Pembentangan Usul Kajian Bahagian Pendidikan Guru 2006 10 – 13 Oktober 2006 Tajuk; Keberkesanan penggunaan Laman Web yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri berbanding pendekatan tutorial didalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Teknologi Pengajaran Oleh: Sajap Maswan, Ed.D Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun
Pengenalan Malaysia adalah merupakan antara 20 buah negara yang penduduknya menjadi pengguna internet teramai di dunia dan juga merupakan antara 5 negara pengguna internet teramai di Asia (Internet World Start, 2004). Tahun 2006 Kini terdapat banyak laman web pendidikan dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang mata pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai sumber P & P. Contoh Laman Web Pendidikan (EWS)- Portal Pendidikan Utusan,TM School Net, Cikgu Net dan lain-lain.
Permasalahan Kajian Kini telah banyak laman-laman web pendidikan dan koswer dalam format laman web yang telah dibina untuk bahan pengajaran di sekolah dan IPG (dalam format CD-Rom). Kebanyakan laman web untuk pendidikan adalah dibina berasaskan pendekatan tutorial; Fokus-Paparan maklumat dan pemindahan maklumat Aras pengetahuan rendah – mengingat kembali Dari segi interaktiviti, kebanyakannya tertumpu kepada soalan aneka pilihan dan aktiviti mudah. Tidak menekankan pendekatan inkuiri dan pemikiran saintifik (Hanifi, Ahmad et. al. , 2003)
Contoh Laman Web Pendidikan
Contoh Laman Web Pendidikan
Contoh Laman Web Pendidikan
Contoh Laman Web Pendidikan Di peringkat IPG juga kebanyakan modul adalah dalam format digital/bentuk CD-ROM. Kini Unit Teknologi Maklumat IPTB sedang mengubah modul-modul tersebut daripada bentuk CD-ROM kepada Laman Web. Kebanyakkan modul-modul yang disediakan untuk kursus teknologi maklumat adalah menggunakan pendekatan tutorial yang berbentuk liner dan informatif.
Permasalahan Kajian (samb.) Peningkatan dalam penggunaan internet dan laman web belum menjamin berlakunya peningkatan di dalam pencapaian pelajar terutama dalam aspek pemikiran tahap tinggi. Teori dan Model pembelajaran adalah di antara faktor yang perlu diberi pertimbangan di dalam proses pembinaan laman web pendidikan. Kajian ini cuba mengenengahkan cadangan dalam rekabentuk laman web pendidikan (EWS) yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing yang dirasakan sesuai bagi meningkatkan pencapaian & minat pelajar
Penyataan masalah (samb.) Oleh kerana di dalam pembelajaran berasaskan web yang dibina menggunakan dua pendekatan yang berbeza serta menggunakan elemen-elemen media yang berbagai seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya, maka ia berkemungkinan akan turut memberikan kesan yang berbeza ke atas kumpulan pelajar yang berbeza dari segi gaya kognitif. Oleh itu teori perbezaan gaya kognitif adalah antara aspek utama yang dilihat di dalam kajian ini.
Tujuan Mengkaji keberkesanan P. Inkuiri vs. P. Tutorial FD vs. FI dalam persekitaran Web P.Inkuiri- FD vs. FI P.Tutorial- FD vs. FI Field Dependent (FD) –inkuiri vs. tutorial Field Independent (FI)-inkuiri vs. tutorial
Kerangka Teori Lawson (1995) - model kitar pembelajaran (learning cycle) dalam pembelajaran konstruktivis yang mengandungi elemen-elemen; a) penerokaan, b) pengenalan terma c) aplikasi konsep. digunakan bagi melaksanakan langkah-langkah pembelajaran di dalam persekitaran laman web yang dibangunkan.
Kerangka Teori Inkuiri Terbimbing Tiga perkara utama yang menjadi komponen kaedah pengajaran inkuiri iaitu; Set-set matlamat yang guru bina. Set-set strategi untuk mendapatkan matlamat tersebut. Makanisme untuk untuk menentukan bilakah dan apakah matlamat yang ingin dicapai. (Collins & Stevens,1983)
Kerangka Teori (samb.) Melalui inkuiri terbimbing guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan (Schulman & Tamir, 1973) . Di dalam pembelajaran berasaskan web, peranan guru akan dilakukan oleh program komputer.
