Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

Similar presentations


Presentation on theme: "KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR"— Presentation transcript:

1 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat : Proses Penaakulan Memberikan sebab/alasan kenapa sesuatu itu balik. Cth : Pada zaman dahulu, bumi dikatakan 4 segi tetapi kini telah dibuktikan bumi adalah bulat. Membentuk konsep Kini sudah ada alat yang mencukupi untuk membuktikan suatu konsep yang dinyatakan/difikirkan itu betul. Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil drpd pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Cth : daya tarikan gravity seperti epal jatuh ke tanah. Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati. Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri & orang lain. Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir. Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

2 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Aspek yg penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kpd situasi yg lain. Kemahiran berfikir adalah penting dlm proses meninggikan lagi keupayaan belajar keranan melaluinya pelajar dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran. Mereka juga dapat menggunakan pengetahuan yg telah dipelajari dgn lebih produktif. Pelajar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dlm kehidupan. Perkembangan ilmu iaitu tahap kemahiran berfikir kini kian maju. Aspek penting dalam pembelajaran : Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap.

3 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
Socrates menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas. Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan. Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak2 murid beliau iaitu Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek). Pada 1996, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran. Krathwonl menghasilkan Taksonomi Domain Efektif dalam proses berfikir. Kemajuan pesat dalam bidang ICT membantu manusia membuat keputusan dengan cepat kerana pengetahuan lebih mudah diperolehi. Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :- Mengapa Kenapa Bagaimana Bila Siapa Soalan “aras rendah” :- Siapa nama awak? Aristotle Mempunyai pengetahuan yang sgt tinggi. Tiada siapa dapat mempertikaikan keputusan/buah fikiran. Ada autiriti yg sgt tinggi.

4 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
Tokoh Pemikir: Bloom Terdapat 6 aras pemikiran (1996). Pengetahuan Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep. Cth : siapa nama awak? Bakar Pemahaman Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn peralatan sendiri. Cth : jelaskan makna fotosintesis Aplikasi Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru. Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses sintesis, cuba lakukan. Analisis Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya. Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb. Sintesis Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna. Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data. Penilaian Kebolehan menilai idea, tindakan.

5 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH Tokoh Pemikir: Krathwoal
Maklum balas ttg perasaan : Geram Mata merah Menangis Maklum balas ttg emosi : Sedih Kecewa Ada pendirian ttg sesuatu perkara.

6 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh & diolah melalui proses penaakulan. Ruggerio (1988) sependapat dgn kenyataan di atas ttp menambah bhw proses pemikiran mesti ada matlamat & individu mempunyai keupayaan mengawal proses berkenaan. Chaffee (1998) mendefinisikan pemikiran sbg aktiviti mental yang mempunyai tujuan & tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri & pemikiran orang lain. Swartz (1989) menekankan bhw kebolehan berfikir dgn berkesan dlm sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dlm ingatan dan menyepadukannya dgn maklumat baru. Edward (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran literal yg bukan shj untuk selesaikan masalah ttp berfikir utk melihat sesuatu bdasarkan pelbagai perspektif bg selesaikan masalah. Berdasarkan bbrp definisi tersebut maka takrifan kemahiran berfikir dpt disimpulkan spt berikut : PEMIKIRAN : Proses mental yg memerlukan pengetahuan. Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu. Digunakan utk menyelesaikan masalah. Menentukan tingkah laku yg dihasilkan Merupakan sikap yg ditunjukkan

7 KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS SEBAGAI KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR
Merealisasikan Wawasan 2020 & hasrat mencapai negara maju. Memupuk & mewujudkan pemikiran yg baik: pendekatan pengajaran Kemahiran berfikir itu sendiri boleh diajar secara sedar. Pengajaran disepadukan dgn suasana utk berfikir. Kemahiran berfikir diajar bersama kandungan mata pelajaran. Memperkembangkan daya intelek. Mengelakkan kesilapan berfikir: Terburu-buru Sempit Kabur Bercelaru dll

8 DOMAIN KOGNITIF Apakah Domain kognitif?
Bagaimana Bloom (1956) dikaitkan dengan domain kognitif? Bloom mengkategorikan domain kognitif kpd 6 aras : Pengetahuan literal Kefahaman (comprehension) Aplikasi Analisis Sintaksis Penilaian

9 DOMAIN KOGNITIF Bagaimana Beyer (1992) dikaitkan dengan domain kognitif? Beyer mengemukakan model ‘Functional Thinking’. Tunjukkan dan huraikan model yang berbentuk beberapa lingkaran tersebut: Lingkaran 1 : Mengingat & menyimpan fakta Lingkaran 2 : Memproses & penaakulan Lingkaran 3 : Pemikiran kritis & kreatif Lingkaran 4 : Menyelesaikan masalah, membuat keputusan & menjana konsep.

