Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh

Slides:



Advertisements
Similar presentations
Global Health Global Health Network Supercourse Project, University of Pittsburgh Building a Global Prevention Network to Share Knowledge and Wisdom.
Advertisements

Global Health So near, So far World Health Organization Collaborating Centre, University of Pittsburgh 2011 the year of Global Health.
Umpamanya saat sekarang jam 17:50 sore, setelah anda sibuk kerja seharian, anda sedang dalam perjalanan pulang dengan mengendarai mobil.. (sudah tentu.
Pdt. Sundoyo GKJ Brayat Kinasih
Umpamanya saat sekarang jam 17:50 sore, setelah anda sibuk kerja seharian, anda sedang dalam perjalanan pulang dengan mengedarai mobil...(sudah tentu anda.
Access Point  .
Pertolongan Pertama Pada Emergency “Cardiovascular” ARTICLE PUBLISHED ON N.º 240 OF JOURNAL OF GENERAL HOSPITAL ROCHESTER.
Africa Global Health 2015 the year of Global Health World Health Organization Collaborating Centre, University of Pittsburgh Emeritus.
Slaid APA Sebelum Sesi Kuliah Setiap pensyarah UPM digalakkan menyampaikan maklumat mengenai APA sebelum kuliah bermula. Gunakan 5 minit pertama bagi berkongsi.
Technology Oriented Business Driven Sustainable Development Environmental Friendly VISI Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.
Minggu 1 Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Berasaskan Komputer Copyright 2001, Prentice-Hall, Inc. Sistem Maklumat Pengurusan Ibrahim Mohamed Jab. Sains.
TEKNOLOGI Disediakan Oleh Kamaludin Ahmad JTMK, MPTI, JB.
KURIKULUM ABAD 21 The World Has Changed We have moved into a more demanding cognitive age, compelling people to become better at absorbing, processing.
PHILOSOPHY PRINCIPLES ETHICS. Philosophy - refers to the system of concepts, principles, and values that drive what it is.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Pendekatan Konseling Behavioristik Nama : Rheza Azmi Baoka Kelas : 2C.
Neoliberalisme & Neorealisme Ariska Ayu Anggita (07) G. A. Evarina Danuharta (033) Nizzah Amalia Subchan (058) Damar Kusumawardani (083)
Pencapaian UTM berasaskan Balanced Scorecard (Januari - Mac 2016)
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
Impact Of Society Topic: Virus
Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',
BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG
BAB 4 PERSAMPELAN.
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Perubahan dalam Pendidikan
BENGKEL SEMAKAN STRATEGIK SASARAN UTM 2016 RUMUSAN PENILAIAN PENCAPAIAN KESELURUHAN KEY AMAL INDIATOR (KAI) UTM JANUARI HINGGA SEPTEMBER 2015   Tarikh:
PENERBITAN ELEKTRONIK
PEMARKAHAN LAPORAN AKNC Anugerah Kualiti Naib Canselor 2014
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
Transformasi Pendidikan Seluruh Malaysia
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
MAINKAN OUR ONLINE POKER GAME DENGAN SEJUMLAH BESAR PEMAIN DI SELURUH DUNIA.
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
PENGUMPULAN PROJEK DALAM SATU SISTEM APLIKATI
Masalah Tugasan.
GGGB 6843 PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
OBJEKTIF MLL 205 (2012) Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS
Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh
Pengenalan.
GLOBAL REPUTATION Bidang Tumpuan Utama: OBJEKTIF STRATEGIK
Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH
PENERBITAN ELEKTRONIK
PLANNING.
بهداشت جهانی خیلی نزدیک، خیلی دور
2.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN
Pedagogi Terkini : E-Pembelajaran
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
RESOLUSI SIMPOSIUM MTU TVET DALAM KONTEKS FPTV
PERLAKSANAAN PROGRAM ’HARM REDUCTION” KEPADA PENAGIH DADAH
Kuliah 10 Cabaran & Masalah
INOVASI DAN KREATIF.
PERANCANGAN & PENILAIAN PROGRAM (FEM3303)
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
LMCK 1331 KOMUNIKASI EFEKTIF.
GLOBAL REPUTATION Bidang Tumpuan Utama: OBJEKTIF STRATEGIK
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ISU ICT DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
Hak Kepada Kesihatan (The Right to Health)
Kuliah 4 – Pemikiran Islam Perspekif Islam
Bermulanya pembelajaran alaf baru
KULIAH 3: PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF EKONOMI DAN BUKAN EKONOMI
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh Hantar kuliah ini kepada kawan anda mailto:?cc=super1@pitt.edu&body=<Type your message here> http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec40401/index.htm&subject=Global Health lecture Kuliah ini dikhususkan kepada penterjemahan kesihatan global dari global hingga ke tempatan - konsep Kesihatan GLOCAL. Projek Supercourse Jaringan Kesihatan Global ini adalah kerjasama dengan Perpustakaan Alexandria di Mesir dalam membina satu gudang ilmu terbesar dalam siri Kuliah Kesihatan Global. Dari pihak Pittsburgh, majoriti usaha telah dilakukan melalui Pusat Kerjasama WHO untuk pemantauan penyakit dan telekomunikasi, di bawah pentadbiran Dr. Ronald LaPorte. Dr. Faina Linkov telah diberi tanggungjawab dalam pembangunan dan pengubahsuaian kuliah ini. Misi untuk siri kuliah ini adalah: 1)Membina kesedaran mengenai kesihatan global di kalangan fakulti dan pelajar perubatan, kesihatan awam, dan profesion kesihatan bersekutu; 2) Membangunkan jaringan kesihatan global untuk pelajar dalam menangani masalah kesihatan tempatan hingga ke global. Versi yang lebih meluas boleh didapati dalam Supercourse di alamat www.pitt.edu/~super1/lecture/lec40391/index.htm Pengusaha primer: Ronald LaPorte, PhD, Pengusaha Supercourse, USA Ismail Serageldin, PhD, Perpustakaan Alexandria, Mesir Faina Linkov, PhD, Pengusaha Supercourse, USA Francois Sauer, MD, Pengusaha Supercourse, USA Eugene Shubnikov, MD, Pengusaha Supercourse, Russia Translated into Malay (Bahasa Melayu) by Mohd Hasni Jaafar, MPH, Pusat Perubatan UKM, Malaysia Dan Jaringan Kesihatan Global www.pitt.edu/~super1 Supercourse di Perpustakaan Alexandria - http://www.bibalex.org/SuperCourse/Index.htm http://ssc.bibalex.org/home/list.jsf Badan Kesihatan Sedunia Pusat Kerjasama, Universiti Pittsburgh

