BINAAN AYAT
Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai: b) Pelengkap a) Predikat c) Penerang d) Kata Keterangan e) subjek
PREDIKAT Kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Contohnya: Meja itu bulat Ibrahim amat gelisah
Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras. Jika predikat terdiri daripada kata adjektif yang panjang, kata pemeri ialah / adalah sering digunakan bagi membatasi subjek dan predikat tersebut. Contohnya: Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras.
Lelaki itu bertubuh sasa. PELENGKAP Kata adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif . Contohnya: Lelaki itu bertubuh sasa. Nenek bertambah sihat.
PENERANG Kehadiran kata adjektif sebagai penerang berada di belakang ( di sebelah kanan) kata nama. Kata adjektif berfungsi memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.
Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru. Contohnya: Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru.
Kereta lama yang cantik Bangunan tinggi yang buruk Jika terdapat dua kata adjektif selepas kata nama, kata hubung yang digunakan antara dua adjektif tersebut. Contohnya: Kereta lama yang cantik Bangunan tinggi yang buruk
KATA KETERANGAN Kata adjektif dapat berfungsi sebagai kata keterangan (adverba) iaitu selepas frasa kerja. Contohnya: Bayi itu tidur lena Ravi berjalan cepat
SUBJEK Kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat. Tetapi, kata adjektif tersebut mengambil tugas kata nama. Contohnya: Kaya belum tentu bahagia. Hitam itu menawan.