10 Apakah perbezaan dan kaitan antara Kognitif dan Metakognitif?
pengetahuan dan kesedaran yg wujud pd seseorang yg membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yg dijalankan. Bukan buah fikiran ttp ia mengawal proses melahirkan idea. Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir. Seseorang akan menilai, menganalisis dan membuat perancangan. Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya. Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang. Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif. KESIMPULAN: Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.

11 DOMAIN AFEKTIF Domain ini menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dlm membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti & pegangan hidup seseorang. Krathwohl et. Al (1964) mengkategorikan domain afektif kpd : Penerimaan ( receiving) Tindak balas (responding) Menilai (valuing) Menyelaras system nilai (organizing a value set) Mengamalkan sesuatu mengikut system nilai yg kompleks. Morgan & Saxton (1991) mentakrifkan soalan domain afektif sbg ‘questions of feelings’ (soalan berasaskan perasaan). Soalan domain afektif memerlukan murid bergerak balas terhadap kenyataan ttg perasaan, emosi, pendapat, sikap & kepercayaan. Soalan tahap ini dikategorikan sbg soalan aras tinggi kerana ia melibatkan pemikiran ‘divergent’ dlm membuat memberi pendapat. Cth : Kita melihat seseorang menjilat jari selepas makan. Penerimaan : terima cara tak Tindak balas : tegur dia Nilai : Cara itu sebenarnya tak Selaraskan : cara itu blh tak diamalkan di majlis2 di kenduri.

12 KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE)
Mayer & Salovey (1993) mengkategorikan EQ kpd 6 domain : Kesedaran kendiri (self-awareness) Mengendalikan emosi Timbang rasa Perhubungan Kerjasama Menyelesaikan konflik Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri drpd bbrp faktor : Memahami emosi sendiri Kebolehan mengendalikan emosi, perasaan, sikap & sesuatu tindakan. Memotivasikan diri Menyedari emosi org lain Mengendalikan hubungan dgn org lain Keadaan ttg EQ menjadikan pelajar lbh stabil dlm perhubungan & interaksi sosial.

13 PENGGUNAAN SOALAN DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR
Bloom (1994) menyatakan kebanyakan soalan yg dikemukakan adalah soalan aras rendah & keadaan ini tak menggalakkan kemahiran berfikir. 80% soalan yang dikemukakan oleh guru dalam pengajaran adalah beraras rendah (Ghazali, 1998). Rasional penggunaan Taksonomi Cogaff (gabungan kognitif & afektif) Tahap ’penilaian’ (aras tertinggi Bloom) bukan langkah terakhir dlm menyelesaikan masalah & membuat keputusan (Bloom, 1956) Dlm pendidikan bercorak holistic terdapat perkaitan yg rapat antara domain kognitif & afektif. Pengetahuan perlu disertai dgn nilai. Selaras dgn Falsafah Pendidikan Negara (1999) Empat cara penggunaan Taksonomi Cogaff : Alat pengukur aras pemikiran dlm soalan, aktiviti & objektif pengajaran. Menyedarkan guru ttg aras yg perlu diberi fokus penyoalan. Menilai bahan rujukan yg digunakan dlm pembelajaran. Menggalakkan penglibatan aktif dlm perbincangan & mencambahkan kemahiran berfikir.

14 West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :
John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atau ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya. Lambrigh (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan. Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar perlu diberi latihan yang menggalakkan pemikiran secara kritis. Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai. West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif : Mengenalpasti kesimpulan Mengenalpasti sebab dan bukti Mengenalpasti bahasa yang kabur Mengenalpasti konflik dan nilai Menilai penaakulan berdasarkan statistik Menilai persampelan dan pengalaman Menilai penaakulan secara logik Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah. KESIMPULAN : Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi prinsip, menganalisa, membuat sintesis dan kebolehan menilai.

15 KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
DOMAIN KB seterusnya adalah Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif. Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Kemahiran Berfikir Secara Kritis Membanding dan membeza Membuat kategori Meneliti setiap bahagian Menerangkan sebab Menyusun mengikut turutan Mengusul periksa andaian Membuat inferens Membuat ramalan Mengesahkan sumber maklumat Membuat generalisasi Membuat kesimpulan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Menjana dan menghasilkan idea baru Mencipta metafora (perumpamaan) Mencipta analogi (penyamaan) Mencipta definasi Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

16 HALANGAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR
Kegagalan untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan (fahami tugasan). Tidak dapat berfikir diluar pola pemikiran yg biasa (dikonkong oleh ruang yg biasa). Kurang Peluang individu mempraktikkan Kemahiran Berfikir. GALAKKAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR Bahan pengajaran yang sesuai, mencabar dan berupaya mencungkil Kemahiran Berfikir. Kesedaran tentang kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi mewujudkan suasana yang merangsangkan pelajar berfikir. Penyelesian masalah perlu melibatkan pelbagai pihak.