Kesihatan dan Kesihatan Global, WHO “Kesihatan bukan hanya pada ketiadaan kelemahan dan penyakit tetapi juga pada kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.” WHO telah terbitkan definisi klasik untuk Kesihatan, yang mana amat penting untuk kesihatan dalam negara kita dan seluruh dunia

Kesihatan GloCal (Global hingga Tempatan/Local) Pesakit anda dan Di mana anda tinggal Semua aspek kesihatan adalah merangkumi kedua-dua kesihatan tempatan dan global, oleh itu semua profesional perubatan, jururawat, dan kesihatan bersekutu harus mengetahui mengenai kedua-dua aspek kesihatan tempatan dan global

Kesihatan Global adalah merupakan perkataan dan suatu konsep baru yang penting. Institut Perubatan merujuk kesihatan global sebagai “masalah, isu dan kebimbangan kesihatan yang melampaui sempadan-sempadan national, yang mungkin dipengaruhi oleh keadaan atau pengalaman di negara lain, dan amat berkesan ditangani dengan langkah kerjasama dan tindakan penyelesaian." Walaubagaimanapun, ianya bukan sekadar masalah kesihatan yang merentasi sempadan atau yang biasa terdapat di negara-negara seluruh dunia; penyelesaian untuk masalah tersebut juga boleh merentasi sempadan dan dikongsi bersama, tanpa mengira tahap pembangunan atau kemajuan. Semua negara boleh samada belajar dari negara lain dan juga berkongsi pengalaman dan maklumat mereka. Definisi terkini yang telah dipermudahkan melakar satu gambaran dua-hala perjalanan: Perkongsian masalah, perkongsian penyelesaian. Definisi baru ini sangat penting kepada sains kesihatan global, di mana kesihatan global mengambarkan sebagai suatu perkongsian perjalanan. Terdapat banyak cabaran kepada kesihatan global dengan pelbagai profesional yang menitikberatkan penyakit yang berlainan. Pendekatan interdisiplinari diperlukan untuk mengurangkan beban kedua penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Di hari ini, bidang profesional di sekolah perubatan dan sekolah kesihatan bersekutu mempunyai amat sedikit kuliah mengenai kesihatan global di dalam kurikulum mereka Kesihatan kini menjadi suatu masalah global, dengan penyakit kronik sebagai pembunuh nombor satu di seluruh dunia Dengan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai penyelidikan dalam kesihatan global, fakulti dan pelajar akan lebih bersedia untuk menhadapi segala cabaran di dalam bidang mereka yang unik itu Lawati kuliah the Supercourse Global Health Crisis di: http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec4041/index.htm 4

