Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Dr. Hasnah binti Mohamad

Similar presentations


Presentation on theme: "Dr. Hasnah binti Mohamad"— Presentation transcript:

1 Dr. Hasnah binti Mohamad 03-89468741 hasnah_m@upm.edu.my
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN TULISAN,PELUASAN KOSA KATA BM, BM DLM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT (BBM3401) Dr. Hasnah binti Mohamad

2 Penyajian Tulisan

3 Ringkasan Kesilapan Bahasa - ejaan (k.nama khas), “auto-correction”
fon - saiz, jenis jarak antara baris perenggan pembahagian teks - pendahuluan, isi, kesimpulan panjang teks - halaman bibliografi - jumlah, jenis (buku, jurnal, kk, internet)

4 Bibliografi Mengikut APA style, seperti contoh yang berikut;
McCreary, D. R. & Dolezal, F. T A study of a dictionary use by ESL students in an American university. International Journal of Lexicography 12 (2): Mohd. Sheffie Abu Bakar Metodologi penyelidikan. Ed. ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Moreno, R. E. V Idioms and idiomatics variants: A relevance-theoretic account. [29 Disember 2006].

5 Penyajian Tulisan Ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka. Menulis juga merupakan kegiatan yang produktif dan ekspresif. Penulisan - satu proses pengolahan gagasan atau pemikiran, dan penulisan juga sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan dan pemikiran (Awang Sariyan, 1992).

6 Hubungan antara Kemahiran Bahasa dengan Kemahiran Penulisan
Hubungan antara kemahiran bahasa dengan kemahiran penulisan dapat digambarkan pada tatatingkat unit bahasa yang berikut: Wacana Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem

7 Proses Penulisan Proses penulisan bermula dengan pemilihan tajuk atau bidang tajuk, dan diikuti dengan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan tajuk karangan yang ditulis. Seterusnya, seseorang penulis itu perlu pula membentuk kerangka kasar, mengembangkan fakta, menyunting, menyediakan ilustrasi, dan menulis draf akhir (Ismail Ahmad, 1996: 10).

8 Dua tahap dalam proses penulisan menurut Awang Sariyan (1992), ialah:
1. Tahap Persiapan/Persediaan a. Mempersiap minda(mental)/psikologi b. Mengenal pasti bidang c. Menentukan skop/tumpuan d. Menentukan judul/tajuk e. Menentukan sasaran/khalayak f Memperoleh maklumat

9 2. Tahap Penyusunan a. Menyusun/mengatur rangka isi b. Mengembangkan isi dan pemerengganan c. Menjalinkan isi d. Menatakan format e. Mengedit bahasa

10 Proses Penulisan untuk Tujuan Khusus
Penulisan untuk tujuan khusus, seperti menghasilkan karangan dalam peperiksaan melibatkan : Memilih judul/tajuk atau soalan yang tepat Menentukan kunci soalan Menyusun rangka isi Mengembangkan isi/pemerengganan Menjalinkan idea Menata format Mengedit bahasa

11 Pendekatan Penulisan Mohd. Sidin Ahmad (1992), Awang Had Salleh (1990)
Pendedahan Pelukisan Penerangan Pengisahan Penghujahan Perbahasan Pemujukan Penghuraian Penceritaan

12 Pendekatan Pendedahan (Pemerihalan)
Digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang benda, tempat, seseorang atau proses. Bersifat objektif dan tidak menimbulkan ciri kontroversi Pendekatan Penerangan (Penjelasan) Bertujuan untuk memperincikan sesuatu pendedahan atau memberikan maklumat dengan lebih mendalam Digunakan dalam penulisan ilmiah atau teknikal

13 Pendekatan Pemujukan Digunakan untuk mengubah fikiran, kepercayaan, dan perlakuan pembaca Banyak menggunakan penaakulan (reasoning) dan proses minda Boleh dibahagikan kepada pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional

14 Pendekatan Penceritaan
Pendekatan Penghujahan Banyak menggunakan proses mental melalui penaakulan Digunakan dalam penulisan cadangan penyelidikan (research proposal) Pendekatan Penceritaan Paling banyak digunakan oleh ahli sejarah dan penulis kreatif Boleh juga digunakan bersama dengan pendekatan lain, seperti pendekatan pendedahan dan penghuraian

15 Pendekatan Suruhan atau Panduan Pengguna
Sangat berguna dalam pengiklanan barangan dan melakukan eksperimen Panduan penggunaan sesuatu barangan dihuraikan dengan jelas

16 Binaan Karangan/Esei Tiga komponen utama binaan karangan (Awang Sariyan, 1992), Pendahuluan - memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi karangan atau tema karangan Badan karangan - memuatkan isi-isi penting yang mendukung atau menunjangi tema atau persoalan pokok Penutup - mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang telah dibincangkan dalam badan karangan

17 Pembentukan Perenggan
Sesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari segi kesatuan perenggan. Unit asas perenggan ialah ayat. Untuk mewujudkan kesatuan, setiap perenggan mestilah mengandungi ayat yang berkaitan, iaitu yang menyentuh tema atau ayat judul (topik). Untuk membolehkan perenggan berfungsi seperti yang dikehendaki, sesuatu perenggan itu mestilah jelas dan berstruktur.

