ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI & MASYARAKAT Kategori : ANUGERAH KUALITI KERJASAMA INDUSTRI (AKADEMIK / BUKAN AKADEMIK)
GARIS PANDUAN PENILAIAN / PEMBENTANGAN OLEH CALON Masa yang diperuntukkan bagi Pembentangan kepada Panel Penilai adalah selama 15 minit. [Pembentangan (8 minit) & Temubual (7 minit)] Calon perlu membuat pembentangan kepada panel penilai. Pembentangan tersebut perlu dibuat menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Calon dibenar untuk menggunakan template yang disediakan oleh pihak Urusetia atau menggunakan kreativiti masing-masing tetapi mestilah tertakluk kepada bahan pembentangan yang ditetapkan. Sesi ini akan diadili oleh tiga (3) panel juri profesional yang mana seorang daripada mereka merupakan juri jemputan daripada luar UMP / selain ahli Jawatankuasa Penyelidikan & Pengembangan Ilmu (bagi setiap kategori). Calon adalah diminta juga untuk membawa dokumen/ sijil/ bukti yang sah sebagai rujukan kepada panel juri pada hari penilaian. Calon adalah diminta untuk hadir ke tempat temuduga sekurang-kurang 10 minit awal daripada jadual yang telah ditetapkan. Pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat (AKIM) akan diraikan semasa Hari Kualiti & Inovasi UMP 2019. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, panel juri berhak untuk menarik balik anugerah ini. Keputusan panel juri adalah muktamad.
KATEGORI ANUGERAH Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Bukan Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Bukan Akademik) Anugerah Rakan Industri Terbaik Anugerah Rakan Masyarakat Terbaik
CONTOH TEMPLATE OLEH URUSETIA AKIM Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Bukan Akademik) Nota : Ringkasan boleh dinyatakan secara ‘bullet point’ / infografik / apa jua cara yang kreatif untuk menyatakan ringkasan tersebut
RINGKASAN CALON NAMA CALON : PTJ : JAWATAN / GRED : NAMA PROJEK : PERANAN DALAM PROJEK :
Kualiti Kerjasama Industri ELEMEN PENILAIAN Kualiti Kerjasama Industri Kepimpinan (10%) Impak kepada industri (40%) Dana / Taja / Pembiayaan / Perundingan (20%) Penerbitan (10%) Usahasama & Pengiktirafan (20%) Nota : Berdasarkan kepada panduan portfolio semasa permohonan. Ringkasan hendaklah berpandukan kepada keterangan bagi setiap kriteria tersebut. Gambar / Dokumen sokongan berkaitan aktiviti libatsama boleh dimasukkan.
KEPIMPINAN [wajaran : 10%] Indikator yang akan dinilai adalah (sila beri maklumbalas / boleh diringkaskan) : Mempamerkan komitmen berterusan dalam melaksanakan projek libatsama industri Memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan warga UMP sebagai penasihat, mentor dan contoh teladan Kecemerlangan kepimpinan dan integrasi amalan libatsama industri Menerima pengiktirafan sebagai pemimpin – lantikan sebagai Penyelaras / Ketua Projek / Lain-lain Keaktifan dalam libatsama industri (selain projek berimpak tinggi) seperti Latihan Industri, Latihan Staf, Lawatan Industri, Sangkutan Staf dan lain-lain lagi
IMPAK KEPADA INDUSTRI [wajaran : 40%] Indikator yang akan dinilai adalah (sila beri maklumbalas / boleh diringkaskan) : Manfaat yang diperolehi oleh industri – contoh pengurangan kos, penjimatan masa dan pengurangan sisa. Mempamerkan elemen kelestarian dalam pelaksanaan projek / aktiviti / program Jumlah produk dipatenkan / IPR / Teknologi (susunan mengikut keutamaan termasuklah : 1. Paten | 2. Industrial Design | 3. Layout Design of Integrated Circuit | 4. Trademark | 5. Utility Innovation | 6. Copyright | 7. Lain-lain
DANA / TAJAAN / PEMBIAYAAN / PERUNDINGAN [wajaran : 20%] Indikator yang akan dinilai adalah (sila beri maklumbalas / boleh diringkaskan) : Nilai Projek Libatsama / Nilai Pembiayaan / Nilai Perundingan (berbayar / tidak berbayar) (termasuk hadiah, peralatan, kemudahan yang telah dinilaikan)
PENERBITAN [wajaran : 10%] Indikator yang akan dinilai adalah (sila beri maklumbalas / boleh diringkaskan) : Kesarjanaan libatsama industri dalam penerbitan (buku, Journal (indexed / non indexed), modul, polisi, blueprint, standard prosiding (tempatan / antarabangsa), artikel, laporan dan lain-lain penerbitan Pembangunan bahan P&P (kursus, program, modul, lain-lain)
USAHASAMA & PENGIKTIRAFAN [wajaran : 20%] Indikator yang akan dinilai adalah (sila beri maklumbalas / boleh diringkaskan) : Bilangan usahasama yang dijalankan Penyertaan dalam industri /badan profesional Anugerah dan Pengiktirafan (samada Pingat, sijil Penghargaan, surat sokongan)
JABATAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (JJIM) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG LEBUHRAYA TUN RAZAK 26300 GAMBANG, KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-549 2790 | Faks: 09-549 2525