Antologi Kasut Kelopak Jantung Sajak: Diari Lama
Maksud Rangkap Rangkap Pertama Perjuangan para pejuang dahulu amat hebat hingga menumpahkan darah Rangkap Kedua Penyajak menyatakan rasa cintanya pada negara dan saksikan ulang tahun kemerdekaan dengan rasa bangga. Penyajak berharap agar negara kekal aman dan makmur untuk selama-lamanya
Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat malaysia Tema Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat malaysia
Persoalan Perjuangan pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan negara amat disanjungi Perasaan bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka Banyak pengorbanan yang dilakukan dalam menuntut kemerdekaan
Nilai Pengorbanan – Pejuang yang sanggup berkorban jiwa raga demi menuntut kemerdekaan Cinta pada negara – Penyajak yang menyatakan rasa cintanya pada negara Mengenang jasa – Penyajak mengenang jasa para pejuang kemerdekaan Gigih – Para pejuang yang bersungguh – sungguh dalam perjuangan mereka
Pengajaran Kita haruslah berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kedaulatan negara. Janganlah kita lupa akan jasa dan perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia ke arah negara merdeka. Kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan di negara yang sudah mencapai kemerdekaan,aman,dan makmur. Kesedaran terhadap erti kemerdekaan sebenar penting disemat dalam jiwa anak-anak Malaysia supaya kesejahteraan negara dapat dikekalkan. Kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air.
Disediakan oleh : Nur Farah Nabilah Bt Mahmud Riadzi Kelas : 1 Islah