FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan

Slides:



Advertisements
Similar presentations
Bab 3-4 Isu Implementasi Robot. Objektif Boleh mengenalpasti isu-isu yang terlibat di dalam implementasi robot Boleh menghuraikan isu-isu tersebut.
Advertisements

Ketidaktentuan –Tidak lengkap –tidak konsisten, –tidakpasti… atau ketiga- tiganya sekali.
BAB 5-4 Training Aplikasi Machine Vision. Objektif Boleh mengetahui kepentingan training pada vision system Boleh menghuraikan aplikasi vision system.
1 Bab 8 Halatuju dan Kekangan dalam Antaramuka : Multisensori.
BAB 1 - MANTIK Pembelajaran kaedah dan prinsip untuk membezakan di antara hujah yang baik dengan yang lemah. Memudahkan penyusunan idea-idea dengan teratur,
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Teori Behavioristik Albert Bandura
Pendekatan Konseling Behavioristik Nama : Rheza Azmi Baoka Kelas : 2C.
Kelompok 5 ¤ Arista Tulistia ¤ Widi Dwirizki Utoyowibowo ¤ Yosi…
Nama-Nama Kelompok 1.Amaliah Nurrohmah( ) 2. Arista Tulis( ) 3.Suci Anggari( )
Journal: Competing Paradigms in Qualitative Research by Guba & Lincoln
OLEH: ZALMIZY BIN HUSSIN Universiti sains Malaysia Pulau pinang.
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
BAB 4 PERSAMPELAN.
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Teori Etika.
TEORI ETIKA ETHICAL THEORY
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
ETIKA DAN SOSIAL DALAM SISTEM MAKLUMAT
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM4123
Tasawwur islam bimbingan hadis Nama kumpulaN: An-nur Nama ahli: ain
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
TEORI PENGURANGAN KETIDAKPASTIAN-URT (UNCERTAINTY REDUCTION THEORY)
Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik
KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
What is a Group? Apakah kelompok?
Pengenalan Sistem Automasi Industri
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
DEFINITION AND APPROACHES TO THE STUDY OF MORAL/ ETHICS DEFINISI ETIKA & PENDEKATAN KEPADA KAJIAN MORAL/ETIKA.
SSQL1113 Statistik Untuk Sains Sosial
Budaya Organisasi dan Perubahan
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
“Theory of Constraints” Teknik TOC
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 23 JUN 2012.
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pemikiran Islam Semasa di Singapura
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
ETIKA, MORAL, DAN AKHLAK KELOMPOK 4 NAMA : Angga Rebantan Andry Erpapalemlah Miftah Kurniawan.
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FEM 3301 ETIKA & NILAI DALAM PEMBANGUNAN
PERSEPSI-LOGIK.
TAKLIMAT UPSR UPSR COUNTDOWN: 9 HARI LAGI 2.
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 2 PENGENALAN ETIKA, NILAI, MORAL, AKHLAK DAN ADAB

SUB TOPIK Pengenalan katakunci-katakunci Nilai Etika Moral Akhlak Adab Persamaan dan perbezaan katakunci Konsep dan prinsip asas etika dan nilai

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:- Menghuraikan katakunci-katakunci asas iaitu nilai, etika, moral, akhlak dan adab Menghuraikan persamaan dan perbezaan konsep-konsep asas dalam etika, moral, akhlak dan adab Menjelaskan kefahaman umum konsep dan prinsip asas etika dan nilai

APAKAH NILAI? nilai merujuk kepada prinsip/asas bagi tujuan mengukur sesuatu. Juga digunakan untk Memberi ukuran kpd sesuatu

APAKAH NILAI? Dalam konteks moral, atau melihat kepada fungsinya, nilai dirujuk kepada sesuatu set atau prinsip asas bagi tujuan mengukur sesuatu perlakuan moral samada baik atau buruk, benar atau salah

APAKAH NILAI? Jawapan-jawapan bagi persoalan demikian akan diperolehi dengan merujuk sistem nilai yang digunakan bagi menentukan ukuran perlakuan itu benar atau salah, baik atau buruk. Boleh jadi pegangan agama/ ideologi/budaya/pemikiran seperti kebendaan

APAKAH NILAI? Pada asasnya ada dua pusat nilai yang menjadi landasan pembinaan sistem nilai iaitu pusat nilai berasaskan ketuhanan (God-centred value) pusat nilai yang berasaskan manusia (human-centred value)

APAKAH NILAI? Pusat nilai yang berasaskan ketuhanan merujuk kepada sistem nilai yang berlandaskan ajaran agama di mana penentuan buruk dan baik adalah berasaskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam kitab suci agama Pusat nilai yang berasaskan manusia adalah merujuk kepada sistem nilai yang terbit daripada pengalaman manusia dan apa yang difikir dan dirasa oleh manusia. Terdapat juga nilai yang terbit daripada pengalaman manusia yang selari dengan kehendak agama seperti adat kebiasaan yang baik.

