Pembentangan Kes Journal Mahkamah AikBee Sawmill Ltd v. Mun Kum Chow Z1LK 6013: Undang-Undang Industri & Alam Sekitar Pensyarah: Prof Kamal Halili Hassan Ahli Kumpulan 8 Faizal Sapari GP00011 Mohd Badzli b. Karjin GP00023 Mohd Naim b. Bakri GP00030 Mohd Nidzam Yahya GP00032
Pengenalan Struktur Mahkamah
Peringkat Kes:- Rayuan Sivil di Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur Perbicaraan 5 May 1970 Orang Terlibat dalam Perbicaraan Bil Maklumat Plaintif Defendan 1. Hakim Abdul Hamid J, Azmi LP , J.Gill, J. Ali 2. Peguam Perbicaraan Mr. Denis Murphy Mr. NA Marjoribanks 3. Orang Perbicaraan Mun Kum Chow AikBee Sawmill Ltd 4. Saksi Abdul Kadir Merican (PW2) 5. Ong Kim Seng (PW3) 6. Majikan Kilang 1) Tan Boon Pin 2) Tan Yean Siew Sumber : Kes Aikbee Sawmill Ltd v. Mun Kum Chow
Fakta Pemandu lori (Mun Kum Chow), berusia 28 tahun iaitu ketika kemalangan berlaku merupakan seorang pekerja AikBee Sawmill Ltd telah mengemukakan tuntutan gantirugi ke atas kemalangan yang berlaku keatasnya yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan. Mangsa berkerja memunggah ‘Sawn Timber (Planks)’ ke atas lori defendan. Kejadian berlaku pada 26 Disember 1964, apabila plaintif bersama PW3 ditugaskan memunggah ‘planks’. Beberapa ‘planks’ menghempap mangsa menyebabkan plaintif mengalami kecederaan yang serius. Plaintif menuntut gantirugi ke atas kecederaan yang dialami.
Gambaran 'Planks' Lori 'Planks'
Perihal Kejadian Kemalangan berlaku dalam kawasan kilang Aikbee Sawmill Ltd. Pekerja kilang mengangkat ’planks’ ke lori dan menghulurkannya pada plaintif dan Ong Kim Seng (PW3), manakala pekerja lain berdiri di setiap hujung lori. 'Planks’ dihulur daripada satu sisi lori dan disusun pada satu bahagian dalam 2 baris sehingga mencapai ketinggian 3 kaki. Kemudian ' planks’ tersebut disusun pada 2 baris ’planks’ yang lain sehingga etinggian mencapai 1 kaki dan menggunakan platform tersebut, mereka menyiapkan susunan sehingga mencapai 6 kaki.
Proses diulang sehingga susunan ’planks’ di dalam trailer mencapai ketinggian 6 kaki. Semasa plaintif berada di bawah kepingan ’planks’ yang teratas berada di dalam keadaan yang tidak stabil lalu terjatuh dan seterusnya menghempap plaintif. Plaintif mengalami kecederaan teruk daripada kemalangan tersebut. Plaintif telah bekerja dengan defendan lebih kurang 2 tahun. Beliau mengatakan majikan Tan Boo Pin ataupun Tan Yean Siaw tidak pernah memberi latihan dan memberi arahan tentang teknik memunggah ’planks’. Kaedah memunggah adalah kaedah pembelajaran yang tidak formal dan pekerja belajar menjalankan kerja - kerja memunggah daripada pekerja terdahulu.
Kecuaian defendan yang didakwa adalah seperti di bawah:- Membenarkan plaintif mengangkat ‘planks’ ke atas lori padahal majikan tahu bahawa mangsa terdedah kepada risiko kecederaan Gagal menyediakan dan mengarahkan plaintif menggunakan cara yang tidak bahaya atau cara lain untuk mengelakkan kecederaan kepada mangsa Gagal menyediakan dan mengarahkan plaintif menggunakan sistem mengangkat kayu yang dapat mencegah plaintif daripada mengalami kecederaan
Defendan menafikan keterangan tersebut yang menyebabkan kecuaiannya Defendan menafikan keterangan tersebut yang menyebabkan kecuaiannya. Defendan menyatakan tiada peruntukan perundangan yang khusus yang meminta diadakan sistem kerja bagi kerja-kerja memunggah ‘planks’.
HUJAH-HUJAH RAYUAN Beberapa hujah telah dikemukakan oleh defendan dalam perbicaraan tersebut. Disini dinyatakan hujah-hujah daripada defendan dalam pembelaan terhadap pendakwaan plaintif.
