Etika Pengurusan Pendidikan EDU 5814 Etika Pengurusan Pendidikan Prof Dr Abdul Rahman Md Aroff
tugasan Perihalkan 5 situasi (berkaitan peraturan, undang-undang, dasar, arahan, atau keputusan) di dalam sekolah yang nampaknya boleh dipertikaikan dari sudut etika. Mengapakah anda berpendapat sedemikian? ~ Tugasan ini boleh dibuat secara individu atau dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga (3) orang ~ Tugasan ini terdiri daripada 1,500 – 2,000 perkataan ~Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada saya pada atau sebelum 24 September 2011.
Dilemmas of choice rooted in fundamental ethical principles of conduct School principals experience ethical dilemmas on a daily basis as they perform their duties and responsibilities, and they often experience frustration and conflict in resolving and managing these dilemmas. Types of Ethical Dilemmas Experienced by School Principals Dilemmas of choice among competing standards of good practice rooted within the profession of education Dilemmas associated with the implementation or consequences of decisions attendant to an ethically preferred choice among alternative courses of action Dilemmas of choice associated with conflicts between system-level organizational rules or policies and consideration at the institution-level Dilemmas which stem from idiosyncratic beliefs or concerns of individual educators regarding the consequences of their actions and decisions Dilemmas of choice rooted in fundamental ethical principles of conduct Other dilemmas – matters related to teachers’ work; morality of pupils’ behaviour regarding school and work; common rules in school; and rights of minority groups
Agen Moral ~ is a moral exemplar ~ is devoted to standards of best practice and conditions of competence to be maintained and promoted
Agen Moral ~ has a special responsibility to be a conscientious moral actor, to deliberately make decisions and take actions in a distinctly moral manner ~ reflects upon and considers the moral consequences of his decisions, actions, as well as the policies and practices of his institution
Agen Moral ~ has the capacity to reflect successfully on conflicting matters (problem-setter), i.e. developed informed and responsible judgments, and choose the best among defensible options (problem-solver)
ETIKA KERJA KPM PENDAHULUAN: Matlamat mewujudkan sisitem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini ialah tanggungjawab semua warga KPM. Justeru, satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga KPM mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing masing. TAKRIF ETIKA KERJA Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap keluarga KPM berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. PENUTUP Etika kerja KPM hendaklah diamalkan oleh semua lapisan warga KPM dengan diterajui oleh pihak pemimpin. Setiap warga KPM hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wa Ta’aala dan diterima sebagai ibadah.
OBJEKTIK ETIKA KERJA KPM Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja; Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
PRINSIP ETIKA KERJA KPM Niat Yang Betul: Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut: * memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara, misi, matlamat dan objektif KPM; * ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; * memberikan sumbangan bermutu; dan * sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.
PRINSIP ETIKA KERJA KPM Perlakuan Yang Baik: Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga KPM perlu: * menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa; * memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan * menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
PRINSIP ETIKA KERJA KPM Penggerak Ke Arah Kebaikan: Setiap warga KPM hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga KPM hendaklah: * menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan; * berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan * sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
PRINSIP ETIKA KERJA KPM Memperkotakan Apa Yang Dikatakan: Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga KPM hendaklah: * sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain; * apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan * sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
PRINSIP ETIKA KERJA KPM Berdisiplin Dan Beradab: Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga KPM yang cemerlang. Justeru, setiap warga KPM hendaklah sentiasa: * menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama; * mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan * berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.
NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KPM Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja KPM. Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang
AMANAH Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan “amanah” adalah: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan; Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi; Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
BENAR Benar pada niat dan perbuatan, contohnya: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan: Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji; Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh; Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan; dan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
BIJAKSANA Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah; Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti; Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam meyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi; dan Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
BERSYUKUR Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya: Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak; Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah; Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak boleh putus asa; dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.
DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah; Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan; Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti; Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
IKHLAS Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya: Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih; bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka; dan Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
PENYAYANG Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri; Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk; Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas; Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan; dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia Catitan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyibarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukunegara. Melaui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dibilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat meberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadhiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibubapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak- anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat diantara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab Terhadapa Masyarakat Dan Negara Mengelakkan diri dari menyibarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang- orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Undang-undang dan Kemoralan Pendidik ~Legal issues about teacher morality centre on two statutes: * the denial or withdrawal of certificates from individuals who are deemed not to be persons of good character * teachers may be discharged for immorality ~Two crucial points about the enforcement of the above statutes * teachers may not be discharged for exercising their constitutional rights (privacy, civil liberties) * teachers may have significant rights of due process that must be respected in attempts to pursue a charge of immorality (extensive hearing on the matter)
The law deals mainly with: Sexual misconduct involving students Physical abuse of students Habitual public drunkenness and drug use Felony convictions
the LAW fails to deal with all matters pertaining to teaching, namely: Standards that are to govern the characteristic activities of teaching ~ intellectual activity or freedom ~ intellectual honesty, tolerance or respect for appropriate diversity ~ due process in such matters as discipline and grading, fairness in punishment and equity in the distribution of educational resources such as the teacher’s time Ways that respect the values and mores internal to subject matter Connect the characteristics and behaviour of educators with the aims and objectives of education