Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byRatna Susman Modified over 6 years ago
1
SESI 1 : PENGENALAN TRANSFORMASI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (Nota : Sila rujuk Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan )
2
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
3
Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
4
Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan
4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam 1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 1992 – KPM memulakan Prasekolah 1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2008/9 – KPK disemak semula 4
5
Rasional Penyemakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
6
Rasional Penyemakan Semula KPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
7
Perubahan yang berlaku
8
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
9
Perubahan yang dilakukan
Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
10
Kedudukan Prasekolah dalam Sistem Persekolahan Malaysia
11
Tahap & jangkamasa persekolahan
4+ 5+ 6+ 7+ 8+ 9+ 10+ 11+ P 1 2 3 4 5 6 Prasekolah Tahap I Tahap II
12
Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan dalam Kurikulum Transformasi
12 Tahap ll Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6) pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, penguasaan kemahiran generik & kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai Tahap Persekolahan Tahap l Sekolah Rendah (Tahun 1 – 3) penguasaan 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, penguasaan kemahiran generik, perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai Prasekolah perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M. 12
13
4 M Membaca Menulis Mengira Menaakul
14
Matlamat dan Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
15
Matlamat Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
16
4 kata kekunci Menyuburkan (Enriching) Aktif Penglibatan (Engaging)
Selamat (Safe) Seronok (Fun)
17
Objektif KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut Jasmani: Mempunyai tubuh badan yang sihat Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
18
Objektif KSPK Emosi: Mempunyai konsep kendiri yang positif
Mempunyai keyakinan diri Mempunyai jati diri Berani mencuba Mempunyai kematangan emosi Menghormati perasaan dan hak orang lain Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
19
Objektif KSPK Intelek:
Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan) Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan) Memperolehi kemahiran proses sains asas Memperolehi kemahiran matematik asas Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid Mempunyai daya kreatif dan estetika Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
20
Objektif KSPK Rohani: Mengamalkan nilai murni
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Sosial: Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Menyuarakan pandangan dan perasaan. Bekerjasama dengan orang lain.
21
Tunjang-tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
22
Ke arah mengeratkan lagi perhubungan antara Kurikulum Prasekolah dengan Kurikulum Sekolah Rendah
KBSR untuk sekolah rendah sahaja - sedia ada mulai 1983 Kurikulum transformasi (prasekolah dan sekolah rendah) mulai 2010 KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira) Bahasa Matematik MURID PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi Muzik Seni Visual Pendidikan Jasmani MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA Kerohanian, Nilai dan Sikap Kemanusiaan dan Persekitaran Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Sains Insan Seimbang Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
23
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
23 Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Insan seimbang Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 23
24
Perbezaan daripada aspek komponen
KPSK 2010: Tunjang Komunikasi BM, BI, BC, BT Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam, Pendidikan Moral Sains dan Teknologi Sains dan Matematik Ketrampilan Diri Sosioemosi Kemanusian Perkembangan Fizikal dan Estetika Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Pend Seni Visual, Muzik KPK 2003: Komponen Bahasa dan Komunikasi BM, BI, BC, BT Pend. Kerohanian dan Moral Pendidikan Islam, Pend. Moral Perkembangan Kognitif Sains dan Matematik Perkembangan Sosioemosi Perkembangan fizikal Pendidikan Jasmani, Kesihatan Kreativiti dan Estetika Pendidikan Seni Visual, Muzik
25
Rekabentuk kurikulum Kurikulum berasaskan Standard
Kurikulum berbentuk modular
26
Kurikulum Berasaskan Standard
27
Standard Pembelajaran
Kurikulum Berasaskan Standard Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
28
Organisasi Kurikulum Dokumen SP & HSP Hasil pembelajaran
KPK 2003 KSPK 2010 Dokumen SP & HSP Hasil pembelajaran Cadangan Aktiviti Dokumen standard kurikulum Standard kandungan Standard pembelajaran
29
Justifikasi Penggunaan Standard
Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
30
Justifikasi Penggunaan Standard
Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Skema dan piawai pengukuran Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
31
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN
