PRINSIP UMUM MUAMALAT DAN PANDUAN PELABURAN

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

© 2010 PYXISM, Inc All Rights Reserved T HE POWER OF T EAM W ORK IN ACTION! Sponsor : pyxismogul
ANJAK PIUTANG.
Ketidaktentuan –Tidak lengkap –tidak konsisten, –tidakpasti… atau ketiga- tiganya sekali.
BAB 1 - MANTIK Pembelajaran kaedah dan prinsip untuk membezakan di antara hujah yang baik dengan yang lemah. Memudahkan penyusunan idea-idea dengan teratur,
EBS 339/3 Ekonomi Mineral ( Mineral Economics ) Pensyarah : Prof.Madya Dr. Eric Goh Dr.Syed Fuad Saiyid Hashim Jadual Waktu : Isnin 2.00 – 4.00 ptg Rabu.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER STANDAD KERAJAAN NEGERI (SPEKS)
Pendekatan Konseling Behavioristik Nama : Rheza Azmi Baoka Kelas : 2C.
Journal: Competing Paradigms in Qualitative Research by Guba & Lincoln
4. Pelaksanaan Kurikulum di Sekolah Peembangunan kurikulum terdiri daripada beberapa peringkat; 1.Perancangan (pemilihan matlamat & objektif, pemilihan.
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
BAB INHERITANCE (Pewarisan)
Impact Of Society Topic: Virus
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
Pengantar Manajemen Oleh: Dr. Zainal Ilmi, SE. mba.
GKB1053: ALAT-ALAT CORT IV TING SZE CHING J1.2.
KELOMPOK 4 : BANK SYARIAH Sejarah bank syariah di Indonesia, pertama kali dipelopori oleh Bank Muamalat yang berdiri pada tahun Bank ini.
LAUNG AGUNG Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka.
BAB 4 PERSAMPELAN.
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
COPYRIGhT AND PrivACY FROM MORAL LEGAL STANDPOINT
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
Accounting Theory and Practice PAF 3013
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
CG3513 KULIAH 1 & 2 SISTEM PERCUKAIAN DI MALAYSIA
PENERBITAN ELEKTRONIK
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
Tasawwur islam bimbingan hadis Nama kumpulaN: An-nur Nama ahli: ain
MODUL 3 FILING SYSTEM.
KEMAHIRAN MENGANALISIS POTENSI DIRI ANAK-ANAK
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
Masalah Pengangkutan.
Masalah Tugasan.
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
Pengenalan Sistem Automasi Industri
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
Pengenalan.
Penyatuan Syarikat Bersekutu
UNIT 4: Pengumpulan dan Penulisan Berita (Media Cetak & Elektronik)
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH, 1981
PENERBITAN ELEKTRONIK
The Sources and Philosophical Basis of Islamic Economic System
PLANNING.
DIODA PENYEARAH Dioda adalah komponen/part elektronik yang hanya menghantarkan listrik pada satu arah, karena itu ada sebutan “dioda penyearah”. Dioda.
ASSALAMUALAIKUM………. WELCOME TO MCOM ONLINE MALL
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
PERANAN PENILAI (ROLE OF VALUERS)
UNIT 13: ETIKA KEWARTAWANAN.
PLIDING / SURAT GUAMAN “Statement in logical and legal form of the facts that constitute Plaintiffs cause of action and Defendants grounds of defense.
Bahagian II MATEMATIK PENILAIAN
Hak Milik Perniagaan dan Franchise
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MENGGUNAKAN OBJEK VISUAL BASIC 6.0
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pemikiran Islam Semasa di Singapura
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Proses perancangan.
DASAR DAN FALSAFAH KEPENGARANGAN
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
PERSEPSI-LOGIK.
Rancangan Kewangan This "Deco" border was drawn on the Slide master using PowerPoint's Rectangle and Line tools. A smaller version was placed on the.
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

PRINSIP UMUM MUAMALAT DAN PANDUAN PELABURAN

PRINSIP MUAMALAT ISLAM PENDAHULUAN Perniagaan adalah bidang pekerjaan yang digalakkan Islam. Menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah adalah amalan soleh, mendapat pahala di sisi Allah S.W.T. Amnya muamalat berpandukan prinsip umum berikut: Prinsip Kebenaran Prinsip Amanah Prinsip Keikhlasan Prinsip Keadilan Prinsip Persaudaraan Prinsip Pengetahuan

PRINSIP KEBENARAN Aktiviti perniagaan mestilah benar, tepat dan sah dalam semua perkara. Orang yang benar bererti ia jujur, tidak menipu, tidak bersumpah dan membuat sesuatu yang tidak baik, tidak menyalahi undang-undang dan tidak membelakangi kepentingan masyarakat. Firman Allah SWT (bermaksud): “Hai orang-orang beriman! Patuhlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar!” (At-Taubah : ayat 119)

