STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (1)

Slides:



Advertisements
Similar presentations
PEMBUATAN DASAR & ANALISIS DASAR.
Advertisements

Access Point  .
1 Bab 8 Halatuju dan Kekangan dalam Antaramuka : Multisensori.
PENGHANTARAN SISTEM (DELIVERING THE SYSTEM). Pengenalan Menghampiri penghujung fasa pembangunan sistem 2 isu utama yang menentukan kejayaan dalam menghantar.
TEKNOLOGI Disediakan Oleh Kamaludin Ahmad JTMK, MPTI, JB.
Teori Behavioristik Albert Bandura
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
GKB1053: ALAT-ALAT CORT IV TING SZE CHING J1.2.
BAB 4 PERSAMPELAN.
PROJECT BASED LEARNING (PBL)
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PEMBELAJARAN MASTERI.
TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
GA 2143 KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
Penggunaan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
LITERASI MAKLUMAT DALAM P&P
Fem 4102 KOGNISI DAN BAHASA (Cognition and Language)
3. MOHAMAD KHAIRUL B. BAHRI 4. MAHADI B. ABDULLAH
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY
Integrating School Based Assessment (SBA)
REKABENTUK SENSOR DALAM SISTEM AUTOMASI
VARIANCE IN MASTERY DESIGN
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
LMCK KOMUNIKASI EFEKTIF
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY
PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK
STRATEGI PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERASASKAN MODEL GROW
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
OBJEKTIF MLL 205 (2012) Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
What is a Group? Apakah kelompok?
Pengenalan Sistem Automasi Industri
Pernyataan if.. Pernyataan switch..
EDU 5900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Pedagogi Terkini : E-Pembelajaran
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
KURSUS: EDU3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 23 JUN 2012.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Perancangan dan Pelaksanaan Tugasan KKBI
Kebolehgunaan Semula Perisian
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Lima Prinsip Dlm Pengajaran & Pembelajaran Matematik
8.
Bermulanya pembelajaran alaf baru
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DCE 3105: PENILAIAN LATIHAN Semester II 11/12
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Presentation transcript:

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (1)

Pengenalan Bagaimana kita mengajar kemahiran berfikir? Persoalan ini meliputi beberapa persoalan yang saling berkait:- Adakah kemahiran berfikir diajar sebagai satu kursus tersendiri/terpisah ? Adakah pengajaran kemahiran berfikir digabung dengan mata pelajaran lain? Kalau digabung dengan matapelajaran lain, bagaimana kita melakukannya?

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Pendekatan terpisah merujuk kepada sesuatu kemahiran berfikir disampaikan secara berasingan iaitu tanpa menggunakan isi kandungan mata pelajaran Pendekatan gabungan merujuk kepada pengajaran kemahiran berfikir yang digabungkan ke dalam pengajaran isi kandungan mata pelajaran

RANGKA KULIAH Strategi pengajaran kemahiran berfikir Pendekatan terpisah:Program umum Feuerstein’s Instrumental Enrichment programme Somerset Thinking Skills Top Ten Thinking Tactics (TTTT) De Bono’s CoRT Programme Thinking Together Pendekatan gabungan : Program berkaitan dengan mata pelajaran Program pemecutan kognitif (Cognitive acceleration) Thinking Through Philosophy for children

Pendekatan terpisah Juga dikenali sebagai program umum. Antara program yang menggunakan pendekatan terpisah ialah: Feuerstein’s Instrumental Enrichment programme (FIE) Somerset Thinking Skills (STS) Top Ten Thinking Tactics (TTTT) De Bono’s CoRT Programme Thinking Together

Feuerstein’s Instrumental Enrichment programmen(FIE) Bermula pada tahun 1970an Tujuan utama untuk membantu meningkatkan pencapaian kanak-kanak “retarded” Fokus kepada perkembangan proses kognitif Menggunakan kaedah “Mediated learning Experience” Digunakan di Israel, Perancis, UK dan US

Feuerstein’s Instrumental Enrichment programmen(FIE) Kaedah “Mediated learning Experience” (MLE) merujuk kepada intervensi/skafolding yang dilakukan oleh guru bagi membantu pelajar memahami dunianya Skafolding daripada guru dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dalam program berfikir bagi menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dalam kehidupan seharian

Feuerstein’s Instrumental Enrichment programme (FIE) Matlamat FIE: Penekanan kepada perkembangan kemahiran proses mental Feuerstein mengenal pasti bagaimana kemahiran berfikir yang tertentu perlu diperkembangkan menggunakan pelbagai instrumen atau aktiviti Program FIE mengandungi 14 instrumen yang dibina untuk memperkembangkan fungsi kognitif yang tertentu

