Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3

Similar presentations


Presentation on theme: "EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3"— Presentation transcript:

1 EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3

2 MASALAH KAJIAN, MATLAMAT, OBJEKTIF, SOALAN KAJIAN/HIPOTESIS, PEMBOLEHUBAH DAN DEFINISI

3 Objektif Mendefinisi dan mengenalpasti masalah kajian serta menerangkan kepentingannya kepada penyelidikan Membezakan antara masalah kajian, tajuk, tujuan dan soalan kajian Mengenalpasti kriteria untuk membuat keputusan sama ada perlu mengkaji atau tidak masalah kajian Membezakan masalah kajian kualitatif dan kuantitatif Menjelaskan lima unsur yang terdapat dalam bahagian pernyataan masalah “statement of the problem” Mengenalpasti stategi yang perlu untuk menulis bahagian pernyataan masalah kajian

4 One of the most challenging aspects of conducting research is to clearly identify the “problem” that leads to a need for your study (Creswell, 2005)

5 What Is a Research Problem?
A research problem is an educational issue or concern that an investigator presents and justifies in a research study.

6 Research Problem… Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana hendak dikaji, dan berbentuk operasi.

7 Sumber Masalah 1. Pengalaman (Experience) 2. Karya berkaitan
Tekal dengan badan pengetahuan Meningkatkan motivasi penyelidik 2. Karya berkaitan Karya mengemukakan kajian lanjut yang perlu dilakukan bagi memantapkan penjelasan Mantap dengan rangkaian teori sesuatu bidang

8 Sumber Masalah 3. Teori (Contohnya menjelaskan sesuatu fenomena)
Bolehkah anda membuat rumusan dan mengintegrasikan beberapa kajian yang lepas ke dalam teori? Adakah terdapat ramalan teoritikal yang memerlukan pengujian yang empirikal? Adakah anda mempunyai beberapa ‘teori’ yang anda percaya mempunyai merit? Uji mereka! Sekiranya terdapat sedikit atau tiada teori langsung dalam bidang yang diminati, fikirkan tentang membuat pengumpulan data untuk membantu anda mewujudkan teori dengan menggunakan teknik grounded theory.

9 Sumber Masalah 5. Isu yang praktikal
4. Kehidupan seharian (common sense) Idea penyelidikan yang biasa. Berdasarkan penyoalan dan perasaan ingin tahu serta pengalaman, kita boleh mendapat pelbagai idea dan tajuk untuk menjalankan penyelidikan. Contohnya: fikirkan bagaimana teknik atau amalan dalam pendidikan yang akita percayai akan dapat memperbaiki lagi amalan dalam pendidikan. Adakah anda ingin membuat penyelidikan mengenai salah satu daripada teknik atau amalan tersebut? 5. Isu yang praktikal Apakah isu semasa dalam pendidikan? (pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, mata pelajaran, guru, murid, ibu bapa) Apakah tajuk penyelidikan yang kita rasa berkaitan dengan isu tersebut?

10 Sumber Masalah Kajian yang lepas (previous research)
Kajian lepas mungkin menjadi sumber yang sangat penting sebab bidang penyelidikan pendidikan telah dilakukan secara meluas dalam pelbagai topik dan secara umumnya hasil penyelidikan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan berbanding jawapan. Oleh itu kita perlu membuat penyelidikan lanjutan daripada persoalan yang wujud. Sorotan literatur yang terdapat dalam kajian lepas juga dapat membantu kita memperkembangkan lagi idea dan membuat rujukan yang lebih mendalam. Penggunaan penyelidikan lepas dapat membantu pelajar untuk mempelajari dan menyemak semula kaedah dan pemboleh ubah yang telah digunakan oleh penyelidik terdahulu.

11 Sumber Masalah 7. Pengulangan (Replication)
Anda boleh memilih untuk mengulangi semula sesuatu penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu disebabkan oleh anda berfikir dapatan kajian tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan anda ingin mengesahkannya (verify).

12 Menentukan Sama Ada Masalah Boleh Diselidiki
Bolehkah anda mengkaji masalah tersebut? Adakah anda dapat memasuki tempat penyelidikan? Adakah anda mempunyai masa, sumber dan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan? Perlukah anda mengkaji masalah tersebut? Adakah dapat menambahkan ilmu pengetahuan ? Adakah dapat menyumbang kepada amalan?