17 KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT (HUJAH, DAKWAAN)
Kemahiran Berfikir menyakinkan (convince) seseorang dalam mengemukakan dakwaan dan memberikan hujah. Cth; ejen insurans. Ciri – ciri dakwaan : Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Cth: kemahiran berfikir itu mudah. Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar (cth:ayat arahan) Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami. Pernyataan hujah : Bertujuan untuk menyakinkan dakwaan Isu penutup bagi sesuatu hujah dikenali sebagai penutup hujah. Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali sebagai “PREMIS” (kesimpulan). Contoh 1 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan. Lassie adalah seekor anjing dakwaan (mpyai nilai kebenaran) Dia seorang pemuda yang tinggi --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran) Ringan tangan berat perut --- bukan dakwaan (peribahasa) sampai hati awak tuduh saya begitu --- bukan dakwaan (luahan perasaan) ana, anta, anti, antu --- bukan dakwaan (bhs tak difahami) 2 + 2 = dakwaan (nilai kebenaran – tidak benar) Contoh 2 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan. Kambing memang binatang bodoh. Sekiranya seekor terjun masuk gaung, yang lain pun akan ikut sama. Sekiranya ia terbalik ke belakang, ia akan susah hendak bangun semula. Adakah ia hujah: Ya Kesimpulan: Kambing binatang bodoh, kalau tak nak bodoh jangan jadi kambing. Premis : Seekor kambing terjun yang lain akan ikut sama Sekiranya ia terbalik ke belakang, susah untuk ianya hendak bangun semula

18 TEORI DAN PERANAN OTAK STRUKTUR OTAK Ciri-ciri otak manusia :
Berat otak lebih kurang 3 paun (1.2 kg) Terdiri drpd 78% air, 10% lemak dan 8% protein. Mengandungi 100 billion sel saraf (neuron) Memerlukan 20% jumlah oksigen yg diperlukan oleh badan. Manusia hanya menggunakan sekitar 10% drpd kemampuan otaknya. Cth: Ornstein hanya guna 16% dpd otaknya bg menghasilkan idea yg tinggi. Penggunaan otak kita sgt minima. Struktur Keratan rentas otak: Sila tunjukkan gambarajahnya Otak terdiri drpd 4 bahagian dipanggil ‘fobes’. Occipital lobe (bhg.belakang) : penglihatan Frontal lobe (bhg.depan): pemikiran, penaakulan, ingatan, tingkah laku Temporal lobe : pendengaran, emosi, tingkah laku, ingatan Pariental lobe : intelek, penaakulan, ingatan

19 (sertakan gambarajah)
KAJIAN SPLIT – BRAIN (sertakan gambarajah) Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak; iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan Hemisfera Otak Kanan (HOKA). Kiri Kanan -Matematik, logik -Mengenal secara keseluruhan -Bahasa , menulis , membaca -Pengambaran cara imaginasi -Linear siri -Kreativiti -Analisis (analitik) -sintesis DLL (cari lagi/lengkapkan perbandingan yng lain

20 GELOMBANG OTAK Robert Ornstein (1978) menjalankan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak kiri dan gelombang otak kanan. Gelombang Beta Peringkat minda sedar. Gelombang otak sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis. Julat 17 – 39 hertz , sgt aktif Tidak digalakkan buat keputusan – terburu-buru dan kurang tepat Gelombang Alfa Peringkat beristirehat/bertafakur. Cth : Mandi, Solat, Makan. Julat 8 – 17 hertz , tenang Keputusan paling tepat dan dapat menyelesaikan banyak masalah Gelombang Theta Peringkat sangat penuh istirehat spt yoga. Tidur – tidur ayam / separa sedar Gelombang Delta Peringkat semasa tidak sedar.

21 “THE TRIUNE BRAIN THEORY” (sertakan gambarajah) Paul MacLean (1950)
Mengemukakan konsep 3 susunan otak (The Triune Brain Theory). i. Otal neokorteks : untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti intelek (serebrum) ii.Sistem Limbix : perlakuan emosi, ingatan, pernafasan dan tekanan darah.(sereblum) iii.Reptilian Kompleks : mengawal perlakuan secara automatic.(medulla ablogata) TEORI PEMIKIRAN KESELURUHAN OTAK (HBDI) Ned Herrmann (1975) mengemukakan teori pemikiran keseluruhan Herrmann Brain Dominance Instrument (HBDI). Mengikut teori ini, penggunaan otak boleh diukur dan kecenderungan seseorang untuk belajar boleh mempengaruhi cara dia melihat sesuatu, cara ia memproses maklumat dan cara membuat keputusan. Fungsi otak boleh dibahagikan kepada 4 quadrant : Quadrant Bahagian Otak Fungsi A Hemisfera Kiri Atas Logic, analitik, fakta, kuantitatif B Hemisfera Kiri bawah Pengelolaan, urutan, perancangan C Hemisfera Kanan Bawah Peramah, kinestetik, perasaan, emosi D Hemisfera Kanan Atas Holistic, intuitif, kesepaduan, sintasis

22 KAITAN PEMAKANAN DENGAN OTAK
Fungsi makanan adalah untuk membentuk dendron dan dendrit yang subur dan boleh mencerdaskan otak. Maklumat dalam sistem saraf dan otak dihantar dalam bentuk impuls saraf dan bahan kimia. Bahan kimia dalam otak ini dikenali sbg ‘neurotransmitter’ yang terdiri drpd : dopamine, norepinephrine dan serotonin. Ketiga-tiga bahan kimia ini diperolehi drpd bahan makanan. Dopamine dan norepinephrine dikenal pasti sbg bahan kimia kewaspadaan (the alertness chemical) yang terbina drpd asid amino tiroksin dlm makanan berprotein. Kesan : Berfikir dengan cepat terhadap sesuatu rangsangan. Kebolehan kemahiran pemerhatian meningkat Minda menjadi lebih aktif Hubungan antara sinaps lebih cekap membolehkan keupayaan berfikir lebih cepat dan kreatif. Serotonin adalah bahan kimia ketenangan dalam makanan berkarbohidrat. Kesan : dapat mengurangkan kesan stress dan menjadi lebih tenang.

23 KESAN PEMAKANAN DAN TEMPOH BIOLOGI
Richard Wurtman (1988) memberikan 2 prinsip utama untuk pengambilan makanan dapat meningkatkan daya berfikir. Pengambilan bahan protein akan menambahkan asid tiroksin dlm otak dan semakin banyak penghasilan Dopamine & norepinephrine. Potensi otak akan meningkat dan minda menjadi lebih mencabar dan kreatif. Pengambilan karbohidrat tanpa diseimbangkan dengan protein akan membentuk lebih bahan serotonin. Anda akan berasa lebih istirehat dan kurang stress. Diet yang seimbang sepatutnya mengandungi 60% kalori daripada karbohidrat, 15% drpd protein dan 25% drpd lemak. Air 2 liter sehari Pastikan keseimbangan alkali dan asid dlm otak ( 50 % - 50% / 60% - 40%) Digalakkan ambil asid lemak spt Omega 3 dan Omega 6. Tempoh biologi dan kesan pemakanan 6 pagi 12 t/hari 6 petang 12 tengah malam Pengambilan diet protein dan karbohidrat pada tahap tenaga tinggi akan membolehkan tenaga otak meningkat ke aras terbaik. Pengambilan diet protein yang banyak dan mengurangkan karbohidrat pada tempoh biologi menurun akan membolehkan seseorang aktif semula. Tenaga

24 Otak dan Kecerdasan Apakah kecerdasan? Nyatakan takrifan kecerdasan yang berbeza-beza ini mengikut berbagai tokoh psikologi dan/atau kemahiran berfikir. Apa kaitannya dengan Intelligence Quatient (IQ) dikaitkan? – keupayaan kognitif?

25 Multiple Intelligence: Teori Howard Gardner
1983 memperkenalkan (Teori Kecerdasan Pelbagai) Multiple Intelligent Theory Nyatakan dan huraikan setiap satunya. Serta beri contoh-contoh yang berkaitan untuk setiapnya juga.

26 Multiple Intelligence: Teori Triarchic Sternberg (Gambarajah?)
[Robert J. Sternberg (dilahirkan 1949), American psychologist] Menurut Sternberg, kecerdasan dikaitkan dengan informasi yang wujud dalam diri kita dan bagaimana kita berinteraksi dengan persekitaran. Analisis yang dilakukannya melahirkan model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual). Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi. Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence) Componential intelligence (often called analytical) Traditional notion of intelligence Abstract thinking & logical reasoning Verbal & mathematical skills Metacognitive, performance, or knowlege acquistion components Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence) Experiential intelligence (often called creative) Creativity Divergent thinking (generating new ideas) Ability to deal with novel situations Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence) Contextual intelligence (often called practical intelligence) Street smarts Ability to apply knowledge to the real world Ability to shape one’s environment; choose an environment Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang di tuntut di dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup.

27 Rujukan: Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and Bacon. Campbell, L. Cambell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through multiple intelligences. Boston: Allyn and Bacon. Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for educators. Virginia: ASCD. Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co. Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books. Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub. Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Pub. Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur : Budiman Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman Stice, James, E. (Ed.) (1987). Developing critical thinking and problem solving activities. London: Jossey-Bass Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam : Karisma Publications


Download ppt "KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR"

Similar presentations


Ads by Google