Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Similar presentations


Presentation on theme: "Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)"— Presentation transcript:

1 Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
Harapan dan Cabaran Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

2 Tiga Persoalan Asas Asal manusia Tujuan penciptaan Ke mana akhirnya

3 Asal Usul Manusia “…. sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian dari seketul darah, kemudian dari seketul daging berbentuk dan tidak berbentuk agar Kami dapat menerangkannya kepada kamu, dan kemudian Kami kukuhkan kedudukanmu di rahim sehingga ke saat yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian kamu akan mencapai umur kekuatanmu (dewasa),di antara kamu ada yang dimatikan dan di antara kamu ada yang dipanjangkan usia hingga ke usia nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi apa yang pernah diketahuinya ….” (Al-Hajj: 5)

4 Perjalanan Hidup Kita ALAM TAHAP PERKEMBANGAN AL-QURAN Alam Arwah 1
Berasal dari tiada atau suatu yang tidak dapat disebut Ath-Thuur: 35 Al-Insan:1 Maryam: 67 Alam Rahim 2 3 4 Persenyawaan sperma dan ovum Nutfah-Alaqah-Mudghah-Izoman-Lahman Janin sempurna dan roh ditiupkan Al-a’raf:189 As-Sajadah: 7-8 Al-Mukminun 12-24 Dunia 5 6 7 8 9 Dilahirkan Alam kanak-kanak Baligh Dewasa Tua An-Nahl:78 An-Nuur:59 Al-Hajj:5 Kematian 10 Pemisahan roh dari jasah Al-Imran:185 Alam Akhirat 11 12 13 Roh ditahan Allah & jasad hancur Roh dalam alam barzakh Qiamat: Syurga dan neraka Az-Zumar:42 Al-Mukminuun:

5 Hakikat Kehidupan Dunia
“Tidaklah aku dan dunia kecuali seperti seorang musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok lalu apabila tiba masanya dia akan berjalan dan meninggalkannya.” (Hadis)

6 Kehidupan Dunia “Ada pun orang-orang kafir mereka berseronok dan makan minum seumpama binatang makan minum, nerakalah kesudahan mereka.” (Muhammad: 12) “Dihiaskan kepada manusia kecintaan kepada syahwat; wanita, anak-anak, emas dan perak yang bertimbun, kuda-kuda, binatang ternak dan tanaman, itu semua adalah permainan hidup dunia, di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali.” (Aali Imran: 14) “Di antara manusia ada yang kata-katanya di dunia yang mengkagumkan kamu, dia mempersaksikan kepada Allah apa yang ada di dalam hatinya sedangkan sebenarnya dialah sebenci-benci musuh. Apabila dia meninggalkan kamu, dia akan berjalan di atas muka bumi untuk melakukan kerosakan dan memusnahkan tanaman dan keturunan, sedangkan Allah tidak sukakan fasad.” (Al-Baqarah: )

7 Matlamat Hidup Seorang Muslim
“Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Aku akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah…” (Al-Baqarah: 30) “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka melakukan ibadah kepadaKu.” (Az-Zariyat: 56) “Dunia adalah ladang akhirat” (Hadis)

8 Maksud Ibadah “Semua perbuatan dan perkataan yang dicintai dan diredhai oleh Allah.” - Ibnu Taimiyah Dengan ibadahlah manusia akan mendapat redha Allah

9 Apa Yang Allah Cinta? “Dan tidak ada yang mendekatkan hambaKu denganKu kecuali amalan fardhunya. Dan selagi hambaKu sentiasa mempersembahkan kepadaku dengan perkara sunat sehingga Aku menyintainya, maka apabila Aku telah mencintainya, jadilah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan Akulah penglihatannya yang ia melihat dengannya…Dan demi jika ia memohon kepadaku, Aku akan kurniakan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan, maka Aku akan melindunginya.” (Hadis)

10 Apa Yang Allah Cinta? “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat- ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.” (Ali 'Imran: ) Imam al-Ghazali membacakan ayat ini dan memberikan ulasan. Beliau berkata: “Allah tidak memperakui mereka bersifat soleh hanya dengan keimanan kepada Allah dan hari Akhirat. Sehinggalah Dia menambah menyuruh ma'ruf dan mencegah munkar kepada iman tersebut…”