1) 25 Halsbury’s, 3 rd Edn., p 510. "In order to succed in an action for damages againt his master, a workman must show that his injuries were caused by the master’s breach of duty, the onus being upon him to establish both the breach of duty and the fact that the breach was the cause of his injurues” Dalam perbicaraan rayuan sivil, seseorang yang menuntut gantirugi terhadap kecuaian majikan, seseorang itu perlu membuktikan kemalangan itu adalah disebabkan oleh kecuaian atau kegagalan majikan menjalankan tugasnya.
2) Bonnington Casting Ltd. V. Wardlaw [1955] 1 All ER 615; [1956]AC 613 "In an action for damages for negligence at common law, the onus of proving that the fault complained of caused, or materially contributed to, the injury complained of, as well as of proving the negligence or breach of duty, lies on the plaintiff “ Walaupun kecederaan telah dapat dibuktikan, kewujudan kecuaian daripada sistem kerja tidak dapat dibuktikan dengan nyata dan jelas oleh plaintif.
3) Charlesworth on Negligence Fourth edition, para. 859. “…In deciding what is reasonable, long established practice in the trade, although not necessarily conclusive, is generally regarded as strong evidence in support of reasonableness” Ini menunjukkan bahawa ‘common practices’ boleh diguna pakai sebagai sistem kerja untuk meletakkan ‘cross bar’ tanpa perlu menerima arahan daripada majikan. Walaubagaimanapun tiada bukti yang kukuh bahawa sistem kerja trersebut benar-benar selamat.
4) Walker v Bowaters Mersey Papers Mills, Ltd "It had not been proved that the unstacking could not be safely carried out and that therefore regulation 41 (Dock Regulation 1934) did not apply; that it had not been established that there was any need for a warning to be given to experienced men; that supervision was unnecessary." Plaintif dan saksi telah menggunakan sistem kerja tersebut selama 2 tahun dan sekiranya ianya berbahaya, plaintif harus dipersalahkan kerana menggunakan sistem kerja tersebut tanpa memberitahu kepada majikan.
5) Kelly v Manchester Ship Canal Company (1966) "This was an unfortunate accident happening just in the course of reconstructing something which had collapsed. It was not anything to do with the ordinary method of working; it was incidental to it; and the men followed the same sort of procedure." Walaupun majikan menyediakan sistem kerja, sesuatu kemalangan tersebut tidak boleh dijangka.
HUJAH-HUJAH DARI HAKIM One of the master's obligation is the provision and maintenance of a reasonably safe system of working— Majikan perlu menyediakan dan menyelenggara sistem kerja yang selamat. Sekiranya pekerja tercedera disebabkan kegagalan sistem maka majikan perlu bertanggungjawab. Majikan masih perlu bertanggungjawab walaupun tiada kecuaian dalam melaksanakan sistem yang telah direka.
HUJAH-HUJAH DARI HAKIM "A system of work must therefore be provided when the work is of a regular and uniform kind, such as in a mine, a factory or on a railway and it is necessary in the interests of safety, or when the danger is one which is constantly found so as to call for a system to meet it." Kerja-kerja yang rutin perlu disediakan dengan sistem kerja. Sistem kerja yang direka perlulah mengambil kira faktor keselamatan dan boleh menghindarkan pekerja dari kemalangan.
HUJAH-HUJAH DARI HAKIM "A master is under a duty, arising out of the relationship of master and servant, to take reasonable care for the safety work people in all the circumstances of the case so as not expose them to an unnecessary risk”. Majikan perlu menjaga keselamatan pekerja dan tidak mendedahkan mereka (pekerja) kepada risiko.
Selepas penghujahan dijalankan, hakim berpuas hati bahawa defendan cuai untuk menyediakan sistem kerja selamat yang munasabah di tempat kerja dan gagal mengambil tindakan untuk memberi arahan yang munasabah kepada mangsa.
Keputusan Mahkamah Plaintif berjaya terhadap tuntutan kerugian yang dibuat. Arahan bayaran kepada plaintif sebanyak $ 19,500 dengan interest 3% setahun, kerugian umum $ 60,000.00 dan $ 39,000.00 ‘loss of future earning and cost.’
Pandangan Ahli Kumpulan Keputusan ini adalah adil dan selari dengan Akta masa kini seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang mana majikan yang mewujudkan risiko, adalah tanggungjawabnya untuk menghapuskan risiko tersebut. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan tanggungjawab majikan.
Di bawah undang-undang common law, pekerja boleh menuntut gantirugi di atas kecederaan yang dialaminya kepada majikan pada ketika itu. Peruntukan undang-undang hari ini, pekerja tidak boleh lagi menuntut gantirugi daripada syarikat kerana majikan telah dilindungi oleh undang-undang PERKESO.
Sekian, Terima Kasih