PRINSIP AMANAH Amanah utama adalah dari Allah SWT. Hidup ini merupakan amanah dari Allah dan oleh itu dalam hubungan antara manusia dengan manusia dari aspek pekerjaan, perniagaan, kepimpinan, pemerintahan, kekeluargaan dan sebagainya mestilah mengikut landasan-landasan yang diredhai oleh Allah SWT jua dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Allah berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan barang-barang kepercayaan kepada yang punya; dan bila menghukum di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil; bahawa dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu; sesungguhnya Allah itu mendenganr dan melihat.” (An-Nisa’: ayat 58) “Hai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga jangan berkhianat kepada amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal : ayat 27)

PRINSIP KEIKHLASAN Pelaksanaan sesuatu kerja mengikut syarat akan menghasilkan kejayaan insyaAllah. Asas kerja boleh bermotivasikan “keuntungan” (ganjaran / pahala); atau bermotivasikan “perasaaan hamba” (takut denda / dosa) atau pun atas dasar penuh kerelaan dan rasa tanggungjawab. Ketiga-tiga dasar motivasi ini masih di anggap ikhlas kerana Al-Qur’an pun menggunakan pendekatan yang sama bagi menggalakkan manusia melaksanakan yang disuruh dan menjauhkan dari yang terlarang.

Allah berfirman (maksudnya): “Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan tulus ikhlas beragama untuk Allah semata-mata, berdiri lurus mengerjakan sembahyang, membayarkan zakat dan itulah agama yang betul.” (Al-Bayyinah: ayat 5)

PRINSIP KEADILAN Berlaku adil itu bererti ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya.’ Maka keadilan bermaksud setiap orang mesti diperlakukan sesuai dengan apa yang sepatutnya, tanpa diskriminasi. Prinsip ini sangat penting seperti dalam hal kualiti pengeluaran dan perkhidmatan; perletakan harga, layanan kepada pekerja, persekitaran perniagaan dan keputusan-keputusan perniagaan.

Al-Qur’an menyebut (maksudnya) : “Sesungghnya Allah memerintahkan keadilan, berbuat kebaikan dan memberi kepada kerabat-kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan kedurhakaan. Dia mengajari kamu supaya kamu mengerti.” (An-Nahl : ayat 90)

PRINSIP PERSAUDARAAN Islam mengajar bahawa semua manusia itu bersaudara. Sikap ini diamalkan setiap waktu; terhadap pekerja, pelanggan dan orang awam. Jauhi sifat dengki; peliharalah perhubungan baik agar dapat mewujudkan suasana damai dan harmoni. Prinsip ini ditegaskan dalam Al-Qur’an  (maksudnya):

(Al-Imran: ayat 103) “Dan berpegang eratlah kamu sekelian dengan tali Allah, dan janganlah berpecah belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati kamu (dalam agama Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu, kamu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lobang neraka, maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu menurut jalan yang benar.”

FirmanNya lagi (maksudnya): “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka mengucapkan: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami! Dan janganlah Engkau adakan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman! Wahai Tuhan kami! Engkau sesungguhnya Maha Penyantun dan Penyayang!” (Al-Hasyr : ayat 10)

PRINSIP PENGETAHUAN Ketaqwaan adalah berasaskan amalan ikhlas yang berpandukan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan menuntut ilmu baik atas lelaki mahupun perempuan. Malah ayat Al-Qur’an yang pertama diturunkan adalah berhubung ilmu. Firman Allah (bermaksud) : “Bacalah dengan nama Tuhan engkau, yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya.” (Al-Alaq: ayat 1-5)

PRINSIP MUAMALAT YANG KHUSUS 1. Bermuamalat atau berurusniaga dengan penuh kerelaan 2. Sempurna keahlian pihak-pihak yang berkontrak atau yang berurusniaga 3. Kesempurnaan syarat pada barangan atau perkhidmatan yang diperniagakan 4. Urusniaga tidak berasaskan riba 5. Urusniaga terhindar daripada unsur-unsur penindasan

RUKUN JUAL BELI Penjual Pembeli Barang (perkhidmatan) yang dijual beli Harga Sighah ( Ijab dan Qabul )

SYARAT-SYARAT JUAL BELI Syarat Penjual dan Pembeli Kedua-dua penjual dan pembeli adalah daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal fikiran, baligh dan rusd atau pintar. Mereka tidak tergolong dikalangan orang yang disekat dari menjalankan urusan muamalah. Urusniaga mereka hendaklah dibuat secara sukarela tanpa adanya paksaan.

