai serban Ulasan: Meor Atiqulrahman ini peruntukan Perlembagaan dilanggar oleh sebuah pekeliling sekolah; bukan akta parlimen atau undang-undang kecil yang dibuat oleh seorang menteri kabinet.

Makna Lebih Luas Professor Ahmad Ibrahim: Menerima perlembagaan Malaysia itu secara positif berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam. Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. 1. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong. 2. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam". 3. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.

Samb… 4. BM dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. 5. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan Islam. 6. Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan cara yang praktikal. "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.  Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Dalam konteks Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka

Rumusan Segala fakta yang diberikan adalah berdasarkan kerangka perlembagaan sedia ada. Melayu dan Islam punya status yang istimewa dalam perlembagaan Kedudukan istimewa ini terutamanya “Islam” patut dipertahankan atau terpulanglah kepada generasi akan datang untuk meminda atau mengubahnya. Perlembagaan menjamin hak kebebasan beragama dengan beberapa limitasi. Kefahaman mengenai perlembagaan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perbincangan atau perbahasan secara lebih tepat dan bernas mengenai Islam dan melayu dalam konteks Malaysia

Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com Zulkifli Hasan E-mail: zul361977@yahoo.com z.b.hasan@durham.ac.uk Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com Tel: +44 (0) 7761457686