Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

MLL203 Teaching Listening and Speaking in the Malay Language Classroom

Similar presentations


Presentation on theme: "MLL203 Teaching Listening and Speaking in the Malay Language Classroom"— Presentation transcript:

1 MLL203 Teaching Listening and Speaking in the Malay Language Classroom

2 DAPATKAH KITA BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK?

3 Kandungan Sosiolinguisitik Kepelbagaian bahasa Kesantunan berbahasa

4 Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat.

5 sosiolinguistik … hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat. Bahasa adalah cerminan budaya dan akal budi manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar media komunikatif semata-mata tetapi bahasa adalah lambang jati diri bangsa  (Arba’ie Sujud :2009).

6 SOSIOLINGUISTIK Mengkaji bahasa yang digunakan dalam masyarakat.
Sosiolinguistik melihat masyarakat menggunakan bahasa mereka dalam pelbagai konteks Latar ahli masyarakat seperti taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaan, umur dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakan.

7 sosiolinguistik Melihat bagaimana sesuatu bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial seperti etnik, agama, status, jantina, taraf pendidikan Meletakkan individu dalam dalam taraf sosial dan sosioekonomi Mengkaji penggunaan bahasa yang berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain- disebut dialek Melihat perbezaan antara kelas sosial

8 sosiolinguistik Menurut Nik Safiah Karim (1988:2) semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dapat dikaji menurut ilmu sosiolinguistik yang meliputi bidang-bidang yang berikut: (a) bahasa, dialek dan idiolek (b) kedwibahasaan (c) profil sosioliguistik sesuatu masyarakat bahasa (d) etnografi bahasa (e) sikap bahasa (f) perancangan bahasa

9 Komuniti bahasa Merujuk kepada manusia yang tinggal di sesebuah daerah, masyarakat di sesuatu tempat atau negara, orang ramai umumnya atau sekumpulan individu Nik Safiah Karim (1992) pula menyebut bahawa komuniti bahasas ebagai kumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang sama, yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain

10 Ciri-ciri komuniti bahasa
Mempunyai ciri-ciri tertentu yang dinamik dan dikongsi bersama: a) Berubah-ubah b) Kelas dan status -kelas-kelas komuniti di India, Jawa -Islam( Arab) - Latin(Vatican) - Judaisme (Hebrew)

11 Ciri-ciri komuniti bahasa
Pertentangan kelas - Sri lanka (Tamil dan Singhala) - Hindi ( di Punjab) Dialek Sosial - Kelas tinggi dan kelas rendah Evolusi sosial - Perubahan dari segi pendidikan dan peningkatan ekonomi Ketidaksamaan komuniti - Stratifikasi sosial iaitu perbezaan taburan atau ketidaksamaan dari segi martabat, kuasa,kekayaan dan hak

12 Ciri-ciri komuniti bahasa
Mobiliti sosial - Perubahan sosial iaitu peningkatan kelas atau martabat melalui bahasa - Zaman prakolonial, komuniti Melayu terbahagi kepada dua iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah – tidak boleh berubah - Selepas penjajahan, golongan bawahan mendapat pendidikan- bekerja di jabatan kerajaan - Berlaku mobiliti sosial, misalnya Malaysia selepas penjajahan – kelas menengah

13 Bahasa Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit). Melalui bahasa, kita dapat: * berkomunikasi * meluahkan perasaan * menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan sumbangan ke arah kebahagiaan.

14 Variasi dan status sosial Bahasa
Bahasa itu bervariasi kerana ahli masyarakat penutur bahasa itu rencam dan beragam, dan bahasa itu digunakan untuk maksud yang pelbagai ragam pula. Dalam masyarakat tertentu, terdapat variasi bahasa yang dibezakan berdasarkan status penggunaannya, iaitu variasi bahasa tinggi dan variasi bahasa rendah. Variasi tinggi digunakan dalam situasi rasmi dan dipelajari secara formal, dan variasi rendah digunakan dalam situasi tidak rasmi, dan dipelajari secara tidak formal daripada keluarga, dan masyarakat bahasa berkenaan.

