Metodologi Penyelidikan DCE 3002 Rusinah Joned Prof. Madya Pejabat : F24, Jabatan Pemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan No Telefon : 03-89468243 Waktu Perundingan : 2:30 – 5:30 petang (Rabu) E-mail : rusinah@putra.upm.edu.my
PANDUAN PERANCANGAN BELAJAR Unit Tajuk Minggu / Tugasan 1 Penyelidikan dan Proses Penyelidikan Sains dan Kaedah Saintifik Definisi dan Makna Penyelidikan Ciri – Ciri Penyelidikan Saintifik Tujuan dan kepentingan Penyelidikan Proses Penyelidikan Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Penyelidikan dalam Bidang Sumber Manusia Isu – Isu Etika dalam Penyelidikan 2 Sorotan Literatur Makna Sorotan Literatur Tujuan dan Kepentingan Sumber – Sumber Literatur Langkah – Langkah Membuat Sorotan Teknik Membuat Sorotan dan Abstrak 2 dan 3 Ia. Pencarian dan membaca abstrak 3 Pemilihan Masalah, Pembentukan Objektif dan Hipotesis Masalah penyelidikan Kepentingan Membentuk Pernyataan Masalah Sumber – Sumber Masalah Kriteria Pembentukan Pernyataan Langkah – Langkah Pembentukan Pernyataan Masalah Penggunaan Teori dalam kajian Definisi Operasi Pembentukan Objektif Kajian dan Hipotesis 4 dan 5
4 Pendekatan Penyelidikan Kuantitatif Rekabentuk Kajian Bancian, Tinjauan, Korelasi, Deskriptif, Perbandingan Sebab, Eksperimen, Kuasi Eksperimen 6 5 Pendekatan Penyelidikan Kualitatif Ethnografi, Pemerhatian, Pemerhatian Turut Serta, Kajian Kes, Sejarah. 7 Peperiksaan Pertengahan Semester 8 Penghantaran abstrak artikel penyelidikan Instrumentasi Kajian dan Teknik Pengumpulan Data Tahap Pengukuran Jenis – Jenis Soalan, Skala Pengukuran Soal Selidik dan temubual Temubual Secara Mendalam dan Penyelidik sebagai Instrumen Pra Uji, Kebolehpercayaan dan Kesahan 9 Ib. Pencarian dan membaca artikel- artikel penyelidikan
7 Populasi dan Persampelan Makna Populasi dan Persampelan Jenis – Jenis Persampelan Prinsip – Prinsip Persampelan 10 8 Penggunaan Statistik Deskriptif, Inferensi dan Analisis Kuantitatif Statistik Deskriptif dan Inferensi SPSS 10.1 Analisis Data Persembahan dan Interpretasi Data Kuantitatif 11 dan 12 9 Analisis Data Kualitatif Penggunaan Ethnograph 5 Kualitatif 13 dan 14 Penulisan Laporan Format Laporan Kertas Penyelidikan Format teknikal Laporan Penilaian Artikel Penyelidikan 15 Ib. Kritikan artikel penyelidikan Peperiksaan Akhir Semester 16 Penghantaran kritikan artikel
Buku Rujukan Utama Ahmad Mahdzan Ayob (1992). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. (ed. Ke2). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Van Dalen, P.P. (1999). Memahami penyelidikan pendidikan. Terjemahan oleh Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd Majid Konting. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Rusinah Joned dan Sudirman Asmadi (2003) Aplikasi Statistik dan Ethnograph untuk Sains Sosial. Draf Modul Latihan. Belum Diterbitkan.Jabatan Pemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan. Fakulti Pengajian Pendidikan.
Penilaian 30 % 30% 40 % Tugasan Peperiksaan Pertengahan Semester Pencapaian anda akan dinilai seperti berikut : Tugasan Peperiksaan Pertengahan Semester 30 % 30% Peperiksaan Akhir Semester 40 %
Peperiksaan (70%) Peperiksaan pertengahan semester (30%) berbentuk objektif & subjektif yang lebih menumpukan kepada tahap pengetahuan, kefahaman dan sedikit aplikasi. unit 1 – 5. Peperiksaan akhir semester (40%) berbentuk objektif & subjektif dan lebih tumpuan bagi menguji tahap aplikasi pembelajaran merangkumi keseluruhan modul lebih banyak pada unit 6 -10 modul.
