Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byYuliani Santoso Modified over 6 years ago
1
MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
Seminar 2
2
Kandungan Bacaan Cepat Peringkat Mengajar Bacaan Jenis Teks
Jenis Bacaan Mengajar Kefahaman Membaca Strategi Kefahaman Membaca Perbincangan TMA01 - Psikolinguistik Kognitif - Rancangan Pelajaran
3
Bacaan Cepat Membaca cepat adalah membaca yang mengutamakan kecepatan dengan tidak mengabaikan pemahamannya. Biasanya kecepatan itu dikaitkan dengan tujuan membaca, keperluan, dan bahan bacaan.
4
Kebiasaan buruk membaca
Membaca dengan vokalisasi (suara nyaring) Membaca dengan gerakan bibir Membaca dengan gerakan kepala Membaca dengan menunjuk baris bacaan Membaca dengan pengulangan kata, kelompok kata, atau baris bacaan (regresi) Membaca kata demi kata Membaca dengan konsentrasi yang tidak sempurna Membaca hanya jika perlu/ditugasi/dipaksa (insidental)
5
Meningkatkan kecepatan membaca
Membaca tanpa bersuara, gerak bibir, atau gelengan kepala Jangan berhenti membaca pada satu kata atau bahagian yang sukar Jangan mengulang bacaan Jangan membaca kata demi kata. Jangan berhenti lama di awal baris Membaca persatuan makna atau fungsi kalimat Jangan menggunakan telunjuk tangan
6
Cuba Baca…
7
JENIS TEKS Naratif Cerita menurut gaya tertentu Ada tema, plot
Ekspositori Ada berbentuk deskriptif Ada huraikan sebab akibat Bercorak reaksi Teks perbandingan Berbentuk koleksi
8
Jenis-jenis Bacaan Bacaan Aktif Bacaan pasif Bacaan Koperatif
Lantang Senyap Selayang Refelktif Teliti Berkongsi Baca Bacaan Aktif Bacaan pasif Bacaan Koperatif Bacaan Kritikal
9
Jenis-jenis Bacaan Bacaan Lantang ( bacaan mekanis)
suarakan tulisan dengan jelas dan terang, irama dan gaya yang betul biasa di kelas atau pada peringkat permulaan Tujuan: membolehkan membaca dengan cekap dan irama yang betul tahu gunakan tanda baca dengan betul capai kemahiran dan cekap bersuara
10
Jenis-jenis Bacaan Bacaan Senyap ( bacaan mentalis/bacaan akliah)
Baca dalam hati tanpa bersuara Kelajuan lebih pantas kerana tidak perlu fikirkan intonasi, irama atau sebutan Tujuan untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran latih supaya boleh baca sendiri baca dengan pantas dapatkan pengetahuan sebagai hiburan
11
Jenis-jenis Bacaan Bacaan Selayang (skimming) - senyap sepintas lalu
- untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat khabar tersebut
12
Bacaan selayang (skimming)
beberapa strategi boleh dilakukan ketika skimming boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks. baca hanya ayat pertama setiap perenggan biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis
13
Jenis-jenis Bacaan Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dalam sesuatu topik pelajaran iaitu tahu tahu perkara yang ingin dicari. fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.
14
Jenis-jenis Bacaan Bacaan reflektif
- pembaca ada pengetahuan dan pengalaman sedia ada - membaca untuk kritis - perlukan ketajaman fikiran Bacaan Teliti - untuk mendapatkan isi-isi penting dan membuat nota - dapatkan fakta, idea
15
Jenis-jenis Bacaan Berkongsi Membaca
- peluang kepada murid kurang mahir mendapat sokongan daripada murid yang lebih mahir. Sesuai di peringkat sekolah rendah Bacaan Koperatif - langkah-langkah tertentu - lantang- berbincang- baca lagi
16
Jenis-jenis Bacaan Bacaan Intensif – bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa yang dibaca dengan tepat Tekanan kepada tatabahasa, pembentukan perkataan dan penggunaan bahasa dalam pelbagai konteks berlainan
17
Jenis-jenis bacaan Bacaan Ekstensif
- menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas - menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan menambah kemahiran tingkatkan kepantasan dan memupuk minat membaca
18
Peringkat Mengajar Bacaan
Persediaan membaca Mengenal Huruf Pengesahan Bacaan pengetahuan Pandangan Berganda Membina dan Menilai
19
Peringkat Mengajar Bacaan
Peringkat Menyediakan Pelajar – Persediaan Membaca Bolehkah pelajar itu faham atau dapat mengikut percakapan orang lain? Boleh lihat dengan baik? Boleh mengecam gambar-gambar dan membezakan? Tahu memegang pensil atau buku? Kesihatannya baik? Boleh belajar? Ada kemahuan untuk membaca? Bagaimana dengan latar belakang keluarga?