15 VARIASI BAHASA tinggi rendah Bahasa Yunani katherevusa dhimotiki
Bahasa Arab al-fusya d-darij Bahasa Jerman-Swiss schriftsdrache schweizerdeutsch Bahasa Melayu baku tidak baku

16 KOSA KATA tinggi rendah Bahasa Yunani ikos spiti rumah idhor nero air
ala ma tetapi Bahasa Arab ma eh apa anfun manaxir hidung al’ana dilwa’ti sekarang Bahasa Melayu wang duit tidak tak suami laki

17 dialek Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial Disebut juga loghat, pelat daerah Berbeza dari bahasa standard Namun boleh menjadi bahasa standard dan mendapat pengiktirafan Cth standard American English, Standard English British – asal ialah standard dialek English Language

18 Contoh dialek Dialek Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunei, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak BM Standard Dialek Sarawak Saya Kamek Awak / kamu Kitak Dia Nya Tidak Sik Jangan Sikboh Ini Itok Sini Sitok

19 Contoh dialek Dialek Kelantan (kecek kelate)
Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca) Ejaan Standard Dialek Kelantan Kawan Kawe Bulan Bule Terang Teghe Tenang Tene Bukan Buke Tangan Tange  Apa Gapo Hamba Ambo Mana Mano   Bagaimana Guano

20 Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

21 Bahasa, dialek dan idiolek

22 Kepelbagaian bahasa Pijin Kreol Slang Jargon

23 Pigin (pidgin) Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut

24 pijin Bahasa pigin tidak mempunyai penutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatu kontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur yang masing-masing memiliki bahasa ibunda tersendiri.

25 pijin Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain. Penggunaan bahasa pidgin juga boleh terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna bahasa lain atau orang asing (bukan pemakai bahasa setempat) dan tidak satupun dari kedua pemakai bahasa (pekerja dan pengawas) memahami bahasa masing-masing

26 pijin Bahasa pidgin juga telahdigunakan di pusat-pusat pelabuhan di mana terdapat pelbagai jenis bangsa yang bertutur dalam bahasa asing yang berbeza. Oleh itu, fungsi bahasa pidgin ini dilihat sebagai pemudah cara para pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka.

27 pijin Kemunculan pigin, terutamanya pada masa lampau, selalu dikaitkan dengan: tujuan atau keinginan berkomunikasi antara para pedagang, hamba abdi semasa dalam aktiviti pelayaran mahupun semasa bekerja di ladang-ladang semasa penjajahan atau penerokaan kawasan-kawasan baru antara kumpulan asing dengan masyarakat tempatan, yang tidak mempunyai bahasa perantaraan yang dituturkan serta difahami bersama, tetapi terpaksa atau mahu berkomunikasiantara satu sama lain.

28 pijin Akibat keadaan sosial yang mana tiada bahasa perantaraan yang sama dalam kalangan pihak-pihak yang terpaksa atau mahu berkomunikasi itu, sebahagian besar kosa kata sesuatu pidgin diambil dari pada satu bahasa dan selalunya adalah dalam kumpulan bahasa yang lebih dominan dalam konteks pertembungan itu, manakala nahunya pula diambil daripada bahasa lain yang kurang dominan

29 pijin Bahasa Goa - di India dan Nikari Karu Pidgin yang dituturkan di Guyana, terutamanya dekat dengan sempadan Brazil adalah bahasa pigin yang dianggap sebagai bahasa yang mempunyai bahasa Portugis Pijin Inggeris di China, pijin Inggeris di Papua Nugini

30 kreol Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu

31 kreol Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Misalnya, dalam masyarakat yang bahasanya bercampur-aduk iaitu bahasa pidgin digunakan sebagai linguafranca, kanak-kanak mungkin mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasa pertama, terutama jika ibu bapa mereka biasanya berhubung melalui bahasa pidgin. Apabila keadaan ini berlaku, maka bahasa tersebut akan menimbulkankembali semua ciri-ciri bahasa biasa yang sempurna (tidak lagi bersifat pidgin)selepas melalui proses pengkreolan

32 kreol Djuka - antara bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak Amerika Bahasa Kreol Perancis terdapat dengan luasnya didaerah Caribbean dan sekitarnya seperti Haiti, Trinidad, dan Grenada serta pulau-pulau yang lain di Selatan Caribbean iaitu French Guiana dan AmerikaSyarikat. Malah, bahasa Kreol Perancis turut digunakan di Lautan Hindi,terutamanya di Mauritius dan Seychelles

33 kreol Sebagai contoh, pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidginiaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifatsementara.Namun, akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasakacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya.Kewujudan bahasa kreol ini adalah akibat daripada pertembungan bahasa ataubudaya yang terdiri daripada faktor geografi yang berlainan seperti bahasa Cinadan bahasa Melayu yang telah berlaku semenjak dahulu lagi(members.tripod.com).Faktor perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkanwujudnya bahasa kreol. Misalnya, penutur-penutur bahasa kreol Baba-Nyonyaadalah terdiri daripada masyarakat Cina Hokkien, yang wujud hasil daripadaperkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty dengan lelaki Cina. Namundemikian, generasi yang lahir ini kemudiannya turut berkahwin dengan kaumCina. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yangdipengaruhi oleh bahasa Cina

34 slanga Bahasa slang adalah variasi bahasa yang bercirikan kosa kata yang baru dan cepat berubah. Sering digunakan golongan muda Golongan profesional untuk komunikasi dalaman supaya tidak diketahui oleh orang lain Tidak formal Kata-kata baharu yang dihasilkan boleh lesap dengan cepat Contoh: cun, bengang, cau, tapau, jambu …

35 slanga Untuk menunjukkan identiti kumpulan
Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you

36 jargon Terminologi yang berkaitan dengan aktiviti tertentu, pekerjaan dan kumpulan penutur yang spesifik Bersifat setempat atau kumpulan sosial Dalam masyarakat kelas bawah Ada juga jargon yang dipanggil jargon teknikal- cth doktor dalam bilik bedah

37 DWIBAHASA Bloomfield (1933) dalam bukunya Language mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa dengan sama baiknya.  Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. Maksudnya, penguasaan terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya; jika bahasa keduanya kurang mahir juga dikira sebagai bilingualisme. Haugen (1961), tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. Seseorang bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memadai dengan memahaminya sahaja. Menurut Haugen lagi, mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing, akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya

38 kedwibahasaan Taraf kedwibahasaan: Di Singapura ada penutur yang dapat menggunakan kedua-dua bahasa dengan baik. Ada juga penutur yang boleh menggunakan bahasa Melayu dengan fasih tetapi bahasa keduanya tidak begitu baik.

39 Masyarakat Dwibahasa Dwibahasa fenomena sosial konsekuensi sosial dari heterogenitas bahasa 2 bahasa atau lebih Bagaimana Pemilihan dua bahasa itu? Faktor penentu bergantung pada - Domain Penggunaan Bahasa iaitu samasa dalam keluarga, persahabatan, keagamaan, pekerjaan atau pendidikan

40 Profil sosiolinguistik
Bahasa-bahasa yang digunakan dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa daerah, bahasa pendidikan dan sebagainya. Fungsi-fungsi yang dimainkan oleh bahasa-bahasa itu menggambarkan profil sosiolinguistik masyarakat itu.

41 Profil sosiolinguistik
Di Singapura bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris Inggeris merupakan bahasa dalam sistem pendidikan dan bahasa perhubungan dengan dunia luar. Bahasa-bahasa ibunda merupakan bahasa rasmi seperti bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Bahasa-bahasa lain berkembang mengikut minat sesuatu kaum. Di Indonesia dan Malaysia terdapat bahasa-bahasa daerah yang digunakan

42 Etnografi bahasa Etnografi adalah usaha untuk menjelaskan suatu budaya atau suatu aspek dari budaya. Secara lebih khusus, etnografi berusaha memahami tingkah laku manusia ketika mereka berinteraksi dengan sesamanya di suatu komuniti.

43 Sikap bahasa Sikap bahasa adalah posisi mental atau perasaan terhadap bahasa sendiri atau bahasa orang lain (Kridalaksana, 2001:197). Setiap masyarakat mempunyai pandangan tertentu mengenai sesuatu bahasa. Pandangan ini dikaitkan dengan sikap mereka yang menganggap bahawa ada bahasa yang dipandang tinggi dan ada bahasa yang dipandang rendah. Bahasa Inggeris dipandang tinggi sebab peranannya sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu pengetahuan. Kesetiaan terhadap sesuatu bahasa membolehkannya mempelajari bahasa itu walaupun ia tinggal di luar negeri.

