SKW 320 Falsafah Sosial Sains

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

Ketidaktentuan –Tidak lengkap –tidak konsisten, –tidakpasti… atau ketiga- tiganya sekali.
Sebuah alat komunikasi perhubungan melalui “rangkaian pengguna” Digunakan secara meluas di awal era keluaran telefon bimbit iaitu dari tahun 1980 ke 1990.
TEKNOLOGI Disediakan Oleh Kamaludin Ahmad JTMK, MPTI, JB.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Teori Behavioristik Albert Bandura
Pendekatan Konseling Behavioristik Nama : Rheza Azmi Baoka Kelas : 2C.
Kelompok 5 ¤ Arista Tulistia ¤ Widi Dwirizki Utoyowibowo ¤ Yosi…
Nama-Nama Kelompok 1.Amaliah Nurrohmah( ) 2. Arista Tulis( ) 3.Suci Anggari( )
Journal: Competing Paradigms in Qualitative Research by Guba & Lincoln
SOROTAN LITERATUR HASNIZA BT ISMAIL SUHANA BINTI SHOKORDEY
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
GKB1053: ALAT-ALAT CORT IV TING SZE CHING J1.2.
KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
BAB 4 PERSAMPELAN.
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
OLEH: ARKIB NEGARA MALAYSIA
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
NEUROCITE 2.0: Simulator Peramalan Rangkaian Neural Buatan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
ETIKA DAN SOSIAL DALAM SISTEM MAKLUMAT
BBM 5402 Kuliah 5 Bahasa Antara
FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1 Pengenalan Penyelidikan
Konsep Pengukuran dalam Penyelidikan
Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
STATISTIK INFERENSI Populasi Sampel Dapatan.
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik
Unit 2 Kuliah 1 Teori Semantik
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
What is a Group? Apakah kelompok?
EDU 5900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
Penyelidikan Tindakan I
BAB 2(a):PENGENALAN KEPADA JELMAAN LAPLACE
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
سوسيولوڬي.
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
DEFINITION AND APPROACHES TO THE STUDY OF MORAL/ ETHICS DEFINISI ETIKA & PENDEKATAN KEPADA KAJIAN MORAL/ETIKA.
INOVASI DAN KREATIF.
Budaya Organisasi dan Perubahan
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 23 JUN 2012.
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MENGGUNAKAN OBJEK VISUAL BASIC 6.0
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
M2-2: Fokus Penyelidikan Tindakan
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
8.
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERSEPSI-LOGIK.
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Presentation transcript:

SKW 320 Falsafah Sosial Sains

FALSAFAH

Bagaimana memberikan definisi? Dengan cara memberikan skop kepada pengertian. (Definition by limitation) Dengan cara menghuraikan sesuatu. (Definition by description) Dalam memberi definisi, tertakluk kepada kedua-dua kaedah ini.

FAKTA TEORI IDEA HIPOTESIS KONSEP

Fakta - sesuatu yang sudah jelas/suatu kenyataan (a statement of fact) Idea - pemikiran/pertimbangan yang dikenakan kepada fakta (value judgment) Konsep - himpunan idea-idea terhadap sesuatu fakta (tujuan dan sudut mana?) Hipotesis - andaian awal berdasarkan konsep dan belum disahkan Teori – andaian disahkan dan menjadi fakta, boleh disangkal dengan teori baru

Philosophy = Philos + sophia Philos = Love Sophia = Wisdom Philosophy = Love of wisdom Falsafah = Kecintaan kepada kebijaksanaan/hikmah

Seorang ahli falsafah adalah seorang yang cinta kepada kebijaksanaan atau hikmah.

Falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta terhadap hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Ahli falsafah - mereka yang berusaha mencari hakikat sesuatu, berusaha menautkan sebab dan akibat, serta berusaha mentafsirkan pengalaman manusia (Al-Syaibany 1979).

Stroll dan Popkin (1921): The study of science of the truths or principles underlaying all knowledge, and being (or reality). Any one of the three branches (natural philosophy, moral philosophy, and metaphysical philosophy) accepted as composing this science. A system of philosophical doctrine; the philosophy of Spinoza. Metaphysical science; metaphysics. The study or science of the principles of a particular branch or subject of knowledge: the philosophy of history. A system of principles for guidance in practical affairs. Philosophical spirit or attitude; wise composure throughout the vicissitudes of life.

Perkara satu hingga enam keseluruhannya merujuk falsafah sebagai satu bidang yang secara sistematiknya membincangkan prinsip-prinsip tertentu (system of principles). Perkara ketujuh bukan merujuk kepada aktiviti intelektual tetapi menyentuh tentang cara menanggapi kehidupan. “Inquiries directed towards knowledge and those directed toward the guidance of life”. Ertinya, falsafah merupakan satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu terhadap alam. Falsafah berperanan dalam menyediakan seseorang dengan perspektif dan pandangan yang lebih terbuka untuk membantunya berfikir dengan lebih sistematik dan teratur menjadikan seseorang itu lebih rasional dalam pemikiran dan tindakannya (Ozmon & Craver, 1999).

Ozmon & Craver (1991): A dedicated inquiry into ideas, traditions, innovations, and ways of thinking. Hirst & Peters (1970) Aktiviti penaakulan yang menjadikan persoalan berbentuk second-order questions sebagai subjek.

Sufean Hussin (1996) Bukan sains, kerana tidak menambah ilmu baru, tetapi menggabungkan fakta-fakta khusus kepada keseluruhan. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994) Terletak antara sains dan teologi.