Tugasan Individu (30%) Tajuk / bidang tumpuan / variabel untuk penyelidikan bagi Tugasan bagi Semester 2, 2011-2012 adalah seperti berikut : Human resource managerial competencies / performance or job/ occupational motivation (Kecekapan / prestasi pengurusan sumber manusia atau motivasi kerja) Individu Tugasan Markah Ia. Lima (5) abstrak artikel penyelidikan dalam jurnal yang diterbitkan dan satu(1) abstrak kertas projek, tesis atau disertasi sarjana atau Phd. (Sila hantar semasa Pep. Pertengahan Semester) 10% Ib. Dua (2) artikel penyelidikan kuantitatif berteks penuh. Semua artikel penyelidikan dari jurnal yang diterbitkan melalui internet. Baca dan kenalpasti langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam proses penyelidikan dan kritik (sila lihat Unit 10). (Sila hantar semasa Pep. Akhir Semester) 20 % Individu (20 %)
Makna penyelidikan Proses penyelesaian masalah Kaedah saintifik Teknik taakulan Bukti untuk kebenaran
Definisi Penyelidikan penyelidikan adalah satu tatacara yang sistematik, terkawal dan intensif dalam pengumpulan data secara saintifik bagi menambahkan ilmu pengetahuan terkini dalam sesuatu bidang.
Tujuan penyelidikan Pembangunan ilmu dan pengetahuan Menerangkan fenomena Menghuraikan perhubungan, kesan –sebab dan membuat ramalan
Proses – Proses Penyelidikan Pembentangan & Interpretasi Hasil Kajian Kenal pasti Masalah Pemerhatian Pembacaan Perbincangan Proses – Proses Penyelidikan Sorotan Literatur Kajian lepas yang berkaitan Konsep, teori daripada buku. Pembentukan Masalah / Kenyataan Masalah Pembentukan Objektif dan hipotesis Difinisi operasional dan variabel Merekabentuk Kajian Pendekatan kajian Populasi dan sampel Pembentukan instrumen Kesahihan dan kebolehpercayaan Pengumpulan Data Pembentangan & Interpretasi Hasil Kajian Pemprosesan Data Penyediaan data Analisis data Persembahan data Penulisan
Pendekatan- Pendekatan Penyelidikan Kuantitatif Tulen Kualitatif Tulen Ethnograpfi Pemerhatian Pemerhatian turut serta Fenomenologi Grounded theory Deskriptif 1. Perkembangan Membujur (longitudinal) Kerat Lintang (Cross sectional) Trend Tinjauan Bancian Kajian kes / lapangan Sejarah 3. Tindakan Ex Post Facto Korelasi Perbandingan Sebab-Musabab Eksperimen Kuasi Eksperimen
Penyelidikan dalam pembangunan sumber manusia Staff development: leadership, motivation, career, recruitment, performance appraisal, counseling, commitment, work stress, job satisfaction, competencies Organizational development: learning organization, human resource management, quality management Adult education: adult learning, motivational orientation, learning styles Training: need analysis, evaluation, effectiveness Youth development, gender studies, community development, policy studies
Sorotan Literatur mengkaji semula sesuatu sumber bertulis yang telah dilakukan oleh penyelidik sebelum ini. Memilih sumber penulisan yang sesuai. Berasaskan ideas, masalah, konsep, variabel/pembolehubah
Mencari dan membuat rujukan e-jurnal UPM Langkah 1 Layari laman web perpustakaan UPM. Klik Online Databases. http://www.lib.upm.edu.my/
UPM : Perpustakaan Sultan Abdul Samad Quick Links e-Resources Subscribed Databases/Journals Databases on Trial e-Books Free Databases/Journals Malaysian Online Databases Librarian Tools Pertanika Journals Malaysian Theses Online Mal. Union List of Serial
EBSCOhost Langkah 2 Cari laman web EBSCOhost dan klik. Jika internet anda di luar server UPM, anda dikehendaki mendapatkan password daripada pustakawan Universiti Putra Malaysia atau daftarkan nama dan password anda ke dalam engin pencarian jurnal seperti di atas. Anda akan mendapat maklumbalas password jurnal melalui e-mail Klik “Click Here” untuk mendaftar dan mendapatkan password login. Daftarkan nama,no. matrik,e-mail dan bar cod perpustakaan anda.