44 Sikap bahasa Garvin dan Mathiot (1968) merumuskan tiga ciri sikap bahasa yaitu: Kesetiaan Bahasa (Language Loyalty) yang mendorong masyarakat suatu bahasa mempertahankan bahasanya dan apabila perlu mencegah adanya pengaruh bahasa lain. Kebanggaan Bahasa (Language Pride) yang mendorong orang mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Kesedaran adanya norma bahasa (Awareness Of The Norm) yang mendorong orang menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan yaitu kegiatan menggunakan bahasa (language use).

45 Sikap bahasa Ketiga-tiga ciri yang dikemukakan Garvin dan Mathiot tersebut merupakan ciri-ciri sikap positif terhadap bahasa. Sikap positif iaitu sikap kesungguhan terhadap penggunaan bahasanya (bahasa yang digunakan oleh kelompoknya/masyarakat tutur dimana dia berada). Sebaliknya jika ciri-ciri itu sudah menghilang atau melemah dari diri seseorang atau dari diri sekelompok orang anggota masyarakat tutur, maka berarti sikap negatif terhadap suatu bahasa telah melanda diri atau kelompok orang itu. Ketiadaan gairah atau dorongan untuk mempertahankan kemandirian bahasanya merupakan salah satu penanda sikap negatif, bahwa kesetiaan bahasanya mulai melemah, yang bisa berlanjut menjadi hilang sama sekali.

46 Perancangan bahasa merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden. Antaranya ialah : membuat keputusan dasar tentang bahasa menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa  mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa Badan Perancangan Bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia), Pusat Bahasa (Indonesia) dan Pusat Bahasa Melayu Singapura.

47 Kesantunan Bahasa Cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab Fenomena kesantunan berbahasa bergantung pada budaya masyarakat yang mengamalkannya Kesantunan positif – keinginan untuk mengekalkan hubungan yang baik dan menghargai kehendak orang lain Temasuklah keinginan untuk dihormati, diberikan perhatian, difahami Kesantunan negatif – keinginan individu untuk mempertahankan hak Hal ini temasuklah nmembenarkan setiap individu tidak disekat daripada melakukan hal masing-masing yang difikirkannya betul kerana setiap orang berhak untuk bebas dan tidak dihalang

48 CIRI KESANTUNAN BAHASA DALAM KONTEKS LISAN DAN TULISAN
Penggunaan ungkapan bertatasusila KONSEP Penggunaan kata ganti diri mengikut konteks dan situasi KESANTUNAN BERBAHASA CIRI KESANTUNAN BAHASA DALAM KONTEKS LISAN DAN TULISAN Penggunaan sapaan, gelaran, dan rujukan kehormat mengikut situasi Pengunaan intonasi dan gaya yang sesuai

49 KESANTUNAN Kesantunan (politiness), kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial

50 Kesantunan berbahasa Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

51 KESANTUNAN BAHASA MERANGKUMI
Pemilihan kata: Sesuai dengan - Situasi - Topik perbincangan - Hubungan penutur-pendengar (X bahasa mesra) Nada : rendah / lembut Gerak laku: lemah lembut Gaya dan ragam: tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak

52 Lihat contoh berikut: Pak Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah kendiri. Mak Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri.

53 Tok Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri. Abang Digunakan untuk orang lelaki yang lebih tua daripada sendiri dan juga tidak setua ayah sendiri.

54 Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang lebih tua daripada kendiri dan tidak setua emak sendiri. Adik Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

55 Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

56 ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mertua dan ipar. (Pak Mertua, Mak Mertua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mertua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

57 Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga
Keluarga rakyat biasa Sedarah (ayah, emak, abang, kakak, adik,along dll) Semenda Keluarga Diraja Patik Tuanku Baginda

58 Berdasarkan faktor: Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat
Pangkat / status Umur

59 Bahasa sapaan: berdasarkan pangkat/status
Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran Pergaulan Formal Gelaran keagamaan Gelaran Kurniaan Iktisas

60 Gelaran pergaulan formal
Pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan-sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan, kedudukan sosial atau sekatan sosial disebabkan sipenyapa belum begitu kenal antara satu sama lain. Orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan yang bergelar Haji, Doktor, dan Profesor Tuan Perempuan yang sudah bersuami Belum kahwin tetapi memegang jawatan Guru Besar / Pengerusi Puan Encik / Cik Sama seperti “tuan” Saudara / saudari Orang muda

61 Gelaran warisan Gelaran yang diwarisi sejak kelahirannya
Tengku / Engku Tuan Syed Wan Megat Abang Nik Awang Dayangku

62 Gelaran kurniaan kerajaan
Dianugerahkan oleh Kerajaan kerana berjasa Tun Toh Puan Tan Sri Datuk Sri Datin Sri Datuk Datuk Paduka Doktor Profesor Haji + + Nama Datuk Sri Dr Mahathir

63 Gelaran keagamaan Haji & Hajah Imam, Lebai & Bilal Orang yang telah
menunaikan Fardhu Haji Haji & Hajah Imam, Lebai & Bilal Petugas di masjid

64 Gelaran berdasarkan ikhtisas
Gelaran yang diperoleh kerana kejayaan dalam bidang ikhtisas atau akademik Profesor, doktor, cikgu, ustazah, ustaz dsb.

65 Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

66 Rujukan kehormat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

67 Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negar Yang Amat Setia Hakim, Kadi Yang Arif Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

68 ATURAN SAPAAN Peraturan sapaan semasa memberi ucapan: Memberi salam
Pengerusi / pengacara majlis Tetamu khas (VIP) Tetamu lain mengikut protokol Sapaan: Tuan-tuan, saudara saudari

69 Bahasa tubuh juga menunjukkan kesopanan / kesantunan seseorang

70 Kesantunan bahasa Eufemisme - Eufemisme merupakan penggunaan ungkapan yang lebih halus untuk menggantikan kata-kata yang dianggap kasar. Disfemisme

71 TABU Terdapat banyak perkara yang tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya, terutamanya di khalayak ramai. Antaranya ialah berkenaan dengan seks, fungsi badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis. Perkataan dan ungkapan yang ada hubungan dengan topik ini tidak boleh diucapkan dengan sesuka hati, dan tidak boleh ditulis, terutamanya dalam wacana sopan. Perkara yang menjadi pantang larang untuk dibicarakan secara terbuka disebut tabu bahasa. Kamus Dewan (1994 ) mendefinisikan tabu sebagai “sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan”.

72 EUFEMISME Oleh sebab itu, untuk dibicarakan atau dipercakapkan di khalayak, ada dua cara yang boleh digunakan, iaitu penggunaan eufemisme dan penggunaan sirkumlokusi. Eufemisme (euphemism) merupakan perkataan atau frasa yang lebih sopan dan halus sifatnya untuk menggantikan perkataan atau frasa asalnya yang sudah pun dianggap sebagai kasar dan keji, malah dilarang penggunaannya.

73 EUFEMINSME Contoh : Antaranya ialah kencing, berak, kentut, mati, jamban, babi, tahi, datang haid, beranak, pelacur, dan sebagainya. Eufemisme dapat mengatasi masalah ini dengan menggantikannya dengan buang air kecil, buang air besar, buang angin, meninggal dunia, bilik air, khinzir, uzur, bersalin, dan pekerja seks

74 DISFEMINSME Kebalikan daripada strategi eufemisme.
Strategi disfemisme memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama kata-kata kasar ini selalunya bertujuan untuk bergurau dan berjenaka. Unsur disfemisme banyak terdapat dalam pantun jenaka.

75 disfeminsme Muntah kedarah ( Makan ) Berlaki ( Bersuami )
Celaka ( Kutukan ) Anak haram ( Anak luar nikah ) Keparat, bedebah, sial ( Makian ) Kojol (mati) melepak

76 tma01 Question 1 (Total 50 marks)
Komunikasi merupakan proses penyampaian dan penerimaan maklumat secara lisan dan bukan lisan. Huraikan. (50 marks)

77 tma01 Question 2 (Total 50 marks)
Terangkan dengan memberi contoh-contoh tertentu mengenai perilaku dan penggunaan katakata beradab dan biadab dalam konteks kesantunan berbahasa. (50 marks)

78 perbincangan Kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu ada kaitan dengan kemahiran mendengar. Terangkan cara untuk memperlihatkan kesantunan berbahasa Melayu dan jelaskan perkara-perkara yang berikut: i. eufemisme ii. disfemisme

79 Terima kasih


Download ppt "MLL203 Teaching Listening and Speaking in the Malay Language Classroom"

Similar presentations


Ads by Google