The Supercourse: Internet mendekatkan kita melalui pembelajaran mengenai kesihatan global www.pitt.edu/~super1 SUPERCOURSE adalah merupakan perpustakaan global yang mengandungi kuliah akademik dalam aspek pencegahan dan kesihatan awam, percuma dan digunapakai oleh fakulti-fakulti terbaik di dunia. Supercourse www.pitt.edu/~super1 kini mempunyai lebih dari 4,650 kuliah yang dikongsi bersama oleh lebih dari 46,000 ahli fakulti di 172 negara. Supercourse adalah suatu model pengajaran tambahan, di mana pensyarah seluruh dunia berkongsi kuliah terbaik mereka. Penambahan jumlah kuliah Supercourse adalah khusus kepada tema berkaitan penyelidikan kesihatan global Pelajar perubatan boleh mentelaah terus dari kuliah-kuliah tersebut. Mereka juga boleh menggunakan kuliah dan slaid untuk dipersebahkan kepada pesakit, komuniti atau sesama pelajar Sekiranya anda menterjemahkan kuliah ini kepada bahasa yang lain, sila hantar salinannya kepada kami. Lawati ikhtisar kuliah Supercourse di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec6961/index.htm 5

Apa itu WHO? WHO adalah pihak berkuasa mengarah dan menyelaraskan semua aspek kesihatan dalam sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia ber-tanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan dalam kesihatan global, membentuk agenda penyelidikan kesihatan, menentukan norma dan piawai, mengartikuliasikan pilihan-pilihan polisi berasaskan bukti, menyediakan sokongan teknikal, memantau dan menilai tren kesihatan negara-negara berkenaan.

Siapa pembangun kuliah ini? Projek Jaringan Kesihatan Global Supercourse Perpustakaan Alexandria, Mesir Pusat Kerjasama WHO, Universiti Pittsburgh, Pusat Ijazah Lanjutan Kesihatan Awam Projek Jaringan Kesihatan Global Supercourse bekerjasama dengan Perpustakaan Alexandria di Mesir untuk membina satu gudang ilmu terbesar untuk Kuliah Kesihatan Global. Dari pihak Pittsburgh, majoriti pembangunan dilakukan melalui Pusat Kerjasama WHO untuk pemantauan penyakit dan telekomunikasi, di bawah pentadbiran Dr. Ronald LaPorte.

Kesihatan Global, Projek Jaringan Kesihatan Global Supercourse, Universiti Pittsburgh Hantar kuliah ini kepada kawan anda mailto:?cc=super1@pitt.edu&body=<Type your message here> http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec40401/index.htm&subject=Global Health lecture “Pencegahan satu auns bersamaan dengan satu paun perawatan” Henry De Bracton, 1240 Dengan pepatah terkenal ini kami mulakan Kuliah Emas untuk Pencegahan pada 2003. Kuliah susulan 2010 ini dikhususkan untuk kesihatan Global, suatu tema yang amat berkait rapat dengan tema pencegahan. Kuliah ini telah diselaraskan melalui Projek Jaringan Kesihatan Global Supercourse, bertempat di Jabatan Epidemiologi, Universiti Pittsburgh. Jutaan orang – kebanyakkan mereka kanak-kanak – mati setiap tahun di negara sedang membangun dan negara maju akibat dari penyakit yang boleh dicegah dan dirawat. Tambahan pula, memeranjatkan didapati hanya sedikit kajian dilakukan dalam usaha untuk mencegah atau merawat pembunuh terbesar di dunia, seperti penyakit malaria dan tuberkulosis. Focus kuliah ini adalah untuk menunjukkan bagaimana dunia boleh menjadi lebih sihat melalui perkongsian maklumat. Focus kuliah ini adalah sains kesihatan global dan apa yang bakal pakar bedah, epidemiologis, dan pakar profesional kesihatan lain boleh lakukan untuk memperbaiki mutu kesihatan di dalam komuniti mereka dan dunia ini. Kuliah Emas Pencegahan boleh diakses di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec10511/index.htm Membina Jaringan Pencegahan Global untuk Kongsian Pengetahuan dan Kecemerlangan Ilmu

Misi Kuliah Pengajaran sejagat untuk setiap pelajar perubatan, kesihatan awam dan kejururawatan mengenai kesihatan global Membina jaringan kesihatan global bagi pelajar mengetahui kaedah menangani masalah kesihatan lokal (tempatan) dan global.

