Pengurusan Antarabangsa Bab 12 MEMBUAT KEPUTUSAN & PENGAWALAN
OBJEKTIF Perbandingan dalam membuat keputusan. Faktor yang mempengaruhi keputusan. Perbandingan kawalan: Terus & Tidak Terus. Perbezaan pengawalan MNC. Pengukuran prestasi pengawalan.
PENGENALAN Pembuatan keputusan dan kawalan adalah perkara penting dan sering dikaitkan fungsinya dalam pengurusan antarabangsa. Pembuatan keputusan: Proses di mana pemilihan pelan tindakan yang sesuai. Pengawalan: Proses penilaian keputusan dalam merangka dan menentukan tindakan yang akan datang
Proses Pembuatan Keputusan Centralize lwn. Decentralized: Centralized: Keputusan ditentukan oleh pengurusan atasan. Decentrailzed: Keputusan adalah diserahkan kepada pekerja operasi. Perbandingan pembuatan keputusan: Ketentuan bersama: Pekerja & pengurus berbincang dalam membuat keputusan. Ringisei: Keputusan secara undian (Jepun). Tatemae: Terma Jepun – “doing the right thing.” Honne: Terma Jepun – “what one really wants to do.”
ISU MEMBUAT KEPUTUSAN Dalam usaha mendapatkan kualiti taraf dunia, MNC mesti komited kepada TQM: TQM: Strategi organisasi di dalam usaha menghasilkan barangan yang bermutu tinggi dan/atau perkhidmatan. Pemberian kuasa (empowerment): Memberikan individu dan kumpulan segala sumber, maklumat, dan kuasa untuk mereka menghasilkan idea dan melaksanakan dengan berkesan. Kaizen: Terma Jepun – penambahbaikkan berterusan.
sambungan Gabungan strategik: Keputusan memerangi pesaing: Salah satu kesan pembuatan keputusan ialah menekankan kepada gabungan strategik, selain dari TQM. Pengabungan antarabangsa: Penting kerana kelebihan yang diberikan kepada kedua pihak dalam peluang untuk bertapak di kawasan pasaran baru. Keputusan memerangi pesaing: Keputusan dibuat berdasarkan persaingan dengan pengeluar lain dan bertujuan untuk mendapatkan kawasan pasaran. Kawasan penumpuan MNC ialah Asia, Australia, Eropah, dan Amerika Selatan serta sebahagian dari Afrika.
PROSES PENGAWALAN Proses pengawalan melibatkan penilaian keputusan berdasarkan rancangan atau objektif, dan menetapkan apa tindakan selanjutnya yang patut diambil. Jenis-jenis Kawalan: Dalaman & Luaran: Fokus kepada sesuatu yang terbaik yang boleh dilakukan. Secara Terus: Bersemuka atau perjumpaaan peribadi dengan tujuan pemantauan. Tidak Secara Terus: Penggunaan laporan dan surat untuk pemantauan.
PENGAWALAN: PENDEKATAN & TEKNIK Ianya bergantung kepada MNC dalam menentukan pendekatan masing-masing. Teknik: Prestasi kewangan. Prestasi kualiti. Prestasi pekerja.
Prestasi Kewangan Kawalan berdasarkan keuntungan dan pulangan pelaburan. Keuntungan (profit): Baki yang tinggal setelah ditolak semua perbelanjaan dari jumlah pendapatan. Pulangan Pelaburan (return on investment, ROI): Membahagikan keuntungan dengan aset.
Prestasi Kualiti Digunakan sebagai salah satu teknik pengawalan dalam pembuatan keputusan. “Quality Control Circle (QCC)”: Kumpulan pekerja yang bermesyuarat bagi tempoh masa yang tetap; membincangkan cara-cara untuk menambahbaikkan kualiti kerja.
Prestasi Pekerja Menggunakan – penilaian prestasi pekerja. Pusat Penilaian (assessment center): Teknik penilaian yang digunakan untuk mengenalpasti individu yang berpotensi untuk dipilih atau dinaikkan pangkat.