SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM 944 EKONOMI
PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Ekonomi yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Ekonomi sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan STPM pada tahun 2003. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan digunakan mulai sesi 2012/2013. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Ekonomi ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada.
Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.
LATAR BELAKANG
1 Sukatan pelajaran Ekonomi yang sedia ada telah dimurnikan dan mula digunakan pada tahun 2003. Ia dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu Bahagian Pengenalan, Bahagian Mikroekonomi, dan Bahagian Makroekonomi. 2 Bentuk peperiksaan diubah kepada 2 kertas, iaitu: (a) Kertas 1 (Bahagian Pengenalan dan Bahagian Mikroekonomi) dan (b) Kertas 2 (Bahagian Makroekonomi).
MATLAMAT
Sukatan pelajaran Ekonomi bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai ilmu ekonomi pada tahap prauniversiti. Justeru pelajar dapat menganalisis dan membuat penilaian tentang isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan negara dalam persekitaran yang dinamik. Sukatan pelajaran ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi
OBJEKTIF
(a) memahami teori dan konsep ekonomi (b) menyedari dan membincangkan masalah dan isu ekonomi semasa (c) mengumpul maklumat ekonomi dari pelbagai sumber, menganalisis dan membuat penilaian secara berkesan (d) menggunakan jadual, gambar rajah, dan persamaan untuk menganalisis konsep dan teori ekonomi (e) menyampai maklumat dan idea ekonomi dalam bentuk yang sesuai (f) memperoleh kemahiran insaniah melalui pembelajaran kendiri
ANTARA SUKATAN PELAJARAN BAHARU DENGAN SEDIA ADA PERBEZAAN ANTARA SUKATAN PELAJARAN BAHARU DENGAN SEDIA ADA
BILANGAN TAJUK
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu A. Pengenalan (7 subtajuk) B. Bahagian Mikroekonomi (7 tajuk) C. Bahagian Makroekonomi (7 tajuk) A. Bahagian Mikroekonomi (5 tajuk) B. Bahagian Makroekonomi (5 tajuk), dan C. Bahagian Ekonomi Malaysia (6 tajuk)
Rasional perubahan Tajuk Isu Ekonomi Malaysia dimasukkan dalam penggal 3 kerana tajuk ini menerapkan kemahiran insaniah.
PERUBAHAN WAKTU
944/1 - Mikroekonomi
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Pengenalan (28 waktu) (16 waktu) Waktu dikurangkan kerana subtajuk aliran pusingan pendapatan, aliran ekonomi, dan pengkaedahan analisis dalam ilmu ekonomi telah digugurkan.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Permintaan dan Penawaran (26 waktu) Pasaran Barang dan Harga (40 waktu) Waktu pengajaran telah ditambah kerana tajuk permintaan dan penawaran, keanjalan, serta teori permintaan dan kelakuan pengguna telah digabungkan dalam bab ini. Penggabungan ini adalah untuk mengelakkan pertindihan subtajuk
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran (20 waktu) (16 waktu) Tidak ada perubahan kecuali waktu pengajaran telah dikurangkan. Tajuk ini menjadi tajuk ke-3.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Struktur Pasaran dan Penentuan Harga dan Output (50 waktu) (28 waktu)
Rasional perubahan Waktu pengajaran dikurang kerana beberapa subtajuk telah digugurkan seperti pasaran oligopoli, diskriminasi harga, kebaikan dan kelemahan pasaran bermonopoli, menentukan output keseimbangan mengikut kaedah jumlah hasil dan jumlah kos, kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan sempurna, keluk penawaran firma dan industri. Pengguguran subtajuk ini tidak akan menyebabkan pelajar kekurangan pengetahuan asas ekonomi.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Teori Agihan (26 waktu) Pasaran Faktor dan Agihan (20 waktu)
Rasional perubahan Tajuk ini ditukar namanya mengikut kesesuaian isi kandungannya. Waktu pengajaran dikurangkan kerana beberapa subtajuk telah digugurkan, iaitu keanjalan permintaan faktor pengeluaran, teori kadar bunga keynes dan klasik, serta untung. Subtajuk digugurkan kerana bertindih dengan tajuk 944/2.