13 Menentukan Sama Ada Masalah Boleh Diselidiki…
Adakah kajian anda bersesuaian dengan sorotan literatur yang ada? Adakah kajian anda mengulangi kajian lepas tetapi menggunakan sasaran dan lokasi kajian yang berbeza? Adakah kajian anda boleh memperkembangkan lagi kajian lepas atau mengkaji tajuk tersebut dengan lebih mendalam? Adakah kajian anda memberikan peluang, ruang dan suara kepada mereka yang tidak dihiraukan dalam masyarakat.? Aadakah kajian ada berkaitan dengan amalan anda?

14 Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
1. Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi, minat, kepakaran dan kemampuan. 2. Boleh dilakukan secara saintifik; cerapan dan bukti empirik. 3. Meningkatkan pengetahuan sejagat. 4. Menambah dan memantapkan teori (badan pengetahuan yang sedia ada).

15 Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
1. Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi, minat, kepakaran dan kemampuan. 2. Boleh dilakukan secara saintifik; cerapan dan bukti empirik. 3. Meningkatkan pengetahuan sejagat. 4. Menambah dan memantapkan teori (badan pengetahuan yang sedia ada).

16 Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
Bolehkah anda mengkaji masalah itu? Bolehkah anda sampai ke lokasi berkenaan? Masa, sumber dan kemahiran mencukupi? Perlukah anda mengkaji masalah itu? Bolehkah ia menambahkan atau memperkayakan ilmu? Bolehkah ia memperbaiki kepada amalan?

17 Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
Adakah kajian anda mengulangi kajian lain tetapi mengkaji populasi dan lokasi lain? Adakah kajian anda adalah merupakan perkembangan kajian lepas atau mengkaji tajuk itu dengan lebih mendalam? Adakah kajian anda memberi peluang kepada mereka yang terpinggir dalam masyarakat bagi menyuarakan pendapat mereka?

18 Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
Sesuai untuk diselidiki; aspek peribadi, minat, kepakaran dan kemampuan. Boleh dilakukan secara saintifik; cerapan dan bukti empirik. Meningkatkan pengetahuan sejagat. Menambah dan memantapkan teori (badan pengetahuan yang sedia ada).

19 (Statement of the Problem)
Pernyataan Masalah (Statement of the Problem)

20 Pernyataan Masalah… Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana hendak dikaji, dan berbentuk operasi The research problem is the educational issue or problem within your broad topic area Research problems tend to emphasizes the need to explain, predict, or describe something

21 Pernyataan Masalah (Statement of the Problem)
Pernyataan masalah merupakan rumusan masalah utama kajian. Mengandungi pembolehubah dan hubungan pembolehubah yang dikaji. Pernyataan masalah yang baik: Dinyatakan dengan tepat dan jelas. Menyatakan hubungan yang jelas antara pembolehubah yang dikaji. Setiap pembolehubah yang dikaji boleh diuji.

22 5 Unsur Dalam ‘Pernyataan Masalah”
ALIRAN IDEA Apakah penyelesaian Terhadap Kekurangan Atau kelemahan Tajuk Isu Pendidikan Bukti kepada Isu Kekurangan dalam bukti Dalam bukti ini apakah yang kurang Ingin tahu lebih lanjut? Bidang yg diminati Bukti daripada literatur pengalaman Keprihatinan Masalah Sesuatu yang Memerlukan penyelesaian Bagaimana mahu mengemukakan apa yang diperlukan untuk membantu : penyelidik pendidik pembuat polisi individu seperti yang dikaji Jurang dalam literatur Laporan tentang keganasan Penjelasana mengenai ciri-ciri keganasan Keganasan terhadap pelajar junior Isu etika di sekolah Menilai keganasan Membantu membentuk etika yang baik Membantu murid memahami isu etika

23 Bahagian Pernyataan Masalah Mengandungi;
Tajuk Permasalahan kajian Justifikasi tentang kepentingan masalah tersebut seperti yang ditemui dalam sorotan literatur dan dalam amalan Kekurangan/kelemahan dalam pengetahuan/amalan sedia ada terhadap masalah Pembaca yang akan mendapat faedah daripada hasil kajian kelak

