EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Slides:



Advertisements
Similar presentations
TEKNOLOGI Disediakan Oleh Kamaludin Ahmad JTMK, MPTI, JB.
Advertisements

KURIKULUM ABAD 21 The World Has Changed We have moved into a more demanding cognitive age, compelling people to become better at absorbing, processing.
Teori Behavioristik Albert Bandura
Journal: Competing Paradigms in Qualitative Research by Guba & Lincoln
4. Pelaksanaan Kurikulum di Sekolah Peembangunan kurikulum terdiri daripada beberapa peringkat; 1.Perancangan (pemilihan matlamat & objektif, pemilihan.
Muhamad Sodiqin bin Badrin Nurul Irsalina binti Ahmad
Mahasiswa dapat : 1. Mendeskripsikan pengertian belajar. 2. Mendeskripsikan pengertian pembelajaran 3. Mendeskripsikan ciri-ciri belajar dan pembelajaran.
BAB 4 PERSAMPELAN.
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
3.3.3 Models Of Curriculum Development
NEUROCITE 2.0: Simulator Peramalan Rangkaian Neural Buatan
PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran
PEMBELAJARAN MASTERI.
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
Pengenalan Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi JERIS Perkembangan menyeluruh akan membantu murid-murid mencapai peringkat.
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
SESI 3 : 1.4 KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
If you could change one behaviour about your teachers, what would it be? McCune, 2011
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
Pembentangan Usul Kajian Bahagian Pendidikan Guru 2006
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY
Integrating School Based Assessment (SBA)
VARIANCE IN MASTERY DESIGN
MODEL PENILAIAN OBJECTIVE ORIENTED CIPP SUMMATIVE & FORMATIVE
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY
Pembelajaran Koperatif
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
OBJEKTIF MLL 205 (2012) Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
What is a Group? Apakah kelompok?
EDU 5900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1
Pengenalan.
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik 2:
Penyelidikan Tindakan I
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
PLANNING.
INOVASI DAN KREATIF.
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
KURSUS: EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Antarabangsa
Perancangan dan Pelaksanaan Tugasan KKBI
JANGKAAN GURU/Teachers’ Expectation
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Lima Prinsip Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik
FALSAFAH PENDIDIKAN MATEMATIK KBSR
8.
Bermulanya pembelajaran alaf baru
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Reka bentuk pengajaran: MODEL ASSURE
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Presentation transcript:

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Topik 6: Model-Model Pengajaran (Models of Teaching) Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Maswan sajap@ipgktb.edu.my 012-4830474

Hasil Pembelajaran Menjelaskan model-model pengajaran Model Pemprosesan Maklumat Model Behavioral Model Sosial Model Personal Menganalisis model-model pengajaran dan implikasinya terhadao PdP di dalam bilik darjah.

Apakah yang dimaksudkan dengan model pengajaran?

Pengenalan Model Pengajaran Model pengajaran merupakan pelan atau corak yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum (kursus jangka panjang), untuk mereka bentuk bahan pengajaran, dan panduan untuk merancang pengajaran dalam bilik darjah. (Joyce dan Weil,1980). Model pengajaran juga dianggap sebagai blueprint pengajaran.

Pengenalan Model Pengajaran Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

Model-Model Pengajaran Terdapat banyak model-model pengajaran yang boleh digunakan dalam merancang pengajaran. Bruce, Weil & Calhoun (2009) mengkategorikan model pengajaran kepada empat keluarga iaitu; Model Pemprosesan Maklumat Model Behavioral Model Sosial Model Personal

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model Pemprosesan Maklumat Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah- langkah bersistematik dan berturutan iaitu: Kepekaan terhadap masalah yang timbul Pemerolehan dan penyusunan maklumat Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai Pengembangan konsep yang berkenaan.

Model Pemprosesan Maklumat Model pemprosesan maklumat menyamakan ingatan manusia dengan komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh manusia daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.

Model Pemprosesan Maklumat Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses memperoleh kembali (retrievel). Melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat.

Model Pemprosesan Maklumat Pencapaian Konsep Ekspositori Inkuri Synectics dll

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) Menurut Bruner, Goodnow dan Austin (dalam Suherman 1992) menyatakan bahawa model pencapaian konsep dirancang untuk membantu pelajar mempelajari konsep konsep yang dapat digunakan untuk mengorganisasikan maklumat, sehingga dapat memberi kemudahan bagi mereka mempelajari konsep itu dengan cara yang lebih efektif.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep (Concept Attainment) Dengan kata lain, model pembelajaran ini adalah untuk menyusun data sehingga konsep-konsep penting dapat dipelajari secara cepat dan efisien.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) (sambungan…) Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep, guru harus memilih konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai seperti pengajaran secara langsung ataupun mendefinisikan konsep. Dalam penyampaian konsep, guru menggunakan ABM/BBM yang sesuai.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) (sambungan…) Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur, sistematik dan berpusatkan guru. Pelajar sebagai penerima yang pasif.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) (sambungan…) Satu pelajaran konsep merangkumi empat fasa atau langkah, iaitu: Mengemukakan maklumat Memberikan contoh-contoh input berkait dan tidak berkait (examplers and non- examplers) Melaksanakan ujian untuk pencapaian konsep.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) (sambungan…) Menganalisis proses-proses pemikiran pelajar Contoh konsep ialah seperti; konsep segi tiga sama, kata nama, dsbgnya..