APAKAH NILAI? Sebagai contohnya:- apakah nilai bagi perbuatan atau tindakan mendirikan rumah bagi perlindungan anak yatim? apakah nilai bagi perbuatan mencuri kerana suka-suka? Apakah nilai membina rumah dilereng-lereng bukit?

APAKAH NILAI? Perbincangan falsafah tentang sistem dan teori nilai dipanggil sebagai Axiologi Perbincangan lain termasuklah metafizik, epistemologi dan logik

APAKAH ETIKA? Dalam perbincangan falsafah etika diletakkan di bawah perbahasan axiologi Tujuan perbahasan etika adalah bagi memahami nilai yang dikaitkan dengan perlakuan manusia, tabiat moral, menakrifkan benar dan salah, baik dan buruk, yang patut dan tidak patut dilakukan dalam perlakuan manusia. Dalam tradisi Barat, etika ada kalanya dirujuk juga sebagai falsafah moral.

APAKAH ETIKA? Etimologi- Bermaksud adat atau cara hidup Lahirlah ethics – Ingg Etika –Melayu ETIKA Latin - ethice Greek - ethik ethicos.

APAKAH ETIKA? Etika kemudiannya berkembang dan merupakan satu disiplin ilmu atau sains yang membicarakan tentang apakah yang baik dan apakah yang buruk, apakah yang benar dan apakah yang salah, dan apakah yang dikehendaki dengan tanggungjawab dan kewajipan moral. (moral obligations, duties and responsibilities)

APAKAH ETIKA? Dalam konteks fungsi dan peranannya khususnya dalam membina dan menentukan corak dan hala tuju pembangunan, etika adalah garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan serta menjadi rujukan dalam menentukan nilai perlakuan benar, salah, baik buruk negatif mahupun positif.

APAKAH ETIKA? Bidang etika juga bertanggung jawab membahas secara sistematik, seterusnya menyarankan dan dalam keadaan tertentu mempertahankan konsep-konsep yang dibina tentang perlakuan baik dan buruk manusia Ahli falsafah semasa biasanya membahagikan perbincangan etika kepada tiga cabang asas iaitu Metaetika (metaethics) Etika normatife (normative ethics) Etika Gunaan (applied ethics)

APAKAH ETIKA? Metaetika membincangkan tentang dari mana sumber datangnya prinsip-prinsip etika? Adakah prinsip-prinsip tersebut semata-semata tercipta dari pengalaman sosial masyarakat? Apa kaitannya dengan emosi atau perasaan individu?

APAKAH ETIKA? Jawapan metaetika kepada persoalan-persoalan ini bertumpu kepada kebenaran universal (universal truths), merujuk kepada ketentuan Pencipta, peranan akal dalam membuat keputusan moral dan persoalan-persoalan yang berkait dengan makna dan kefahaman terhadap intipati konsep etika itu.

APAKAH ETIKA? Etika normatif pula merujuk kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan laku perbuatan yang praktikal yang akhirnya sampai kepada standard moral yang menentukan sesuatu perlakuan itu baik atau buruk. Ianya melibatkan menanamkan tabiat yang baik yang perlu dimiliki oleh seseorang, tentang tanggung jawab dab kewajipan yang perlu ditunaikan, auatu peraturan yang perlu diikuti dan mungkin tentang akibat perbuatan kita kepada pihak lain.

APAKAH ETIKA? Etika gunaan (applied ethics) pula merujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan yang tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu , adakalanya menimbulkan kontroversi seperti menggugurkan kandungan, homosexualiti, hak asasi, penggunaan senjata pemusnah dan sebagainya.

APAKAH ETIKA? Dengan menggunakan konsep-konsep dalam metaetika dan etika normatif, para moralis cuba menjelaskan atau menghuraikan permasalahan yang timbul dalam etika gunaan

APAKAH ETIKA? Garis pemisah antara ketiga-tiga cabang etika itu lazimnya tidak jelas. Ini kerana terdapat pertalian erat antara ketiga-tiga cabang itu yang dapat dilihat dengan jelas apabila seseorang membincangkan sesuatu isu khusus seperti homosexuality. a. Pertama dari mana nilai yang menentukan bahawa perlakuan homosexuality itu salah? Ini persoalan metaetika.

APAKAH ETIKA? Kedua Kenapakan perlakuan itu menjadi amalan atau kesukaan bagi sesetengah golongan? Ini persoalan etika normatif. Ketiga, apakah asas yang digunakan golongan tersebut bagi mempertahankan “hak” mereka untuk mengamalka perbuatan tersebut? Ini persoalan etika gunaan.

APAKAH MORAL? Kebanyakan penulis tidak membezakan secara jelas antara moral dan etika. Ini kerana kedua-duanya mempunyai makna dan implikasi yang sama iaitu mengenai nilai perlakuan betul atau salah, baik atau buruk Bagaimana pun ada baiknya sekiranya dapat dibezakan sedikit antara keduanya sekurang-kurangnya dari segi kelaziman penggunaan.