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia “Setiap orang mempunyai hak untuk suatu piawai kehidupan yang mencukupi untuk kesihatan dan kesejahteraan diri dan keluarganya, meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan.”   Universal Declaration of Human Rights, 1948 Idea iaitu kesihatan adalah hak asasi manusia telah diwarwarkan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, semenjak lebih dari 50 tahun yang lalu semasa permulaan organisasi ini. Idea ini sangat amat penting di dalam pembinaan sains untuk kesihatan global. Pelajar perubatan, kesihatan awam, dan kejururawatan harus menyedari mengenai impak yang mereka boleh lakukan terhadap kesihatan global di masa depan. Essential Health Information: Is there a Right of Access? http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec3741/index.htm

Kesihatan Antarabangsa “Kesihatan antarabangsa merujuk kepada penyilangan dan perkaitan aspek tahap kesihatan penduduk seluruh dunia dan untuk segala usaha dalam memperbaiki tahap kesihatan semua orang di setiap negara.” Last, Foege Kesihatan antarabangsa tidak wajar dilihat hanya sebagai khusus untuk suatu penyakit atau satu-satu negara itu sahaja. Kita harus memeriksa semua keadaan yang melintasi sempadan dan disiplin dan berpotensi untuk mempengaruhi kesihatan. Perkataan “antarabangsa" mengikut kamus adalah sempadan-sempadan negara, dan perkataan "global" meliputi seluruh dunia. Lawati kuliah Kesihatan Antarabangsa Supercourse di: http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec10931/index.htm

Kesihatan awam, perubatan, dan kejururawatan: sebahagian dari permasalahan yang sama Sekiranya pelajar perubatan, kesihatan awam , dan kejururawatan bekerjasama, kita boleh menukar kesihatan global. Usaha kerjasama ini di dalam penyelidikan kesihatan global akan membantu kita merentasi geografi, ekonomi, dan segala sempadan yang lain yang kini membahagikan bidang kita. Lawati Kuliah Supercourse “Societal Approaches to Understanding How Income and Income Inequality Affect Health.” di: http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec8521/index.htm

Kenapa pelajar harus ketahui mengenai Kesihatan Global Seperti hari ini, kolej dan universiti mempunyai sangat sedikit kuliah mengenai kesihatan global di dalam kurikulum mereka Kesihatan kini menjadi masalah global, dengan penyakit kronik menjadi pembunuh nombor satu seluruh dunia Dengan mempelajari lebih banyak mengenai penyelidikan dalam kesihatan global, pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dalam profesion mereka Kesihatan global penting untuk semua pelajar dalam bidang kesihatan, kejuruteraan, kimia dan lain-lain Kuliah ini telah dibangunkan untuk ahli fakulti dan pelajar di Sekolah Perubatan dan Sekolah Kesihatan Awam seluruh dunia. Walaubagaimanpun, kami merasa bahawa pelajar dan fakulti dari semua disiplin seharusnya mempelajari mengenai kesihatan global, kerana ia mempengaruhi kita semua.

Apa yang pelajar harus faham mengenai Kesihatan Global Mengetahui perbezaan antara penyelidikan kesihatan global dan antarabangsa Mengenalpasti cabanran utama kepada Kesihatan global Mengetahui kepentingan perkongsian maklumat dalam bidang Kesihatan global Mengetahui kepentingan aktiviti pencegahan dalam memperbaiki Kesihatan global Memahami keperluan untuk jaringan Kesihatan global dalam memperbaiki Kesihatan global secara tempatan atau global Kesihatan global adalah suatu konsep penting yang mana pelajar harus memahaminya. Kesihatan global bukan hanya berkaitan dengan masalah kesihatan seperti malaria, TB, atau AIDs, tanpa mengambilkira sejauh mana keterukan masalah tersebut. Kesihatan global bukan hanya mengenai tahap kesihatan sesuatu negara atau rantau. Kesihatan global melampaui sempadan-sempadan dan rantau, meliputi segala faktor yang mampu mempengaruhi kesihatan kita Kesihatan global ada di mana-mana – di klinik anda, di komuniti anda, dan di negara anda Lawati Kuliah Supercourse Global Health Preparation di: http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec8211/index.htm