Feuerstein’s Instrumental Enrichment programme (FIE) Contoh instrumen yang digunakan: Analytic perception: pelajar diberi pelbagai bentuk yang abstrak dan diminta memilih kombinasi mana yang sesuai. Fungsi kognitif yang dijangka dapat dibina: Membandingkan model Kaitan antara bahagian kecil dengan keseluruhan Mengkategori mengikut bentuk dan warna Kemahiran memvisualisasi

Feuerstein’s Instrumental Enrichment programme (FIE) Contoh instrumen yang digunakan: Family relations: Pelajar diberi maklumat tentang keluarga dalam bentuk senarai, gambarajah serta pernyataan dan diminta memilih mengenal pasti siapa adalah siapa Fungsi kognitif yang dijangka dapat dibina: Definisi masalah Mengenal pasti maklumat yang ada Membanding beza elemen dan hubungan Menghubung kait Pemikiran hipotetikal

Somerset Thinking Skills (STS) Untuk kanak-kanak 10-16 tahun Tujuan am: meningkatkan keupayaan kemahiran penyelesaian masalah Mengandungi 7 modul: Asas penyelesaian masalah Analisis dan sintesis Pemikiran komparatif Kedudukan dalam masa dan ruang Memahami analogi Corak dalam masa dan ruang Organisasi dan mengingat Pengajaran juga dijalankan secara MLE

Somerset Thinking Skills Asas penyelesaian masalah Mengandungi pelbagai ransangan visual termasuk dalam konteks kanak-kanak daripada yang dekat (persekitaran dalam rumah hingga persekitaran dunia) Pelajar digalakkan mempertimbangkan pelbagai peringkat penyelesaian masalah: Memahami masalah : meneliti dengan berhati-hati ; adakah saya telah lihat semua dengan teliti… Merancang apa yang hendak dibuat: apa telah buat sebelum ini; apa masalah yang dihadapi sebelum ini Melaksanakan dan menilai: adakah ia seperti yang dirancang; apa kemahiran yang saya guna

Somerset Thinking Skills 2. Analisis dan sintesis: Modul ini menyediakan peluang perbendaharaan kata yang diperlukan ketika menyelesaikan masalah. Bertujuan membina kemahiran kognitif seperti: mengenalpasti hubungan antara bahagian kecil dengan keseluruhan; membuat urutan, mengklasifikasi, merumus, menjana idea

Top Ten Thinking Tactics (TTTT) Untuk kanak-kanak 8-12 tahun Tujuan: untuk membantu pelajar menjadi pelajar yang efektif Terapat 11 aktiviti yang fleksibel 10 taktik terbahagi kepada dua peringkat: Peringkat asas Peringkat pemikiran aras tinggi

Top Ten Thinking Tactics (TTTT) Peringkat asas Pinpointing the problem Systematic search Planning Check and change Correct communication Peringkat pemikiran aras tinggi Comparing and contrasting Getting the point Using several sources Self-awareness Setting your own targets

De Bono’s CoRT Programme De Bono percaya kemahiran berfikir boleh ditingkatkan melalui latihan Proram CoRT direkabentuk untuk menyediakan “alat” atau teknik yang dapat membantu (scaffold) aplikasi berbagai jenis kemahiran berfikir CoRT merupakan alat yang digunakan untuk mengarahkan pemikiran (attention-directing tools) Terdapat 60 pelajaran dalam program CoRT yang dibahagikan kepada 6 kelompok

De Bono’s CoRT Programme CoRT 1: Breadth CoRT 2: Organization CoRT 3: Interaction CoRT 4: Creativity CoRT 5: Information and feeling C0RT 6: Action

CoRT 1: Breadth CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi Antara jenis-jenis CORT 1 yang dicadangkan: PMI (Plus, Minus, Interesting) CAF (Consider All Factors) C & S (Consequence and Sequel) AGO (Aims, Goals, Objectives) FIP (First, Important, Priorities) APC (Alternatives, Possibilities, Choices) OPV ( Other people’s Views)

Thinking Together Fokus kepada penggunaan bercakap untuk menggalakkan pemikiran Tujuan untuk meningkatkan penaakulan kritikal dan konstruktif kanak-kanak Terdapat 16 aktiviti Lima aktiviti yang pertama bertujuan menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat refleksi cara yang terbaik bercakap dan bekerjasama secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah

Thinking Together 11 lagi aktiviti memerlukan kanak-kanak menggunakan kemahiran komunikasi yang dibina untuk menaakul bersama-sama atau untuk “think out loud” Struktur pelajaran : Tujuan : mengeksplisitkan tujuan aktiviti di awal aktiviti Pengenalan: menjelaskan tujuan dan arahan aktiviti Kerja kumpulan: Kanak-kanak bekerja secara kolaboratif Plenari: Perbincangan Kerja susulan: untuk latihan dan pengukuhan

Thinking Together Kaedah: Menggunakan pendekatan konstruktivis sosial Pelajar bercakap di dalam kumpulan (TALK GROUPS) ketika melaksanakan aktiviti bagi meggalakkan perkongsian pemikiran dan menjadikan pemikiran lebih eksplisit Kandungan program: Lima aktiviti yang pertama berkisar mengenai bagaimana bercakap dan berfikir di dalam kumpulan Aktiviti selanjutnya memperkembangkan kemahiran kolaboratif awal

Pendekatan gabungan Merujuk kepada pendekatan yang menggunakan pendekatan bagaimana pelajar boleh digalakkan untuk berfikir dan membina makna dalam mata pelajaran yang diajar Antara program yang menggunakan pendekatan ini: Program pemecutan kognitif (CA) Thinking Through Philosophy for children

Program pemecutan kognitif (CA) Program pemecutan kognitif pada asalnya dibina dalam konteks mata pelajaran sains pada tahun 1980an Mulai 1990, berkembang dalam mata pelajaran lain seperti matematik,teknologi dan seni persembahan Dibina berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget dan teori sosio-budaya Vygotsky

Program pemecutan kognitif (CA) Tujuan CA ialah meningkatkan prestasi intelektual pelajar melalui peningkatan kebolehan proses kognitif Pelajaran CA dijalankan satu kali setiap dua minggu Berdasarkan andaian bahawa menggalakkan proses mental untuk mengaitkan dengan konsep akan mengambil masa yang lama Antara program CA yang diperkenalkan: CASE (CA in Science Education) CAME (CA in Mathematic Education) Art & Performing Thinking Skills CATE (CA through Technology Education)

Program pemecutan kognitif: CASE CASE direka bagi pelajar 11-14 tahun bertujuan untuk memecutkan perkembangan aras pemikiran (supaya lebih abstrak atau lebih tinggi berdasarkan teori Piaget) Pada akhir dua tahun diharapkan kebolehan pemprosesan pelajar akan meningkat lebih cepat dariapda perkembangan semula jadi

Program pemecutan kognitif: CASE Struktur am rancangan pelajaran mengandungi enam tonggak (Six pillars) Concrete preparation Cognitive conflict Construction Metacognition Bridging Skemata

Program pemecutan kognitif: CASE Concrete preparation: Peringkat pengenalan kepada pelajaran Cognitive conflict: Cabaran intelektual dipersembahkan Construction: Melalui proses interaksi sosial Metacognition: mengartikulasikan proses berfikir yang terlibat Bridging: Aplikasi dalam konteks Skemata: Proses penaakulan dalam konteks

Program pemecutan kognitif: CASE Keenam-enam tonggak dalam struktur pelajaran boleh dirumus sebagai: Aktiviti 1: Penyediaan kelas kepada aktiviti berfikir yang hendak dijalankan Aktiviti 2:Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan Aktiviti 3: “Whole-class reflection” Aktiviti 4: Optional – membuat generalisasi tentang kemahiran berfikir dan aplikasi dalam konteks lain

Program pemecutan kognitif: CAME CAME pada asalnya dibina untuk pelajar 11-13 tahun, berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget Ia juga dibina untuk pelajar antara 5-6 tahun (Program Lets Think) dan kumpulan pelajar 6-9 tahun

Program pemecutan kognitif : Art & Performing Thinking Skills Bidang seni persembahan juga dikenal pasti sebagai saluran yang sesuai untuk pemecutan kognitif Penglibatan remaja dalam seni didakwa dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada perkembangan remaja untuk mengatasi masalah malu dan membolehkan mereka memperolehi kemahiran dan teknik yang berguna dalam kehidupan kelak

Program pemecutan kognitif : Art & Performing Thinking Skills Program intervensi direkabentuk dalam konteks musik, seni visual dan drama untuk pelajar 7-8 tahun Mengandungi 30 pelajaran bertujuan menyediakan cabaran intelektual semasa pelajar terlibat menyelesaikan tugasan dan pada masa yang sama pemikiran yang terlibat secara implisit dan eksplisit digunakan untuk meningkatkan keupayaan kognitif pelajar

