Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 GKB 1053 Kemahiran Belajar Topik 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat (Internet) Dr.Sajap Maswan Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun sajap@ipgktb.edu.my http://sajadstudio.info/sumber
Pengenalan Topik ini akan membincangkan; Pencarian Sumber maklumat Pengurusan maklumat Pencarian di perpustakaan
Apa itu maklumat?
Maklumat Data, bahan dan pengetahuan Data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Maklumat Menurut Paisly dan Chen(1982) Maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terrkandung di dalam masej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasi.
Sumber Maklumat Sumber berasaskan manusia (seorang pakar, penyelidik, guru, dsbgnya) Bahan bercetak (buku, jurnal, laporan, prosiding, dsbgnya) Bahan pandangan dengar (video, audio, tv, dsbgnya) Sumber berasaskan computer dan internet.
Jenis Sumber Maklumat Sumber Primer Sumber primer bermaksud hasil kerja asal sama ada diterbitkan atau tidak yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada. Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru Contoh, individu yang terlibat secara langsung dengan maklumat tersebut.
Jenis Sumber Maklumat Sumber Sekunder sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Contoh, ulasan, buku teks, monograf, ensiklopedia, kamus, glosari, buku panduan (handbook) dan sebagainya.
Jenis Sumber Maklumat Sumber Sekunder sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Contoh, ulasan, buku teks, monograf, ensiklopedia, kamus, glosari, buku panduan (handbook) dan sebagainya.
Jenis Sumber Maklumat Sumber Tertier Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertier dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder. Contoh, buku tahunan, bibliografi, buku panduan kepada perpustakaan.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Penggunaan enjin pencarian (search engine)
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Enjin pencarian berperanan untuk mengimbas (browse) dokumen berdasarkan satu kata kunci atau frasa yang spesifik. Enjin pencarian akan mencari kata kunci atau frasa daripada berbilion laman web yang wujud dalam pelayan (sever) dari seluruh dunia.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Pengguna perlu menggunakan kata kunci (keyword) setepat yang mungkin. Keputusan hasil pencarian akan dipaparkan dengan segera kepada pengguna. Setiap enjin pencarian berbeza dari segi kaedah pencarian.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis enjin pencarian Enjin pencarian tersendiri hanya mencari rangkai kata yang dinyatakan dan bergantung kepada kategori suntingan manual terhadap perkara yang telah dikemukakan. Contohnya, Yahoo, Google, Alta Vista
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis enjin pencarian Enjin pencarian meta Memajukan pencarian kepada pelbagai enjin pencarian dan/atau direktori dan kemudian merumuskan hasilnya dalam satu paparan yang mudah Contohnya, Metacrawler, Savvysearch, Find, Mamma dan seumpamanya.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis enjin pencarian Enjin pencarian khusus Portal atau laman web juga kebanyakkannya menyediakan pautan kepada punca maklumat yang lain. Biasanya mengikut pilihan kumpulan editor. Contoh Agricola dan Faostat.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet AKTIVITI: Apakah perbezaan yang anda perolehi setelah menggunakan enjin pencarian berikut; www.yahoo.com www.google.com www.altavista.com www.maukerja.com www.metacrawler.com
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet AKTIVITI: www.faostat.com www.cari.com www.msn.com www.ask.com www.dogpile.com www.kartoo.com www.quinturo.com
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis pencarian Laman web Tujuan untuk mencari laman web atau portal Enjin pencarian yang boleh digunakan seperti Yahoo, Google, Alta Vista, Dogpile dan lain-lain
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis pencarian Grafik Tujuan untuk mencari bahan-bahan grafik dalam format jpg, jpeg, bmp, gif, png dan psf. Enjin pencarian yang boleh digunakan seperti Yahoo, Google, Alta Vista, Cari dan lain-lain
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis pencarian Audio Tujuan untuk mencari bahan-bahan audio dalam format midi, mp3, wma, dan sebagainya Enjin pencarian yang boleh digunakan seperti Ask, Google, Alta Vista, Dogpile dan lain-lain
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Jenis-jenis pencarian Video Tujuan untuk mencari bahan-bahan video dalam format mid, mp4, avi, mkv dan sebagainya Enjin pencarian yang boleh digunakan seperti Ask, Google, Alta Vista, Dogpile dan lain-lain
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Basic Search Pengguna boleh melakukan pencarian yang spesifik menggunakan kaedah pencarian Exact Pharase Pengguna boleh meluaskan pencarian dengan mengklik pada menu pilihan Also Search for Related Words dan Search Within Full text Articles
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Operator Booean Logic Boolean Search – pencarian yang dibuat khusus. Hasil pencarian yang diperolehi akan memaparkan artikal yang paling terkini dan diikuti artikal yang lama.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Operator Booean Logic Boolean Search – pencarian yang dibuat khusus. Hasil pencarian yang diperolehi akan memaparkan artikal yang paling terkini dan diikuti artikal yang lama.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Operator Boolean Logic OR Akan mencari hasil carian yang mengandungi sekurang-kurangnya satu istilah daripada istilah yang hendak dicari. Mencari artikal yang mengandungi salah satu atau kedua istilah yang hendak dicari. Contoh, teaching OR learning.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Operator Boolean Logic AND Akan mencari hasil carian yang mengandungi semua istilah yang hendak dicari. Mencari artikal yang mengandungi kedua istilah yang hendak dicari. Contoh, teaching OR learning.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Operator Boolean Logic NOT Akan mencari hasil carian yang tidak mengandungi istilah yang ditaip selepas NOT operator. Contohnya, carian teaching NOT learning, iaitu mencari artikal yang mengandungi istilah teaching dan bukan learning.
