2. Pembangunan Kurikulum

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

Slaid APA Sebelum Sesi Kuliah Setiap pensyarah UPM digalakkan menyampaikan maklumat mengenai APA sebelum kuliah bermula. Gunakan 5 minit pertama bagi berkongsi.
Bab 5-3 Image Processing and Analysis. Objektif Boleh mengetahui langkah-langkah yg terlibat di dalam Fungsi II Boleh menghuraikan keperluan dan fungsi.
1 Bab 10 Pemerhatian. 2 Matlamat  Membincangkan faedah dan kekangan/cabaran dalam jenis-jenis pemerhatian.  Menerangkan bagaimana melakukan pemerhatian.
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK
TEKNOLOGI Disediakan Oleh Kamaludin Ahmad JTMK, MPTI, JB.
 Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang komprehensif melibatkan; 1. Analisis tujuan/matlamat 2. Reka bentuk satu kurikulum/program 3. Pelaksanaan.
4. Pelaksanaan Kurikulum di Sekolah Peembangunan kurikulum terdiri daripada beberapa peringkat; 1.Perancangan (pemilihan matlamat & objektif, pemilihan.
Major NAZAR TALIB {Rtd} PIC Security – Audit Assurance Cell.
BAB 4 PERSAMPELAN.
OLEH: ARKIB NEGARA MALAYSIA
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
3.3.3 Models Of Curriculum Development
Perubahan dalam Pendidikan
PEMBELAJARAN MASTERI.
TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
Taklimat Konsolidasi Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE
PEMARKAHAN LAPORAN AKNC Anugerah Kualiti Naib Canselor 2014
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
PERSIDANGAN AKADEMIK POLITEKNIK BIL.03/2012
Konsep Perancangan Dalam Pembangunan
INSTRUCTIONAL DESIGN Rosseni Din, PhD
MODEL PENILAIAN OBJECTIVE ORIENTED CIPP SUMMATIVE & FORMATIVE
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
Pengenalan.
PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK
STRATEGI PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERASASKAN MODEL GROW
KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
OBJEKTIF MLL 205 (2012) Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
Pengenalan Sistem Automasi Industri
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
Pelaksanaan Program Kaunseling Berimpak : Satu Pendekatan Terkini
Loulita Ambrose murshida Abdullah Zawawi PISMP 4D
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik 2:
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA-SEKOLAH
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
PLANNING.
Pendekatan Pembuatan Keputusan Individu
INOVASI DAN KREATIF.
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
TEKNOLOGI PENGAJARAN OLEH PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN
MODEL PENILAIAN OBJECTIVE ORIENTED CIPP SUMMATIVE & FORMATIVE
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
KONSEP PENGURUSAN KEWANGAN BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Lima Prinsip Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik
WEB 2.0 and E-LEARNING & MOBILE LEARNING
8.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Reka bentuk pengajaran: MODEL ASSURE
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Penerbitan Video Pendidikan
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

2. Pembangunan Kurikulum Rasional Pembangunan Kurikulum Pendidikan yang berkesan dan berjaya diperolehi melalui perancangan yang rapi. Tanpa perancangan, kecelaruan, pertindihan dan pergeseran akan berlaku ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum. Biasanya, para pendidik di sekolah akan membangunkan satu rancangan induk sebelum menjalankan program-program yang dilaksanakan dalam sesebuah sekolah.

Pembangunan Kurikulum Rasional Pembangunan Kurikulum Membuat perubahan kepada kurikulum sedia ada, contohnya untuk memasukkan pengetahuan yang baru ditemui atau yang dianggap penting. Atau kerana perubahan dari segi struktur sekolah, atau kerana penerapan kaedah-kaedah pengajaran yang baru.

Konsep Pembangunan Kurikulum Istilah/konsep pembangunan kurikulum merupakan istilah/konsep yang komprehensif dan mencakupi di dalamnya istilah-istilah/konsep-konsep perancangan kurikulum, pembaikan kurikulum (curriculum improvement), dan penilaian kurikulum. Pembangunan kurikulum selalu membawa maksud perubahan dan pembaikan, oleh kerana itu istilah “curriculum improvement” dikatakan sebagai sinonim kepada istilah pembangunan kurikulum, walaupun pada sesetengah kes, pembaikan dilihat sebagai hasil daripada pembangunan kurikulum (Oliva 2005, pg. 22).

Konsep Pembangunan Kurikulum Perancangan kurikulum merupakan fasa awal pembangunan kurikulum di mana penggubal kurikulum akan membuat keputusan dan tindakan untuk memantapkan satu pelan yang akan dilaksanakan oleh guru dan pelajar. Perancangan merupakan fasa berfikir atau fasa reka bentuk kurikulum. Pelaksanaan kurikulum merupakan terjemahan pelan kepada tindakan. Penilaian kurikulum merupakan fasa di mana kejayaan atau pencapaian kurikulum ditentukan (Oliva, 2005, pg. 23)

Tahap-Tahap Pembangunan Kurikulum Peringkat Kebangsaan (Pusat Pembangunan Kurikulum) Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah (Pengetua) Peringkat Individu/Guru

Model-Model Pembangunan Kurikulum 2 jenis/kategori model yang utama; Model Pendekatan Teknikal Saintifik Model Pendekatan Bukan Teknikal-Bukan Saintifik

Model Pendekatan Teknikal-Saintifik Pendekatan ini pada dasarnya melihat perkembangan kurikulum sebagai satu pelan/rancangan/blueprint yang menyusun persekitaran pembelajaran dan menyelaraskan unsur-unsur personel/sumber tenaga manusia, bahan-bahan dan peralatan. Pandangan teknikal-saintifik membolehkan anda memahami istilah kurikulum daripada pandangan yang luas atau makro dan memahaminya sebagai unit yang kompleks yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang berfungsi secara bersepadu untuk mencapai fungsi yang sama iaitu mendidik manusia.