APAKAH MORAL Perkataan moral diambil daripada perkataan Yunani mores yang bermaksud tingkahlaku yg sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat Moral selalunya dirujuk kepada persoalan kewajipan atau pertanggungjawaban seseorang sebagai individu dan anggota masyarakat

APAKAH MORAL Segala perlakuan atau perbuatan yang dilakukan secara pilihan akan tertakluk kepada hukum moral iaitu samada buruk atau baik benar atau salah. Ini berasaskan konsep asas moral iaitu manusia sebagai makhluk bermoral (moral being) - manusia bermoral adalah manusia yang seimbang dari segi keperibadian mulia dan mematuhi peraturan moral

APAKAH AKHLAK? Akhlak adalah istilah yang di Melayukan daripada bahasa Arab iaitu akhlaq, yang bermakna suatu keadaan atau sifat dalaman (disposition). Ianya merujuk kepada 1.suatu keadaan (disposition) atau malakah iaitu sifat yang ada dalam diri seseorang yang membolehkannya melakukan sesuatu tanpa memerlukan kepada penakulan.

APAKAH AKHLAK Malakah adalah sifat yang ada pada diri seseorang yang wujud dan terbina dalam dirinya melalui didikan secara bertubi dan ianya sukar untuk dihilangkan.

APAKAH AKHLAK 2.Selain itu akhlak juga sering dirujuk sebagai habit (kebiasaan) iaitu suatu sifat yang ada dalam diri seseorang itu yang menjadikan ia identikal kepada dirinya.

APAKAH AKHLAK Terdapat juga sarjana yang menterjemahkan ilm akhlaq itu sebagai ilmu etika Islam bagi membezakannya dengan etika sekular atau ilmu etika yang dikembangkan oleh sarjana Barat.

APAKAH AKHLAK Maka dalam konteks ilmu akhlak, sifat yang dikatakan terdapat pada siri seseorang itu boleh wujud melalui keadaan-keadaan berikut:- Sifat semula jadi yang dimilikinya (natural and physical make-up) Habit atau kebiasaan yang biasanya terjadi disebabkan didikan dan latihan yang bertubi yang akhirnya menjadikannya sesuatu yang natural bagi dirinya. Amalan dan sesuatu perlakuan yang dilakukan dengan penuh sedar yang menghasilkan habit (kebiasaan)

APAKAH ADAB? Adab - kalimah Arab yang diMelayukan yang merujuk kepada kesenian, kehalusan dan kesantunan Dalam konteks tingkah laku manusia, adab berperanan memimpin manusia supaya berkelakuan dan bertindak secara halus, berseni dan berhikmah berasaskan sistem nilai yang ada dalam masyarakat tersebut

APAKAH ADAB? Dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam, soal adab adalah sesuatu yang sangat diberikan keutamaan. Adab sering dikaitkan dengan kehidupan dan interaksi seharian seperti ________ ________________________________

adab dengan ibu bapa, adab dengan orang tua, adab dengan guru, adab belajar, adab berkawan, adab berbahasa dan sebagainya.

APAKAH ADAB? Ada kalanya bagi orang Melayu adab juga dihubungkaitkan dengan adat seperti adat perkahwinan, meminang, adat bertandang Lawan adab adalah biadab. Seseorang yang tidak beradab akan disifatkan sebagai biadab

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN Persamaan-kesemuanya menyangkut soal nilai baik atau buruk, betul atau salah, positif atau negatif, patut atau tidak patut,dituntut atau ditegah Perbezaan- Nilai-memberi ukuran kepada sesuatu Etika-falsafah moral/garis panduan yg memandu pemikiran, kelakuan dan perbuatan Moral- kualiti baik, piawai tingkahlaku Akhlak- nilai-nilai baik dan sifat2 terpuji Adab-kelakuan dan tindaktanduk halus, berseni dan berhikmah

KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI Persoalan konsep asas :- Adat kebiasaan (customs/customary morality) Nilai bersama (common values) Nilai yang dikongsi (shared values) Kepentingan bersama (shared interests)

KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI Nilai universal dan nilai setempat Nilai individu dan nilai kelompok (individual and group) Keseronokan (pleasure) Kesakitan (pain) Hak (right)

KONSEP DAN PRINSIP ASAS ETIKA DAN NILAI Kebaikan tertinggi (highest good) Kebebasan memilih (freedom of choice) Usaha dan ikhtiar (free will) Kewajipan (duties) Tanggung jawab (responsibilities) Ganjaran (rewards) Hukuman (punishment) Kebahagiaan (happiness)

KESIMPULAN Walau apapun takrifan dan pengertian yang diberikan terhadap kelima-lima katakunci ini, dapatlah diringkaskan bahawa semuanya menyangkut soal perlakuan, sikap, pemikiran, tindakan, amalan manusia yang baik mahupun sebaliknya yang turut memberi kesan kepada masyarakat.