11 Apa Yang Allah Cinta? "Dan Allah menjadikan mereka (golongan yang dipilih oleh Allah) cendiakawan, pendakwah kepada kebaikan, pemberi peringatan dan pembawa hujah kepada manusia. Mereka mendapat hidayah dan menjadi sebab hidayah kepada orang lain. Maka inilah matlamat teragung yang ada pada anak Adam, tidak ada martabat tertinggi yang mengatasinya melainkan martabat kenabian.” (Abdul Qadir al-Kailani)

12 Pembaratan pendidikan
SERANGAN PEMIKIRAN SERANGAN KETENTERAAN Penguasaan politik Penguasaan ekonomi Pembaratan pendidikan Keruntuhan akhlak Asas Pemerintahan Sistem Perlembagaan Undang-undang Hutang Campur tangan Monopoli Eksploitasi Sekolah Delegasi Universiti Peradaban Seni Hiburan Media KRISIS POLITIK EKONOMI IDENTITI

13 Potensi Manusia “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya). Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu? (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat- hajatnya)? Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?” (Al-Balad: 4-10)

14 Pilihan Kita? Apabila kamu melihat bumi, kamu akan lihat puncak yang tinggi dan lembah yang dalam. Kamu akan melihat helang yang terbang tinggi di langit menyentuh awan dan menutup bintang. Kamu juga akan melihat makhluk berjalan di lembah dan yang menanam kepalanya ke dalam tanah. Apabila kamu melihat kehidupan, kamu akan melihat nilai-nilai yang tinggi dan akhlak yang mulia. Kamu juga akan melihat akhlak yang keji dan nilai-nilai yang rendah. Manusia seumpama burung, ada yang hinggap di tempat tinggi dan ada yang melekat di tempat yang rendah.

15 Pilihan Kita Rasulullah s.a.w.bertanya: “Sesiapa dari kalangan kamu yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa di antara kamu yang mengiringi jenazah pada hari ini?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa di antara kamu yang memberi makan orang miskin pada hari ini?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa di antara kamu yang menziarahi orang sakit pada hari ini?” Abu Bakar r.a. menjawab: “Saya.” Rasulullah s.a.w. seterusnya bersabda: “Tidak ada seorang yang terhimpun semua amal itu padanya kecuali dia akan masuk syurga.” (Hadis Muslim)

16 Pilihan Kita “Sesiapa yang menjadikan akhirat kerunsingannya, Allah akan mengurniakan kekayaan di dalam hatinya, menyusun segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya. Sesiapa yang menjadikan dunia kerunsingannya, Allah akan meletakkan kefakiran di antara dua matanya, mengkucar kacirkan urusan hidupnya dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar yang telah ditetapkanNya sahaja.” (Hadis Termizi)

17 Pilihan Kita Yahya bin Abi Kathir:
“Ilmu tidak akan dapat dicapai dengan kerehatan badan.” Al-Hassan: “Jika ada orang yang berlumba denganmu di dalam urusan agama, lawanlah dia. Sesiapa yang berlumba denganmu di dalam urusan dunia, campaklah dunia kepadanya.” Wuhaib bin Al-Ward “Jika kamu mampu manusia tidak mendahuluimu di dalam mencari redha Allah, maka lakukanlah.”

18 BINALAH KEHIDUPAN YANG CEMERLANG
Pesanan al Banna pada kumpulan Dr. Salim ketika mereka berumur 16 tahun… “Jadilah Lelaki Sejati …” Masa remajamu pendek, kamu mesti menjadi lebih baik dari generasi kami…

19 Mesir, Bumi Anbiya’

20 SEJARAH MESIR LAMA The Luxor Temple The Great Pyramid
The Tomb of Nefertiti

21 MERCU TANDA KEGEMILANGAN ISLAM
Masjid Imam Syafie Masjid Amru Ibn al As Masjid Toloun Kota Solahuddin Masjid Al Azhar Masjid Muhamad Ali Basya

22

23

24

25 ANTARA KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN ISRAEL (1967-1973-1982)

26 ANTARA KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN ISRAEL (1967-1973-1982)

27 Syuyukh al-Azhar SYUYUKH AL AZHAR

28

29 بالتوفيق والنجاح


Download ppt "Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)"

Similar presentations


Ads by Google