Kesihatan antarabangsa Kesihatan tempatan Kesihatan antarabangsa Kesihatan Global Banyak usaha, termasuk program kesihatan antarabangsa, menumpukan kepada kesihatan dalam satu atau beberapa rantau di dunia ini. Kami ingin menukar falsafah atau pandangan terhadap “kesihatan health” dengan menekankan kepentingan usaha kesihatan secara global. Kita perlukan definisi yang lebih baik untuk disiplin dalam kesihatan global. Falsafah baru untuk kesihatan global seharusnya turut merangkumi kepentingan perkongsian maklumat. Bumi ini luas dan cabaran kesihatan adalah pelbagai, bergantung kepada rantau berkenaan. Oleh itu, penyelidikan adalah penting untuk menangani cabaran dalam kesihatan untuk kedua-dua negara membangun dan maju.

Ketika 100 tahun yang lalu, jangka hayat telah meningkat di kebanyakkan negara membangun dan maju. Kita kini bertambah sihat dari mereka yang lalu dalam sejarah kemanusiaan. Peningkatan jangkahayat ini adalah hasil dari penambahbaikan dari aspek pencegahan, amalan perkongsian maklumat, dan kesihatan global. Lawati kuliah the Supercourse Epidemiologic Transition di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec19181/index.htm

Vaksinasi Smallpox: Usaha Kesihatan Global dalam pemberantasan penyakit Anda sebagai seorang doktor tidak akan melihat kes smallpox – ini sangat berbeza dari era nenek moyang anda. Pakar klinikal telah berkerjasama dengan petugas kesihatan awam dan saintis kesihatan global untuk membenteras salah satu penyakit maut manusia. Kita boleh meneruskan kejayaan seperti smallpox sekiranya kita bekerjasama untuk masalah tempatan lain, dan kita boleh memperolehi impak global yang menakjubkan. Sejarah naik-turunnya dalam usaha membenteras smallpox adalah suatu kunci kejayaan kepada pakar klinikal "moden“ dan kesihatan awam keduanya. Jutaan manusia mati di Europah dan Mexico akibat dari wabak smallpox. Pengurangan kes smallpox bermula apabila diketahui bahawa pesakit yang terselamat adalah imun untuk seluruh hayat mereka kepada penyakit ini. Ini menjurus kepada amalan variolasi – suatu proses di mana orang sihat didedahkan kepada bahan tercemar dari pesakit yang menghidapi smallpox dengan harapan akan menyebabkan suatu keadaan jangkitan ringan yang diharap akan menghasilkan keadaan imuniti bagi jangkitan akan datang. Peringkat selanjutnya dalam pembenterasan smallpox telah berlaku hasil dari pemerhatian pakar perubatan English, Edward Jenner, di mana wanita pemerah susu yang mengalami cacar lembu / cowpox, suatu penyakit yang kurang serius, tidak mengidapi penyakit maut smallpox. Pada 1796, Jenner telah mengambil cecair dari pustul cowpox pada tangan wanita pemerah susu dan menginokulasi pada budak lelaki berusia 8 tahun. Enam minggu kemudian, dia memdedahkan budak lelaki itu kepada smallpox, dan budak itu tidak menunjukkan sebarang tanda gejala. Jenner cipta perkataan "vaksin" dari perkataan "vaca" yang bermaksud “lembu” dalam bahasa Latin. Pada awalnya, usahanya telah diktirik, tetapi selepas itu segera diterima dan digunapakai. Hingga 1800, lebih kurang 100,000 orang telah divaksin seluruh dunia. Pada 1967, Badan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memulakan kempen seluruh dunia untuk membenteras smallpox. Matlamat tersebut tercapai dalam jangkamasa 10 tahun hasil dari usaha vaksinasi besar-besaran. Kes endemik smallpox terakhir berlaku di Somalia pada 1977. Pada May 8, 1980, Perhimpunan Kesihatan Sedunia mengistiharkan dunia bebas dari smallpox. Penyelidikan kesihatan global dan perkongsian maklumat telah memain peranan yang amat penting di dalam membenteras smallpox. Hasil dari usaha global ini dan kerjasama penyelidikan oleh pakar perubatan seluruh dunia, pelajar perubatan hari ini tidak dapat melihat sebarang kes smallpox. Dari http://dermatology.about.com/cs/smallpox/a/smallpoxhx.htm Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Edward Jenner, lawati Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Jenner