Model Pemprosesan Maklumat Model Pencapaian Konsep(Concept Attainment) (sambungan…) Aplikasi dalam PdP: Guru perlu memperjelas sesuatu konsep baharu yang diajar kepada murid dengan huraian yang jelas dan mantap. Penerangan + ABM yang sesuai Isi pelajaran disusun secara sistematik Guna kaedah deduktif – Fakta + huraian + contoh yang spesifik

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) Menggabungkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada (perkaitan) Pengetahuan diperoleh melalui resepsi atau penerimaan, bukan penemuan Konsep, prinsip dan idea dipersembahkan dan difahami, bukan ditemui. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan pelajar mendengar dengan teliti hingga mereka mamahami dan mengingatinya atau merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) Model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta, prinsip atau hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan dan difahami, bukan ditemukan. Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) (sambungan…) Tiga fasa utama dalam pengajaran ekspositori: Penyusun awal dikemukakan - menghubungkaitkan maklumat baharu dengan skema-skema sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) (sambungan…) Tugasan pembelajaran atau bahan dikemukakan - bahan baharu disampaikan melalui kuliah, perbincangan, video atau tugasan pelajar. Pengukuhan organisasi kognitif - mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal (advance organizers)

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran dan pembelajaran: Guru harus memastikan murid telah menguasai fakta dan konsep asas terlebih dahulu tentang sesuatu topik pelajaran yang hendak diajar dengan menggunakan kaedah ekspositori. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Perlu bermula dengan penyusun awal. Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada murid. Guru digalakkan menyusun isi pelajaran secara berperingkat.

Model Pemprosesan Maklumat Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel) Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran dan pembelajaran: (sambungan…) Murid juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpul maklumat, analisis, sintesis dan membuat kesimpulan. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun. Pembelajaran deduktif diamalkan dimana guru akan memberikan prinsipprinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik.

Model Pemprosesan Maklumat Model Inkuiri (Suchman) Diperkenalkan oleh Richard Suchman. Berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik, dan boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran sains. Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.

Model Pemprosesan Maklumat Model Inkuiri (Suchman) (Sambungan…) Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan kajian, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasatan dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

Model Pemprosesan Maklumat Model Inkuiri (Suchman) Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman: Guru menentukan dan mengemukakan masalah Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah Murid dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data Murid-murid menggunakan data untuk menguji hipotesis untuk membentuk teori. Murid-murid berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang berkaitan teori Guru dan murid bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri untuk membaiki kelemahan penyelesaian masalah

Model Pemprosesan Maklumat Model Inkuiri (Suchman) Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam PdP: Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai. Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas. Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Model Pemprosesan maklumat Model Synectics Dipelopori oleh Gordon (1961). Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu perkaitan yang bersepadu. Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) yang direka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.

Model Pemprosesan maklumat Model Synectics (sambungan…) Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di mana murid menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah. Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk struktur yang baru. Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.

Model Pemprosesan Maklumat Model Synectics (sambungan…) Satu pendekatan yang amat menarik untuk mencipta inovasi. Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yang penting. Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada. Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi masalah dari perspektif baru.

Model Pemprosesan Maklumat Model Synectics (sambungan…) Aktiviti utama dalam pembelajaran Synectic: Sumbang saran (brainstorming) Perbincangan di dalam kelas Perbincangan di dalam kumpulan

MODEL BEHAVIORAL

Model Behavioral Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioural adalah Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung (Good et al., 1994)

Model Behavioral Pengajaran Masteri Pengajaran Langsung dll

Model Behavioral Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit kecil pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari. Model ini memastikan majoriti murid sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan 26 tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu.

Model Behavioral Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) (sambungan…) Pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Dua unsur utama pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan penggunaan masa.

Model Behavioral Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah: Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilaian dilaksanakan. Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya; dan Menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai.

Model Behavioral Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif/hasil pembelajaran. Guru berkeyakinan bahawa semua murid yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong murid untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.

Model Behavioral Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan…) Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang singkat.

Model Behavioral 1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan…) Guru perlu berkemahiran dalam : Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid. Mengetahui perbezaan antara murid. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Model Behavioral 1. Pengajaran Masteri (Bloom, 1968) Prinsip-prinsip pembelajaran masteri: (sambungan…) Guru perlu berkemahiran dalam : Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar. Menyimpan rekod kemajuan murid. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.

Model Behavioral Pengajaran Langsung Berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran sosial. Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka objektif yang mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan murid. Menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana pembelajaran pelajar boleh dipantau dan maklum balas disediakan. Memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di dalam bilik darjah diberikan ganjaran.

Model Behavioral Pengajaran Langsung (sambungan…) Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas, dimana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek, iaitu jenis hasil pembelajaran murid, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan murid yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah. Berpusatkan guru.