Model Pendekatan Teknikal-Saintifik Model-model dalam pendekatan ini menggunakan paradigma jalan-hasil (means-end paradigm). Model-model ini dibentuk berdasarkan rasional dan sensing/ilmu deria (technological rationality) Proses pembangunan kurikulum mempunyai tahap keobjektifan, keuniversalan dan logik yang tinggi (contoh: objektif pengajaran didefinisikan dengan jelas dan dicapai secara linear/lurus). Program yang direka bentuk berdasarkan model ini boleh dinilai hasilnya.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler) Tyler menekankan bahawa mereka yang terlibat dalam pembangunan kurikulum mesti berusaha untuk mengenalpasti dan mendefinisikan: Tujuan sekolah (purposes of the school) Pengalaman pembelajaran berkait dengan tujuan sekolah (Educational experiences related to the purposes) Organisasi pengalaman pembelajaran (Organization of these experiences) Penilaian (Evaluation of the purposes)

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler) Tujuan/Objektif umum diperoleh daripada tiga sumber; pelajar, masyarakat dan subject matter/mata pelajaran. Objektif umum ini seterusnya dihalusi dan ditapis melalui 2 tapisan iaitu falsafah sekolah dan psikologi pembelajaran. Tyler menyarankan agar pemilihan pengalaman pembelajaran dilakukan dengan mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi pembelajaran yang dialami.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler) Tyler menekankan agar organisasi pengalaman pembelajaran dilakukan dengan cara tertib atau aturan pengalaman itu mestilah sistematik sehingga menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Tyler menekankan penilaian penting untuk proses pembangunan kurikulum . Penilaian harus dilaksanakan berdasarkan objektif yang telah dirancangkan.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba) Taba menekankan kurikulum seharusnya direkabentuk oleh pengguna program. Guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajarnya. Guru mengambil pendekatan induktif dalam membangunkan kurikulum ie. bermula dari yang spesifik menuju kepada reka bentuk yang umum. Ini berlawanan dengan reka bentuk biasa yang bermula dari yang umum kepada yang spesifik atau pembangunan kurikulum secara deduktif( Contoh Model Tyler).

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba) Taba mengusulkan tujuh langkah dalam mengembangkan sesuatu kurikulum. Analisis keperluan (Diagnosis of needs/Needs analysis). Guru memulakan proses dengan mengenalpasti keperluan pelajar yang menjadi sasaran kurikulum yang dirancang Memformulasi objektif (Formulation of objectives). Selepas guru dapat mengenalpasti keperluan pelajar, beliau seharusnya menyatakan objektif yang ingin dicapai

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba) Pemilihan isi kandungan (Selection of content). Objektif yang dipilih/diformulasikan akan memberi garispanduan berhubung isi kandungan/pengisian kurikulum. Bukan sahaja objektif dan isi kandungan perlu sesuai bahkan kesahan dan kepentingan isi kandungan yang dipilih juga perlu ditentukan Penyusunan/Organisasi isi kandungan. Isi kandungan kurikulum perlu disusun mengikut urutan-urutan tertentu dengan mengambilkira kematangan, pencapaian akademik dan minat pelajar.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba) Pemilihan pengalaman pembelajaran (Selection of learning experiences). Peringkat ini melibatkan pemilihan kaedah pengajaran yang dapat menyampaikan isi kandungan secara berkesan. Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran (Organization of learning activities). Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran biasanya ditentukan oleh isi kandungan yang ingin disampaikan. Penilaian dan kaedah penilaian. (Evaluation and means of evaluation). Perancang kurikulum harus menentukan objektif yang tercapai di peringkat ini. Kaedah penilaian perlu difikirkan (consider) oleh pelajar dan guru.

Model Hunkins

Model Pendekatan Bukan Teknikal – Bukan Saintifik Pendekatan yang menekankan; kesubjektifan, “aesthetic, heuristic and transactional” bukan kepada hasil tetapi kepada pelajar (learner), terutama melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara aktiviti (activity-oriented approaches to teaching & learning) tidak semua hasil pembelajaran boleh diketahui Pendekatan yang mengambilkira bahawa kurikulum berkembang beransur-ansur berbanding yang dirancangkan secara tepat (evolves rather than being planned precisely) .

Model Pendekatan Bukan Teknikal – Bukan Saintifik Model dibentuk berdasarkan intuisi (perasaan)- dikenali sebagai aesthetic rationality Pendekatan yang menyokong reka bentuk berpusatkan pelajar dan sedikit kepada reka bentuk berpusatkan masalah.