Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Similar presentations


Presentation on theme: "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"— Presentation transcript:

1 EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
Tajuk 1: Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Maswan

2 Hasil Pembelajaran Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran
Menjelaskan proses pembelajaran dalam pendidikan Menjelaskan prinsip-prinsip pembelajaran

3 Topik Perbincangan Pengertian pengajaran dan pembelajaran Proses pembelajaran dalam pendidikan Prinsip-prinsip pembelajaran

4 Pengenalan Mengajar ialah tugas utama bagi pekerjaan guru (Mohd Zohir dan Shukri Osman, 2004). Tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang mantap selepas menjalani latihan perguruan yang mencukupi di IPGK, IPTA dan IPTS. Contoh: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Tempoh latihan: 5 tahun (termasuk kursus PPISMP) AMALI: Praktikum Fasa 1 (3 bulan) dan Fasa 2 (3 bulan) + Internship (1 bulan)

5 Apakah definasi dan konsep pengajaran?

6 Definisi Pengajaran Pengajaran ialah perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan sebagainya. (Kamus Dewan) Pengajaran adalah sebagai memberi arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Pengajaran sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan baik Secara praktisnya, pengajaran merupakan suatu yang diagnostik dan preskritif (menganalisis keperluan pelajar dan mengaplikasikan strategi dan aktiviti yang sesuai)

7 Definisi Pengajaran Pengajaran melibatkan: Perancangan
Pengelolaan/Pelaksanaan Penyampaian Bimbingan Penilaian (Hasil Pembelajaran = Learning Outcomes)

8 Definisi Pengajaran Secara umumnya, pengajaran adalah melibatkan:
Ilmu Pengetahuan (Knowledge) – (Kognitif) Kemahiran (Skills) – Psikomotor(Fizikal/Jasmani) Nilai (Values) – Afektif (Rohani + emosi)

9 Konsep Pengajaran Merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan dan juga merupakan aktiviti intelek. Suatu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka Pengajaran adalah proses dimana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar-pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran.

10 Konsep Pengajaran Pengajaran adalah susunan maklumat dan suasana bagi memudahkan pembelajaran (Heinich, et al.,1996) Gagne (1985), menyatakan pengajaran sebagai set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan bagi mencapai hasil pembelajaran. Wittrock(1979), mengatakan bahawa pengajaran ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang pelajar untuk membina maksud atau erti berdasarkan pengalamannya, bukan meransang mereka mengeluarkan semula pengetahuan orang lain.

11 Definasi Pembelajaran
Suatu proses perubahan tabiat, pengetahuan dan sikap (Crow & Crow) Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran. (Dr. Noriati, 2012) Pembelajaran melibatkan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. (Slavin, 2005)

12 Definasi Pembelajaran
Pembelajaran sebagai perubahan tingkahlaku manusia yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat dari pengalaman (Commonwealth of Learning, 2002) Pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan tersebut mungkin secara sengaja atau tidak, untuk lebih baik atau buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar (Hill, 2002) Al-Ghazali memberikan gambaran bahwa belajar merupakan usaha yang dilakukan dalam rangka memperoleh ilmu kemudian mengaplikasikannya. Di sini Al-Ghazali menekankan bahwa ilmu yang sudah didapatkan murid akan bermanfaat dan memberikan perubahan pada diri mereka apabila ia mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamalkan seringkali diumpamakan bagaikan pohon yang tidak berbuah

13 Definasi Pembelajaran
Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembelajaran. Penganut teori behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku, kemahiran-kemaharan baharu atau pengetahuan yang boleh diperhatikan (didemontrasikan) Penganut teori kognitif menekan proses mental yang digunakan seseorang individu untuk belajar dan mengingatkan maklumat baharu atau kemahiran-kemahiran, walaupun tidak dapat diperhatikan. Pembelajaran berlaku kerana pelajar cuba memahami persekitaran secara aktif

14 Pembelajaran Pembelajaran dilihat daripada dua perspektif:
i. Fizikal – Perubahan tingkah laku yang dapat dilihat. ii. Mental – Proses-proses mental untuk ingat maklumat, kemahiran dan nilai baru. Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

15 Proses Pembelajaran Proses pembelajaran adalah proses yang di dalamnya terdapat kegiatan interaksi antara guru-murid dan komunikasi timbal balik yang berlangsung dalam situasi edukatif untuk mencapai tujuan belajar (Rustaman, 2001). Dalam proses pembelajaran, guru dan murid merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan. Antara dua komponen tersebut harus terjalin interaksi yang saling menunjang agar hasil belajar murid dapat tercapai secara optimal.

16 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memperoses maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari. Peringkat 1 – Motivasi Peringkat 2 – Memberikan Perhatian Peringkat 3 – Perolehan Peringkat 4 – Ingatan Peringkat 5 - Ingat Kembali dan Retrieval Peringkat 6 – Generalisasi Peringkat 7 – Prestasi Peringkat 8 – Maklum Balas dan Peneguhan

17 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
1. Motivasi Set induksi yang menarik dan dapat merangsang motivasi belajar dan minat murid Murid-murid menerima rangsangan daripada pengajaran guru ABM/BBM yang bersifat multimedia – Menarik dan berfungsi dengan baik (klip video) Suasana bilik darjah yang kondusif – Bersih, ceria, susunan kerusi dan meja yang teratur dll. 2. Memberikan Perhatian Melibatkan proses pengamatan dan penanggapan terhadap konsep, maklumat/input baru yang disampaikan oleh guru Guru perlu memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu fakta dengan baik, jelas dan mantap.

18 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
Memberi contoh-contoh yang relevan dengan topik yang dibincangkan Kaedah latih tubi digunakan agar murid dapat menguasai sesuatu kemahiran baru Komunikasi 2 hala antara guru dengan murid – Murid-murid diberi peluang untuk bertanya soalan kepada guru sekiranya terdapat perkara-perkara yang diajar kurang difahami. 3. Perolehan (Mendapat maklumat/information) Rangsangan yang diterima oleh pancaindera (lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh) dibawa ke otak untuk diberikan makna dan diterima ABM/BBM yang bersifat multimedia – Memudahkan proses pemerolehan maklumat

19 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
4. Ingatan Maklumat/konsep baharu yang diajar oleh guru akan disimpan di dalam ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang Menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan murid 5. Ingat Kembali Fakta, pengetahuan dan pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk menyelesaikan sesuatu masalah Mengingati semula fakta-fakta penting untuk menjawab soalan- soalan di dalam ujian dan peperiksaan Mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada Mengingati nombor telefon mudah alih rakan sebelum menelefonnya

20 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
6. Generalisasi – Aplikasi ilmu dalam situasi yang lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baru yang sesuai dan sepadan Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar bilik darjah.

21 Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
7. Prestasi Seseorang individu mendapatkan maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya. Keputusan ujian atau peperiksaan yang menggambarkan prestasi akademik seseorang murid Prestasi dapat dinilai berdasarkan ujian lisan atau bertulis 8. Maklum Balas Murid mendapat peneguhan positif daripada guru mengenai perlakuannya dan prestasinya dalam akademik. Maklum balas ini penting untuk menentukan sama ada murid dapat mengingati fakta-fakta penting atau mengamalkan kemahiran yang diperolehnya dengan baik

22 Proses Pembelajaran Gagne (1985) Mengariskan Sembilan langkah Pembelajaran dan kaitannya dengan pembelajaran: Langkah1 – Menarik Perhatian Langkah 2 – Maklumkan kepada pelajar tentang objektif Langkah 3 – Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas Langkah 4 – Mengemukakan kandungan/bahan rangsangan Langkah 5 – Memberikan bimbingan pembelajaran Langkah 6 – Menggalakkan perlakuan (melatih kemahiran/tingkah laku baru) Langkah 7 – Memberikan maklum balas tentang Prestasi Langkah 8 – Menilai prestasi Langkah 9 – Merangsang pemindahan dan pemindahan

23 Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Ahli psikologi pendidikan telah mengenalpasti beberapa prinsip pembelajaran yang juga dirujuk sebagai hukum pembelajaran. Prinsip-prinsip ini telah ditemui, diuji dan digunakan dalam situasi pembelajaran. Prinsip-prinsip ini memberikan pengertian tambahan tentang pembelajaran berkesan.

24 Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
1. Penglibatan Aktif Murid perlu dilibatkan secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran Contoh: Perbincangan di dalam kumpulan 2. Perkaitan dan Corak  Murid melaksanakan tugasan yang mencabar – Penyelesaian masalah Murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Contoh: Menjana idea-idea bernas dalam percambahan fikiran

25 Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
3. Pembelajaran Informal Pembelajaran berlaku sepanjang masa di dalam dan di luar bilik darjah Contoh: Sudut bacaan di dalam bilik darjah 4. Pengalaman Langsung Learning-by-doing Belajar sambil bermain Contoh: Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah

26 Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
5. Situasi Mendesak (Compelling situation) Pembelajaran sebagai suatu proses penyelesaian masalah Wujudkan situasi pembelajaran yang mencabar Contoh: Kuiz, perbahasan, sesi soal jawab dsn. Cara-cara guru dapat mewujudkan situasi mendesak: Menyediakan standard yang tinggi terhadap tingkah laku murid-murid di dalam atau di luar bilik darjah Memberi tanggungjawab yang lebih kepada murid untuk memupuk bakat kepimpinan Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menggalakkan penglibatan yang aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran Menyediakan pembelajaran berasaskan kontekstual – Rujuk Teori Konstruktivisme

27 Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
6. Maklum Balas Berterusan Murid diberi peluang untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri Aspek ini sangat penting untuk meningkatkan prestasi akademik murid Contoh: Ulasan guru yang positif dalam Buku Rekod Kemajuan 7. Suasana yang Menyeronokkan Mempelbagaikan aktiviti p & p – Sumbang saran, simulasi, kuiz dan sebagainya. ABM/BBM yang bercorak multimedia

28 Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
8. Refleksi Guru akan menyedari kekuatan dan kelemahan diri semasa melaksanakan PdP. Guru dapat merancang pelbagai strategi yang berkesan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri semasa mengajar. Guru dapat merancang pelbagai strategi untuk melaksanakan penambahbaikan dalam perancangan dan pelaksanaan PdP pada masa akan datang. Contoh: Menulis refleksi dengan baik dan jelas pada bahagian akhir RPH

29 RUMUSAN Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal. Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.

30 RUMUSAN Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal. Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.

31 RUMUSAN Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memperoses maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu; motivasi, memberikan perhatian, perolehan, ingatan, ingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas. Ewell (1997) telah mengemukakan lapan prinsip pembelajaran untuk hasil yang lebih berkesan iaitu; penglibatan aktif, perkaitan dan corak/konstruktivisme, pembelajaran informal, pengalaman langsung, situasi mendesak, maklum balas berterusan, suasana yang menyeronokkan dan refleksi.

32 Sekian TERIMA KASIH

33 Rujukan: Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari ry.html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

34 Penghargaan Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun


Download ppt "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"

Similar presentations


Ads by Google