- SKIM PT SULONG & PT YAANI -
NO.ISI KANDUNGAN 1.0PENGENALAN 1.1 MASALAH DI SUB LEMBANGAN 1.2 PETA TABURAN ADUAN AWAM 1.3 KAEDAH PEMILIHAN SUB LEMBANGAN 1.4 MASALAH DI SUB LEMBANGAN 1.5 ANALISIS ADUAN DALAM SUB LEMBANGAN
NO.ISI KANDUNGAN 2.0DESCRIBE 2.1 PENERANGAN DALAM SUBLEMBANGAN 3.0EXPLAIN 3.1 MENJELAS DAN MEMPERINCIKAN MASALAH DALAM SUBLEMBANGAN 4.0EVALUATE 4.1 MENILAI KAEDAH PENYELESAIAN 5.0PRESRIBE 5.1 PENGESYORAN STRATEGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN PENYELESAIAN
SUB LEMBANGAN : PT. TONGKANG PECHAH PANJANG (meter): 4,600 SKIM : PT. YAANI
BILPERKARAMAKLUMAT 1Nama KampongPt. Tongkang Pechah 2MukimMukim 6 & Mukim Linau 3DaerahBatu Pahat 4Pendudukorang 5Keluasankm persegi 6Bilangan rumahbuah 7Punca Pendapatan penduduk Pertanian, Sektor Kerajaan dan Swasta 8Kawasan ADUNPt. Yaani 9Kawasan ParlimenBatu Pahat 10Agensi TerlibatJKR, TNB, SAJ, PTD, Telekom, Pertanian, Pendidikan, Kesihatan
PT. TONGKANG PECHAH
1.Parit tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan dari lembangannya dan menyebabkan banjir kilat kerap berlaku. 2.Jalan raya utama yang dibina terlalu hampir dengan tebing parit dan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan parit sukar kerana kekurangan kawasan bahu jalan dan membahayakan kenderaan lalulintas. 3.Struktur pembentung dan lintasan yang dibina sudah tidak efisyen. 4.Dasar parit cepat tohor dan perlu digali dengan kerap. 5.Rumput cepat tumbuh dan memenuhi permukaan dalam parit dan menghalang aliran air. 6.Sampah sarap memenuhi ruang dalam parit dan menyebabkan parit tersumbat. ISU DAN MASALAH
1.Struktur pembentung dan lintasan sedia ada tidak sesuai dan perlu dinaiktaraf. 2.Pembangunan tanah yang kurang terancang memberi kesukaran kepada JPS dalam menaiktaraf sistem saliran yang sedia ada. 3.Sebahagian tanah yang tidak mempunyai kawasan rezab akan menyukarkan pihak JPS melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. 4.Peruntukan kewangan yang terhad menyebabkan kerja kerja pebaikan atau naik taraf sistem perparitan dan struktur tidak dapat di laksanakan dengan sempurna. Kos menaiktaraf sistem saliran adalah tinggi. 5.Masalah mentaliti masyarakat setempat terutama dalam isu pembuangan sampah sarap yang menyumbang kepada masalah parit tersumbat dan kualiti air rendah. CABARAN DAN KEKANGAN
PETUNJUK Sungai dan (12 ) Koridor Banjir (40) Kejuruteraan (18) Pantai Amaran dan (7) Ramalan banjir Saliran Bandar (10) Sumber Air (13) Dan Alam Sekitar
ANALISIS ADUAN DAERAH BATU PAHAT
KUMULATIF ADUAN Rumusan Aduan 1.Majoriti aduan adalah berkenaan banjir iaitu 40%. 2.Aduan kedua tertinggi adalah berkaitan pantai iaitu 18%.
KATEGORIHURAIAN POLITIK-Sublembangan mempunyai kepadatan penduduk yang padat EKONOMISublembangan mengandungi kawasan : 1)Kawasan pertanian – kelapa sawit 2)Kawasan perindustrian -Kawasan sublembangan merangkumi kawasan yang pesat membangun dan menjadi tumpuan pertumbuhan industri kecil. -Kejadian banjir menjejaskan perniagaan dan ekonomi serta menyebabkan kerugian harta benda.