Pembinaan Bahan (samb.) Pembinaan Laman web Teori Visual berasaskan pendekatan inkuiri terbimbing Kitar Pembelajaran (Learning Cycle) Langkah-langkah Pembelajaran Laman Web yang dibina Seterusnya
Pembinaan Bahan (samb.) Pembinaan Laman web Teori Visual berasaskan pendekatan tutorial Langkah-langkah pembelajaran Laman web yang dibina Seterusnya
Kepentingan Kajian Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu pengguna Internet, terutama di kalangan pelajar-pelajar Institut Perguruan mendapatkan maklumat-maklumat pendidikan dan meningkatkan pencapaian serta membina sendiri pengetahuan mereka dalam Pendidikan Teknologi Maklumat melalui laman-laman web dengan mudah, selesa dan menyeronokkan. 2. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan laman web yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing, berbanding dengan laman web yang dibina berdasarkan pendekatan tutorial. Inovasi ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat di dalam membangunkan laman-laman web pendidikan di negara ini.
Kepentingan Kajian (samb.) Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam Pendidikan Teknologi Maklumat.
Limitasi/Delimitasi Limitasi Limitasi adalah perkara-perkara atau keadaan di luar kawalan penyelidik yang mungkin boleh membatasi kesimpulan kajian dan kebolehannya untuk diaplikasikan kepada situasi-situasi yang lain (Best & Kahn, 1998). Di dalam kajian ini perkara-perkara yang menjadi limitasi ialah; Paparan yang berbeza-beza Teknologi Komputer cepat berubah
Limitasi/Delimitasi Delimitasi Delimitasi adalah batasan-batasan di dalam kajian yang dijalankan (Best & Kahn, 1998). Berikut adalah delimitasi bagi kajian ini; Kajian ini hanya melibatkan empat kumpulan pelajar yang akan mengikuti Kursus Bestari (satu minggu) yang akan dijalankan di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kajian ini hanya menumpukan kepada satu topik sahaja iaitu; “Capaian Internet Secara Online”
Tinjauan Bacaan Anderson dan Joerg (1996) melaporkan dalam kajian mereka bahawa Web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. Ramai pengkaji seperti Hambrick (1997) dan Day (1996) mendapati bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.
Teori-Teori Pembelajaran Teori Behaviorisme- Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; EWS yang menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) Teori Kognitif – kemahiran pengkodan,menyimpan dan mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut urutan/objektif. Konstruktivisme pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth. EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan menyelesaikann masalah.
Tinjauan Bacaan Keberkesanan Pendekatan Inkuiri Terbimbing Dapatan Lalu ( contoh: Ibraham & Renner, 1986; Ivins, 1986; McComas, 1992; Ragubir, 1979, Abraham & Birnie, 1985) samada yang berasaskan bilik darjah atau teknologi komputer dan internet menunjukkan pembelajaran secara inkuiri dan kitar pembelajaran telah dapat meningkatkan pencapaian pelajar terhadap pemahaman konsep, mampu memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dapat meningkatkan kebolehan memberikan hujahan serta memberi kesan yang lebih baik di dalam ingatan jangka panjang para pelajar.