Model Behavioral Pengajaran Langsung (sambungan…) Mengandungi lima langkah, iaitu: penentuan set penerangan/demonstrasi praktis/latihan terbimbing maklum balas amalan/praktis lanjutan

Model Behavioral Pengajaran Langsung Proses pengajaran langsung: Pengenalan menarik perhatian pelajar, dalam bentuk seperti mengenal maklumat baru. Perkembangan - merangkumi penerangan jelas tentang maklumat dengan memberikan banyak contoh Latihan terbimbing Latihan secara aktif dapat meningkatkan ingatan, pembelajaran akan lebih automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi baharu.

Model Behavioral Pengajaran Langsung (sambungan…) Proses pengajaran langsung: Penutup Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali apa yang diajar Latihan kendiri - bertujuan menentukan tahap penguasaan yang dicapai yang dicapai oleh pelajar Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah: Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas yang terkandung dalam kurikulum teras

MODEL SOSIAL

Model Sosial Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Model Sosial (sambungan...) Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid- murid bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan. Contoh: - mengumpul - mengkaji dan menganalisis maklumat - menilai dan mentafsir - membuat kesimpulan

Pembelajaran Koperatif Model Sosial Pembelajaran Koperatif Main Peranan Simulasi dll

Model Sosial Pembelajaran Koperatif Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen. Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara: Pencapaian akademik, Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) Perkembangan sosial. Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.

Model Sosial Pembelajaran Koperatif Konsep Utama Pembelajaran Koperatif: Pasukan Pengurusan pembelajaran koperatif Keinginan untuk bekerjasama Kemahiran untuk bekerjasama Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

Model Sosial Pembelajaran Koperatif Implikasi dalam PdP Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran. Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

Model Sosial Main Peranan Pelopor: Fanny Shaftel. Tujuan: Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi sosial. Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku

Model Sosial Main Peranan Suatu situasi lakonan yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya atau diri individu lain. Lakonan dengan berpandukan skrip yang disediakan oleh guru atau tanpa skrip

Model Sosial Main Peranan Jenis-jenis Peranan Memerihal Demonstrasi Latihan Cerminan Kepekaan

Model Sosial Main Peranan Implikasi main peranan Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui dalam lakonan dan perbincangan. Model ini dijangka dapat membantu pelajar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka.

Model Sosial Main Peranan Implikasi main peranan (sambungan…) Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial. Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara lebih mendalam.

Model Sosial Main Peranan Implikasi main peranan Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial

Model Sosial Simulasi Suatu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai (seolah-olah) keadaan yang sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam keadaan yang terkawal. Situasi pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan Contoh: “Pertarungan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah”

Model Sosial Simulasi Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. Model ini terdapat empat fasa, iaitu: Orientasi Latihan peserta Proses simulasi dan Perbincangan.

Model Sosial Implikasi model soaial dalam PdP: Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya.

Model Sosial Implikasi model sosial dalam PdP: Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip psikologikal dalam bilik darjah. Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid guru. Pola interaksi yang positif akan membawa kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.

MODEL PERSONAL

Model Personal Berdasarkan Teori Humanis. Menekankan kesedaran peribadi murid. Pemupukan konsep kendiri dan harga diri murid yang tinggi. Guru perlu menjadi role model kepada murid-murid. Perspektif kendiri murid.

Model Personal Murid perlu memahami diri sendiri dengan lebih baik Melahirkan murid yang prihatin bertanggungjawab Murid mampu memperoleh pencapaian yang lebih optimum dalam pelbagai bidang

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) Model ini diasaskan oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) (sambungan…) Dalam model ini, pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran. Guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar.

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) (sambungan…) Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah ataupun tugasan.

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) (sambungan…) Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak direktif (non-directive) adalah: Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) (sambungan…) Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar. Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Model Personal Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling) (sambungan…) Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar. Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Fasa-fasa Dalam Model Pembelajaran Non-directive Kenal pasti dan mendefinisi situasi Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar Fasa 2 Meneroka masalah. Pelajar digalak untuk menerangkan masalah. Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar Fasa 3 Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah. Guru memberikan sokongan kepada pelajar Fasa 4 Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil Fasa 5 Integrasi/kesepaduan. Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. Tindakan luar daripada temu bual: Pelajar sendiri mengambil tindakan positif Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002)

Model Personal Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran: Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri.

Model Personal Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran: Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang. Guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.

Rumusan Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Guru perlu sentiasa mempelbagaikan pengajaran untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid .

Rujukan: Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGrawHill Co. Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. [Online] [Diakses: 20 Mac 2017]. Bolehdidapati: http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston Durfensne, A., & Turcotte, S. (1997). Cognitive style and its implications for navigation strategies. [Online], [Diakses: 5 April 2004]. Boleh didapati: http://www.esi.umontreal.ca/~dufresne/CONTENU2.html. Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. [Online], [Diakses: 20 Mac 2017]. Boleh didapati: http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert- bandura.html Model-model pembelajaran [Online] [Diakses 20 Mac 2017] Boleh didapati: http://www.ipgkti.edu.my/kdc/12.%20Tajuk%202_Model%20-Model%20Pengajaran.pdf Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Penghargaan Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun