MAKLUMAT KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH

Slides:



Advertisements
Similar presentations
1 Bab 9 Kesan Sosial: Kebaikan - golongan kurang upaya, warga tua dan orang awam.
Advertisements

1 Bab 8 Halatuju dan Kekangan dalam Antaramuka : Multisensori.
Repositori Digital Perpustakaan UniMAP One stop access to Local Contents.
Bengkel Kaedah Penyelidikan 2008 Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis.
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER STANDAD KERAJAAN NEGERI (SPEKS)
Contoh Presentasi PENILAIAN MINAT
PROGRAM 1L5G & MODUL i-1L5G
MAKLUMAT KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
4.1 KONSEP MULTIMEDIA.
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
BAB 4 PERSAMPELAN.
PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI
DCE 3105: PENILAIAN LATIHAN Semester Pertama 11/12
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
BELANJAWAN USM.
NEUROCITE 2.0: Simulator Peramalan Rangkaian Neural Buatan
BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
TEKNOLOGI PENGAJARAN TP2W
PENERBITAN ELEKTRONIK
LAPORAN RINGKAS PROGRAM
Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
Senarai Mata Pelajaran STPM Baharu
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TAKLIMAT PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (MGM4199A;MGM4199B)
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
DCE 3105: PENILAIAN LATIHAN Semester Kedua 10/11
LITERASI MAKLUMAT DALAM P&P
KREATIVITI DALAM PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
_______________________________________
MODUL 3 FILING SYSTEM.
ASSESSMENT FOR THE SEMINAR & WORKSHOP AsPEN 2002, May 27-30, 2002
BIMBINGAN KERJAYA.
PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
TAKLIMAT PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (MGM4199A;MGM4199B)
CABARAN MEDIA YANG BERUBAH
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS
EDU 3120 TOPIK BIMBINGAN KERJAYA
BELANJAWAN USM.
Pengenalan.
JK Jaminan Kualiti Akademik (AQA) Institut Pendidikan Guru
UNIT 4: Pengumpulan dan Penulisan Berita (Media Cetak & Elektronik)
Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
PENERBITAN ELEKTRONIK
BELANJAWAN USM.
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
Pedagogi Terkini : E-Pembelajaran
Dr. Norshahriah Abdul Wahab Bilik Seminar, Bangunan Lestari, UPNM
EDU 3120 TOPIK BIMBINGAN KERJAYA
CPE 3201 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Pengurusan Antarabangsa
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
BELANJAWAN USM.
DCE 3105: PENILAIAN LATIHAN Semester II 11/12
Nama Kursus: Prinsip Pendidikan Dewasa Kod Kursus: DCE3311 (3+0) Masa: Sabtu, 10:00 – 12:00 p.m Tempat: DKAP C3, UPM.
Pengurusan Antarabangsa
Nama Kursus: Prinsip Pendidikan Dewasa Kod Kursus: DCE3311 (3+0) Masa: Sabtu, 2:00 – 5:00 p.m Tempat: UPM.
Presentation transcript:

MAKLUMAT KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH Oleh: PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor, MALAYSIA Tel: 603-89468167 (PEJABAT), 012-2126312 (HP) Faks: 03-89435386 E-Mail: smn@educ.upm.edu.my sideknoah@yahoo.com

DEFINISI MAKLUMAT KERJAYA Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai data-data yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA Menolong individu menambah perbendaharaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaitan dengan pekerjaan Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya dengan sesuatu pekerjaan

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan Menyediakan individu mengenai persiapan-persiapan diri yang harus dilakukan bagi menghadapi dunia pekerjaan yang lebih tinggi (maklumat pra-pekerjaan), pekerjaan itu sendiri (maklumat pekerjaan) dan peranan-peranan selepas bersara (pasca pekerjaan)

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN MAKLUMAT PRA PEKERJAAN   Maklumat Diri Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya, nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri Maklumat Kerjaya Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai sesuatu pekerjaan.

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN MAKLUMAT DALAM PEKERJAAN   Maklumat dalam pekerjaan meliputi maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh individu yang berkaitan dengan dunia pekerjaan sebenar. Maklumat-maklumat yang tergolong sebagai maklumat dalam pekerjaan termasuklah tangga gaji, kemudahan cuti, peluang kenaikan pangkat, skim kemudahan perubatan, skim pinjaman perumahan, skim pencen, skim simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan skim insuran pekerja. Maklumat-maklumat ini perlu diketahui oleh individu agar ia boleh merancang perkembangan kerjayanya ketahap yang lebih tinggi dan cemerlang dalam sesuatu pekerjaan yang diceburinya.

PENGUMPULAN MAKLUMAT KERJAYA   Sumber maklumat kerjaya adalah merujuk kepada sumber-sumber sama ada berorientasikan manusia atau bukan berorientasikan manusia. Maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada dua sumber utama iaitu media cetak dan media elektronik. Maklumat kerjaya daripada jenis media cetak termasuklah buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan dan buku skrap kerjaya. Maklumat kerjaya daripada jenis media elektronik termasuklah video-video kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, keset-keset kerjaya dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer yang boleh diakses melalui internet.

KAMUS PENGKELASAN PEKERJAAN DOC   Maklumat kerjaya yang berupa media cetak paling utama di Malaysia ialah Dictionary of Occupational Classification (DOC) yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kamus ini menyenaraikan dan menerangkan 2,610 pekerjaan yang wujud di Malaysia. Kamus yang pertama dalam bahasa Inggeris dan telah diterbitkan pada tahun 1969. Pada tahun 1992, Jabatan Tenaga Rakyat telah mencetak edisi pertama dalam bahasa Malaysia yang dikenali sebagai Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kamus ini mengandungi definisi pekerjaan, menerangkan tugas yang dilakukan oleh pekerja, tujuan mengapa pekerja melakukannya dan cara bagaimana kerja tersebut dilakukan.

LAIN-LAIN SUMBER MAKLUMAT KERJAYA Buku Kompass Merah, Dictionary of Occupational Titles (DOT), Occupation Outlook Hand Book (OOH) adalah beberapa contoh lain sumber maklumat kerjaya media cetak yang penting. Buku Kompass Merah diterbitkan oleh Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang mengandungi maklumat pekerjaan yang wujud di kilang-kilang di bawah persatuan tersebut. DOT diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Amerika Syarikat. Individu boleh merujuk kamus ini di perpustakaan-perpustakaan besar yang ada di Malaysia ataupun di pusat sumber Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Kamus ini mengandungi senarai, keterangan dan definisi lebih 20,000 jenis pekerjaan yang wujud di negara tersebut.   Internet adalah satu lagi sumber maklumat kerjaya yang penting dan terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web tertentu yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai kerjaya.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA Maklumat kerjaya yang dikumpul mestilah tepat dan sah. Oleh itu maklumat mestilah dikumpulkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat-maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada berbagai-bagai agensi sama ada agensi kerajaan, swasta atau agensi dari luar negara yang berada di Malaysia.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan Antara agensi tersebut ialah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Makaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi negara asing di Malaysia, Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi tempatan, MACEE (Malaysian American Council for Educational Exchange), British Counsil, Institut-institut Latihan Kemahiran, Pusat-Pusat Latihan, Kilang-Kilang, Agensi-agensi Pekerjaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah dan Agesi dan Internet.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA Cara Pengkelasan Maklumat Kerjaya   Susun nama pekerjaan ikut abjad daripada A hingga Z. Menggunakan kaedah ini nama pekerjaan disusun mengikut abjad A diikuti oleh B, C dan seterusnya hingga huruf Z. Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut jenis pekerjaan iaitu profesional, separa profesional, berkemahiran, separa berkemahiran dan buruh. Kaedah ini mengambilkira kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut kerana setiap kumpulan pekerjaan memerlukan kelayakan yang berlainan.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut bidang pekerjaan seperti bidang Perniagaan, Pertanian, Perlombongan, Perkhidmatan, Perubatan, Sains atau menggunakan pengkelasan Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Conventional. Penyusunan dibuat mengikut kumpulan kerja seperti pengkelasan yang dibuat oleh Jabatan Tenaga Rakyat dalam Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kumpulan 1 misalnya ialah kumpulan kerjaya Profesional dan Pengurusan, sementara kumpulan 9 pula adalah kumpulan kerjaya Buruh.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan Penyusunan dibuat berasaskan sama ada ia merupakan maklumat kerjaya atau maklumat akademik. Maklumat kerjaya mestilah dipisahkan dengan maklumat akademik. Maklumat akademik dalam negeri dan luar negara juga sangat perlu dipisahkan untuk memudahkan pencarian maklumat.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA Perantaraan Media Massa   Melalui media cetak seperti Kamus Pengkelasan Pekerjaan, buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti dan institusi pengajian tinggi, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan, buku skrap kerjaya. Melalui media elektronik seperti internet, video-video kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, keset-keset kerjaya, dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA Secara Terus Kepada Individu   Melalui mata pelajaran Pendidikan Kerjaya di sekolah di mana semua pelajar terpaksa mengikutinya. Membuat lawatan sambil belajar ke tempat kerja di mana individu berpeluang melihat dan berinteraksi dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu pekerjaan. Bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk mendapatkan pengalaman secara peribadi mengenai sesuatu pekerjaan yang diminati. Menemuduga individu yang sedang bekerja dalam sesuatu bidang yang telah dikenalpasti sebagai satu atau salah satu bidang pekerjaan yang diminati.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA Menggunakan Bantuan Teknikal   Hari Kerjaya atau Minggu Kerjaya Seminar, Kem, Bengkel dan Ceramah Kerjaya Aktiviti ujian kerjaya termasuklah ujian personaliti, ujian minat kerjaya dan ujian nilai pekerjaan yang kendalikan oleh Jabatan atau Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA MAKLUMAT YANG BAIK Maklumat mestilah menarik dan kemas Maklumat mestilah ringkas dan padat Elak daripada mengemukakan maklumat yang panjang tetapi berbelit-belit.

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan MAKLUMAT YANG BAIK Maklumat mestilah lengkap dengan segala butiran dan keterangan yang perlu. Maklumat mestilah disusun dengan sistematik, berupaya memikat hati pengguna dan seelok-eloknya disertakan gambar dan ilustrasi. Maklumat mestilah mengandungi butiran yang lengkap.

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK Maklumat berkecamuk iaitu terlalu banyak maklumat dan tidak disusun secara teratur dan sistematik Keterangan berbelit-belit di mana maklumat disampaikan menggunakan bahasa yang berbelit-belit dan sukar difahami Maklumat yang dimuatkan panjang tetapi tidak lengkap di mana keterangan yang diaggap penting tidak dimuatkan

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK Tidak teratur dan tidak sistematik di mana maklumat yang ada tidak disusun dengan baik Tiada gambar dan ilustrasi yang boleh membantu individu melihat pekerjaan atau kerjaya secara visual. Gambar dan ilustrasi boleh memberikan gambaran kepada individu tentang sesuatu pekerjaan serta kerja-kerja yang dilakukan

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA   Melalui kajian atau penyelidikan yang dijalankan oleh kaunselor sama ada menggunakan soal selidik, pemerhatian atau temuduga. Komen daripada pelajar yang pernah menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya. Komen beberapa pihak sekolah yang ada di sekolah termasuklah komen oleh pengetua, guru-guru, pelajar dan kakitangan lain sekolah.

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan   Komen pihak lain yang terlibat secara tidak langsung di sekolah atau agensi seperti Persatuan Ibubapa Guru (PIBG), persatuan pekerja dan lain-lain. Dapat diperhati secara tidak langsung melalui sambutan pelajar terhadap aktiviti kerjaya yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya di sekolah.

SEKIAN UNTUK HARI INI TERIMA KASIH