KATEGORIHURAIAN SOSIALKawasan disekitar sublembangan terdiri daripada kawasan : 1)Petempatan 2)Pertanian - Jumlah aduan yang diterima dari penduduk dan wakil rakyat setiap tahun adalah tinggi -Kawasan sublembangan menjadi tumpuan penduduk bagi mendapatkan perkhidmatan dan juga barangan harian -Kawasan sublembangan mempunyai taman-taman perumahan yang kian meningkat ALAM SEKITAR- Pencemaran air sungai akibat pembukaan perumahan dari kawasan luar membawa kelodak dan lumpur - Pembuangan sampah sarap PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Garis panduan berkaitan pemasangan kabel TNB, Telekom dan Paip SAJ perlu diberi perhatian
IsuKeterangan BanjirBanjir kilat berlaku di Batu Km 10 Sungai dan KoridorParit cepat tohor dan saiz yang semakin mengecil PantaiTidak berkaitan Sumber Air dan Alam Sekitar Pencemaran berlaku Saliran Mesra AlamTidak berkaitan Ramalan dan Amaran bagi Banjir Tidak berkaitan Pengairan dan Saliran Pertanian Tidak berkaitan
Kekerapan menerima aduan dari kawasan sublembangan yang di pilih? - Tinggi Siapakah pihak yang membuat aduan? - Penduduk kampung Respon terhadap aduan? - Membuat siasatan di tapak dengan segera Adakah siasatan dibuat selepas menerima aduan? - Ya Tindakan segera yang diambil? - Tindakan segera yang diambil bergantung kepada peruntukan.
1.Kawasan tadahan di sekitar sublembangan semakin pesat membangun dimana menyumbang kepada pertambahan air larian permukaan yang masuk ke dalam Pt. Tongkang Pechah. 2.Jalan raya utama yang dibina terlalu hampir dengan tebing parit dan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan parit sukar kerana kekurangan kawasan bahu jalan dan membahayakan kenderaan lalulintas. 3.Struktur pembentung dan lintasan yang dibina sudah tidak efisyen. ISU DAN MASALAH
4.Apabila hujan lebat, air hujan akan membawa kelodak, pasir dan lumpur dan masuk kedalam parit dan menyebabkan ia cepat tohor. Oleh itu, parit perlu digali dengan kerap. 5.Rumput cepat tumbuh dan memenuhi permukaan dalam parit dan menghalang aliran air. 6.Sampah sarap memenuhi ruang dalam parit dan menyebabkan parit tersumbat.
IMPAK ISU DAN MASALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB Sistem Saliran Jalan Kualiti Air Penduduk kampung MPBP - PENDUDUK KAMPUNG - PENGGUNA JALAN RAYA -JARINGAN JALAN RAYA Utiliti
Pejabat Tanah Dan Daerah JPS Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Penduduk Kampung PENGURUSAN SUBLEMBANGAN JAS Pihak Berkuasa Tempatan
LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL 1.JPS telah banyak mengadakan kerja-kerja penggalian dan menaiktaraf sistem saliran yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa dan mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku. - Kerja-kerja penggalian dan pembersihan yang terbaru telah dijalankan pada Bulan Julai Mengambil tindakan pembaikan segera terhadap struktur yang berkepentingan apabila perlu. 3.Menyiasat dengan segera apabila menerima aduan dari masyarakat umum atau wakil rakyat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut. 4.Memohon peruntukan tambahan bagi mengadakan sesuatu projek yang berkepentingan. 5.Mengadakan mesyuarat koordinasi bersama agensi luar bagi sesuatu projek yang melibatkan stuktur/utiliti agensi luar bagi memastikan projek berjalan dengan lancar di samping membincangkan cara-cara bagi mengatasi masalah banjir di dalam sesuatu lembangan.
Masalah Bermusim Banjir Kilat – Berlaku apabila musim hujan lebat Masalah Berpanjangan Penyelenggaraan – Tanah dan lumpur yang memenuhi dasar parit -Rumput yang cepat tumbuh dan memenuhi parit - Sampah sarap yang dibuang ke dalam parit Struktur & Utiliti Agensi Luar - Masalah yang berpanjangan selagi struktur & utiliti sedia ada tidak dinaiktaraf
1.Banjir Kilat a) Pembangunan Pesat i.Kawasan tadahan di sekitar sublembangan semakin pesat membangun dimana menyumbang kepada pertambahan air larian permukaan. ii.Masalah banjir akan berlaku apabila hujan lebat dan musim tengkujuh terutama pada bulan November hingga Februari. b) Struktur dan utiliti i.Struktur pembentung dan lintasan yang dibina sudah tidak efisyen. ii.Kedudukan utiliti dari agensi di sepanjang parit lain menyebabkan kerja penyelenggaraan sukar dijalankan
c)Isu penyelenggaraan dalam saliran Keadaan di dalam Pt. Tongkang Pechah yang dipenuhi rumput, sampah dan kelodak disebabkan oleh : a) Apabila hujan lebat, air hujan akan membawa kelodak, pasir dan lumpur dan masuk kedalam parit dan menyebabkan ia cepat tohor. Parit ini perlu digali dengan kerap. Sekiranya kerja-kerja penggalian parit tidak dibuat mengikut jadual, masalah akan bertambah kritikal hari demi hari. b) Rumput cepat tumbuh di dalam parit tanah c) sampah sarap dibuang ke dalam parit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengganggu aliran air serta menyebabkan parit tersumbat
MASALAH YANG PERLU DITANGANI DAHULU Banjir Rezab Sampah sarap MASALAH YANG PERLU DITANGANGI DAHULU
KEBERKESANAN SISTEM SALIRAN SEDIA ADA PETA DAN DATA YANG DIPERLUKAN 1.Sistem saliran parit tanah sedia ada memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi 2.Struktur seperti pembentung dan lintasan sudah tidak efisien 3.Parit Tongkang Pechah perlu dinaiktaraf dan dilakukan penggalian lebih kerap kerana cepat dipenuhi rumput dan sampah sarap. 4.Penempatan utiliti perlu mengambil kira lokasi yang sesuai Masih perlu Dinaiktaraf kerana : Pelan Kerja Ukur Terkini Untuk sublembangan Peta GIS Bagi Inventori Di Dalam Lembangan. Bancian Penduduk Berkenaan Sesuatu Projek. KEBERKESANAN SISTEM SALIRAN SEDIA ADA
Jangka pendek (1-6 Bulan) Jangka Sederhana (6-24 Bulan) Jangka Panjang (Lebih dari 2 tahun) Kerja-kerja penyelenggaraan parit secara berkala Kerja-kerja penggalian dan pembersihan kawasan parit mengikut jadual penyelenggaraan Kerja-kerja menaiktaraf parit tanah ke sistem longkang konkrit konkrit dan pemasangan perangkap lumpur
KAJIAN SEDIA ADA BIL NAMA JURUPERUNDINGTAJUK KERJATAHUN 1Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Master plan study for kajian pelan induk tebatan banjir bagi lembangan Sungai Batu Pahat, Johor. Final Report. Jilid I. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Master plan study for kajian pelan induk tebatan banjir bagi lembangan Sungai Batu Pahat, Johor. Final Report. Jilid II. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Master plan study for kajian pelan induk tebatan banjir bagi lembangan Sungai Batu Pahat, Johor. Final Report. Jilid III. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 1. Executive summary. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 2. Main Report. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 3. Technical Report I. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 4. Technical Report II. Ogos 2009
KAJIAN SEDIA ADA BIL NAMA JURUPERUNDINGTAJUK KERJATAHUN 8Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 5. Appendices. Ogos Tajul, Ho & Ng Consultants Sdn. Bhd.Flood mitigation master plan for Batu Pahat river basin, Johor. Final Report. Volume 6. GIS and preliminary engineering drawings. Ogos HYDEC Engineering Sdn. Bhd.The study and investigation on the siltation of gated drainage outlet channels in the western Johore agriculture development project. Inception Report. Ogos Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd dengan kerjasama Snowy Mountains Engineering Corporation dan Planmac Management Services Sdn. Bhd Batu Pahat river basin flood mitigation and intergrated agricultural development study (Western Johore Integratetd Agricultural Development Project Phase II). Phase II - Final Report Volume 7. Annexes (Agriculture) Oktober 1985
KEPERLUAN MAKLUMAT Maklumat diperlukan bagi : i) Mengenalpasti kedalaman parit yang perlu dikorek dalam proses rekabentuk. ii) Mengenalpasti rezab yang ada iii) Mengenalpasti struktur yang perlu dinaiktaraf iv) Maklumat dan status kualiti air sungai bagi menentukan kaedah yang sesuai bagi merawat air di kawasan tersebut
MAKLUMBALAS STAKEHOLDER STAKEHOLDERYATIDAK JPS NEGERI√ MPBP√ AHLI PARLIMEN√ JKKK/WAKIL PENDUDUK√ PENDUDUK√ JAS√ JKR√ Secara keseluruhan, semua stakeholder MENYOKONG terhadap projek-projek yang dilakukan oleh Jabatan ke atas sublembangan.
OPSYEN PENYELESAIAN MASALAHOPSYEN PENYELESAIAN Banjir Kilat- Mengorek dan membersihkan Parit Tongkang Pechah - Menaiktaraf Parit Tongkang Pechah ke longkang konkrit - Membina perangkap sampah Struktur/ Utiliti Lama - Ganti struktur lama - Koordinasi dengan agensi luar
ANALISIS KEJURUTERAAN PERANCANGANKESAN - Kerja-kerja penggalian dan penyelenggaraan Parit Tongkang Pechah - Parit dapat menampung kapasiti air yang tinggi dan aliran lebih lancar jika lumpur dibuang keluar - Membuang trumput dan sampah sarap yang menyebabkan parit tersumbat - Menaiktaraf Parit Tongkang Pechah -Menaiktaraf parit tanah kepada parit konkrit ‘U’ dapat mempercepatkan aliran air serta ekonomikal kerana keadaan parit tanah sedia ada yang tiada rezab.
PERANCANGANKESAN - Penguatkuasaan pembangunan/ koordinasi bersama Pejabat Tanah - Memantau pembangunan yang memberi kesan mendadak kepada pertambahan air larian permukaan. - Mengganti struktur/utiliti lama - Menyesuaikan keperluan parit dengan struktur bagi mengelakkan aliran air terhalang akibat struktur yang tidak sepadan.
KAEDAH PELAKSANAAN Merancang kerja/projek bagi menyelesaikan masalah mengikut keutamaan serta membuat analisis kejuruteraan bagi setiap opsyen. Memaklumkan kepada stakeholder berkaitan berkenaan kerja/projek yang hendak dijalankan Menjalankan kerja/projek yang telah dirancang Membuat rumusan/analisis tentang kerja/projek yang telah dijalankan
STRATEGI PENYELESAIAN Kategorikan kerja/projek yang telah dirancang kepada 3 kategori mengikut jangkamasa kerja dan kos yang dianggarkan. Jangka Pendek Jangka Sederhana Jangka Panjang
Jangka Pendek Mengenalpasti keperluan penyelenggaraan parit dan tetapkan jadual penyelenggaraan bagi setiap tahun. Mendapatkan maklumat dari aduan orang awam dan permohonan wakil rakyat. Maklumkan kepada pihak stakeholder tentang kerja yang hendak dijalankan. Jalankan kerja yang telah dirancang
Jangka Sederhana Melaksanakan kerja penggalian parit yang telah dijadualkan setiap tahun Menggantikan struktur culvert dan lintasan ke saiz yang lebih efisyen Mendapatkan maklumat untuk membantu proses rekabentuk bagi parit dan struktur yang hendak dinaiktaraf untuk mengatasi masalah Maklumkan kepada pihak stakeholder tentang kerja yang hendak dijalankan. Mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penduduk terlibat untuk malaksanakan kerja-kerja penggalian dan pembersihan Jalankan kerja yang dirancang
Jangka Panjang Melaksanakan kajian terhadap projek yang hendak dijalankan jika perlu Melaksanakan proses rekabentuk parit dan struktur yang terlibat Menaiktaraf parit kepada longkang konkrit Maklumkan kepada pihak stakeholder tentang kerja yang hendak dijalankan. Mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penduduk terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan. Jalankan kerja yang dirancang Lakukan proses pengambilan balik tanah jika perlu.
HASIL YANG DIJANGKA Jangka pendek dan sederhana: i) Mengatasi banjir kilat ii) Air akan disalir keluar dengan lebih cepat iii) Persekitaran dalam parit yang lebih bersih dari rumput dan sampah Jangka panjang : i) Melancarkan aliran air ii) Mengurangkan kos penyelenggaraan iii) Menjamin keselamatan penduduk iv) Melebarkan rezab sedia ada
GAMBAR-GAMBAR KEADAAN DI PT. TONGKANG PECHAH KEADAAN PARIT YANG TERLETAK BERSEBELAHAN JALANRAYA UTAMA
KEADAAN STRUKTUR DAN UTILITI DI KAWASAN TERSEBUT GAMBAR-GAMBAR KEADAAN DI PT. TONGKANG PECHAH
GAMBAR-GAMBAR KEADAAN DI PT. TONGKANG PECHAH KEADAAN STRUKTUR DAN UTILITI DI KAWASAN TERSEBUT
TERIMA KASIH