Program pemecutan kognitif: CATE Pendekatan CATE agak berbeza sedikit berbanding CASE , CAME dan Seni persembahan Direkabentuk untuk diajar sebulan sekali dalam jangka masa yang panjang (2-3 tahun) untuk kumpulan umur 11-14 tahun Penekanan kepada kemahiran memproses untuk menyelesaikan masalah Kemahiran dan strategi kognitif yang digunakan agak menyerupai FIE dan STS

Program pemecutan kognitif: CATE Aktiviti berbentuk kognitif menggunakan lembaran kerja Menggunakan kaedah penyoalan Socratic : what, why, how dalam tugasan individu dan perbincangan kumpulan kecil dan kumpulan besar Mengandungi 36 aktiviti di mana setiap satu mengandungi dua tugasan. Tugasan 1 untuk objektif kognitif dan tugasan 2 untuk menghubungkan (bridge) aktiviti utama dengan pengalaman

Thinking Through…. series Pada tahun 1998, David Leat memperkenalkan “Thinking Through Geography” Selepas itu muncul beberapa buku yang dibina menggunakan pendekatan yang sama menghasilkan TT series termasuklah: Thinking through History Thinking through Religious Education Thinking through Primary Teaching Thinking through English

Thinking Through…. series Tujuan TT ialah menghasilkan pelajar yang Terlibat secara aktif dan bermotivasi Menjadi “independent learner” Bersemangat belajar Bersedia belajar daripada orang lain Bertanya soalan Ingin dicabar dan mencabar Sentiasa ingin terus belajar

Thinking Through…. series Pendekatan pedagogi yang digunakan adalah fleksibel Guru boleh: Menggunakan dan mengaplikasikan bahan pengajaran Membuat adaptasi mengikut konteks dan perkembangan pelajar Menyediakan ruang perbincangan refleksi metakognitif Penyebatian penuh dalam mata pelajaran yang diajar

Thinking Through…. series Modul/Bahan pengajaran meliputi Pengenalan kepada rasional strategi yang digunakan Penerangan tentang konteks – bila dan di mana sesuai digunakan Persediaan yang diperlukan sebelum memulakan pengajaran Penjelasan tentang bagaimana bahan digunakan Panduan apa yang patut dilakukan oleh pelajar Cadangan cara menguruskan aktiviti Penjelasan tentang sesi refleksi metakognitif Penjelasan tentang proses bridging Refleksi tentang bagaimana aktiviti boleh diperbaiki di masa depan

Philosophy for children Dikemukakan oleh Matthew Lipman Menjelaskan bagaimana program direkabentuk untuk menggalakkan kanak-kanak menjadi “community of learners” Melalui proses inkuiri komuniti dalam bilik darjah, perbincangan filosofikal dibimbing untuk menggalakkan pemikiran melalui aktiviti pentafsiran, mencadang dan meneroka idea, menanyakan soalan, menyokong atau membangkang bagi membina kesedaran etikal

Rumusan Komponen utama dalam program umum kemahiran berfikir meliputi: Spesifik kepada kemahiran kognitif yang hendak dikembangkan Pengenalan yang eksplisit tentang berbagai kemahiran kognitif Program intervensi yang berpanjangan Pengenalan kepada kemahiran tertentu diikuti dengan peluang untuk mengamalkan kemahiran Perkembangan berperingkat kepada tugasan yang lebih kompleks dan mencabar

Rumusan Terdapat keperluan peranan guru sebagai fasilitator melalui: Proses penyoalan Masa berfikir (thinking wait time) Memberi tanda saran bukan jawapan Memodelkan pemikiran Menyokong kerja kumpulan secara kolaboratif Penekanan terhadap proses kognitif atau isi kandungan sangat dipengaruhi oleh kefahaman guru tentang hasil proses pemikiran

Rumusan Untuk menyokong kualiti pemikiran yang baik dalam pengajaran mata pelajaran, guru perlu: Memahami kemahiran kognitif atau penaakulan yang ingin dicapai Memahami kaitan antara kedua-dua proses kognitif dan hasilan pembelajaran dan memahami bahawa pelajar perlu sokongan untuk mengeksplisitkan kaitan tersebut Memberi penekanan kepada usaha pelajar menjelaskan dan menerangkan idea mereka Menjadi orang tengah (mediate) kepada proses berfikir pelajar dan menggalakkan kolaborasi antara mereka Mengamalkan skafolding kepada pemikiran – bukan terus memberi jawapan

Selamat mengajar berfikir