31 CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Bahasa Malaysia Menceritakan semula apa yang didengar. (BM 2.4) Bahasa Malaysia Menceritakan semula apa yang didengar menggunakan ayat yang mudah. (BM 2.4.1)
32
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN
32 CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN English Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories. (BI 1.5) English Listen to, recite and act out nursery rhymes, action songs and poems. (BI 1.5.3)
33
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN
33 CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Sosioemosi Mengenali emosi sendiri. (PSE 1.1) Sosioemosi Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti gembira, sedih, takut, marah. (PSE1.1.4)
34
Kurikulum Berbentuk Modular
35
Kurikulum Berbentuk Modular
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
36
Dua jenis modul Modul Teras Asas Modul Bertema
37
Modul Teras Asas
38
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Bahasa Cina/Bahasa Tamil Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Matematik Aktiviti di Luar (Outdoor activity) Masa yang khas diperuntukkan untuk setiap modul teras asas. Masa yang diberi adalah untuk satu minggu
39
Modul Bertema
40
Modul Bertema Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
41
Contoh Modul Bertema Diri saya Anggota badan saya Keluarga saya
Sekolah saya Keselamatan diri Dan lain-lain Negara saya Perayaan Hari Raya Perayaan Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Hari Kemerdekaan Seni, kraf dan permainan tradisional Alam Bahan Air Pasir Pakaian dll Alam Fizikal Pembinaan Alam Semulajadi Cuaca Sayangi alam semula jadi Alam Hidupan Haiwan Tumbuh-tumbuhan
42
Justifikasi penggunaan modul
Bersifat dinamik pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum Pelaksanaan p & p yang fleksibel Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian
43
Peruntukan Masa
44
AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI (baca doa, makan, refleksi)
Peruntukan Masa bagi Prasekolah MODUL % Peruntukan Masa TERAS ASAS BAHASA BM Fleksibel (Awal tahun: 35 % Akhir tahun: 25%) BI BC/BT MATEMATIK AKTIVITI LUAR PEND. ISLAM / MORAL BERTEMA MODUL BERSEPADU (Awal tahun: 35% Akhir tahun: 45%) AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI (baca doa, makan, refleksi) 30%
45
Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan
Modul Bertema 35% 45% Awal tahun Akhir tahun Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
46
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris
Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah Bil. Bahasa Instruktional Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya: (minit) Bahasa Malaysia Bahasa Pengantar lain 1 600 400 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris JUMLAH 1200
47
Refleksi sebelum balik
Bil. Modul Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit) Dijalankan dalam BM Dijalankan dalam BI 1 Rutin pagi 30 20 2 Perbualan Pagi 60 40 3 Rehat 90 4 Refleksi sebelum balik 5 Modul Teras Asas Bahasa Malaysia 6 Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM 100 7 Modul Teras Asas Bahasa Inggeris 8 Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI 330 9 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 10 Aktiviti Luar 11 Matematik Jumlah minit seminggu 600
48
Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM (minit) Dijlnkan dlm BM Dijlnkan dlm BI Dijlnkan dlm BC/BT Jumlah 1 Rutin pagi * 10 20 10 x 5 = 50 2 Perbualan Pagi 40 20 x 5 = 100 3 Rehat 30 90 30 x 5 = 150 4 Refleksi sebelum balik 5 Modul asas BM 6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM 200 7 Modul asas BI 8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI 140 9 Modul asas BC/BT Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam 120 11 Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI) 80 12 Matematik Jumlah minit seminggu 400 1200
49
Prinsip Pembelajaran
50
Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana: Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding. Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Perbezaan individu dibenarkan. Murid belajar mengikut kadar sendiri. Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.
51
Standard Pengajaran dan Pembelajaran
52
Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.
53
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
54
Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.
55
Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut: Kreativiti Pemikiran logikal Kemahiran Menaakul Perkembangan Rohani Pembentukan sikap positif dan nilai murni Perkembangan fizikal dan kesihatan Kreativiti dan estetika
56
Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid. Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan: Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif. Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.
57
Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan: Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid. Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan. Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri.
58
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua:
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.
59
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai: Pembelajaran Berpusatkan murid Inkuiri Penemuan Belajar Melalui Bermain Pendekatan Bersepadu Pendekatan Bertema Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran) Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid) Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligences)
60
Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira tentang:
Kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak-kanak Teori perkembangan kanak-kanak. Keadaan setempat. Keperluan individu murid.
61
Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas. Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandu kepada aktiviti yang dicadangkan dalam Jadual 1: Cadangan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah. Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari. Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik setiap hari.
62
Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.
63
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
64
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat:
Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.
65
Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah. Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated. Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas. Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.
66
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:
Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.
67
Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara. Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid. Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun. Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.
68
Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa. Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu. Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.
69
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:
Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.
70
Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah. Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.
71
Standard P & P (overview)
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid. Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran. Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah. Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid. Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.
72
Standard Pentaksiran
73
Standard Pentaksiran Pertama:
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
74
Tujuan pentaksiran adalah untuk:
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
75
Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Membantu pembelajaran murid. Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.
76
Standard Pentaksiran Kedua:
Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
77
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: Penerapan nilai Pembentukan sikap Penguasaan kemahiran Status kecergasan Status kesihatan Kesediaan sosial (social readiness)
78
Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari. Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.
79
Standard Pentaksiran Ketiga:
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
80
Standard Pentaksiran Keempat:
Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
81
Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut: Pemerhatian berterusan Penilaian hasil kerja Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: Ujian atau peperiksaan formal Ujian kertas and pensil
82
Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit. Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut: Senarai Semak. Skala Kadar. Rekod Anekdot. Rekod Berterusan (Running Record). Portfolio
83
Standard Pentaksiran Kelima:
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.
84
Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif. Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka. Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.
85
Standard Pentaksiran Keenam:
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
86
Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja. Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.
87
Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’ dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.
88
Standard Pentaksiran (overview)
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan. Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa. Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik. Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran. Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
89
Standard Domain Kreativiti
90
Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah lagi. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
91
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah perlu memberi peluang kepada murid agar mereka: suka menyoal dan mencari jawapan membuat perkaitan dan melihat hubung kait menjangka apa yang akan berlaku membuat spekulasi tentang kemungkinan meneroka idea berfikir secara literal sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.
92
Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu: Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan personaliti.
93
Standard Domain Kreativiti Pertama:
Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka
94
Standard ini mencadangkan bahawa:
Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan dibawah dengan bimbingan guru.
95
Standard Pembelajaran Contoh
Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh Fasa Persediaan Membuat pemerhatian aktif Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk memerhati objek/fenomena. Murid perhatikan pelbagai kacang yang disediakan oleh guru. (Kacang merah, kacang hijau, kacang kuda) Mencerakinkan pemerhatian (proses analisis) Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara objek/idea/fenomena dengan bimbingan. Mengasingkan objek/idea/fenomena berdasarkan ciri tertentu dengan bimbingan. Mengkaji kesan baik dan buruk.dengan bimbingan Murid mendapati kacang-kacang ini berbeza daripada segi saiz dan warna.
96
Standard Pembelajaran Contoh
Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh Fasa Imaginasi Menjanakan idea (mensintesiskan idea) Menghasilkan idea-idea baru (yang mungkin benar atau tidak pasti) dengan bimbingan. Menghasilkan idea yang bermakna dengan bimbingan. Murid mencadangkan tempat di mana kacang saiz atau warna tertentu boleh dilekatkan untuk menghasilkan satu karya kolaj. Fasa Tindakan Menghasilkan produk/Membuat keputusan/Membuat pilihan Menghasilkan produk Membuat kesimpulan dengan bimbingan. Membuat pilihan dengan bimbingan. Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan dengan bimbingan. Murid menghasilkan karya kolaj.
97
Standard Domain Kreativiti Kedua:
Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.
98
Organisasi Kandungan Kurikulum
Dokumen ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A adalah senarai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mengikut tunjang. Bahagian B memaparkan cadangan aktiviti untuk modul bertema Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang berkaitan dipetik dari pelbagai tunjang ke dalam modul-modul bertema ini.
99
Tugasan 1. Secara berpasangan anda dikehendaki meneliti dokumen KSPK (2010) dan buat perbandingan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). 2. Bincangkan hasil dapatan perbezaan yang dapat dikenalpasti.
100
Sekian...Terima Kasih
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.