20
Peringkat Mengajar Membaca
Peringkat mengenal huruf - tahu hubungan antara bunyi dengan huruf dan aplikasikan dalam teks Peringkat Pengesahan - kemahiran mengenal ciri dan bunyi huruf semakin meningkat - menambah kepantasan dan ketepatan mengenal huruf - mula berikan perhatian kepada makna - usia 8-9 tahun -
21
Peringkat Mengajar Membaca
Bacaan pengetahuan - keinginan membaca berubah - membaca untuk tambah pengetahuan dan dapatkan maklumat - perbendaharaan bertambah - usia tahun
22
Peringkat Mengajar Membaca
Peringkat Berganda - boleh analsis teks - faham teks dari perspektif berbeza - bertindak balas secara kritikal - usia 14-19
23
Peringkat Mengajar Membaca
Membina dan menilai - pilih bacaan - bina pendapat sendiri terhadap teks - bentuk pengetahuan sendiri - kaitkan dan nilai dengan teks lain - pelajar maktab dan universiti
24
Peringkat Membaca di Sekolah
Mengenal dan mengecam huruf Membunyikan suku kata Membina dan membaca perkataan Membina dan membaca ayat Membaca
25
Kefahaman Membaca Kefahaman membaca ialah memahami apa yang dibaca
Ada 3 kategori yang utama i) penubuhan makna ii) pentafsiran makna iii) penilaian makna
26
Kefahaman membaca Penubuhan makna
- mengecam dan faham makna perkataan, frasa, ayat, perenggan, prosa atau puisi - faham ikut konteks - mengecam ayat topik dalam perenggan - faham bahasa kiasan - faham jenis-jenis ayat, organisasi petikan - kenal isi-isi penting
27
Kefahaman Membaca Pentafsiran Makna
- faham makna perkataan mengikut konteks berlainan ( tersirat) - dapat meramal tentang sikap dan tujuan penulis - dapat ramal peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwa lepas - buat inferens tentang masa, tempat - tahu perhubungan sebab dan akibat
28
Kefahaman membaca Penilaian Makna
- buat keputusan tentang bahan yang dibaca - boleh bezakan fakta dengan pendapat - kenal pasti emosi dalam teks - pertimbangkan penggunaan bahasa dan persoalan dalam teks - boleh menilai petikan berdasarkan isi dan penyampaian
29
Strategi Kefahaman Membaca
DRA DRTA SQ3R SQ4R PQRST K-W-L SPaRCS
30
DRA ( Aktiviti Membaca Berarah) – (Betts 1946)
Merangsang minat dengan mencungkil pengalaman sedia ada dan kaitan dengan tajuk Memahami perkataan sukar dan konsep dalam teks Meramal dan buat andaian kemudian, pastikan andaian dengan membaca secara senyap. Bincang dan catat dan kemudian baca nyaring Susun aktiviti yang dikaitkan dengan teks dan bina model menulis cerita berdasarkan maklumat dalam teks
31
DRTA (Aktiviti membaca dan Berfikir Berarah oleh Stauffer (1975-1980)
Meninjau dan bina asas-lihat, tajuk, gambar untuk ramal tentang tajuk dan isi teks Baca senyap dan kenali kosa kata untuk dapatkan jawapan bagi ramalan Meramal dan pandangan seluruh teks – setelah meramal berikan pandangan keseluruhan
32
Teknik SQ3R Tinjauan Awal – baca sepintas lalu Menyoal – bentuk soalan
Membaca – baca cara teliti secara aktif, cari jawapan Menyatakan kembali – keluarkan semula isi gunakan perkataan sendiri Meninjau semula – semak semula catatan yang dibuat ketika membaca
33
Teknis SQ4R Meninjau – lihat cara ringkas, bentuk soalan
Menyoal – bentuk soalan untuk tinjau gambaran keseluruhan Membaca – beri perhatian untuk jawab soalan yang dibina ketika membaca Mencatat – buat catatan ringkas Menyatakan kembali – gunakan perkataan sendiri Membuat bayangan atau gambaran – fikirkan bagaimana idea/fakta dapat digunakan semula. Imbas kembali maklumat baharu dengan maklumat yang sedia ada dan lihat perhubungannya (make connection)
34
Teknik PQRST (Preview-Question-Read State/Summarize-Test)
