Fem 4100 OTAK & TINGKAH LAKU MANUSIA
Nama pensyarah : Dr. Mariani Mansor Kursus : Otak & Tingkah laku Manusia Kod Kursus : FEM 4100 Jam Kredit : 3 (3+0) Alamat : Fakulti Ekologi Manusia No. Telefon : 03-89467053 No. Faks : 03-89467093 E-mail : mariani@upm.edu.my
Sinopsis Kursus ini meliputi analisis terperinci tentang otak dan pengaruhnya terhadap tingkah laku manusia. Perbincangan merangkumi struktur neuron, anatomi dan fungsinya, komunikasi dalam otak dan antara sistem saraf, dan bagaimana sistem saraf tersusun dan berkerjasama daripada sistem saraf pusat sehingga sistem saraf periferal untuk membantu manusia bertindakbalas terhadap peristiwa normal dan stress. (This course covers a detailed analysis of the brain and its influence on human behavior. Discussions include the neuron structure, brain anatomy and its function, communication within the brain and cross the nervous systems, and how the nervous system is organized and works together from the central nervous system to the peripheral nervous systems to help human respond to normal and stressful events).
Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. menjelaskan anatomi otak, sistem saraf dan fungsinya(C2) 2. menganalisis perhubungan sistem saraf dengan tindak balas manusia terhadap peristiwa normal dan tekanan (A3, P2, CTPS) 3. menghuraikan kerencatan otak, plastisiti otak danpemulihannya (C5, CS)
Rujukan Carlson, Neil (2007). Physiology Of Behavior With Neuroscience Animations And Student Study Guide (9th edition). Boston, MA: Pearson Education. Pinel, John (2008). Biopsychology (7th edition). Boston, MA: Pearson Education. 2. Coch, D., Fisher, K.W. & Dawson, G. (eds.). (2007). Human Behavior, Learning and the Developing Brain. New York: Guilford. 3. Darby, D. & Walsh, K. (2005). Neuropsychology (5th Edition). London: Churchill Livingstone. 4. Whishaw, I. Q. & Kolb, B. (2005). An Introduction to Brain and Behavior (2nd Edition). New York:Bedford, Freeman & Worth
KAEDAH PENILAIAN Ujian (Pertengahan & Akhir) Kuiz Tugasan
Agihan Markah Penilaian Pecahan aktiviti dan agihan markah adalah seperti berikut: Kerja Kursus 60% Pecahan kerja kursus: Ujian Pertengahan semester (25%) Kuiz ( 5%) Tugasan (30%) Peperiksaan Akhir 40% _______________________________________________ Jumlah 100%
FOKUS PENILAIAN A. Fokus Ujian Pertengahan Tahun: Tajuk 1 – Tajuk 5 B. Fokus Ujian Akhir: Tajuk 6 – Tajuk 10 C. Tugasan Tarikh penghantaran Minggu ke 10
TAJUK KANDUNGAN KURSUS Pengenalan: biologi otak dan tingkah laku manusia Anatomi otak Konduksi neural: penghantaran dan penerimaan isyarat Perkembangan otak Mekanisme persepsi, kesedaran dan penumpuan perhatian Sistem sensori motor Ritma Cicardian, tidur dan mimpi Otak dan penguasaan bahasa Stor ingatan dan penyimpanan maklumat Kerencatan otak dan pemulihan
1. Pengenalan: Biologi Otak Dan Tingkah Laku Manusia Otak: punca kawalan dan tingkah laku Gen, otak dan persekitaran
2. Anatomi Otak Rangka otak Struktur sel neuron Kod spinal Struktur sistem saraf yang utama
3. Konduksi Neural: Penghantaran Dan Penerimaan Isyarat Sinaps Aktiviti kimia antara sel neuron Neurotransmitters dan tingkah laku manusia
4. Perkembangan Otak Perkembangan otak: sebelum dan selepas lahir Rangsangan dan perkembangan otak Kesan pengalaman ke atas perkembangan otak Laterisasi otak dan fungsi Kerencatan perkembangan otak: autisma dan Sindrom Williams
5. Mekanisme Persepsi, Kesedaran Dan Penumpuan Perhatian Prinsip organisasi sistem sensori, gelombang otak dan persepsi Sistem penglihatan dan pemprosesan otak Sistem pendengaran dan pemprosesan otak Sistem sentuhan dan pemprosesan otak Sistem bau, rasa dan pemprosesan otak Kesedaran, penumpuan perhatian dan tingkah laku manusia