944/2 - Makroekonomi
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Pengenalan (8 waktu) (6 waktu) Subtajuk definisi dan skop makroekonomi dan dasar makroekonomi telah digugurkan. Subtajuk ini diajar dalam tajuk lain.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Perakaunan Pendapatan Negara (22 waktu) (18 waktu) Waktu dikurangkan kerana subtajuk kaedah penghitungan diajar secara sepintas lalu sahaja.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara (36) Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal (40 waktu) Rasional perubahan Waktu pengajaran bertambah kerana tajuk ini turut ditambah dengan subtopik dasar fiskal di mana dalam sukatan pelajaran sedia ada subtajuk ini berada dalam tajuk masalah makroekonomi dan dasar penstabilan.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Peranan Wang dalam Ekonomi (20 waktu) Wang, Bank dan Dasar Kewangan (24 waktu) Dasar kewangan dalam sukatan sedia ada berada dalam tajuk 5 tetapi dalam sukatan yang baharu dimasukkan dalam tajuk 4.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan (24 waktu) Tajuk ini diubahsuai dalam sukatan yang baharu. Sebahagian subtajuknya dipindah ke kertas 944/3. Beberapa subtajuknya juga dipindahkan ke tajuk lain dalam 944/2.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa (40 waktu) (32 waktu) Sebahagian subtajuk telah digugurkan seperti globalisasi dan ada subtajuk yang dipindahkan kepada kertas 944/3.
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Rasional perubahan Pertumbuhan Ekonomi (8 waktu) Dalam sukatan yang baharu, tajuk ini dimasukkan dalam tajuk 1, iaitu di bahagian subtajuk 1.2.
944/3 – Ekonomi Malaysia
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Pengangguran, guna tenaga, dan upah - (10 waktu) Inflasi dan kos sara hidup - (10 waktu) Perdagangan Antarabangsa dan Imbangan Pembayaran - (10 waktu)
Sukatan pelajaran sedia ada Sukatan pelajaran baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana - (10 waktu) Institusi Kewangan - (10 waktu) Kemiskinan dan Agihan Pendapatan - (10 waktu)
Rasional perubahan Tajuk dalam bahagian ini diambil daripada beberapa bahagian dalam kertas 944/2 sukatan sedia ada dan sebahagiannya lagi telah ditambah. Tajuk seperti perusahaan kecil dan sederhana diperkenalkan untuk membolehkan pelajar lebih memahami keadaan dan isu ekonomi semasa terutama di Malaysia. Kerja kursus diperkenalkan dalam bahagian ini bagi membolehkan pelajar menerapkan nilai dan kemahiran insaniah pada diri mereka.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU TAJUK DALAM SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 944 EKONOMI
PENGGAL 1 Bahagian A: Mikroekonomi
Pasaran Barang dan Harga 40 3.0 Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran Bil. Tajuk Waktu 1.0 Pengenalan 16 2.0 Pasaran Barang dan Harga 40 3.0 Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran 4.0 Struktur Pasaran, Penentuan Harga, dan Output 28 5.0 Pasaran Faktor dan Agihan 20 KEJITUAN KEBOLEHPERCAYAAN KESAHAN KESAKSAMAAN KEADILAN
1.0 Pengenalan Bil. Subtajuk 1.1 Definisi ilmu ekonomi 1.2 Sumber ekonomi 1.3 Kehendak manusia 1.4 Masalah asas ekonomi 1.5 Keluk kemungkinan pengeluaran 1.6 Sistem Ekonomi
2.0 Pasaran Barang dan Harga Bil. Subtajuk 2.1 Permintaan 2.2 Penawaran 2.3 Keseimbangan penawaran 2.4 Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar 2.5 Keanjalan permintaan 2.6 Keanjalan penawaran
3.0 Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran Bil. Subtajuk 3.1 Firma dan industri 3.2 Fungsi pengeluaran 3.3 Kos pengeluaran 3.4 Ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan
4.0 Struktur Pasaran, Penentuan Harga, dan Output Bil. Subtajuk 4.1 Konsep hasil dan untung 4.2 Struktur pasaran 4.3 Pasaran persaingan sempurna 4.4 Pasaran monopoli 4.5 Pasaran persaingan bermonopoli
5.0 Pasaran Faktor dan Agihan Bil. Subtajuk 5.1 Permintaan dan penawaran faktor pengeluaran 5.2 Upah 5.3 Sewa, kadar bunga, dan untung
SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM 944 EKONOMI PENGGAL 1
SEKIAN TERIMA KASIH