24 MATLAMAT PENYELIDIKAN (PURPOSE STATEMENT)

25 Matlamat penyelidikan ialah:
Tujuan umum yang hendak dicapai bagi menyelesaikan masalah.

26 Mengapa Matlamat Penyelidikan Penting
Membantu mengenal pasti reka bentuk yang sesuai Membantu menghubungkaitkan tujuan penyelidikan dengan keputusan

27 Unsur-Unsur Dalam Pernyataan Matlamat Penyelidikan Kuantitatif
Memperkenalkan pembolehubah, hubungan antara pembolehubah, peserta kajian dan lokasi kajian Panduan untuk penulisan Gunakan ayat tunggal Gunakan ayat seperti ..Tujuan penyelidikan ini adalah untuk….. Jika menggunakan teori, nyatakan teori yang akan di uji Gunakan ayat kuantitatif seperti hubungan, perbandingan bagi menerangkan hubungan antara pembolehubah

28 Contoh matlamat penyelidikan kuantitatif
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penggunaan komunikasi melalui Internet antara guru dan ibu bapa di sekolah Daerah Hulu Langat dan pencapaian murid dalam ujian bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

29 OBJEKTIF PENYELIDIKAN

30 Objektif memandu reka bentuk, kaedah, cerapan, analisis dan tafsiran penyelidikan. Oleh itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas dan berbentuk tingkah laku. Cara menyatakan objektif ialah dengan menentukan perlakuan atau domain yang ingin dicapai.

31 Contoh berikut mewakili objektif penyelidikan..
Kenyataan yang digunakan dalam penyelidikan bagi membawa maksud apa yang ingin dicapai oleh penyelidik. Anda boleh mengenal pasti objektif dengan melihat kepada frasa ayat seperti “objektif penyelidikan ini ialah…” Contoh berikut mewakili objektif penyelidikan.. Untuk menghuraikan kekerapan komunikasi melalui internet antara ibu bapa dan guru… Untuk menghuraikan jenis atau kategori komunikasi melalui internet antara ibu bapa dan guru. Untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran abakus dan mental arithmetik dalam kalangan peserta kursus.

32 S M A R T Objektif dibentuk setelah masalah dikenal pasti.
Objektif mesti jelas untuk menunjukkan apa yang hendak dicapai, juga memandu penyelidik tentang apa, bagaimana dan bila data dicerap. S M A R T SpecificMeasurableAchievableRealisticTime-frame

33 Penyelidik kerap mengkategorikan objektif kepada dua jenis iaitu:
Objektif umum: membayangkan maksud menyelesaikan masalah yang telah dibentangkan dalam pernyataan masalah. Contoh: “mengkaji kesan-kesan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran Sains”. 2. Objektif khusus: Contoh:“mengkaji kesan pendekatan konstruktivisme terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains”.

34 Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan ini ialah untuk: 1. Mengenal pasti tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih. 2. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih mengikut jantina. 3. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih mengikut program pengajian.

35 Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
1. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 3 dari teras disiplin yang berbeza iaitu Sains, Kejuruteraan dan Sains Sosial di Universiti Teknologi Malaysia 2. Mengukur tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Inggeris 3. Menentukan sejauhmana pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis pelajar dalam bahasa Arab Tinggi

36 Contoh-Contoh Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan ini ialah untuk: Menjelaskan jenis komunikasi Internet yang berlaku antara ibubapa dan guru. Menghubungkaitkan kekerapan dan jenis komunikasi internet dengan pencapaian murid dalam kelas melalui pengukuran ujian.

37 Kata Kerja Objektif Mengenalpasti Mengelas Mengukur Merekod Mengumpul
Menyusun Memerhati Menjelas Membina Menyedia Mengolah semula Mensintesis Membincang Meramal Merumus Menjumpai Mempertahankan Memanipulasi Merajah Menyalin Menyebut Melukis Mempercayai Menilai Menyedarkan Mengetahui Memahami Mencadang Menganalisis Membuktikan Membezakan Membandingkan Mengubahsuai Mengolah Menyatakan Mengunjurkan Menghubungkan Mendefinisi Memberitahu Menyenaraikan Menerang Melabel Meniru

38 Pembolehubah Kajian (Research Variables)

39 Pembolehubah Kajian Berkaitan
Pembolehubah merupakan satu ciri atau atribut yang dianggap sebagai mewakili satu konsep/gagasan yang mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu ke individu yang lain. Juga merupakan penterjemahan konsep yang terdiri daripada beberapa aspek yang boleh diukur apabila konsep telah diberi definisi operasional.

