Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PERKEMBANGAN dan PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA

Similar presentations


Presentation on theme: "PERKEMBANGAN dan PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA"— Presentation transcript:

1 PERKEMBANGAN dan PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA
Dr Nooraida Yakob 29 Oktober 2012 9/17/2018

2 Perkembangan identiti
Pembentukan identiti merupakan suatu proses dalam perkembangan personaliti individu. Perkembangan identiti bersifat kompleks dan melibatkan pelbagai aspek –kognitif, emosi dan fizikal Proses perkembangan identiti lebih mudah difahami jika dikaitkan antara satu sama lain yang melibatkan perubahan-perubahan cara seseorang mempersepsikan dirinya dengan mengambil kira pandangan umum 9/17/2018

3 Perkembangan identiti
Konsep kendiri Harga kendiri/imej kendiri Mengenali diri 9/17/2018

4 Pengukuhan identiti Kesempurnaan kendiri - menekankan potensi diri yang membina dan positif serta mengenepikan halangan-halangan hidup remaja perlu dibimbing untuk mencapai kesempurnaan kendiri dari segi ciri-ciri atau model individu yang telah mencapainya Identifikasi – bermaksud kemunculan nilai dan tujuan hidup kendiri. Remaja tidak seharusnya membuat identifikasi dengan orang lain secara keterlaluan dan diluar keupayaan dirinya Remaja perlu sedar keunikan dirinya sendiri 9/17/2018

5 Kecemerlangan dan pencapaian –
kecemerlangan dan pencapaian merupakan desakan dalaman yang dapat membantu remaja menentukan arah kendirinya, membuat keputusan sendiri dan mencapai tujuan hidupnya. 4. Identiti – merujuk kepada perasaan seseorang yang berbeza dengan orang lain Identiti ego- remaja boleh membuat keputusan sendiri tentang kerjaya dan boleh membentuk set kepercayaan agama dan nilainya Krisis identiti- remaja mengalami konflik dan bergelut dengan persoalan tentang diri dan hidupnya dan menentukan kerjaya, kepercayaan dan nilai yang ingin di capai 9/17/2018

6 Pembentukan identiti remaja lelaki
memerlukan elemen-elemen seperti komunikasi yang mesra dan responsif, disiplin yang jelas dan konsisten Pembentukan identiti remaja perempuan memerlukan elemen-elemen seperti perhubungan mesra, ganjaran untuk menjadikannya berdikari, konflik kecil untuk mendorong mereka membuat penilaian moral 9/17/2018

7 Krisis Identiti Adakah anda pasti peranan anda dalam kehidupan?
Adakah anda rasa seperti anda tidak tahu diri 'sebenar anda? Jika anda menjawab ya kepada soalan-soalan diatas, anda mungkin mengalami krisis identiti. Erik Erikson - percaya bahawa ia adalah satu konflik yang paling penting dalam perkembangan setiap individu 9/17/2018

8 Krisis Identiti Perkembangan kognitif
Idealistik –bingung dengan teori dan praktikal Egosentrik- bangga dengan keupayaan intelek yang baru diperoleh dan berangan-angan untuk membuat perubahan kepada dunia menyebabkan berlaku percanggahan antara sifat ego dengan penerimaan orang lain disekeliling Percanggahan rasa rendah diri- merasa rendah diri apabila tidak berupaya untuk mengubah golongan dewasa/ibubapa. Ketidakupayaan ini menyebabkan remaja menggantikannya dengan tingkahlaku dan rasa cemerlang yang palsu 9/17/2018

9 Krisis Identiti Krisis psikososial oleh Erik Erikson
8 peringkat Krisis psikososial oleh James Marcia 4 peringkat Krisis psikososial oleh Bingham dan Stryker 5 peringkat 9/17/2018

10 Pembentukan identiti oleh Erickson
Percaya lawan tidak percaya (0-1) Autonomi lawan Malu/ragu (2-3) Inisiatif lawan Rasa bersalah (4-5) Industri lawan Inferioriti (6-12) Identiti lawan Keliru peranan (13-19) Intimasi lawan Isolasi (20-24) Generatif lawan Tidak produktif (25-64) Integriti ego lawan Kesedihan (65 ke atas) 9/17/2018

