Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

(SSWP 1033) KESUKARELAWANAN DAN MASYARAKAT SIVIL

Similar presentations


Presentation on theme: "(SSWP 1033) KESUKARELAWANAN DAN MASYARAKAT SIVIL"— Presentation transcript:

1 (SSWP 1033) KESUKARELAWANAN DAN MASYARAKAT SIVIL
Azizan Bahari

2 Definisi Masyarakat Sivil
Masyarakat sivil harus dilihat sebagai suatu proses dan idea – suatu proses sosial yang menjana kepercayaan dan persefahaman, serta memediasikan (menjadi pengantara/menghubungkan) antara negara & tekanan2 pasaran. (Stanley Katz, 1999, dipetik Nicholas Deakin, 2001)

3 Definisi.. Masyarakat sivil mewakili keseimbangan (the balance) antara hak2 yang diberikan kepada individu2 dalam masyarakat & tanggungjawab mereka yang diperlukan bagi menjaga hak2 tersebut (Brian O’Connell, 1999)

4 Latar Masyarakat Sivil
Mula terbentuk sejak zaman Renaissance – peralihan dari masyarakat aristokrat kepada masyarakat industri dgn kapitalisme mula bertapak di Eropah (Adam Ferguson, 1773, dipetik Mustaffa Omar, 2004/05) Persatuan2 sukarela penting sebagai perantara dalam menyampaikan aspirasi masyarakat awam kepada pemerintah. Persatuan2 ini merupakan asas bagi demokrasi (Alexis de Tocquaville, 1969)

5 Latar Masyarakat Sivil…
Negara (the state) menjadi semakin kecil berbanding dengan bisnes – pasaran semakin luas ekoran pembukaan ekonomi2 nasional Sektor sukarela (“bukan-keuntungan” / non-profit) semakin membesar dan kuat dengan pengunduran negara. Kerja sukarela memainkan peranan yg tidak dilaksanakan oleh negara & bisnes / pasaran (sprt: civil disobediance, outright rebellion,..)

6 Peranan Masyarakat Sivil
Masyarakat sivil sangat diperlukan bagi membentuk dan memungkinkan sebuah demokrasi yang mantap, dan demokrasi ialah bentuk kerajaan of, by and for the people Ada yang menyoal: apakah masyarakat sivil itu suatu situasi (ideal) yang diinginkan, atau adakah ia suatu status (kedudukan) yang tercapai oleh sesebuah demokrasi yang matang?

7 Peranan Masyarakat Sivil…
Muhammad Hikam (1996, dipetik Mustaffa Omar) menyatakan bahawa masyarakat sivil merupakan wilayah2 kehidupan sosial yang tersusun dan bercirikan (antara lain): Kesukarelaan Keswasembadaan (self-generating) Keswadayaan (self-supporting) Kemandirian (berdikari) tinggi – dlm hubungan dengan negara Keterikatan kukuh – dengan norma2 atau nilai2 hukum yang diikuti warganya

8 Peranan Masyarakat Sivil
Menurut Hikam : Dalam hubungan dengan negara, peranan masyarakat sivil: Sebagai pelengkap dlm melaksanakan aktiviti2 yang terarah – melengkapkan peranan negara Sebagai pengganti – melakukan aktiviti2 yang belum atau tidak dilakukan negara Sebagai kuasa penanding – advokasi, litigasi, dan ada kalanya tindakan mencabar bagi mengimbangi hegemoni negara YANG PENTING IALAH KETERLIBATAN AWAM DLM KEGIATAN2 SOSIAL SECARA SUKARELA + KEPERCAYAAN SESAMA ANGGOTA MASYARAKAT

9 Kerja Sukarela & Masyarakat Sivil
Kerja sukarela mengambil pelbagai bentuk dan bidang Kerja sukarela menjadi kenyataan apabila anggota2 masyarakat atau orang ramai terlibat melakukan sesuatu bagi manfaat dan kepentingan bersama Kerja sukarela digerakkan oleh masyarakat melalui inisiatif perseorangan, kumpulan, pertubuhan, dan pihak2 lain yang berminat & perihatin Pertubuhan sukarela – pihak yang aktif dan banyak menggerakkan kerja sukarela – juga dikenali sebagai pertubuhan masyarakat sivil. Ia mempunyai peranan tersendiri yang istimewa dalam masyarakat sivil.

10 Kerja sukarela & masy. sivil
Bagi Barry Knight (1993), tindakan sukarela (voluntary action) ialah “a form of energy, stemming from free will, having a moral purpose and undertaken in a spirit of independence” (dipetik Deakin, 2001). Beliau juga merumuskan ciri2 berikut bagi sesebuah badan sukarela yang tulen: Punya permulaan (beginning) yang bebas Struktur pentadbiran sendiri Bebas drp agensi2 lain Kewangan yang bebas Menggunakan tenaga sukarelawan Mengagihkan lebihan tetapi bukan untuk keuntungan

11 Kerja sukarela & masy. sivil
Melalui pelbagai bentuk & bidang kerja sukarela, masyarakat belajar erti berdikari, hak-hak dan kepentingan bersama, serta peranan dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dan warga negara Kerja sukarela membuka ruang untuk masyarakat bersuara, berorganisasi, dan menentukan apa yang baik dan diperlukan bagi kesejahteraan bersama Kerja sukarela melatih kepemimpinan, kepengikutan & kerjasama dalam kalangan masyarakat

12 Rumusan Kerja sukarela memberi sumbangan unik kepada masyarakat sivil. Ia syarat utama bagi sesebuah masyarakat sivil, dan merupakan: Benih bagi pertumbuhan dan perkembangan masyarakat sivil Mekanisme atau jentera bagi kelangsungan masyarakat sivil Penyumbang dan pemantap masyarakat sivil

13 Bacaan: Azizan Bahari. (2005). Gerakan sukarela dan negara
Bacaan: Azizan Bahari. (2005). Gerakan sukarela dan negara. Dlm Menghayati kerja sukarela. Hal _____. Gerakan sukarela dan demokrasi. Dlm. Menghayati kerja sukarela. Hal Brian O’Connel. (1999 ). Civil society, the underpinnings of American democracy. Hanover, NH: University Press of New England. Mustaffa Omar. (2004/2005). Memperkasa masyarakat sivil melalui modal sosial: strategi ke arah membanteras gejala sosial. Dlm. Jurnal Pembangunan Sosial, Jld.8, Jun & Dis. 2004/2005, hal Nicholas Deakin. (2001). In search of civil society Basingstoke, Hampshire: Palgrave.


Download ppt "(SSWP 1033) KESUKARELAWANAN DAN MASYARAKAT SIVIL"

Similar presentations


Ads by Google