PENATARAN BAHASA Penulisan Kata
KATA DASAR Ditulis sebagai satu kesatuan. Contohnya: Suara penyanyi itu merdu sekali.
KATA TURUNAN/KATA TERBITAN Takrif: Kata dasar yang menggunakan imbuhan (awalan, sisipan dan akhiran) Kata yang menggunakan bentuk terikat seperti maha- dan tata-.
KATA DASAR BERIMBUHAN Berjalan Kesinambungan Jahitan Menganaktirikan
GABUNGAN KATA BENTUK TERIKAT Antikerajaan Dwibahasa Poligami Poliklinik Swadaya
PENULISAN IMBUHAN YANG BERUBAH DARIPADA EJAAN LAMA Ejaan Lama Ejaan Baru di-makan dimakan di-lihat dilihat di-Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
AWALAN SA- DIUBAH MENJADI SE- Ejaan Lama Ejaan Baru sa-bagaimana sebagaimana Sa-saorang seseorang Awalan se- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya dan tanda sempang dihapuskan.
INGATAN: Tanda sempang digunakan apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf bsar. Contoh: se-Nusantara se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu se-Malaysia)
PENULISAN PARTIKEL –LAH, -KAH, -TAH, DAN PUN Ejaan Lama Ejaan Baru ada-lah adalah tolong-lah tolonglah kenapa-kah kenapakah bila-tah bilatah
KATA GANDA (Ditulis dengan tanda sempang) Kata ganda penuh: jari-jari buku-buku lompat-lompat
KATA GANDA Kata ganda berimbuhan: sekecil-kecil seindah-indah berjalan-jalan
KATA GANDA Kata ganda berentak: lauk-pauk hingar-bingar gundah-gulana
KATA GANDA YANG MENERIMA APITAN Tanda sempang tetap digunakan: dikucar-kacirkan keramah-tamahan
PERULANGAN GABUNGAN KATA NAMA Ulangan kata nama yang diterangkan iaitu kata yang pertama, bukan seluruh rangkai kata. Contoh: balai-balai raya pasu-pasu bunga
PARTIKEL PUN Ada dua cara menulis partikel “pun”. “Pun” yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contoh: Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.
PARTIKEL PUN YANG DITULIS SERANGKAI Ada 13 kata: adapun bagaimanapun andaipun kalaupun biarpun lagipun kendatipun meskipun mahupun sungguhpun sekalipun walaupun ataupun
PENULISAN KATA MAJMUK Ditulis secara terpisah: sama ada kereta api urus setia
KATA MAJMUK MANTAP Dieja serangkai: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama warganegara olahraga
Kata majmuk (sambungan) Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Matahari
PENULISAN PARTIKEL -LAH, -KAH, -TAH DAN PUN Ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. Contoh: adalah apakah bilatah
KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU DARIPADA HURUF “G” Apabila dimbuhkan dengan “meng-” atau “peng-” huruf “g” pada kata dasar kekal: mengunakan sepatutnya menggunakan penganas sepatutnya pengganas
KESALAHAN MENAMBAH SATU HURUF “K” APABILA KATA DASAR BERAKHIR DENGAN HURUF “K” Apabila diimbuhkan dengan apitan yang berakhiran “-an” atai “-i”: kenaikkan sepatutnya kenaikan mendudukki sepatutnya menduduki
KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU HURUF “K” Apabila kata dasar berakhir dengan huruf “k” diimbuhkan dengan apitan yang mengandungi akhiran “-kan”: digalakan sepatutnya digalakkan dimasukan sepatutnya dimasukkan
PENULISAN KATA DEPAN DI DAN KE Ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: di atas ke beberapa tempat
“DI” SEBAGAI IMBUHAN Ditulis serangkai: dikeluarkan dimasukkan dinyanyikan dibawakan
KATA GANTI KU, KAU, MU DAN NYA Ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya atau mendahuluinya: kauambil bukumu bukunya kuingat keretaku
KATA GANTI SINGKAT KU, MU DAN NYA BAGI NAMA TUHAN Ditulis dengan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contoh: Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku. Mereka memohon rahmat-Nya, hidayat-Nya, dan petunjuk-Nya.
PENULISAN KATA MAHA Maha + kata nama – dieja serangkai. Contoh: mahasiswa maharaja
PENULISAN KATA MAHA Maha + kata adjektif – dieja terpisah Contoh: Maha Pengasih Maha Mulia Maha Penyayang
KATA SI DAN SANG Dieja sebagai dua patah kata yakni dijarakkan dengan kata yang mengikutinya: Si Lamri Si Comel Sang Nila utama Sang Kancil
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG (-) Apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh: se-Nusantara se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)
BENTUK TERIKAT DIIKUTI KATA NAMA KHAS Contoh: anti-Rusia pan-Afrikanisme pro-Amerika Catatan: pan bererti seluruh atau segenap boleh juga digunakan sebagai kata bebas. Contoh: anti perkauman, pro dan kontra.
MENULIS KATA ULANG/GANDA Contoh: gunung-ganang rumah-rumah pegawai-pegawai selewat-lewatnya tanggungjawab-tanggungjawab
UNTUK MEYAMBUNG SUKU KATA YANG DIPISAHKAN OLEH PENGGANTIAN BARIS Contoh: …menangguhkan penyeleng- garaan projek. …menangguhkan penyelengga- raan projek.
UNTUK MEMPERJELAS UNGKAPAN Contoh: ber-evolusi dengan ber-revolusi
UNTUK MERANGKAIKAN KE DAN AKHIRAN –AN DENGAN ANGKA Contoh: ke-33 ke-200 tahun 90-an tahun 60-an
UNTUK MENYATAKAN HUBUNGAN ANTARA KATA-KATA Lazimnya pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contoh: alat pandang-dengar
PENULISAN ANGKA
Penulisan angka Nombor kardinal Bilangan ditulis dengan angka. Contoh: 2 30 49 159 Kata bilangan kardinal Bilangan ditulis dengan perkataan. Contoh: dua tiga puluh empat puluh tiga
Lambang bilangan di awal ayat Ditulis dengan huruf: Lima orang pelajar bukan 5 orang pelajar.
Kecuali yang menunjukkan urutan 52 orang bersetuju, 15 orang berkecuali, 14 orang tidak mengundi.
Penulisan angka 1-11 Ditulis dengan huruf. Contoh: satu dua tiga
Penulisan angka yang salah Ke 20 Ke20 Ke:20 Ke – 20 Sepatutnya: ke-20
Angka roman besar I, II, III, XI, XII Ingatan: tidak perlu ke- kerana sudah merujuk bilangan atau kali, atau abad berkenaan. Contoh: Kejohanan Sepak Takraw VI Abad XII (kedua belas)
Bentuk yang salah Abad ke-XX Sidang ke-V Sidang ke XXX Abad keIV
SINGKATAN dll. dan lain-lain dlm. dalam dr. dari dsb. dan sebagainya sbg. sebagai s.k. salinan kepada
Sekian, terima kasih. Ingat, tulis betul, anda terampil. “Bahasa Jiwa Bangsa”