11 Percaya lawan Tidak percaya (0-1)
Kanak-kanak membangunkan rasa amanah apabila penjaga menyediakan kebolehpercayaan, penjagaan, dan kasih sayang. Satu kekurangan ini akan membawa kepada kesangsian. Nilai :- harapan 9/17/2018

12 Autonomi lawan Malu/ragu (2-3)
Kanak-kanak perlu memperkembangkan perasaan kawalan diri ke atas kemahiran fizikal dan perasaan berdikari – keyakinan diri Kejayaan menyebabkan adanya rasa autonomi Kegagalan menyebabkan perasaan malu dan keraguan. Nilai :- daya fikiran 9/17/2018

13 Inisiatif lawan Rasa bersalah (4-5)
Kanak-kanak mula menegaskan kawalan dan kuasa ke atas persekitaran. Banyak melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu Kejayaan di peringkat ini membawa kepada adanya rasa inisiatif terhadap apa yang dilakukan Kanak-kanak yang cuba untuk menggunakan kuasa terlalu banyakdan berlakukanya penolakan/kritikan dari orang dewasa mengakibatkan kanak- kanak rasa bersalah. Nilai :- Matlamat 9/17/2018

14 Industri lawan Inferioriti (6-12)
Kanak-kanak belajar melakukan perkara-perkara yang baik atau betul dan dibandingkan dengan standard yang ada. Perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca Kanak-kanak perlu berdepan dengan tuntutan sosial dan permintaan akademik. Kejayaan membawa kepada rasa kemampuan untuk melakukan sesuatu, yakin dan tekun Kegagalan menyebabkan perasaan rendah diri, ketidakupayaan Nilai :- kecekapan 9/17/2018

15 Identiti lawan Keliru peranan (13-19)
Mula mencari identiti dan persepsi diri dan memiliki pemikiran dan keinginan sendiri Kejayaan membawa kepada pembentukan identiti berdasarkan keupayaan diri dalam merancang masa depan yang memuaskan dan selamat Kegagalan membawa kepada kekeliruan peranan dan rasa lemah diri, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan. Nilai :- kesetiaan 9/17/2018

16 Intimasi lawan Isolasi (20-40)
Membina keupayaan untuk memberi dan menerima kasih sayang; mula membuat komitmen jangka panjang terhadap sesuatu hubungan yang bermakna. Kejayaan membawa kepada satu hubungan yang kuat serta mencapai kemesraan dan kerapatan Kegagalan menyebabkan kesepian, putus asa, kecewa dan keterasingan dalam hidup. Nilai :- kasih sayang 9/17/2018

17 Generatif lawan Tidak produktif (40-64)
Dewasa perlu untuk mencipta atau memupuk perkara-perkara yang yang berfaedah untuk tempoh yang lama Contoh :- mempunyai anak atau mewujudkan perubahan positif yang memberi manfaat kepada orang lain. Kejayaan membawa kepada rasa puas hati kerana beruapay membantu anak-anak menjadi dewasa yang berguna Kegagalan membawa kepada perasaan kecewa dan kurang puas hati yang mengakibat rasa tidak produktif dan mementingkan diri. Nilai :- prihatin 9/17/2018

18 Integriti ego lawan Kesedihan (65 ke atas)
Membina perasan penerimaan diri – iaitu refleksi diri Mengingat kembali kejayaan dan kegagalan diri yang dialami. Kejayaan membawa kepada perasaan integriti, kejayaan Kegagalan membawa kepada penyesalan , kegagalan , putus asa dan kekecewaan. Nilai :- Kearifan 9/17/2018

19 Identiti Status (James Marcia)
Identiti difusi, identiti foreclosure, identiti moratorium identiti pencapaian. Identiti status adalah cara untuk menyelesaikan masalah krisis identiti dan mewujudkan satu komitmen terhadap identiti yang dibina. Istilah krisis satu tempoh bagi remaja membina pengalaman dalam membina pelbagai identiti dan kemudian memilih. Komitmen adalah keputusan yang dibuat oleh remaja tentang apa yang dipilih. Komitmen termasuk pekerjaan, agama, falsafah, peranan jantina, atau standard peribadi tingkah laku seksual. 9/17/2018