40 Apakah Pembolehubah? Ia mungkin dan Boleh di ukur Berubah-ubah
(Ciri atau Sifat) Ia mungkin dan Boleh di ukur Berubah-ubah (boleh di nilai dan direkod Dalam instrumen) (boleh berbeza nilai atau skor untuk individu berbeza)

41 Contoh Pemboleh Ubah dan Bukan Pemboleh Ubah
Gaya Kepimpinan Kawalan organisasi Autisme Boleh diukur tetapi agak sukar Sosialisasi Imaginasi Keinginan Diskriminasi Hampir mustahil untuk diukur Pemikiran Subconscious Kemiskinan Dunia

42 Jenis Pemboleh Ubah

43 Contoh: kaedah pengajaran mengubah markah ujian mata pelajaran
Pembolehubah Bebas Boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pemboleh ubah lain, meskipun ianya saling berkait Akan mengubah nilai dalam pemboleh ubah bersandar Contoh: kaedah pengajaran mengubah markah ujian mata pelajaran

44 Pemboleh Ubah Bersandar
Pemboleh ubah yang terdiri daripada tingkah laku subjek yang bergantung kepada pemboleh bebas. Menerima pengaruh/kesan/rentetan daripada pemboleh ubah bebas Merupakan kesan/kesan/rentetan pemboleh bebas yang dicerap Contoh: mencerap kesan kecerdasan (pemboleh ubah bebas) terhadap kebolehan membaca (pemboleh ubah bersandar)

45 Pembolehubah Perantaraan (Intervening Variables)
Pemboleh ubah perantara : Atribut atau ciri-ciri yang berada antara (stands between) pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas Masuk campur atau mengganggu pemboleh ubah lain

46 Contoh Pemboleh Ubah Perantara
Ubah Bebas Langkah 1 Pemboleh Ubah Bersandar Contoh Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan Pelajar mendapatkan bantuan daripada pejabat di fakulti P/U Bebas P/U Perantara Langkah 2 Independent Variable Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan Contoh Pelajar mula mengambil risiko P/U Bebas P/U Perantara P/U Bersandar Langkah 3 Masa pejabat yang selesa untuk pelajar berurusan Contoh Pelajar mula mengambil risiko Pelajar mendapatkan bantuan daripada pejabat di fakulti

47 Pembolehubah Ekstranous (Ancaman/Threats) (Confounding Variables)
Juga dikenali sebagai Spurious variables Pembolehubah yang tak dapat dikawal dan mempengaruhi prestasi pembolehubah bersandar, lalu mempengaruhi kesahan eksperimen Pembolehubah yang tidak dikaji namun kehadirannya mungkin mendatangkan kesan kepada sama ada pembolehubah bebas atau pembolehubah bersandar, atau kedua-dua sekali. Kesan ini perlu dikawal supaya tidak disalah ertikan Mempunyai kaitan dengan ancaman kesahan luar dan kesahan dalaman Contoh: Sikap terhadap sekolah adalah ditentukan oleh bangsa, tetapi ciri-ciri diskriminasi juga wujud terhadap bangsa. Penyelidik hanya dapat mengukur bangsa.

48 HIPOTESIS PENYELIDIKAN

49 Hipotesis adalah saranan sementera bagi menjelaskan fenomena yang dikaji/menyelesaikan masalah
Membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan Memberi jangkaan mengenai hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah Dibentuk sebelum pengumpulan data bagi memberi panduan pengumpulan dan pentakbiran Bukti dari cerapan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis perlu diterima atau diketepikan

50 Tujuan Hipotesis Kajian
1. Memberi jangkaan/ramalan sementara tentang fenomena: menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta yang diperolehi. 2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung. 3. Memberi panduan penyelidikan: sebagai wakil objektif, hipotesis menentukan apakah masalah dan bagaimana mengumpul (kaedah kajian), menganalisis & mentakbir data dan menentukan asas pemilihan sampel 4. Memberi kerangka laporan dapatan dan kesimpulan

51 Ciri-ciri Hipotesis 1. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat
Contoh: Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki 2. Mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah (Boleh diuji: diukur dan dicerap) 3. Harus bersifat khusus dan tidak boleh bersifat umum (khusus untuk perkara yang ingin diukur). Oleh itu objektif khusus boleh dijadikan panduan dan secara tidak langsung memudahkan proses mengenal pasti hubungan /perkaitan/perbezaan antara pemboleh ubah.