Syarat Barang Barang mestilah wujud, dimiliki secara sah atau sempurna milik. Ia boleh diserah hantar. Barang tersebut hendaklah yang halal, bermanfaat dan suci di sisi syariat dan ia tidak berubah seperti apa yang disebut dalam kontrak atau pengetahuan pembeli apabila proses penyerahan dilakukan. Dalam keadaan tertentu, barang tidak semestinya telah wujud tetapi diyakini boleh diwujudkan seperti dalam kes barang yang perlu di tempah.

Syarat Harga Asas harga ialah pasaran. Harga jual beli disyaratkan disebut semasa berlakunya akad. Ia mesti dijelaskan dalam bentuk jenis matawang atau sesuatu nilai yang menjadi persetujuan bersama. Konsep harga Tak Berkat

Syarat Sighah (Ijab Qabul) Tujuan sighah ialah untuk melahirkan tanda kerelaan. Kerelaan penting kerana setiap akad mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Oleh itu disyaratkan bentuk sighah yang digunakan dalam majlis akad mestilah terdiri daripada perkataan, tulisan atau perbuatan yang difahami oleh kedua pihak yang terlibat bahawa maksud jual beli itu telah berlaku seperti perkataan "saya jual" dan "saya beli." Sighah secara perbuatan adalah seperti jual beli di Mesin “Vending,” urusniaga melalui Kad ATM dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN MUAMALAT Al-Ihtikar (Monopoli) – satu pihak yang menguasai pasaran dan berupaya menindas. An-Najash – pakatan pengaruhi harga jualan atau belian Hadirlibad – pengeluar & peruncit tidak mendapat maklumat harga dan keadaan pasaran Talaqul Rukban (sole agent) – sekatan barang dagangan dari memasuki pasaran terbuka As-Shamtaa (Beautification) – maklumat tidak betul; “misrepresentation” “caveat emptor” VS Prinsip Islam

PELABURAN DALAM ISLAM PENGERTIAN PELABURAN Pelaburan  merupakan  aktiviti  menukarkan suatu  harta  (lazimnya wang tunai) dengan harta lain (seperti saham syarikat, akaun simpanan, insuran, hartanah)  yang juga disebut penanaman modal pada sesuatu waktu atau sekarang dengan jangkaan untuk mendapatkan pulangan yang positif atau keuntungan pada masa akan datang setelah membuat perkiraan akan risiko bagi setiap aktiviti pelaburan tersebut.

Empat Elemen Dalam Aktiviti Pelaburan Penanaman modal - wang yang diperlukan untuk membuat pelaburan. Peralihan masa  - jangkawaktu dari masa  membeli  pelaburan  sehingga dijual. Pulangan - keuntungan atau pendapatan seperti dividen,  kenaikan  nilai modal, faedah. Risiko - kemungkinan mengalami kerugian dalam pelaburan. Suhaimi Salleh (1994)

MATLAMAT PELABURAN Pendapatan (Income) Pertumbuhan (Growth) Keselamatan dan Kecairan (Safety and Liquidity) Perlindungan Inflasi (Inflation) Implikasi Cukai (Tax Implication)

JENIS-JENIS PELABURAN Pelaburan Tunai (Cash Investment) Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Mata Wang Asing, Sekuriti Kerajaan Pelaburan Ekuiti (Equity Investment) Saham-saham, Saham Pinjaman, Waran Pelaburan Aset Hakiki (Tangible Assets) Hartanah, Emas, Batu Permata Pelaburan Pasaran Hadapan (Futures Market) Komoditi – pertanian, logam

PANDUAN PELABURAN BERASASKAN SYARIAH Firman Allah S.W.T. (bermaksud): “Hal orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (An-Nisa’: 29)

PRINSIP-PRINSIP PELABURAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak. Tiada jaminan terhadap keuntungan. Tiada wujud unsur gharar (ketidakpastian) atau elemen perjudian. Tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat pelaburan. Tidak terlibat dalam riba.

KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM HAL PELABURAN Prinsip Asal Keharusan Terbuka Pada asasnya, hukum bagi semua perkara adalah harus kecuali ada dalil yang menetapkan hukum itu sebaliknya. Dari kaedah ini kita dapat merumuskan bahawa mana-mana aktiviti perniagaan yang tidak dinyatakan pengharamannya oleh hukum syarak adalah halal dan harus dilakukan.

Prinsip Keredhaan Berkontrak  Kaedah Kontrak Dan Syarat Menerusi kaedah ini, syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak perniagaan akan diteliti untuk mengenalpasti sama ada ia menepati hukum syarak atau sebaliknya. Prinsip Keredhaan Berkontrak Tujuan kontrak adalah untuk menyatakan dengan jelas akan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak. Oleh yang demikian pihak-pihak berkontrak mesti memahami butiran dalam kontrak perniagaan dan dengan demikian barulah wujud persetujuan dan keredhaan berkontrak. Kandungan kontrak perlu memberi keadilan kepada pihak-pihak berkontrak.