6. Sistem Sensori Motor Prinsip kefungsian sistem sensori motor Korteks perhubungan sensori motor Korteks motor primer Korteks motor sekunder Pons, medulla dan otak tengah Serebelum dan basal gangalia Sistem perhubungan saraf dan tingkah laku sensori-motor Sistem sensori motor dan fungsi pergerakan manusia
7. Ritma Cicardian, Tidur Dan Mimpi Mekanisme neural tidur Kitaran ritma Cicardian: mekanisme neural dan molecular Fisiologi tidur: REM dan mimpi Psikologi tidur: apa dan kenapa Kesan deprivasi tidur ke atas tingkah laku manusia
8. Otak Dan Penguasaan Bahasa Laterisasi otak dan kefungsian manusia Lokasi kortikal bahasa:Model Wernickel-Geschwind Pendekatan neurosains kognitif moden Disleksia, pengkodan bahasa dan kemahiran berkomunikasi
9. Stor Ingatan Dan Penyimpanan Maklumat Anatomi neuro ingatan kenalan-objek Hipokampus dan lokasi ruang untuk ingatan Mekanisme sinaps, penyimpanan maklumat dan stor ingatan Amnesia, amnesia infantile Kesan bilateral medial temporal lobectomy Perkaitan di antara penyakit (seperti sindrom korsakoff dan alzheimer) dengan ingatan semula manusia
10. Kerencatan Otak Dan Pemulihan Jenis kerencatan otak Punca kerencatan otak Penyakit neuro-psikologikal Plastisiti neuro: tindak balas terhadap kerencatan otak Plastisiti, rawatan kerencatan otak dan kefungsian manusia
Contoh Peperiksaan
Contoh Soalan Peperiksaan (Dwi bahasa) Arahan: a. Pelajar harus memilih DUA (2) soalan dalam Bahagian A, dan SEMUA soalan dari Bahagian B. Markah Keseluruhan = 25% ___________________________________________________________________ BAHAGIAN/ SECTION A: (Markah/Marks = 10%) 1. What is natural selection. Discuss the evolution of the human brain. (5 markah) 2. What is autonomic nervous system. Discuss why is it important in human? (5 markah) ...... . ..... _____________________________________________________________ BAHAGIAN/SECTION B: (Markah/Marks = 15 marks) Jawab Semua soalan. Answer ALL 1. The study of the nervous system is called Neuroscience Psychology Biopsychology Neurochemistry Neurophysiology 2. Biopsychology is the scientific study of the Biology of behavior Brain Chemistry of the brain Biology of the brain Biology of cognition
TUGASAN
Tugasan (30%) ARAHAN: Amali Individu. Setiap pelajar dikehendaki mencari dua (2) buah artikel berkaitan otak dan tingkah laku manusia. Setiap artikel harus berdasarkan kepada penyelidikan sebenar yang dijalankan. Huraikan serta ringkaskan butir-butir yang terkandung dalam setiap artikel tersebut mengikut sub-tajuk berikut: Abstrak Pengenalan Ulasan literatur Metod Hasil & Perbincangan Rumusan Pada akhir tugasan, pelajar perlu membuat kesimpulan/penghuraian umum tentang kedua-dua artikel berkenaan, dan kaitkan dengan perkembangan dan tingkah laku manusia. Setiap laporan juga harus disertakan dengan Senarai Kandungan, Rujukan dan Lampiran (artikel-artikel yang dijadikan bahan rujukan)
PERHATIAN Sekiranya terdapat pelajar yang meniru, maka anda akan diberi markah 0. (Anda adalah tertakluk kepada Garis Panduan Tatatertib Pelajar, UPM dan Akta Kolej dan Universiti). Tugasan perlu dihantar pada atau sebelum Minggu ke 10 Setiap tugasan dihantar kepada pensyarah melalui pihak PUSAT PEMBELAJARAN / PPL Sekiranya ada sebab-sebab yang munasabah bagi anda menangguhkan penghantaran tugasan, anda perlu memaklumkan kepada pensyarah melalui e-mail mariani@upm.edu.my (03-89467053).
PERHATIAN !! Setiap kumpulan pelajar WAJIB menyemak tugasan yang hendak dihantar terlebih dahulu. Sebarang masalah berhubung isu kecuaian tidak akan dilayan. Sebarang rayuan untuk semakan atau pertukaran gred tidak akan dilayan selepas satu semester.
SELAMAT BERJAYA