52 3. Mesti tekal dengan pengetahuan yang sedia ada/teori, dan tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang ada. 4. Mempunyai kuasa penjelasan: logik & tepat, dan jelas, rasional Contoh: “Pendekatan konstruktivisme dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.” 5. Mesti boleh diuji – pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti yang ada menyokong ataupun tidak hipotesis yang bersifat sementara.

53 JENIS HIPOTESIS Hipotesis Alternatif Hipotesis Nol Berarah
Tidak berarah

54 Hipotesis nol (Ho) Hipotesis nol
Tiada perubahan dalam pemboleh ubah bersandar Contoh: Ho: Tiada perbezaan signifikan markah ujian antara pelajar lelaki dan perempuan bagi ujian pencapaian matematik

55 Hipotesis alternatif (Ha)
Hipotesis alternatif berarah Menjelaskan arah perubahan pemboleh ubah yang diramal oleh penyelidik Hipotesis berarah lebih bernas kerana menunjukkan arah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya bukti empirik menunjukkan hipotesis berkeadaan benar. Ha: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian dalam ujian matematik lebih tinggi berbanding pelajar lelaki

56 Hipotesis alternatif (Ha)
Hipotesis alternatif tidak berarah Tidak menyatakan arah perubahan dalam pemboleh ubah bersandar Tidak menunjukkan arah fenomena Ha: Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan pelajar perempuan berbeza dengan pelajar lelaki Ha: Terdapat perbezaan dalam markah pencapaian ujian matematik antara pelajar lelaki dan perempuan

57 Kelebihan hipotesis alternatif berarah
Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan prestasi BI antara pelajar bandar dan luar bandar Ha: Pelajar bandar menunjukkan prestasi BI lebih tinggi berbanding pelajar luar bandar Jika terbukti prestasi BI di bandar lebih tinggi berbanding dengan di luar bandar, maka tindakan seterusnya ialah menggubal program yang sesuai bagi meningkatkan prestasi BI di kalangan pelajar luar bandar, dan mendorong penumpuan penggunaan sumber pendidikan dengan maksimum.

58 Memandangkan hipotesis berarah sangat berkesan, pengkaji perlu mendapatkan sokongan literatur sebelum membuat keputusan mengemukakan hipotesis berarah. Tanpa sokongan teori hipotesis berarah mungkin kurang bernas dan kurang berwibawa, dan seterusnya menghasilkan teori yang berasingan yang akan merosakkan badan pengetahuan sesuatu disiplin ilmu.

59 Membentuk Hipotesis Secara induktif (aruhan)
Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil dan berasaskan cerapan itu, buat tafsiran dan gunakannya sebagai generalisasi atau kenyataan umum. Misalnya, dari cerapan didapati markah BI pelajar di sebuah sekolah berbeza-beza, maka dihipotesiskan bahawa terdapat hubungan antara taraf sosio-ekonomi penjaga dengan pencapaian Bahasa Inggeris. Sesuai untuk ahli Sains Sosial dan pendidikan yang sering cerap tingkah laku sosial.

60 Secara deduksi Dibentuk berasaskan teori sesuatu bidang penyelidikan.kepada cerapan. Contoh: daripada kajian literatur tentang teori pendidikan didapati pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan dalam menggarap kemahiran berfikir berbanding dengan pembelajaran berpusatkan guru. Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah kajian dibuat ke atas data empirik. Jika data sokong hipotesis, dapatan boleh digabungkan dengan teori, oleh itu hipotesis lebih berfungsi sebagai pelengkap teori.

61 Tahap Hipotesis Sesetengah penyelidik hanya menggunakan istilah hipotesis penyelidikan bagi penyelidikan mereka. Hipotesis ini tidak melibatkan hipotesis nol dan hipotesis alternatif Hipotesis penyelidikan tentang sesuatu fenomena biasanya dinyatakan dalam bentuk yang pincang/bias, namum boleh juga dinyatakan dalam bentuk tidak pincang. Contoh: Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki Prestasi penguasaan matematik antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak sama

62 Tahap Hipotesis Pernyataan hipotesis yang melibatkan hipotesis nol dan alternatif adalah dikenali sebagai Hipotesis Operasi Hipotesis nol (Ho) adalah dinyatakan dalam bentuk yang tidak pincang seperti tiada perbezaan, tiada hubungan, tiada perkaitan antara pemboleh ubah yang dikaji Ho biasanya akan diketepikan atau ditolak selepas pengujian hipotesis dijalankan ke atas data jika hipotesis itu bernas

63 Tahap Hipotesis Hipotesis alternatif (Ha) dinyatakan dalam bentuk yang pincang dan dijangka diterima oleh penyelidik pada akhir analisis. Ha dinyatakan dalam bentuk positif iaitu bertentangan dengan Ho, kerana Ha menunjukkan jangkaan dapatan penyelidikan Contoh: Ha:: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian lebih tinggi dalam ujian matematik berbanding pelajar lelaki Ha dibina serentak dengan Ho dengan tujuan diterima sekiranya Ho diketepikan.

64 SOALAN KAJIAN (RESEARCH QUESTION)

65 Soalan Kajian Dibentuk daripada objektif kajian
Soalan kajian digunakan apabila penyelidik tidak mempunyai sokongan teori yang kukuh, maka lebih sesuai untuk mengemukakan soalan daripada hipotesis kajian. Contoh: Apakah tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains? Adakah terdapat hubungan antara tahap pencapaian pelajar dengan faktor jantina?

66 DEFINISI KONSTITUTIF DAN OPERASIONAL

67 Definisi Konstitutif & Operasi Gagasan Penyelidik
Gagasan: konsep-konsep yang abstrak Contoh: motivasi, konsep kendiri, kreativiti dll. Dikenali sebagai gagasan kerana dibina sebagai label yang cuba menjelaskan secara ringkas banyak tingkah laku yang berkait. Contoh: kecerdasan: semua tingkah laku dan kemahiran yang dipercayai menggambarkan kecerdasan yang mungkin dikonsepsikan dan dirujuk sebagai kecerdasan.

68 Jadi konsep merupakan pengikat bagi beberapa gagasan (Contoh: penguasaan BI mungkin terdiri daripada gagasan seperti perbendaharaan kata, kebolehan membaca dan kebolehan mengarang). Gagasan perlu didefinisikan berasaskan pemahaman ahli-ahli dalam bidang yang berasaskan teori yang terkumpul dalam kajian-kajian berkaitan.

69 Definisi Konstitutif Pentakrifan gagasan penyelidikan yang berasaskan kepada teori yang diperolehi daripada kajian berkaitan (contoh: definisi motivasi mengikut teori humanisme). Definisi Operasi - Petunjuk kehadiran atau ketidakhadiran gagasan dalam penyelidikan (contoh: gagasan kecerdasan boleh dicerap daripada petunjuk tingkah laku).

70 Definisi operasional ialah satu ukuran yang jelas, terang, dan merupakan mekanisme untuk mengukur sesuatu tingkah laku. Jackson (1988): …merupakan satu proses merujuk kepada pemilihan indikator kepada pemboleh ubah konsepsi (gagasan) Merupakan langkah untuk mendefinisikan konsep dengan cara mengkhususkan aktiviti atau menentukan langkah-langkah yang sesuai bagi menilai penyelidikan itu. Definisi operasional yang jelas membolehkan pengkaji membentuk alat ukur yang boleh mencerap kewujudan sesuatu gagasan penyelidikan dan mengumpulkan bukti empirik.

71 What benefit(s) will occur if your study is done?
Kepentingan Kajian Significance of the study in thesis is a part where you will tell the importance and purpose of your study. This part is tell how the study would be beneficial to society and specific person. Why is your study important? To whom is it important? What benefit(s) will occur if your study is done?

72 Skop dan Batasan Kajian
A limitation identifies potential weaknesses of the study. Think about your analysis, the nature of self-report, your instruments, the sample. Think about threats to internal validity that may have been impossible to avoid or minimize--explain. the literature you will not review (and why not), the population you are not studying (and why not), the methodological procedures you will not use (and why you will not use them)

73 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka Teori

74 SEKIAN TERIMA KASIH SELAMAT MAJU JAYA


Download ppt "EDU 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 3"

Similar presentations


Ads by Google