Mencari Bahan Literatur : EBSCOhost Langkah 3 Klik di sini untuk membuka fail jurnal bersama abstrak. Memilih enjin pencarian databases Full Text Taip tajuk dalam 2 atau 3 patah perkataan sahaja di sini. Kemudian klik Search. Membuat pencarian Hasil pencarian
Mencari Bahan Literatur : EBSCOhost Abstrak Jurnal
Mencari Bahan Literatur : Emerald Langkah 1 Cari laman web Emerald dan klik. Klik “Click here” untuk mendaftar bagi mendapatkan password login.
Mencari Bahan Literatur : Emerald Langkah 2 Klik butang Fulltext
Mencari Bahan Literatur : Emerald Langkah 3 Taip tajuk. Kemudian klik “Go”
Mencari Bahan Literatur : Emerald Langkah 4 Klik pada tajuk jurnal untuk melihat abstrak
Mencari Bahan Literatur : Emerald Langkah 5 Untuk mendapatkan teks penuh, sila gerakan ke bawah. Sehingga berjumpa seperti ini Abstrak Jurnal Anda boleh memilih fulltext dalam HTML atau PDF
Abstrak Adalah ringkasan artikel Lebih kurang 300 perkataan Menerangkan tujuan kajian atau objektif kajian, metodologi penyelidikan, hasil kajian, rumusan, cadangan dan atau implikasi.
Contoh Abstrak
Contoh Abstrak
KEINGINAN UNTUK PUSING GANTI KERJA, KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA HOTEL MINT KUALA LUMPUR LEE KHOON SIN ABSTRAK Kajian ini bertuuan untuk mengkaji secara menyeluruh tentang perkaitan keinginan untuk pusing ganti kerja dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi di kalngan pekerja Hotel Mint Kuala Lumpur. Sermaia 50 orang pekerja Hotel Mint telah dipilih sebagai responden kajian. Secara puratanya, 5 orang pekerja dari setiap 10 jabatan dipilih oleh seorang Pegawai Sumber Manusia. Data – data mentah telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisikan oleh responden dalam masa seminggu dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keinginan untuk pusing ganti kerja di kalangan pekerja Hotel Mint adalah sederhana, dengan skor min iaitu 9.72. Dari segi kepuasan kerja pula didapati pekerja Hotel Mint berpuas hati dengan serderhana, dengan skor min iaitu 52.34. Disamping itu, mereka juga ditemui mempunyai tahap komitmen organisasi yang sederhana, dengan skor min iaitu 38.2. hasil kajian melaporkan keinginan untuk pusing ganti kerja mempunyai hubungan yang signifikan secara negatif dengan kepuasan organisasi ( r = -0.313, p < 0.05 ), iaitu semakin tinggi kepuasan kerja seseorang pekerja, semakin rendahnya keinginan untuk pusing ganti kerja. Manakala keinginan untuk pusing ganti didapati mempunyai hubungan yang amat signifikan secara negatif dengan komitmen organisasi ( r = -0.542, p < 0.01 ), iaitu semakin tingginya komitmenorganisasi seseorang pekerja, semakin rendahnya keinginan untuk pusing ganti kerja. Kesimpulannya pekerja – pekerja di Hotel Mint mempunyai tahap keinginan untuk pusing ganti kerja, tahap kepuasan kerja, dan tahap komtmen yang sederhana. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian tentang perkaitan antara keinginan untuk pusing ganti kerja dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi, dapat disimpulkan lagi bahawa pekerja Hotel Mint berpuas hati dengan kerja mereka dan bertaat setia terhadap organisasi dan mereka tidak teringin untuk meninggalkan organisasi Hotel Mint. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Hotel Mint tetap perlu mengambi inisiatif untuk memahami gelagat dan tingkah laku pekerja dari masa ke semasa untuk memastikan segala perubahan gelagat pekerja dapat dikesan secara efektif.