Ruang Lingkup Falsafah Russell (1946) - Falsafah ialah suatu disiplin di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan sains kemanusiaan). Sebagai teologi - falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang tepat dan nyata. Sebagai sains - falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. Tegasnya, ilmu pengetahuan pasti adalah kepunyaan sains, manakala semua dogma atau rukun agama adalah kepunyaan teologi. Falsafah sahajalah yang melibatkan spekulasi dan taakulan.

Satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu tentang alam ini. Dalam membentuk sistem pemikiran tersebut, falsafah tidak menggunakan kaedah saintifik ataupun kaedah teologi. Sebaliknya, ia mempunyai kaedah tersendiri iaitu kaedah inkuiri falsafah. Apabila seseorang individu itu telah membentuk pandangan yang tersendiri tentang alam, beliau sebenarnya telah membentuk pandangan peribadinya tentang kehidupan; yang akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakannya pula.

Pemikiran filosof mempunyai ciri-ciri khas, iaitu menimbulkan gejolak terhadap isu-isu manusia dan kemanusiaan; hidup dan kehidupan. Isu-isu falsafah tidak tetap, namun filosof tidak akan meninggalkannya sehinggalah mereka dapat merungkai cara pemecahan persoalan tersebut.

Fungsi: Mencorak dan mendasari sistem dalam negara tersebut. Menyediakan seseorang kepada pemikiran yang lebih sistematik.

Kesempurnaan kendiri & Realisasi kendiri Manusia memerlukan satu falsafah untuk memberikan mereka satu keyakinan hidup, yang kaedah empirikal sains tidak mampu melaksanakannya dalam usaha mencapai self-actualisation & self-realisation.

Falsafah sebagai satu aktiviti … Kneller (1971) TIGA stail/pendekatan falsafah: Falsafah spekulatif - satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yg tidak hanya tertentu kpd satu item @ pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari satu kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman. - Tujuannya untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

Falsafah preskriptif - cuba menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. - mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan hodoh dan sebagainya. - bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja. - Bagi ahli psikologi, pelbagai bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya. Tetapi, bagi ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha untuk mencari & mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ia harus begitu.

c) Falsafah analitik - memberi tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. - menganalisis kenyataan-kenyataan spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang berlainan. - mereka akan menunjukkan bagaimana ketidak seragaman mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah dibawa dalam konteks yang berlainan. - Mereka juga kelihatan berhati-hati, skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem pemikiran.

Sufean Hussin (1996): Pendekatan utama falsafah: Pendekatan Deskriptif Pendekatan Normatif Pendekatan Analitik

Pendekatan secara deskriptif: Memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran tokoh-tokoh falsafah dulu dan kini, dengan tujuan untuk memahaminya.

Pendekatan secara normatif Penekanan terhadap nilai-nilai, sebagai contoh apabila membincangkan tentang sesuatu isu.

Pendekatan secara analitik Digunakan untuk berhujah bagi mencari pertalian serta mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu analisis bahasa (etimologi), konsep, prinsip dan teori.

Kaedah Falsafah: Analisis Inkuiri Pendekatan ilmiah yang berdiri sendiri, untuk memperluaskan pengetahuan.Kejelasan konsep dan makna. Bersifat abstrak, tetapi praktikal.Persoalan tentang konsep paling asas dalam kehidupan manusia. Berbentuk dialektik. Tanpa prosedur atau peraturan tertentu, bergantung kepda proses konsepsi. (Persoalan, perbincangan, jawapan, reaksi, pro, kontra dan justifikasi).

Kepentingan: untuk sampai kepada kebenaran/persetujuan, mengurangkan percanggahan di sepanjang usaha mencari kebenaran tersebut. Cara berlaku: Menggunakan proses mental dan intelektual yang berat. Meliputi tiga proses: analisis, sintesis, kritis.

Analisis: Proses memecahkan satu komponen besar kepada elemen yang lebih kecil. Memecahkan sesuatu perkara yang telah dipelajari kepada bahagian tertentu supaya susuan dan kaitan pecahan dapat dipelajari. Contoh: Konsep pendidikan – konsep mendidik, ilmu sebagai kandungan pendidikan. Kajian teliti. Penganalisaan serta penghasilan rumusan terhadap hasil tulisan atau pemikiran seseorang.

Sintesis: Bertentangan dengan analisis. Menggabungkan pelbagai elemen menjadi satu komponen yang besar. Menyususn idea utama daripada pelbagai sumber untuk melahirkan idea baru yang bermakna. Contoh: Mencari definisi ilmu. Al-Attas: asas definisi oleh al-Surahwardi + Ali Celebi Mengkaji dan meneliti hasil tulisan atau pemikiran beberapa orang pemikir dan melaluinya beberapa idea atau pendapat baru dihasilkan.

Kritis: Penilaian terhadap hujah yang digunakan bagi menyokong sesuatu pendapat. Melibatkan pencarian kelemahan dalam berhujah, untuk memperbaiki dan mengukuhkannya, supaya pendapat menjadi lebih bernas dan jitu. Menilai, memberi pendapat (negatif atau positif), atas hasil tulisan atau pemikiran seseorang.

Analisis falsafah sebagai jalan meluaskan ilmu pengetahuan, TETAPI Manusia sebagai makhluk yang mempunyai kemampuan akal dan intelek yang terhad. Emosi – penjelasan al-Quran/Hadis – alam ghaib

TERIMA KASIH r_adawiah@usm.my