PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Slides:



Advertisements
Similar presentations
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
Advertisements

© 2010 PYXISM, Inc All Rights Reserved T HE POWER OF T EAM W ORK IN ACTION! Sponsor : pyxismogul
Ketidaktentuan –Tidak lengkap –tidak konsisten, –tidakpasti… atau ketiga- tiganya sekali.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Neoliberalisme & Neorealisme Ariska Ayu Anggita (07) G. A. Evarina Danuharta (033) Nizzah Amalia Subchan (058) Damar Kusumawardani (083)
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN:  ZACHARY MATTHIAS  SEELAN  YUSRI  AKEEF  HARIZ.
Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
BAB 4 PERSAMPELAN.
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
COPYRIGhT AND PrivACY FROM MORAL LEGAL STANDPOINT
PROGRAMMES AND ACTIVITIES BIRO SUKAN & SOSIAL
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
BELANJAWAN USM.
BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA
(Environmental and Occupational Health )
Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
CG3513 KULIAH 1 & 2 SISTEM PERCUKAIAN DI MALAYSIA
LAPORAN RINGKAS PROGRAM
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Senarai Mata Pelajaran STPM Baharu
Pengurusan Antarabangsa
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
JAWATANKUASA TATATERTIB, STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
MODUL 3 FILING SYSTEM.
DEMOKRASI BERPARLIMEN.
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
Students and Youths Loo Que Lin Student Progressive Front USM.
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
PENGENALAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ADALAH SEBUAH JABATAN DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI ADAT ISTIADAT NEGARA AUDIT BIRO KAWALAN.
STRATEGI PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERASASKAN MODEL GROW
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
JAWATANKUASA TATATERTIB USM STRUKTUR DAN BIDANGKUASA
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
BELANJAWAN USM.
Pengenalan.
BAB 5 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957 Hasil olah: Pn. Ginawati Raji.
PENJAJAHAN BARAT IMPERIALISME DAN KOLONIALISME
BAB 5 TINGKATAN 3 KEMERDEKAAN NEGARA 31 OG0S 1957
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH, 1981
Akta Pendidikan 1996 Education Act 1996
8 PENYELARASAN AKTIVITI PELUASAN RINTIS MENGATASI MASALAH KETIDAKPADANAN OPSYEN GURU TAHUN 2014 Pasukan Penyelidik Ketidakpadanan Opsyen Guru Dan Jawatankuasa.
UNDANG-UNDANG SYARIKAT
BUKU TEKS MIB M.S 2-3 NO MORE SPOON FEEDING HIGHLIGHT MAIN POINT AND MAKE A QUICK SHORT NOTE (NOTA RINGKAS ) ON YOUR TEXTBOOK BUAT CATATAN DALAM BUKU TEKS.
BELANJAWAN USM.
Institusi Pengajian Tinggi
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
UNIT 13: ETIKA KEWARTAWANAN.
PLIDING / SURAT GUAMAN “Statement in logical and legal form of the facts that constitute Plaintiffs cause of action and Defendants grounds of defense.
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
TATACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR 2018
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
PEMBINAAN HUJAH BAGI ITEM KBAT
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
BELANJAWAN USM.
DUW235 Hubungan Etnik PN. AZIZAH ABDULLAH.
KULIAH 3: PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF EKONOMI DAN BUKAN EKONOMI
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

OBJEKTIF PENGAJARAN Menjelaskan toleransi yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia. Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.

Liputan Kuliah Pengenalan Islam dan Perlembagaan Konsep Perlembagaan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Kontrak Sosial Rasional Perkara 153 Rasional Perkara 152 Rasional Perkara 3 Kesimpulan

Pengenalan Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah: Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

Konsep Perlembagaan Definisi Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Perlembagaan Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

Perlembagaan Malaysia adalah Bertulis Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Tujuan Perlembagaan Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

Pindaan Perlembagaan (3) i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

Pindaan Perlembagaan ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Pindaan Perlembagaan iii. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia Contoh: 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia bercanggah. Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

Sejarah Penggubalan Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu Perjuangan berdarah Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka. ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka. iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka. iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan digerakkan melalui semangat kebangsaan. Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan. Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor) Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang penjajah.

Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari. Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina. Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union

Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan: 1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah terpisah. 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu. 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah: 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Tentangan orang Melayu kerana: i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. ii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. v. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah mengadakan demontrasi. Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.

British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu: 1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. 3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing. 5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. 6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Selain itu, seorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. 7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai lagi. Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu: Menteri Jawatan Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan Lee Ting Keng Ahli Kesihatan Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan J.D Mead Ahli Kerja Raya dan perumahan J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi

Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan Perikatan Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953 Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.

Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail. MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia. Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%). Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi

Parti Peruntukan Kerusi Peratusan Kerusi Peratusan Pengundi UMNO 35 69 84.2 MCA 15 28 11.2 MIC 2 3 3.9

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu " … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu".

Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan "… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

Wakil Raja-raja Melayu: Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan iaitu: Wakil Raja-raja Melayu: 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua. 2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor. 3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar Johor. 4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan

Wakil Perikatan: 1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua. 2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran. 3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan. 4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi. Setiausaha: T.H. Tan

Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu: Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu: 1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu. 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. 5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

Suruhanjaya Reid Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu. Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambilkira perkara-perkara berikut: Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu. Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di Pertuan Agong. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Unsur-Unsur Tradisi Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi: bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna: Orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Unsur-Unsur Tradisi Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

Unsur-Unsur Tradisi V.  Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. VI.    Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. VII.  Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

Difokuskan kepada tiga Unsur-Unsur Tradisi Difokuskan kepada tiga Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk: Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu: Perkara 11 (4) : Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.

Perkara 12 (2): ‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan’. Perkara 121 (A) ‘  Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.

Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai: Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu. Menganut agama Islam. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala takrifan bumiputera ; Sarawak terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut. Sabah anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

Kerasionalan Perkara 153 Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran Tahun Bilangan 1957 (31 Ogos – 31 Disember 1957 120078 1958 822567 1959 67227 1960 77858 Sumber: Pendaftar Besar Warganegara

Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi Kaum Melayu 84.2 56.2 Cina 11.2 35.9 India / lain-lain 4.6 7.8 Jumlah 100 100 Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya

Kerasionalan Perkara 153 Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga 1. Perkhidmatan Awam Menentukan rezab bilangan jawatan Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36% saja (1968) Rujuk Jadual IV

Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu Jumlah Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221 Akitek, jurutera dan pegawai profesional 73 370 443 Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 727 Ahli Sains Fizikal 13 51 Ahli sains Sejati 60 108 169 Prangkawan Profesional 38 166 204 Perkhidmatan Undang-Undang 70 37 107 Perkhidmatan beruniform 331 369 700 Pengangkitan dan media massa 67 188 255 1392 2447 3839 Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.

Kerasionalan Perkara 153 2. Ekonomi Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V) Jurang Pendapatan melebar antara etnik Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970 Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999 Kumpulan Hak Milik 1995 1999 Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6 19.1 Cina 40.9 37.9 India 1.5 Rakyat Asing 27.7 32.7 Syarikat Nomini 8.3 7.9 Jumlah 100 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30% Matlamat Pencapaian 1970 1990 1990 2002 Bumiputera Bukan Bumi. Cina India Lain-lain Asing Nomine JUMLAH 2.4 32.3 63.3 2.0 100.0 30.0 40.0 100.0 19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0 18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0

Kemiskinan % Isi rumah Malaysia On poverty, the measures undertaken has contributed to a dramatic reduction in the incidence of poverty. The proportion of households living below the poverty line declined from 49.3 per cent in 1970 to 16.5 per cent in 1990 and 5.1 per cent in 2002 while the hard core to 1.0 per cent. Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

Jurang pendapatan antara kaum Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah 1970 1980 1990 1999 2002 1: 2.1 1: 2.3 1: 1.8 1: 1.8 1: 1.9 1: 13 1: 1.7 1: 13 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.4 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.3 Luar Bandar : Bandar Bumiputera : Cina Bumiputera : India Pendapatan bulanan purata di kalangan Bumiputera masih rendah berbanding kaum lain di mana kaum Cina adalah 74% lebih tinggi dan kaum India 36 % lebih tinggi. Dengan itu, program pembangunan negara ditumpukan untuk meningkatkan dan merapatkan jurang pendapatan di kalangan kaum

Kerasionalan Perkara 153 Pendidikan Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970 Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.

Peringkat Pendidikan 1995 2000 2005 Ijazah 75,709 170,794 244,527 Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005 Peringkat Pendidikan 1995 2000 2005 Ijazah 75,709 170,794 244,527 Diploma 46,480 92,304 148,025 Jumlah 122,189 263,098 392,552 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747 Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002 INSTITUSI BILANGAN INSTITUSI BILANGAN PELAJAR IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747 IPTS Bertaraf Universiti (Kolej Universiti) 1 488 IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) 3 6,836 IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) 4 4,740 IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789 Keseluruhan IPTS 534 294,600 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003 2002 Profesion Bumi Cina India Bumi Cina India Akauntan Arkitek Doktor Doktor Gigi Doktor Veterinar Jurutera Juru Ukur Peguam JUMLAH 11.2 23.6 27.8 24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0 81.2 74.4 34.7 50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9 6.2 1.2 34.4 23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2 20.0 43.6 38.5 38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2 74.6 52.6 29.9 40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 5.1 1.3 27.5 19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2

Kerasionalan Perkara 153 Pendidikan Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan Kolej Tafe Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTS Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

Rasional Perkara 152 Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lain Menjadi bahasa lingua franca Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

Kata-kata Tan Siew Sin, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas”.

Rasional Perkara 3 Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain Telah bertapak 600 tahun lalu Perkara 160 mendefinisikan Melayu Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut

Kesimpulan Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin