Perjumpaan kedua semester kedua 2015/16 8 Mei 2016 CPE3201 Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Pengamal Sumber Manusia
Dr Rusnani Abdul Kadir (KB00008; PA00985) Jab. Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM rusnani43650@yahoo.com 013-3644382
Kandungan Teori kaunseling, Kemahiran kaunseling, Prinsip kaunseling Bimbingan kelompok, Perkembangan kerjaya
1. Teori kaunseling - Ilmu formal didasari oleh teori tertentu. - Teori memberi kerangka kerja kepada tindakan seterusnya.
Menjelaskan andaian/pendapat tentang manusia TEORI KAUNSELING Menjelaskan andaian/pendapat tentang manusia Pemikiran, emosi, tingkah laku Bagaimana masalah terbentuk Bagaimana (membantu) mengurus masalah
Teori Kaunseling: Dikemukakan oleh pelbagai indvidu Sigmund Freud Albert Ellis Adler Carl Rogers
doktor perubatan (neurologist) Teori Psikoanalisis Sigmund Freud (1856-1939) Austrian doktor perubatan (neurologist)
1. Sifat Manusia Manusia bersifat tidak rasional Manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi Tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya Desakan biologi mempengaruhi perlakuan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Pengalaman awal membentuk personaliti
2. Bagaimana Masalah Timbul? Orang yang bermasalah = berada dalam kecelaruan mental Bermasalah kerana tidak wujud perimbangan antara id, ego dan superego dalam dirinya.
3. Matlamat Kaunseling Mengenal pasti konflik tidak sedar Minda tidak sedar sedar Meningkat kemampuan mengurus konflik PROSES KAUNSELING: KAUNSELOR ……. memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. meneroka latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.
5. Teknik & Strategi Antaranya: Perkaitan Bebas (free association) Transferens Pengujian diagnostik Analisis mimpi
REBT Rational emotive behavior therapy Albert Ellis – ahli psikologi Ellis lebih menekankan kepada pendapat logik (rasional)
2. Sifat manusia Manusia berpotensi kpd pemikiran positif (rasional) dan negatif (tidak rasional). Pemikiran manusia membentuk perasaan dan tingkah laku. Individu berkeupayaan menukar proses kognitif, emotif dan tingkahlaku dengan mengubah tindakbalas.
3. Masalah timbul Individu mereka kepercayaan yang mengganggu diri dan membiarkan diri terganggu dengan kepercayaan tersebut (contoh: Ada hantu) Pemikiran yang tidak rasional menyebabkan manusia menjadi runsing.
4. Matlamat kaunseling Membantu klien … mengenalpasti dan mengakui perasaan dan tingkahlakunya yang tidak sesuai. menghapus pemikiran/ tanggapan yang tidak rasional dan merugikan. memperoleh pemikiran/ tanggapan yang lebih toleran dan rasional
Limitasi Stail dan kepimpinan (bimbingan) yang memaksa Mencabar / ‘confront” Kurang mengambil kira aspek afektif seseorang individu Kaunselor terdedah kepada bahaya meletakkan nilai kaunselor sendiri kepada klien semasa proses mengajar dan mengindoktrinasi klien
Sumbangan Fokus kpd pemikiran dan tidak kpd perasaan Mencabar pemikiran lapuk Tugasan – khusus dan konkrit (tidak abstrak) Penglibatan aktif kaunselor
Teori Pemusatan Perorangan Person centered counseling (PCC)
Carl R. Rogers (1902-1986) Ahli psikologi “untuk berkembang individu perlukan persekitaran yang bersifat terbuka & tulen, menerima, dan empati.
2. Andaian Asas Tentang Manusia Manusia mempunyai desakan semula jadi untuk memajukan diri Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri - mempunyai hak pada pemikiran dan mampu mengawal destinasi hidupnya Manusia baik dan boleh dipercayai
Sbgn.. Andaian Asas Tentang Manusia Boleh berkembang secara positif dan membina sekiranya wujud suasana saling menghormati dan mempercayai. Perlu ada: kejujuran, keikhlasan & ketulenan penerimaan tanpa syarat Kefahaman
3. Bagaimana Masalah Timbul Manusia itu adalah neutral sehinggalah manusia itu perlu membuat keputusan/pilihan (i.e. konflik) Individu bertingkah laku dan menyesuaikan diri dengan situasi, adalah biasanya konsisten dengan bagaimana individu mempersepsi dirinya dalam situasi persekitaran. Orang yang bermasalah = ketidakselarasan antara konsep kendiri ideal dengan kendiri sebenar individu.
4. Konsep Utama Empati Penerimaan positif dan tanpa syarat Keikhlasan, ketulenan dan Kongruen Tidak menghukum (Nonjudgemental)
5. Matlamat Kaunseling Memerdekakan diri klien Memperkasakan klien Menjana pertumbuhan diri klien Memerdekakan diri klien Memperkasakan klien Premis asas adalah: Apabila keadaan untuk pertumbuhan terbina, klien boleh mendapat celik akal serta mengambil tindakan positif ke arah menyelesaikan kesulitan peribadinya.
6. Teknik Dan Strategi Layanan mendengar dgn aktif Aplikasi sikap kaunselor iaitu Kemesraan keikhlasan diri dan kongruen, penerimaan positif kefahaman empati.
7. Limitasi Tiada arahan dari kaunselor. i.e. tiada struktur; Klien menjadi bosan Klien mesti berupaya ‘meluahkan’ dan bersedia berkongsi Kehebatan kaunselor kabur
Teori Psikologi Individu (ADLERIAN) Alfred Adler (1870-1937)
2. Pandangan tentang manusia Manusia adalah makhluk sosial ---individu didorong oleh keinginan untuk bergaul mesra dengan masyarakat. individu tersebut akan mengamal satu gaya hidup yang tersendiri dan unik.
Pandangan tentang manusia Setiap tingkah laku individu mempunyai tujuan tertentu --tujuan utama adalah untuk memperolehi rasa selamat dan mengatasi rasa rendah diri. mendorong individu untuk berusaha memperolehi kuasa, superioriti dan kesempurnaan.
2. sbgn…Pandangan tentang manusia Individu mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya. --individu bukanlah mangsa kepada nasibnya dan individu tahu mengapa dia bertindak dengan cara-cara tertentu. Individu mempunyai kendiri yang kreatif, lalu membentuk gaya hidup yang tersendiri dan unik.
3. Punca manusia bermasalah… Cara hidup atau pengalaman hidup Pengaruh ibu bapa semasa peringkat awal kanak-kanak. Turutan kelahiran. Jantina adik-beradik dalam sesebuah keluarga mempengaruhi perkembangan individu.
4. Matlamat Kaunseling Memahami pengalaman dan tingkah laku individu sebagai satu entiti Mendidik semula individu
6. Teknik & strategi Analisis gaya hidup Kedudukan keluarga Ingatan awal wawasan psikologikal
2. Kemahiran kaunseling
Kaunseling Proses interaksi bersemuka di antara kaunselor dan klien, bertujuan untuk membantu klien mengurus isunya.
Kemahiran Asas Kaunseling Kemahiran mendekati Kemahiran melayan Kemahiran mendengar Kemahiran memberi respon Kemahiran merujuk
1. Kemahiran mendekati Personaliti mudah didekati Prihatin/cakne/ambil peduli Ikhlas hendak menolong Berkemahiran bertegur sapa
2. Kemahiran Melayan Pengunaan pergerakan bukan lisan untuk melayan Kedudukan semasa melayan: SOLER Sitting at angle Open posture Leaning forward Eye contact Relax
Memahami perlakuan bukan lisan Ekspresi wajah Kualiti suara Pergerakan kaki Pergerakan tangan Penampilan Keselarasan antara lisan dengan bukan lisan
3. Kemahiran mendengar Active listening Reflective listening Listening with the ‘third ear’ Mendengar kepada isi & perasaan Mendengar kepada bahasa badan
Mendengar dengan sabar Ditunjukkan melalui Tindak balas secara tanpa lisan: Mengangguk, Pandangan mata yang selesa, Kedudukan tubuh badan (SOLER) Tindak balas secara lisan Mendengar dengan sabar
Mendengar dengan sabar Jangan mencelah Jangan beri perkataan Beri tumpuan penuh
4. Kemahiran memberi respon Dorongan minima Parafrasa Meminta penjelasan Menyoal Refleksi
i. Memberi Dorongan minima Tanpa lisan: Mengangguk; “Hmm Hmm”; pandangan yang selesa Secara lisan: “Ya”; “Oh, begitu”; “Ah..ha…”
i. Memberi Dorongan minima TUJUAN: Mengalakkan klien untuk terus bercerita Menunjukkan kaunselor sedang mendengar Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diceritakan oleh klien
ii. Paraprasa ~ Penyataan semula kenyataan atau mesej yang dibawa klien; dan kaunselor mengulangnya untuk mendapatkan kepastian daripada klien (biasanya ringkas dan mengguna perkataan lain)
Paraprasa CONTOH: Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia marah awak di depan pekerja lain.
iii. Meminta penjelasan ~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan atau perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien. Untuk memastikan kaunselor benar-benar memahami cerita klien atau perasaan yang sedang dialami klien
Meminta penjelasan Contoh: “Boleh terangkan maksud gagal dalam cerita awak tadi.” “Cuba beritahu saya apa yang awak tidak faham tentang arahan tu”
iv. Kemahiran Menyoal (soalan releven) Soalan tertutup Tujuan: mendapatkan data; jawapan khusus. Dijawab menggunakan satu atau dua perkataan; menyekat respon Contoh:
iv. Kemahiran Menyoal Contoh: Soalan terbuka Tujuan: perbincangan, meminta penjelasan dan huraian. Tiada jawapan khusus; jawapan pelbagai
Kenal pasti … Berapa Bila Bagaimana Siapa Apa Di mana Kenapa
Refleksi isi & Refleksi perasaan v. Refleksi Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba disampaikan klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi & Refleksi perasaan
Refleksi isi Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia kata awak tak buat kerja betul
Refleksi perasaan Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Awak rasa malu bila penyelia tegur macam tu.
vi. Merumus Mengumpulkan semula faktor / isu penting yang disebutkan klien, meringkaskannya dan dikemukakan semula kepada kien. Tujuan: Memberi struktur atau panduan tentang perkembangan sesi. Rumusan kecil – beberapa kali dalam sesi Rumusan besar – sekali, pada akhir sesi
Rumusan kecil: “Tadi awak telah ceritakan apa yang berlaku ditempat kerja dan bagaimana kejadian itu telah menyebabkan awak kecewa dan sekarang awak sedang berfikir untuk berhenti bekerja.”
Rumusan besar: “Sudah 40 minit kita berbincang, sebelum kita berhenti saya ingin merumuskan perbincangan dan keputusan yang kita setuju bersama. Pertama awak telah ceritakan masalah yang awak hadapi, yang telah menyebabkan awak kecewa dan nak berhenti bekerja. Kemudian kita berbincang baik buruk pilihan awak. Dan tadi kita bersetuju yang awak akan balik berbincang dengan isteri dahulu. Dan minggu depan kita berjumpa untuk melihat kembali hasilnya.”
5. Kemahiran membuat rujukan ….. menyerah kepada profesional lain KERANA… Tiada kepakaran Bercanggah pendapat/nilai (tiada rasa hormat)
3. Prinsip Kaunseling Setiap individu itu unik Setiap individu berpotensi Setiap individu mahu dihargai Setiap individu mahu dihormati Setiap individu ingin berubah kepada yang lebih baik
4. Bimbingan kelompok
Bimbingan Menyampaikan maklumat Menjelaskan sesuatu Unsur memberi nasihat / pandangan Berorientasikan pendidikan
Secara Berkumpulan Kelompok bimbingan Kelompok kaunseling Kelompok Melatih Menyampai maklumat Mengada perbincangan Kelompok kaunseling Kelompok terapi
Kelompok bimbingan Kaedah membentuk sesuatu kemahiran diri ataupun interpersonal kpd sekumpulan individu (bimbingan akademik, pemilihan kerjaya, kemahiran komunikasi interpersonal) Bersifat pencegahan dan perkembangan Bertujuan mencegah sesuatu masalah atau perlakuan negatif Ahli terdiri drpd mereka yg tiada masalah peribadi yg serius.
Ciri-ciri Kelompok Bimbingan Ahli anggaran sebaya (samada umur / peranan) Anggaran bilangan ahli 15 – 35 Mempunyai tema tertentu Bertujuan mencegah timbulnya masalah kendiri dan interpersonal Menggalakkan kesedaran dan pembangunan kendiri Diketuai oleh seseorang yg mahir dlm aspek yg ingin diberi bimbingan Jumlah sesi adalah terhad dan ditentukan oleh ketua atau fasilitator kelompok
Peranan Ketua dlm Kelompok Bimbingan Pemimpin Menyampaikan maklumat Pemudahcara / fasilitator Motivator Pemerhati proses dan pemberi maklum balas kemajuan kelompok dan ahli perseorangan
Peranan Ahli dlm Kelompok Bimbingan Aktif ambil bahagian Praktis nilai murni dlm perhubungan antara ahli kelompok Mematuhi norma / peraturan kelompok Tiada perkongsian yg mendalam tentang masalah peribadi
Beberapa prosedur membentuk KB Membentuk rasional/ tujuan yg jelas mengapa sesuatu kelompok bimbingan perlu ditubuhkan, sediakan cadangan Kenalpasti kemahiran (intrapersonal dan interpersonal) yg ingin dipupuk Kenalpasti tajuk-tajuk dan kandungan ceramah ringkas Kenalpasti aktiviti dan / atau prosedur perlaksanaan yg sesuai dgn tajuk serta menarik
KOD ETIKA KAUNSELING
Bertujuan… menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor.
Kod Etika menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat (organisasi). Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.
Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.
Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun. 8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan kerahsiaan. 10. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
11. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain. 14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan. 16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional - 4 Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat -9 Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan - 9
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional Contoh: Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat Contoh Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan Contoh Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat
TERIMA KASIH