Masalah paling penting dalam kesihatan global hari ini Penyakit berjangkit, kesihatan ibu dan perinatal, dan tahap nutrisi Penyakit tidak berjangkit Kecederaan Apakah antara masalah penting di dalam kesihatan global hari ini? Mercu-tanda penerbitan 1996, “The Global Burden of Disease”, membentangkan data dari 1990 dengan data unjuran hingga 2020 untuk tiga kumpulan umum masalah kesihatan yang, secara kolektif, menyumbang kepada beban penyakit dunia. Ia adalah: Kumpulan 1, penyakit berjangkit, kesihatan ibu hamil, perinatal dan status nutrisi; Kumpulan 2, penyakit tidak berjangkit; dan Kumpulan 3, kecederaan. Di dalam setiap kumpulan mengandungi permasalahan spesifik. 15 peneraju utama masalah individu, berasas kepada DALYs (disability-adjusted life years) , ialah: (1) jangkitan respiratori bawah; (2) cirit-birit; (3) keadaan semasa perinatal; (4) depresi major unipolar; (5) penyakit jantung iskemik; (6) penyakit serebrovaskular; (7) tuberkulosis; (8) measles; (9) kemalangan jalanraya; (10) anomali kongenital; (11) malaria; (12) penyakit paru obstruktif kronik; (13) jatuh; (14) anemia kekurangan zat besi; dan (15) anemia. Penyakit tidak berjangkit adalah penyakit yang lebih tersebar luas seperti yang dapat dilihat oleh kebanyakkan pelajar perubatan semasa pembelajaran mereka. Kita harus bekerjasama dan berkongsi pengetahuan kita mengenai keadaan tersebut dalam langkah pencegahan dan perawatan.

Terdapat berbagai cabaran kepada kesihatan global dengan pelbagai profesional yang menitikberat kepada penyakit berbeza. Pendekatan pelbagai disiplin diperlukan untuk mengurangkan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit Profesional dari berbilang bidang kepakaran bekerjasama dalam membenteras smallpox. Sekiranya penyakit sukar seperti smallpox dapat dibenteras, usahasama yang serupa seharusnya berupaya untuk berjaya dalam membentaras penyakit lain dan sebarang cabaran yang ada terhadap kesihatan global

Walaupun banyak program dan langkah initiatif antarabangsa mensasarkan permasalahan seperti AIDS, Malaria, dan TB, namun kini penyakit kronik telah menjadi ancaman kepada manusia terutamanya apabila negara tersebut menjalani Transisi Epidemiologi. Lawati kuliah the Supercourse Epidemiologic transition di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec19181/index.htm

Jumlah Kematian (Juta) 10 penyebab utama kematian di seluruh dunia (WHO) Penyebab Jumlah Kematian (Juta) Peratus Kematian Penyakit koronari jantung 7.20 12.2 Strok dan penyakit serebrovaskular 5.71 9.7 Jangkitan pernafasan dalam 4.18 7.1 Penyakit Paru Obstruktif kronik 3.02 5.1 Penyakit cirit-birit 2.16 3.7 HIV/AIDS 2.04 3.5 Tuberkulosis 1.46 2.5 Kanser trakea, bronkus, paru-paru 1.32 2.3 Kemalagan jalanraya 1.27 2.2 Pramatang dan rendah berat lahir 1.18 2.0

Pembahagi digital: jurang antara ada dan tidak ada Satu cabaran terbesar kesihatan global ialah dalam mengakses maklumat Tambahan dari kepelbagaian penyakit, kami ingin menekankan bahawa salah satu cabaran terbesar kepada kesihatan global ialah akses kepada maklumat. Kita harus boleh untuk berkongsi maklumat terutama dalam aspek penyelidikan kesihatan global menyeberangi pembahagi digital. Kebanyakkan amalan klinikal dan pencegahan adalah perkongsian pengetahuan. Sekiranya kita boleh memanafaatkan revolusi informasi, kita boleh mengapai kesan yang mendalam untuk pesakit kita dan penduduk di dunia ini.