Rekabentuk Kajian (samb.) Pendekatan Rekabentuk Pendekatan Inkuiri (Induktif) Pendekatan Tutorial (deduktif) FD Gaya Kognitif FI Reka Bentuk Faktorial 2x2
Rekabentuk Kajian Kumpulan Eksperimen GEFT Q1 X Q2 Kumpulan Kawalan Y Q2 GEFT - Ujian GEFT X - Rawatan Y - Kawalan Q1 - Ujian Pra Q2 - Ujian Pos
Pembolehubah Pembolehubah Bebas Rekabentuk laman web inkuiri terbimbing & Tutorial Pembolehubah Bersandar Pencapaian Pembolehubah Moderator G. Kognitif FD & FI
Persampelan Kajian Populasi dan Persampelan Kajian Untuk kajian ini seramai 120 orang pelajar/guru daripada empat kumpulan kohot yang akan mengikuti Kursus Bestari (satu Minggu) akan dipilih. Pemilihan sampel telah ditentukan berdasarkan perkara-perkara berikut; Kumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Instrumen Kajian Ujian Pra & Ujian Pos GEFT
Prosedur Kajian Kajian Rintis Kajian Sebenar
Perlaksanaan Kajian Penyediaan usul Kajian Pembangunan Laman Web Penilaian formatif laman web Kajian Rintis Pemilihan sampel Bengkel kepada pensyarah yang terlibat Ujian GEFT Orentasi penggunaan laman web di kalangan pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian Ujian Pra Rawatan Ujian Pos Analisis data
Analisis Data Segala data dianalisis oleh penyelidik dengan menggunakan perisian (SPSS) versi 12.0. Ujian-t takan digunakan dalam menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dari segi pencapaian berdasarkan keputusan Ujian Pra. Sekiranya tidak signifikan semasa Ujian-t dijalankan, Analisis ANOVA dua hala akan digunakan. Sekiranya signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, Analisis ANCOVA dua hala akan digunakan
Inkuiri Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru. Philip (2004), menyatakan “ sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinasikan ‘inkuiri’ nescaya kita akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya” Inkuiri digunakan dalam berbagai mata pelajaran; sains, sains sosial dan sebagainya.
Teori-Teori Pembelajaran Teori Behaviorisme- Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; EWS yang menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) Teori Kognitif – kemahiran pengkodan,menyimpan dan mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut urutan/objektif. Konstruktivisme pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth. EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah.
Jadual 1: Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971) Jenis Inkuiri Penerangan Pengesahan (Confirmation) pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal 1 Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry) pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru 2 Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry) pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar. 3 Inkuri Terbuka (Open Inquiry) Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topik-topik yang tertentu .
Lawson (1995) Model Kitar Pembelajaran (learning cycle) dalam pembelajaran konstruktivis. Tiga elemen kitar pembelajaran; penerokaan pengenalan terma aplikasi konsep Model ini digunakan di dalam membina langkah-langkah pembelajaran di dalam persekitaran laman web yang dibina
(Collins & Stevens,1983) Inkuiri Terbimbing Tiga perkara utama yang menjadi komponen kaedah pengajaran inkuiri iaitu; Set-set matlamat yang guru bina. Set-set strategi untuk mendapatkan matlamat tersebut. Mekanisme untuk menentukan bilakah dan apakah matlamat yang ingin dicapai.
Collins & Stevens (1983) mencadangkan 10 strategi; Memilih contoh positif & negatif Mempelbagaikan kes-kes secara sistemmatik Memilih contoh-contoh penilaian Menjana kes-kes hipotesis Membentuk hipotesis Menguji dan menilai hipotesis Mempertimbangkan ramalan alternatif Memerangkap pelajar Mengesan sebab-sebab penyangkalan Mempersoalkan autoriti
Inkuiri Terbimbing Melalui inkuiri terbimbing guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan (Schulman & Tamir, 1973) Di dalam pembelajaran berasaskan persekitaran web pendidikan, peranan guru akan dilakukan oleh program komputer. Inkuiri terbimbing yang dicadangkan digunakan bagi melaksanakan pembelajaran di dalam persekitaran laman web pendidikan yang dibina.