18 …sambungan Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat topik dan pengembangannya. Ayat judul biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang difokuskan. Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan, sama ada dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data atau contoh.

19 Jenis-jenis Perenggan
Lima jenis perenggan menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1992), Perenggan pengenalan Perenggan isi Perenggan transisi Perenggan dialog Perenggan penutup

20 Ciri Penulisan Yang Baik
Penulisan yang baik dicirikan oleh kewujudan dan persembahan fakta yang cukup dan tepat seperti yang digariskan oleh tajuk karangan (Ismail Ahmad, 1992). Antara ciri penulisan yang baik ialah: Jelas dan terbaca (keterbacaan) Koherens Mudah dan langsung Ringkas dan padat kepelbagaian

21 Ciri tulisan yang baik (Henry Guntur Tarigan, 1985) ialah:
Mengambarkan kemampuan penulis menggunakan nada yang sesuai. Menggambarkan kemampuan penulis menyusun bahan menjadi satu keseluruhan atau wacana yang utuh. Mencerminkan kemampuan penulis untuk menulis dengan jelas, dapat memanfaatkan struktur kalimat, bahasa, dan contoh yang sesuai. Mencerminkan kemampuan penulis untuk menulis secara yang meyakinkan.

22 Selain itu, tulisan yang baik haruslah: Jujur – tidak memalsukan idea.
…sambungan Selain itu, tulisan yang baik haruslah: Jujur – tidak memalsukan idea. Jelas – tidak mengelirukan atau membingungkan. Singkat – tidak membuang masa pembaca. Mewujudkan variasi – ayat atau kalimat

23 Peluasan Kosa Kata Bahasa Melayu

24 PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Untuk membolehkan bahasa Melayu terus berkembang, beberapa usaha telah dirancangkan, terutamanya dari segi peluasan kosa kata. Usaha ini dilakukan melalui beberapa proses dan kaedah serta langkah-langkah pembaharuan yang dilakukan. Proses dan Kaedah Penyerapan kata bahasa asing Pembentukan kata baharu melalui perancangan bahasa Penciptaan kata berasaskan penggunaan popular

25 Penyerapan Kata Bahasa Asing
Sepanjang sejarahnya, BM telah meminjam unsur-unsur asing. Pada zaman dahulu, BM banyak meminjam perkataan daripada bahasa Sanskrit, contohnya perkataan dalam bidang: Agama dan falsafah Negara dan sistem pemerintahan Kebesaran Hubungan kekeluargaan Bahagian tubuh manusia Bunga dan tumbuh-tumbuhan

26 …sambungan Haiwan dan mergastua Penyakit Barang dagangan dan perniagaan Alat perhiasan Cakerawala Alat perkakas Senjata dan peperangan Sifat dan keadaan Bahasa dan kesusasteraan Angka dan nombor Tanda arah dan masa

27 Penerapan Imbuhan Asing
Unsur imbuhan asing yang digunakan dalam pembentukan kata BM dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu: 1. Imbuhan Sanskrit 2. Imbuhan Arab-Parsi 3. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris

28 dalam Pembentukan Kata
Pembaharuan dalam Pembentukan Kata

29 Pembentukan kata-kata baharu dalam BM dilakukan melalui:
Perancangan bahasa secara formal - Melalui pembentukan istilah Penciptaan melalui penggunaan popular - Melalui media massa, spt akhbar, radio, tv, jurnal, majalah, dll

30 Era Teknologi Maklumat
Bahasa Melayu dan Era Teknologi Maklumat

31 Usaha Pemerkasaan BM dalam Bidang Teknologi Maklumat mencakupi :
Pembinaan kosa kata Pembinaan pengguna BM yang baik dan betul Pembinaan laras Pembinaan bahan

32 Pembinaan Kosa Kata BM hanya dapat menangani bidang teknologi maklumat sekiranya dapat diwujudkan istilah yang relevan. Istilah-istilah yang dihasilkan tidak semestinya terdiri daripada ungkapan tulen dalam BM tetapi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk, seperti kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dengan atau tanpa penyesuaian kepada bahasa Melayu atau menterjemah konsep serta istilah dalam bahasa Inggeris ke BM.

33 Pembinaan Pengguna BM dalam Bidang
Teknologi Maklumat Perlu diwujudkan pengguna teknologi maklumat yang terdiri daripada generasi kini yang boleh berbahasa Melayu.

34 Pembinaan Laras Untuk meyakinkan sesetengah pihak tentang keupayaan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat, ciri BM dalam bidang ini hendaklah jelas. Perlu diwujudkan laras bahasa Melayu teknologi maklumat yang nyata melalui peristilahan dan cara pengungkapan yang tersendiri.

35 Pembinaan Bahan Perlu menghasilkan sebanyak mungkin bahan dalam BM. Lebih banyak laman web perlu disediakan, dan ruangan lain, seperti e-mel, iklan, dan lain-lain. Usaha untuk menjadikan BM terus berfungsi sebagai wahana penting dalam ICT dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh DBP melalui program yang dikenali sebagai Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu.

36 SEKIAN TERIMA KASIH Cintailah Bahasa Kita


Download ppt "Dr. Hasnah binti Mohamad"

Similar presentations


Ads by Google