Masalah: Perkongsian Maklumat: Cabaran penting kesihatan global dalam abad ke 21. Potensi penyelesaian: WWW dan Kesihatan Global Mudahalih Bila internat hadir dalam kehidupan kita pada 1990’s, kita memikirkan bahawa ianya adalah suatu perkara yang mewah yang hanya beberapa orang sahaja yang berkemampuan. Seperti tahun 2010, Internat menjadi suatu keperluan apabila ianya tersebar luas dikebanyakkan negara membangun dan maju. Internat menjadi suatu yang berharga kepada perubatan klinikal seperti mana stetoskop. Lawati kuliah Supercourse WWW as a global library http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec0112/index.htm

Kepentingan pengetahuan, pembelajaran, inovasi dan IT “Sumber yang paling asas dalam ekonomi moden ialah pengetahuan dan, selanjutnya, proses yang paling penting ialah pembelajaran” Lundvall, Bengt-Åke (1992) National Systems of Innovation. Towards a Theory of Innovation and Interactive Learning. Pinter, London and New York, pp. 342 Falsafah baru mengenai kesihatan global akan meliputi perkongsian maklumat – satu antara kaedah yang terpenting dalam usaha memperbaiki tahap kesihatan secara global. Kesihatan global adalah suatu organisasi pengetahuan, dengan pelbagai disiplin yang terikat bersama oleh talian perhubungan untuk menyerangi masalah global. Pencapaian baru dalam bidang teknologi maklumat dapat membantu pertukaran informasi yand cepat pada kos yang minima. Revolusi internat membenarkan kita secara efektif berkongsi informasi penyelidikan kesihatan global merentasi bumi ini. Palm pilots, iPods, telefon bimbit, and teknology lain memberikan potensi hebat dalam memperbaiki pemindahan maklumat ke kawasan pendalaman. Sekiranya berpengetahuan mengenai kesihatan global, pelajar perubatan boleh memainkan peranan besar dalam perkongsian maklumat kesihatan awam dan perubatan, dan memperbaiki kesihatan seluruh bumi ini. Lawati kuliah Supercourse “Knowledge access and sharing. An overview of access models.” di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec14521/index.htm

Perubatan dan Kesihatan Kitaran Pembelajaran Kajian Biomedikal Pengajaran dalam Perubatan dan Kesihatan Awam Projek kami adalah terjemahan penyelidikan dan berfokus kepada menterjemahan maklumat dari pakar saintis ke bilik darjah. Sekarang ia mengambil masa lebih kurang 5-6 tahun untuk maklumat saintifik tiba ke bilik darjah. Sekiranya informasi saintifik telah tersedia dalam Power Point, dari beberapa tahun, ia mungkin mengambil masa hanya beberapa hari untuk diterjemahkan. Konsep yang menjadi teras bagi pusat penyelidikan ini adalah perubatan telepreventif. Kelahiran disiplin ini bermula beberapa tahun lalu dan telah berjaya menarik perhatian dalam masa yang sangat pendek. Kumpulan kami menerbitkan artikel yang menerangkan kepentingannya dalam The British Medical Journal . Dalam arena kesihatan, perubatan telepreventif akan menjadi tulangbelakang kepada pembentukkan kesihatan antarabangsa kami. Perubatan telepreventif mempunyai potensi yang amat besar dalam memperbaiki kesihatan global. Banyak penemuan penting perubatan tidak dikongsi bersama dengan pelajar perubatan, secara mudahnya kerana ia mengambil masa 5-10 tahun untuk maklumat tersebut dimasukkan di dalam buku teks perubatan. Melalui Supercourse, informasi boleh dikongsi secara lebih cepat oleh pelajar perubatan melalui penyelia mereka. Lawat kuliah Telepreventive Medicine Supercourse di http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec10431/index.htm Instructions on how to provide a lecture for the Supercourse http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec0391/index.htm

Perkongsian Informasi Kesihatan Global: Supercourse CD/DVD CD Supercourse adalah hadiah yang untuk diedarkan. Kami beri secara percuma DVD Supercourse untuk dikongsi dengan 5 pelajar dan perpustakaan. Telah diedarkan kepada lebih 10,000 individi seluruh dunia dan ke semua Fakulti Perubatan melalui WHO