Pembinaan Bahan Model Pengembangan Instruksi Untuk membangunkan bahan berasaskan web Thomas (1996) mencadangkan; Model Dick dan Carey (1990) bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan tutorial b) Model Rekabentuk Hipermedia oleh Spiro (1991) bagi membangunkan laman web yang dibina berasaskan pendekatan inkuiri
Pembinaan Bahan (samb.) Kaji semula instruksi Buat analisis instruksi Tulis objektif prestasi Bina instrumen pertaksiran Bina strategi intruksi Bina & pilih bahan instruksi Reka bentuk & jalankan penilaian formatif Kenalpasti matlamat intruksi Analisis pelajar dan konteks Reka bentuk & jalankan penilaian sumatif Rajah 4: Model Pengembangan intruksi yang dicadangkan oleh Dick, Carey dan Carey (2001)
Pembinaan Bahan (samb.) - Membenarkan pelajar mengawal sendiri pelayaran (navigation) berdasarkan permasalahan Fokus kepada pemantauan diri pelajar (learner self-reflection) Kenalpasti kes-kes (permasalahan) bersama dengan domain Menentukan domain pembelajaran Kenalpasti thema & perspektif Panduan/pautan ke bahagian berkaitan dengan permasalahan Disesuaikan daripada Model Rekabentuk Hipermedia yang dicadangkan oleh Spiro (1991)
Kitar Pembelajaran PENEROKAAN PENGENALAN TERMA APLIKASI KONSEP KEMBALI
Gambarajah: Langkah-langkah pembelajaran dalam inkuiri terbimbing Pengenalan Kemukakan Soalan Menjawab Soalan dan Maklum Balas Penerokaan/Bimbingan Membina Konsep/Peraturan Pindahkan Konsep/Peraturan kepada Penyelesaian Masalah Baru KEMBALI
Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam Tutorial (Sumber Allessi & Trollip) Bahagian Pengenalan Persembahan Maklumat Soalan dan Tindak Balas Maklum Balas atau Ulang Kembali Keputusan Tindak Balas Penutup KEMBALI
Rumusan Semoga kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang sesuai, dan seterusnya membantu negara dalam meneruskan kecemerlangan khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman web pendidikan Sekian TERIMA KASIH!
Kajian berkaitan dengan Inkuiri Terbimbing Inkuiri terbimbing dirasakan sangat sesuai untuk pembelajaran dalam persekitaran WEB di sekolah kerana; Banyak kajian mendapati pelajar tidak membuat keputusan dengan baik dalam pembelajaran berasaskan komputer yang memberi kebebasan mengawal sendiri pembelajaran mereka. (DiVesta, 1975; Steinberg, 1988; Tensyon & Rothen, 1979)
Kajian Inkuiri Terbimbing Banyak kajian inkuiri adalah dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah Ivins (1986) mendapati pelajar dalam kumpulan inkuiri (induktif) lebih cemerlang dalam menjana dan mengembangkan isi pelajaran berbanding pelajar dalam kumpulan tradisional (deduktif) dalam aktiviti makmal sains. Lott (1983) mendapati pendekatan inkuiri lebih positif ke atas pelajar tahap sederhana dan lebih cemerlang untuk pelajar tahap tinggi.
Kajian Inkuiri Terbimbing Carlson (1975) mendapati bahawa kumpulan pelajar inkuiri adalah lebih cemerlang di dalam kemahiran secara formal dalam sains fizikal. Morvant (2001) mendapati inkuiri terbimbing telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran mereka. Kitar pembelajaran adalah salah satu model pembelajaran berasaskan inkuiri yang sangat berkesan dan telah banyak digunakan di dalam mereka bentuk bahan pengajaran.
Kajian Inkuiri Terbimbing Banyak kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran melalui kitar pembelajaran telah dapat meningkatkan pencapaian, mampu memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dan dapat meningkatkan kebolehan memberikan hujahan di kalangan pelajar. (Ibraham & Renner, 1986; Ivins, 1986;Mc Comas, 1992; Ragubir, 1979; Ibraham & Birnie, 1985)
Kajian Inkuiri Terbimbing Musheno dan Lawson (1999) : pelajar yang belajar menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan kitar pembelajaran adalah lebih mudah faham dan kesan ingatan jangka panjang mereka adalah lebih baik berbanding pelajar yang menggunakan bahan teks yang dibina berasaskan pendekatan tradisional. Bland, Sunberg dan Goldston (2004) : modul yang dibina menggunakan pendekatan kitar pembelajaran secara on-line telah dapat meningkatkan kefahaman serta kebolehan guru-guru pelatih menjalankan pengajaran di dalam mata pelajaran sains.
Sekian Terima Kasih