Prinsip ‘Uruf Khas Ada kalanya, wujud sesuatu perkara yang baru dalam perniagaan. Sekiranya masyarakat memandang perkara itu sebagai suatu kebiasaan dan keperluan yang tidak mendatangkan mudharat, maka harus diterima ‘uruf tersebut selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sesungguhnya adat juga merupakan satu sumber hukum.

Prinsip Syariah Yang Utuh Apabila wujud keadaan yang tidak jelas atau keraguan, maka kita harus kembali semula kepada hukum syariah dan penentuan hukum boleh ditelitikan oleh pakar-pakar syariah. Prinsip Tegahan - Kembali “Neutral” Dalam kaedah ini, ia menggunakan prinsip sesuatu perkara yang menjadi halangan boleh menjadi neutral dalam keadaan darurat. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu sahaja seperti keadaan darurat, hajat dan tahsiniyat, apabila alternatif yang ada juga lebih memudharatkan, maka keharusan telah wujud setakat keperluan itu sahaja dan tidak melampaui batas.

Prinsip menghilangkan kemudharatan Kaedah ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Tidak memudharatkan dan tidak dimudharatkan.” Mengikut kaedah ini, sesuatu tindakan yang dilakukan tidak akan memudharatkan diri sendiri dan juga pihak yang satu lagi.

GARIS PANDUAN PELABURAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA Operasi tidak berteraskan riba Operasi tidak melibatkan perjudian Operasi tidak mengeluarkan dan/atau menjual barangan haram Tidak melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar

PERCAMPURAN HALAL DAN HARAM Aktiviti utama perniagaan mestilah bukan aktiviti yang bertentangan dengan hukum syarak sedangkan unsur haram adalah teramat kecil secara perbandingan dengan aktiviti utamanya. Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik. Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara umum atau tidak dapat di elakkan (umum balwa), ‘uruf dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diiktiraf dan diperakui oleh Islam

SEKURITI PATUH SYARIAH No. Kod Stok Nama Sekuriti 1. 7233 Dufu Technology Bhd 10. 5125 Pantech Group Holdings Bhd* 2. 3417 Eastern & Oriental Bhd 11. 7232 Resintech Bhd 3. 0136 Greenyield Bhd 12. 2739 Sino Hua-An International Bhd 4. 0139 H-Display (MSC) Bhd 13. 7235 Superlon Holdings Bhd 5. 5122 Kencana Petroleum Bhd 14. 0140 Tejari Technologies Bhd 6. 5129 Melati Ehsan Holdings Bhd 15. 2305 The Ayer Hitam Planting Syndicate Bhd 7. 0138 My E.G. Services Bhd* 16. 6327 Tradewinds Plantation Bhd 8. 7237 Natural Bio Resources Bhd* 17. 5131 Zhulian Corporation Bhd* 9. 5128 Ogawa World Bhd* *Sekuriti syarikat-syarikat ini telah diklasifikasikan sebagai patuh Syariah pada peringkat IPO berkuat kuasa mulai 25 Mei 2007.

SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAH No. Kod Stok Nama Sekuriti 1. 7048 Atlan Holdings Bhd 10. 2011 Lingui Development Bhd 2. 5606 Goldis Bhd 11. 3824 Malaysian Mosaic Bhd 3. 3034 Hap Seng Consolidated Bhd 12. 8389 Metacrop Bhd 4. 3441 Johan Holdings Bhd 13. 1945 PJ Development Holdings Bhd 5. 7017 Komarkcorp Bhd 14. 5304 PROTON Holdings Bhd 6. 3565 Kumpulan Europlus Bhd Sumber : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2007)

PENAPISAN SAHAM (IslamiQStocks.com) PELABURAN HALAL PELABURAN TAK-HALAL - Aktiviti Perniagaan Tak Halal - Aset Cair Melebihi 45% Jumlah Aset - Nisbah Hutang – Jumlah Aset Melebihi Had 30% - Lain-lain Hasil Tak Halal Adalah 5% Atau Lebih

ASAS PELABURAN ABC HOLDING CO. SUB. 1 SUB. 2 SUB. 3 SUB. 2.A

Kes ABC Holdings Panduan Pelaburan Syariah: Lihat aliran dari bawah ke atas. Contoh: Katakan kalau SUB. 2A menjalankan aktiviti haram, maka tak boleh labur dalam SUB 2A, SUB. 2 dan ABC Holdings. Kalau SUB. 1 menjalankan aktiviti halal, maka boleh labur dalam SUB. 1 walaupun ABC Holdings tak boleh dilabur. Panduan syariah pelaburan tidak melihat aliran dari atas ke bawah.

SEKIAN