20 Status identiti (James E. Marcia,1980)
Identiti pencapaian krisis yang membawa kepada komitmen Identiti Foreclosure Komitmen tanpa krisis Identiti Difusi Tiada krisis dan tiada komitmen Identiti Moratorium mengalami krisis tiada komitmen 9/17/2018

21 Identiti Moratorium adalah tempoh marginal di mana remaja itu berada di ambang krisis identiti tetapi tidak membuat sebarang komitmen. Moratorium merujuk kepada tempoh kelewatan di mana seseorang tidak lagi membuat keputusan kerana mereka ingin mengalami peranan yang berbeza. Dalam tempoh ini, mereka melihat peluang kerjaya yang berbeza, meneroka falsafah dan sebagainya. Mereka berhadapan dengan konflik nilai dan berhadapan dengan situasi yang tidak boleh dijangkakan Ciri : pemarah, pening, ada sifat bersaing, bimbang dan berada dalam keadaan konflik 9/17/2018

22 Identiti Foreclosure Remaja telah ada komitmen, namun mereka tidak mempunyai krisis identiti. Remaja tidak mempunyai apa-apa peluang untuk mengalami alternatif. Menerima rancangan orang lain untuk diadaptasikan ke dalam hidup mereka tanpa memikirkan sendiri apakah pilihan-pilihan yang wujud. Ciri-ciri: sentiasa gembira dan berpuashati, cenderung ke arah autoritarian, memerlukan pengiktirafan daripada orang lain Sebagai contoh, jika bapa adalah mekanik dan memiliki perniagaan sendiri, maka anaknya akan menjadi mekanik dan mengambil alih perniagaan. 9/17/2018

23 Identiti Difusi Individu yang belum mengalami sebarang krisis dan tidak membuat sebarang komitmen. Mereka meneroka alternatif yang bermakna dan mereka masih belum membuat apa-apa komitmen. Dalam status ini, remaja tidak menunjukkan minat dalam pilihan pekerjaan atau ideologi. Ciri-ciri: remaja yang mengalami situasi di ditolak dan di abai, keluarga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak, remaja ini kebarangkalian besar terlibat dalam gejala ponteng, ketagihan dadah, dan bersikap tidak serius/membuat kerja sambil lewa 9/17/2018

24 Identiti Pencapaian status terakhir di mana individu telah melalui identiti moratorium dan telah membuat keputusan. Telah mengambil langah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya serta komited dengan identiti tertentu yang dipilihnya . Remaja ini telah menerokai peranan dan peluang yang berbeza dan membuat kesimpulan dan keputusan sendiri. Ciri-ciri : kekuatan dalaman yang fleksibel, periang, harga-kendiri yang tinggi, berdikari, matlamat hidup yang realistik, dapat mengawal diri dalam keadaan tegang, bebas dapat membina perhubungan intim dan terbuka kepada idea-idea baru 9/17/2018

25 Teori Bingham dan Stryker
5 peringkat Personaliti Hardy (0-8) Pembentukan identiti sebagai pemenang (9-12) Kemahiran dalam membina keyakinan diri (13-16) Strategi untuk sara diri (Emosi - kewangan) Kepuasan dalam kerja dan cinta (22 ke atas) 9/17/2018

26 Personaliti Hardy (0-8) Mengawal kehidupan sendiri, komited kepada aktiviti-aktiviti tertentu, tidak sabar untuk menghadapi cabaran dan peluang bagi tujuan perkembangan sosioemosi Berasaskan kepada kawalan, komitmen dan cabaran Pembinaan personaliti ini adalah melalui 8 kemahiran : bertolak ansur dengan kebimbangan dan tindakan Angan-anagan dipisahkan dari realiti dan menangani realiti Tetapkan matlamat dan membina keutamaan Merancang masa depan dan memahami bagaimana pilihan hari ini mempengaruhi masa depan Mendiskriminasi dan membuat pilihan yang konsisten dengan matlamat dan nilai-nilai menetapkan sempadan dan had Membuat penegasan untuk kehendak dan keinginan Mempercayai diri dan mempunyai persepsi sendiri 9/17/2018

