Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
Topik 8: Pedagogi Masa Kini Disediakan secara kolaboratif di dalam kelas PM 2 EDUP3033 menggunakan aplikasi Google Slides
2
Kerangka Kemahiran Pedagogi
3
Kerangka Kemahiran Pedagogi
4
Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi
Keperluan yang dapat membantu murid untuk menghadapi hidup yang kompleks dan persekitaran kerja yang mencabar dan mendesak. Pembelajaran berfokus kepada kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan kerjasama. Murid perlu diajar untuk mengajar diri sendiri (berpusatkan murid). Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah merangsang inovasi dalam kalangan murid dengan idea-idea kreatif.
5
Kemahiran belajar dan inovatif ialah gabungan
Kemahiran kognitif; (berfikir secara kreatif dan kritikal) Tingkah laku kemahiran; (menyelesaikan masalah, menangani risiko) Kemahiran kegunaan; (menulis, membaca, numerasi) Kemahiran teknikal (teknik-teknik penyelidikan, pengurusan projek atau kejuruteraan)
6
Kesimpulan Kemahiran belajar dan inovasi abad ke-21merangkumi aspek berfikir secara kreatif (sumbang saran, mencipta idea baru bermanfaat). Guru boleh membimbing murid untuk memperbaiki, menganalisis dan menilai idea bagi memaksimumkan daya usaha kreatif. Murid berupaya membangun, melaksana dan berkomunikasi mengenai idea baharu secara berkesan, terbuka dan responsif terhadap perspektif baharu secara koperatif. Komitmen positif diperlukan dalam kemahiran belajar seperti mempamerkan ciri ketulenan dan daya cipta dalam bekerja serta memahami had keupayaan diri sebenar agar kegagalan dapat dihadapi sebagai peluang belajar.
7
Kemahiran teknologi maklumat, media dan komunikasi
8
A. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Mampu merangsang pembelajaran dengan berkesan, serta memberi dimensi pembelajaran kendiri. Dapat mencetuskan pemikiran kreatif, inovatif dan positif semasa belajar. Dapat meningkatkan daya intelek, sahsiah dan hubungan sosial seseorang. Perolehan ilmu dengan cepat, mudah dan tepat. Menguatkan keupayaan mereka untuk berfikir, berkomunikasi, bekerjasama dan mewujudkan situasi masyarakat berilmu dalam abad ke-21 ini. Meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.
9
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Konsep pembelajaran ini sesuai dan memberi impak yang tinggi. Memudahkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk audio, video, teks, frafik dan animasi. Mendesak perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan guru kepada murid. Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada pembelajaran pasif kepada aktif.
11
B. Literasi Media Pengetahuan mengenai pelbagai media yang berfungsi dalam masyarakat. Bertujuan membantu masyarakat agar mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang cukup tentang isi media, agar dapat mengendalikan pengaruh media dalam kehidupan. Menghasilkan masyarakat yang ‘well informed’ serta dapat membuat penilaian terhadap kontent media.
12
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
Ilmu dan kemahiran merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan baik. Untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seseorang memerlukan penguasan kemahiran kehidupan yang holistik.
13
Kemahiran-kemahiran tersebut ialah :
Kemahiran ilmu agama Kemahiran pengurusan kewangan Kemahairan temu duga Kemahiran dwi bahasa dan Bahasa Inggeris Kemahiran komunikasi Kemahiran pengurusan masa Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran kerjaya
14
Guru perlu memupuk semangat keupayaan diri murid untuk mempelajari tabiat positif, misalnya :
Mengenal pasti dan menukar pemikiran, persepektif, tabiat,tindakan dan niat yang menghantar diri anda ke jalan yang salah kepada keperibadian dan akhlak baik untuk meneruskan kehidupan. Melihat sesuatu perkara dengan positif. Berfikir di luar koak Keluar daripada zon selesa Tahu secara implisit tentang kebenaran diri kita
15
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
KESIMPULANNYA Keperlua kemahiran dalam kehidupan dan kerjaya amat perlu dalam kurikulum pendidikan pada masa ini, direka untuk mengajar dan menyedarkan murid mengenali diri dengan lebih baik serta membantu anda membuatu pilihan yang lebih bijak.
16
Ciri-ciri Pedagogi Masa Kini
17
Ciri-ciri Pedagogi Masa Kini
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pembelajaran Berasaskan Projek Komunikasi & Kolaboratif Ciri-ciri Pedagogi Masa Kini Kreativiti & Inovasi Literasi TMK Pembelajaran Kontekstual
18
Komunikasi & Kolaborasi
Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas. Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap pendengar. Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
20
2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi. Memanfaatkan kemajuan teknologi masa ini untuk merangsang dan membuka minda murid supaya lebih cepat memperoleh hasil pembelajaran. Sifat mobiliti - Telefon pintar Sifat penyambungan(connectivity) - Wi-Fi Sifat rangkaian sosial - Facebook, Twitter… Engin pencarian - Google, Yahoo… Portal perkongsian maklumat - Youtube, Wikipedia...
22
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Melibatkan aplikasi, analisis, penilaian dan mencipta Membolehkan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional Meningkatkan kecelikan minda pelajar murid Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens Jawapan yang diberikan oleh murid melebihi satu dan pelbagai
23
4. Pembelajaran Berasaskan Projek
Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’ Memberi pemahaman yang lebih tinggi Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan Berasaskan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid Guru sebagai fasilitator
25
5. Kreativiti & Inovasi Peka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Memilih teknik-teknik pengajaran yang serasi dengan kebolehan dan cara belajar murid Berkomunikasi secara efektif dengan murid Berfikir di luar kotak Meneroka perspektif dengan lebih luas dan menjana pelbagai penyelesaian masalah Contoh: peta pemikiran
27
6. Pembelajaran Kontekstual
Pendekatan pengajaran yang melibatkan murid secara aktif Murid akan mencetuskan pengetahuan baru dengan mempelajari dan mengaitkan pengalaman serta perlakuan seharian
28
Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran:
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif Pemindahan pembelajaran dari satu situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari
29
Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
30
Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
*Flipped Classroom *Problem-based Learning *Blended Learning *Inquiry-based Education *Project-based Learning
31
Flipped Classroom: Bilik Darjah Songsang
32
Flipped Classroom: Bilik Darjah Songsang
Murid belajar di rumah terlebih dahulu dengan bahan-bahan atas talian yang dibekalkan oleh guru. Di sekolah, aktiviti interaksi antara guru dan murid dijalankan, seperti perbincangan, sumbang saran dan soal jawab. Aktiviti penilaian seperti kuiz, amali, ujian lisan dan bertulis boleh dilaksanakan di kelas atau secara atas talian.
33
Problem Based Learning(pembelajaran berasaskan masalah)
34
Apakah maksud pembelajaran berasaskan masalah
satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran satu falsafah bagi suatu kurikulum yang baharu(Ousey)
35
Prinsip pembelajaran berasaskan masalah
Menurut Graaff dan Kolmos(2003) Pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak dalam proses pembelajaran Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberi panduan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topik yang diajar Guru hanya bertindak sebagai fasilalitator, pembimbing atau motivator kepada murid Masalah berdasarkan kepada situasi sebenar
36
Faedah pembelajaran berasaskan masalah
Memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif Membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang tercetus Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada sekali gus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka perlu mencari jawapan melalui pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka
37
Langkah-langkah pembelajaran berasaskan masalah
Mengenal pasti masalah Mencari maklumat rumusan Membuat hipotesis Menguji hipotesis Menilai dan membuat rumusan
38
Blended Learning (Pembelajaran Adunan)
Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan kaedah pembelajaran bersemuka dengan aktiviti bermedia komputer.
39
Blended Learning (Video)
What is Blended Learning The Basics of Blended Learning
40
Pembelajaran Adunan Berpusatkan Murid
Pengajaran guru Sesi interaktif bersemuka Pentaksiran berasaskan laman sesawang Hasil maklum balas refleksi Pengajaran berbantukan komputer e-Pembelajaran Visual Digital Arahan bercetak Bahan pengajian tradisional
41
Manfaat dan Kelemahan Blended Learning
Meningkatkan hasil pembelajaran melalui pendidikan jarak jauh. Mengurangi biaya pembelajaran. Pembelajaran lebih efektif dan efisien. Kelemahan Kurangnya pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan teknologi.
42
Inquiry-based Education
43
Inquiry-based Education
Menekankan pembelajaran melalui perolehan pengalaman murid sendiri Murid mengemukakan soalan, penyataan masalah atau hipotesis untuk dijadikan sebagai topik kajian Murid mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber rujukan diikuti dengan aktiviti penyusunan dan pengkategorian maklumat. Murid menganalisis maklumat yang diperoleh dan melakukan perbincangan untuk menjana idea baharu. Murid membuat kesimpulan dan membentangkan hasil dapatan.
44
Project-based Learning
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek Melibatkan murid secara hands-on dan minds-on Tugasan yang dilaksanakan mempunyai unsur penggabungjalinan dan penyerapan dengan topik yang diajar. Murid berpeluang menerokai kehidupan dunia sebenar
45
Kesimpulan Pedagogi Abad ke-21 melihat kompetensi diri guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Seiring dengan kemajuan sosioekonomi, teknologi dan komunikasi, perolehan maklumat serta ilmu pengetahuan, pedagogi masa kini tidak hanya di bilik darjah tetapi melalui ruang siber. Guru perlu mendukung sistem pendidikan negara untuk melahirkan rakyat berpersonaliti unggul dan memastikan negara Malaysia tetap relevan di persada dunia.
46
Sekian Terima kasih..
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.