Enjin lain untuk mencari bahan-bahan literatur MyUniNet - Malaysian University Libraries & National Library Network Education Journals
http://perpun.upm.edu.my/myTO/
Penulisan Bibliografi Jurnal Chan T.K., Herlina, S. and Ali, B. (1980). Cloning of prometer sequnces from Escherherichia. Jurnal of Moleclar Biology. 45:567-575. Monograph Chan T.K., Herlina, S. and Ali, B. (1993). Cloning of prometer sequnces from Escherherichia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web Author, Y. 1999. Title. http://www.webpage.com. accessed on 17 January 1999. Tesis Chan, Y. (1999), Title of Ph.D. Dissertation, Ph.D Thesis, Any State University. Laporan Negara / kementerian / negeri / institusi, 1999. Title of the report.
Masalah Penyelidikan Situasi, konsep, fenomena atau perkara yang hendak dikaji yang memerlukan untuk mencari penyelesaian Isu atau persoalan yang perlu difokus dalam kajian Jurang antara apa yang telah tahu dan apa yang hendak tahu Memahami dan mengurangkan ketidakjelasan sesuatu perkara dalam situasi kehidupan seharian
Konsep dan variabel Konsep adalah idea atau isu atau fenomena yang hendak dikaji Variabel adalah terjemahan makna konsep yang boleh diukur
Penyataan masalah boleh ditulis dalam tiga bentuk: Persoalan kajian Kenyataan masalah/ penyelidikan Cantuman penyataan masalah dan diikuti dengan persoalan kajian
Definisi konseptual and operational Definisi konseptual adalah menerangkan terminologi perkataan = makna konsep Definisi operational menyatakan makna sesuatu konsep yang boleh diukur =variabel / pembolehubah
Jenis Variabel Variabel bersandar - pengukuran satu variabel bergantung kepada kesan variabel lain Variabel bebas -variabel yang memberi kesan pada variabel lain
Dua jenis objektif penyelidikan 1. Objektif Umum -satu kenyataan untuk teras utama atau fokus kajian -mengandungi variabel –variabel yang dikaji, subjek dan organisasi yang dikaji -bersifat umum bagi merangkumi keseluruhan objektik khusus -perkataan awal berbentuk umum - mengkaji, melihat, menilai
2. Objektif khusus -satu kenyataan untuk setiap variabel -menyatakan perkaitan antara variabel -menerangkan sebab dan akibat -berasaskan penyataan masalah -perkataan awal menunjukan pengukuran sesuatu variabel -mengenalpasti, menentukan
Contoh objektif umum Mengkaji tekanan kerja dikalangan pegawai Biro Tata Negara Melihat perkaitan antara keperluan kerja, perhubungan interpersonal dan tekanan kerja dikalangan pegawai Biro Tata Negara Meninjau persepsi pelajar mengenai kemudahan kolej kediaman di UPM Melihat perbezaan persepsi terhadap kemudahan kolej kediaman di UPM
Contoh perkaitan penyataan masalah dengan objektif khusus (PM) Apa kah tahap tekanan kerja? (OK) Mengenalpasti tahap tekanan kerja. (PM) Adakah terdapat perbezaan tekanan kerja antara gender? (OK) Menentukan perbezaan tekanan kerja antara gender. (PM) Apakah perkaitan antara tekanan kerja dengan beban kerja? (OK) Menentukan perkaitan antara tekanan kerja dengan beban kerja.
Sekian Semoga Berjaya dan Jumpa Lagi