Tinjauan awal - keseluruhan teks Menyoal – bina soalan untuk dapatkan maklumat Membaca – secara teliti untuk jawab soalan yang dibina. Catat nota Menyatakan kembali – nyatakan isi-isi penting, jawab soalan tanpa rujuk teks Ujian bahan – baca semula/ulangkaji/uji benar atau tidak jawapan bagi soalan yang dibentuk. Semak teliti jawapan
35
Prosedur SPaRCS Survey/Predict/Read/Construct/Summarize oleh Beau Fly Jones
Meninjau/Meramal - lihat tajuk, grafik - meramal struktur teks dan susun soalan Membaca/ membina – pastikan ramalan dan memperhalusi ramalan Meringkas – sumbang saran untuk kenal pasti idea/fakta penting
36
Strategi Pengajaran kumpulan K-W-L
Know/want/learn Sebelum membaca – lengkapkan carta Semasa membaca – jawab soalan yang dibina/ isi maklumat yang diperoleh dalam ruangan ‘Yang dipelajari Sesudah membaca – bincang maklumat yang tercatat dalam ruang ‘Yang dipelajari’ . Semak soalan yang dibina dan pastikan semuanya sudah terjawab
37
Carta K-W-L Sudah Tahu (K) Ingin Tahu (W) Yang Dipelajari (L)
38
Perbincangan Kerja Berkumpulan
Plih satu teknik mengajar kefahaman membaca Terangkan secara ringkas Sediakan satu rancangan pelajaran Perbincangan
39
Perbincangan TMA01 _ 9 Ogos
Question 1 (Total 50 marks) Menurut pandangan golongan psikolinguistik kognitif, membaca merupakan proses dua hala. Huraikan. (50 marks) Question 2 (Total 50 marks) Ada pelbagai pendekatan mengajar kefahaman membaca yang bertujuan untuk membimbing murid ke arah pemahaman teks yang dibaca. Pilih satu daripada teknik yang berikut dan sediakan rancangan mengajar yang lengkap menurut format tertentu: a) Prosedur SPaRCS b) Strategi K-W-L (50 marks)
40
Perbincangan “Psycholinguistics investigates the interrelation of language and mind in processing and producing utterances and in language acquisition”(Hartley, 1982:16) Psikolinguistik membahas hubungan bahasa dengan otak dalam memproses dan menghasilkan ujaran dan pemerolehan bahasa].
41
Perbincangan Mangantar Simanjuntak ( 1980) mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur atau emmahami ayat-ayat yang didengar.
42
Psikolinguistik Menekankan peranan otak dalam proses pembelajaran
Bahasa dan keupayaan membaca bermula sejak lahir Setelah lahir belajar mengenai dunia melalui pancaindera Pengetahuan dunia menjadi dasar pemerolehan bahasa dan bahan
43
Psikolinguistik Proses membaca bermula degnan makna dan berakhir dengan makna yang ditentukan oleh pancaindera Seorang pembaca mengarahkan pengetahuan dunianya untuk memberi makna kepada lambang-lambang tulisan Membaca ialah satu proses dua hala
44
Psikolinguistik Hala pertama = hala dari lambang ke otak
Hala kedua = dari otak ke lambang tulisan Hala pertama = tanda saran (cue) bantu otak buat ramalan, tafsiran buat sementara kemudian pastikan makna berdasarkan struktur/sintaksis dan konteks ayat Melibatkan banyak faktor – lambang bertulis, penglihatan, ingatan jangka pendek, ingatan jangka panjang, bahasa, tatabahasa, pengetahuan dunia
45
Psikolinguistik Melibatkan banyak faktor – lambang bertulis, penglihatan, ingatan jangka pendek, ingatan jangka panjang, bahasa, tatabahasa, pengetahuan dunia Tiga sistem kiu – grafik, sintaktik dan semantik
46
Psikolinguistik Rujuk nota yang dilampirkan
47
Rujukan Raminah Hj Sabran(1989), Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Melaysia untuk Pelatih Maktab Perguruan, Pernerbit Fajar Bakti, Sdb, BHD., Petaling jaya. Kamarudin Hj Husin(1995), Perkaedahan Mengajar Bahasa,Kumpulan Budiman Sdn Bhd.,Sugang Jaya.
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.