27 Pembentukan identiti sebagai pemenang (9-12)
Membina kestabilan diri sebagai seorang individu yang mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang contohnya, intelek, fizikal, sosial, kerjaya yang berpotensi 9/17/2018

28 Kemahiran membina keyakinan diri (13-16)
Mempunyai rasa layak, layak melakukan apa sahaja dan berhak untuk menegaskan keperluan dan kehendak berkeyakinan dan berkeupayaan untuk menghadapi kehidupan 9/17/2018

29 Strategi Sara diri (Emosi – Kewangan ) : 19-22
Mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga diri sendiri dan, keluarga berdasarkan rasa autonomi 9/17/2018

30 Kepuasan kerja dan cinta (22 ke atas)
Menghadapi kepuasan dalam pencapaian peribadi dan hubungan sosial atau peribadi 9/17/2018

31 Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham dan Stryker
berdasarkan kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa Bingham dan Stryker kanak-kanak perempuan dan wanita Perbezaan interaksi sosial Kanak-kanak perempuan lebih banyak menyatakan persetujuan dan sangat bergantungan yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi mereka Perbezaan umur pada setiap peringkat Krisis identiti bagi Erikson diperingkat awal dewasa : intimasi lawan isolasi Krisis identiti Bingham dan Stryker di peringkat remaja dan awal dewasa : sara diri : emosi-kewangan 9/17/2018

32 Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham dan Stryker
Jangkaan peranan jantina Lelaki dijangka untuk mudah berdikari krisis lelaki adalah salah mewujudkan keintiman. Wanita dijangka mudah mewujudkan hubungan; krisis wanita adalah autonomi dari segi menjaga diri iaitu masalah emosi dan kewangan. 9/17/2018

33 Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham dan Stryker
Personaliti hardy didapati mempunyai persamaan dengan : Percaya lawan tidak percaya Autonomi lawan malu/ragu Inisiatif lawan rasa bersalah 9/17/2018

34 Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham dan Stryker
Persamaan antara industri lawan inferioriti dengan pembentukan identiti sebagai pemenang Terdapat sedikit persamaan antara : Generativiti dan tidak produktif dengan kepuasan dalam kerja dan cinta 9/17/2018

35 Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
Ibubapa - gaya bimbingan : autokratik, autoritatif, permisif, tidak terlibat remaja yang mengalami status difusi mempunyai ibubapa yang bersifat menolak atau mengabai dan menjauhkan diri daripada anak (Waterman,1982) remaja yang berstatus moratorium mempunyai ibubapa yang mesra, penyayang, memberi peluang kepada remaja menyatakan pandangan mereka (Campbel et al. 1984). Mereka juga hormatkan ibubapa walaupun kadang-kadang tidak bersetuju dengan ibubapa Remaja yang berstatus foreclosure/mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa tetapi mempunyai peluang yang sedikit untuk berpisah 9/17/2018

36 Gaya Bimbingan Ibu bapa
9/17/2018

37 Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
Rakan sebaya Hubungan dengan rakan mendedahkan remaja dengan pelbagai idea dan nilai Kawan baik selalunya memberi “emotional support” dan membantu dalam memilih identiti Bersama dalam mencari pembentukan identiti 9/17/2018

38 Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
Sekolah dan Masyarakat Pelbagai peluang dalam pembentukkan identiti Sekolah membantu dalam meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri 9/17/2018

39 Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
Budaya Budaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukkan identiti Golongan masyarakat minoriti Hanya untuk golongan yang tertentu Sangat sensitif terhadap maklum balas sosial Menjadi target kepada masalah dikriminasi dan ketidakadilan. 9/17/2018

40 Reflection… For yesterday is a dream and tomorrow only a vision. But today, well lived, makes every yesterday a dream of happiness, and every tomorrow a vision of hope. Look well, therefore, to this day. (Ahmad Rafsanjani, 2010) 9/17/2018

41 Thank You 9/17/2018


Download ppt "PERKEMBANGAN dan PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA"

Similar presentations


Ads by Google