Pencarian Maklumat Menggunakan Internet Kaedah pencarian Contoh-contoh carian yang lain, iaitu: Menggunakan advanced search option menggunakan Boolean operators (AND, OR, NOT, NEAR, +, -) Also Search for Related Words Giuded Search Advanced Search Expert Search
Pengurusan maklumat Menyimpan maklumat Setelah carian diperolehi perlu disimpan dengan pelbagai cara. Save as Save page as Copy and paste Save picture as Print screen & crop Copy image
Pengurusan maklumat Menyimpan maklumat Setelah carian diperolehi perlu disimpan dengan pelbagai cara. Copy image location Save image as Save picture as Bookmarks
Pengurusan maklumat Maklumat yang berwibawa Pencarian maklumat dalam talian akan lebih bermakna apabila bahan yang diperolehi adalah berwibawa.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Tidak semua maklumat yang diperolehi daripada buku, jurnal, artikal, akhbar, sumber atas talian dan sebagainya sesuai digunakan di dalam penulisan akademik. Semua sumber yang diperoleh perlu disemak dari segi autoriti dan kredibilitinya.
Menilai Sumber Maklumat Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna.
Menilai Sumber Maklumat Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. Maklumat yang tepat dapat membantu membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
Menilai Sumber Maklumat Maklumat yang tidak tepat akan memberikan gambaran yang salah kepada penulis dan orang ramai yang membaca tulisannya. Maklumat yang bias akan memberi keuntungan kepada satu pihak dan memberi impak yang negetif kepada satu pihak yang lain.
Kriteria Menilai Sumber Maklumat Autoriti ( Authority ) Ketepatan Maklumat Saksama ( Impartiality ) Nilai Semasa ( Currency ) Lengkap dan Jelas ( Coverage )
Pencarian di perpustakaan E-sumber Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal, kajian-kajian dan buku-buku rujukan.
Pencarian di perpustakaan E-sumber Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal, kajian-kajian dan buku-buku rujukan.
Pencarian di perpustakaan Perpustakaan Digital Menggunakan talian internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan bacaan. Koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan untuk menyebar, menyimpan data dan maklumat secara maya
Pencarian di perpustakaan e-Jurnal Satu bentuk khusus dokumen elektronik yang menyediakan bahan untuk penyelidikan dan kajian akademik, dan ianya diformatkan dalam bentuk jurnal artikel dan jurnal bercetak tradisional. Kebanyakkan perpustakaan ada melanggan e-jurnal dan boleh diakses oleh para pelajar
Pencarian di perpustakaan Sistem Elmu Suatu sistem yang digunakan hampir di semua perpustakaan di Malaysia. Elmu (Intergated Library Management Utilities) berfungsi untuk melaksanakan tugasan perpustakaan dengan berkesan.
Pencarian di perpustakaan OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini. menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer.
AKTIVITI 1. Bincangkan bagaimana menyimpan maklumat supaya mudah dicari/digunakan. 2. Jelaskan kaedah pencarian bahan/maklumatr di perpustakaan. 3. Secara kumpulan cari maklumat berkaitan “CoRT” melalui OPEC, e-book, e-journal dan enjin pencarian.
Terima Kasih
Sumber Rujukan: 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) Modul letrasi ICT. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. 2. Teh, T.K., Sajap Maswan., Chuah, B.K., Ter. C.H (2017). Teknologi maklumat dan komunikasi. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd