Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
Kuliah 2 – Pemikiran Islam Sederhana
(Kemaskini 2012)
2
Muslim Macamana? ‘Labelling’ atau dibagi-bagi mengikut pandangan Barat
Ekstrimis/Pelampau – Radikal Fundamental Moderat
3
Kesederhanaan Dalam Islam
Definisi menurut pandangan Islam Konsep Adil dan toleransi Konsep Muslim yang sebenar! Muslim Modenis atau Muslim Liberal
4
Apakah dia pemikiran Islam yang sederhana mengikut neraca Islam ?
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ (al-Baqarah: 143) .اللّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
5
“Dan demikian (pula) Kami menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) s.a.w menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (al-Baqarah: 143) Perkataan ‘ummatan wasotha’ maksudnya adil dan pilihan (al-’adl wal khiyar). Seimbang dan berada dipertengahan antara dua ekstrim.
6
Sifat kesederhanaan adalah fitrah alam dan sesuai dengan naluri manusia.
Islam agama yang mudah dan dianjurkan agar mempermudahkan dalam agama. Dalam Islam ada hukum yang tetap dan ada hukum yang rukhsah (keringanan). Toleransi adalah satu sifat yang tidak terpisah dari Islam. Islam menganjur sikap hormat kepada agama lain dan tidak mencampuri urusan keagamaan penganut agama lain. (surah al-Kafirun: 1-6 dan surah al-An’am: 108)
7
Islam menganjurkan sifat lembut, kehalusan budi dan mencela sifat kasar.
“Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akan menyeimbangkannya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan memburukkannya.” (Riwayat Muslim) Era masa kini adalah era perdamaian. Kekuasaan pada hari ini bersandar pada kekuatan (kekuasaan) informasi dan maklumat bukan peperangan.
8
Dakwah Islam hanya dapat tertegak dan berjalan lancar dalam masa kedamaian dan situasi yang wujud demokrasi dan bukan dalam situasi keadaan politik tirani, zalim dan tertekan. Perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w selama 13 tahun di Mekah adalah kerana faktor kesabaran Rasulullah s.a.w dalam menghadapi situasi animositi (permusuhan) masyarakat kufar Quraisy.
9
Moderate Muslim Menurut pandangan Barat
“Not against Islam nor Muslim” George Bush Toleransi, terbuka (openness) sokong demokrasi dan terima peranan penting wanita Peace and moderation
10
Muslim Moderat? Kita terperangkap dengan cetusan arus global kebangkitan Islam – Goh Chok Tong Kenapa moderat? – Adakah kita terima panggilan muslim sebegini? Kesan Sept 11 atau 911 dan JI (Jemaah Islamiyyah) memaksa kita terima slogan ini
11
Jawapan kita!!! Kita akur – tentang label-label tertentu
10 Ciri Masyarat Muslim Cemerlang (Lampiran 1) Code of religious harmony (Lampiran 2)
12
Aliran Pemikiran Islam Kontemporari
Masyarakat Islam, sama ada yang menerima atau menolak, masih lagi bergulir dengan persoalan kemodenan. Dalam membahaskan mengenai kesesuaian Islam dengan kemodenan, para pemikir Islam secara umumnya terbahagi dua.
13
Muslim Modenis Sementara sebahagian mereka meragui keserasian Islam dengan kemodenan justru mempertahankan keutuhan tradisi. Sebahagian lain merasakan satu keperluan bagi umat Islam merubah diri selari dengan arus modenisasi.
14
Antara isu utama dalam wacana golongan modenis ialah isu perubahan dalam agama yang juga dikenali sebagai debat tradisi dan kemodenan (al-turath wa al-hadathah). Golongan modenis sudah pasti menganjurkan perlunya perubahan dalam beberapa aspek doktrinal dan amalan dalam Islam. Untuk itu tafsiran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisi telah menjadi kritikan utama golongan ini.
15
Hujah utamanya ialah memandangkan Islam bersesuaian dengan setiap masa dan tempat, ia perlu mampu menyesuaikan dirinya dengan ilmu-ilmu moden Modenis Muslim juga berpegang kepada premis bahawa ada perbezaan antara Islam yang sebenar dengan Islam yang ditafsirkan oleh ulama-ulama tradisi. (Contoh: Hukum Faraid, Hijab, Wanita sebagai pemimpin)
16
ISLAM LIBERAL: Aliran Pemikiran Terkini
Wacana pemikiran Islam terkini telah melihat kemunculan aliran Islam Liberal yang lebih bebas dan longgar dalam mentafsirkan sebahagian ajaran-ajaran agama. Premis awal pemikiran Islam Liberal ini nampaknya tidaklah bersifat negatif
17
Seperti golongan modenis, mereka juga menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dan progresif. Namun arah aliran fahaman Islam mereka nampaknya berkecenderungan untuk melewati parameter keagamaan apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pluralis dan subjektif, pemisahan politik dan agama, dan pembebasan dari tafsiran ulama silam.
18
Istilah-istilah yang digunakan dalam wacana mereka juga agak membimbangkan seperti Islam warna-warni,Islam tanpa Shariah dan penegasan akar-akar sekularisme dalam Islam
19
Antara gagasan penting Islam Liberal
keterbukaan pintu ijtihad dalam pelbagai bidang termasuk teologi dan ibadah. penekanan kepada semangat religio-etik bukan kepada literal sebuah teks; kebenaran yang relatif, terbuka dan plural. Ini berdasarkan premis bahawa setiap pentafsiran agama dianggap sebagai kegiatan manusiawi, yang terkongkong pada konteks sejarah dan keperluan semasa yang berubah-ubah, justru ia akan sentiasa terbuka kepada kesilapan;
20
iv) pemihakan kepada golongan minoriti dan yang tertindas
iv) pemihakan kepada golongan minoriti dan yang tertindas. Maka, atas nama keadilan, golongan minoriti harus dibela. Golongan ini termasuk minoroti agama, etnik, ras, budaya, jantina dll; v) kebebasan beragama dan kepercayaan. Persoalan agama adalah hak peribadi yang harus dilindungi, maka tidak ada pemaksaan kepada sesuatu kepercayaan yang dipilih oleh seseorang individu ; vi) pemisahan otoriti duniawi dan ukhrawi, agama dan politik. Agama tidak harus tidak dijadikan nilai yang dipaksa dalam bidang politik kerana ia adalah milik perseorangan dan persendirian. Bidang politik, dengan kata lain, seharusnya bebas agama.
21
Kerja Rumah (1,800 perkataan) -
“Pengamalan kesederhanaan dalam konteks masyarakat majmuk di S’pura.” 1. Jelaskan pengertian kesederhanaan dalam Islam. 2. Bincangkan dalam konteks S’pura sebagai negara masyarakat majmuk, mengapakah pentingnya punyai sikap kesederhanaan dalam pengamalan agama dan berhubung antara kaum. 3. Pada pendapat anda apakah ciri-ciri khusus cara berfikir yang perlu diketengahkan kepada masyarakat dalam konteks Singapura dan dunia berpolar hari ini.
22
Pelampau Islam – Sekilas Pandang
Mengapa dan bagaimana ideologi pelampau boleh terbangkit dalam seseorang? Pelampau sebenar dalam Islam – minggu tiga Ciri-ciri pelampau – minggu tiga
23
Sebab-sebab terJadi Pelampau
Ilmu – cetek atau kosong Sekitaran – kawan-kawan Ideologi - Jalan ekpress ke syurga tanpa amal atau ambil kira dosa – Jihad? Orang berpengaruh
24
Reaksi Masyarakat Muslim
Religious Harmony Group – Pergas/MUIS Revamp Religious Education – aLIVE Reinvent Society – 10 Characteristics of Excellence (Desired Attributes of Muslims) Rehabilitation – JI group
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.