Pembentukan suatu jaringan Pelajar Perubatan di serata dunia perlukan jaringan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran kesihatan global di abad ke 21. Dengan menggunakan jaringan profesional pakar klinikal dan kesihatan awam, pembina Supercourse telah dapat menghasilkan kuliah-kuliah “Just in Time” berkaitan gempabumi Bam, SARS, Katrina, dan topik hangat yang lain hanya dalam beberapa hari selepas kejadian berlaku. Semua kuliah “Just in Time” Perpustakaan Supercourse boleh diakses melalui http://www.pitt.edu/~super1/jit/jit.htm

Kesimpulan Kesihatan Global adalah penting, sama seperti keadaan pertambahan penduduk di negara membangun dan sedang membangun yang serupa Jangkahayat di abad ke 21 telah mengalami peningkatan akibat kejayaan semua usaha kesihatan global Semua pelajar harus mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kajian kesihatan global di samping berusaha membentuk jaringan untuk perkongsian pengetahuan dalam aspek kesihatan global

Organisasi dalam bidang kesihatan global Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Organisasi Kesihatan Pan Amerika, Bank Dunia, UNICEF, UN High Commissioner untuk Pelarian, UN Foundation, Bill and Melinda Gates Foundation, CARE International, Majlis Kesihatan Global, dan banyak lagi Seperti disentuh dalam bahagian yang lalu, terdapat banyak multilateral organisasi yang penting, pengasas, badan bukan kerajaan yang membincangkan masalah kesihatan secara global. Badan Kesihatan Sedunia (WHO) World, PanOrganisasi Kesihatan Pan Amerika, Bank Dunia, UNICEF, UN High Commissioner untuk Pelarian, UN Foundation, Bill and Melinda Gates Foundation, CARE International, Majlis Kesihatan Global, dan banyak lagi

Sunita Dodani US/Pakistan Jesse Hung China Ronald LaPorte US Soni Faina Ron Mita Ali Ali Ardaldin Iran Sunita Dodani US/Pakistan Jesse Hung China Ronald LaPorte US Mita Lovalekar US/India Faina Linkov US/Ukraine Eric Marler US Nicholas Padilla Mexico Kawkab Shishani Jordan Francois Sauer US Eugene Shubnikov Russia Rania Nicholas Francois Eugene

Bacaan tambahan Open Source http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec6921/index.htm Supercourse and Disaster Management Training http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec21601/index.htm Social Epidemiologic Methods in International Population Health and Health Services Research http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec17561/index.htm Principles of Research Synthesis http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec9611/index.htm Hantar kuliah ini kepada kawan anda mailto:?cc=super1@pitt.edu&body=<Type your message here> http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec40401/index.htm&subject=Global Health lecture Sila lawati Projek Global Health Network Supercourse untuk kuliah tambahan di www.pitt.edu/~super1 Sertai Supercourse dengan melawat http://www.pitt.edu/~super1/assist/join.htm Open Source http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec6921/index.htm Supercourse and Disaster Management Training http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec21601/index.htm Social Epidemiologic Methods in International Population Health and Health Services Research http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec17561/index.htm Principles of Research Synthesis http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec9611/index.htm

Bagaimana saya boleh menyertai jaringan Pencegahan Global? Sertai Supercourse senarai edaran email melalui super1@pitt.edu Bentangkan sekurangnya 1 slaid pencegahan kepada pelajar anda Sertai Supercourse senarai email edaran dengan hubungi super1@pitt.edu Bentang sekurangnya 1 slaid mengenai pencegahan kepada pelajar anda

Bagaimana anda boleh menyertai usaha global ini? Lawati www.pitt.edu/super1/ Hantar kuliah ini kepada seramai mana orang yang anda kenal Ajar sekurangnya 1 slaid mengenai kesihatan global. Hubungi kami di super1@pitt.edu untuk lain maklumat. Lanjutkan kuliah ini kepada kawan anda seluruh dunia, kedua fakulti dan pelajar mailto:?cc=super1@pitt.edu&body=<Type your message here> http://www.pitt.edu/~super1/lecture/lec40401/index.htm&subject=Global Health lecture Lawati www.pitt.edu/super1/ Hantar kuliah ini kepada seramai orang yang anda kenali Original PowerPoint presentation of this lecture  Ajar sekurangnya 1 slaid mengenai kesihatan global. Hubungi kami di super1@pitt.edu untuk maklumat lanjut. 33