Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah:

Similar presentations


Presentation on theme: "GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah:"— Presentation transcript:

1 GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah:
Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang

2 Perkara yang akan dibincangkan
5.1 Pengenalan kepada penulisan akademik Pengertian penulisan akademik Jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal, kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain. 5.2 Kejelasan dan Gaya Penulisan Pengertian/ Konsep Penggunaan bahasa formal Penulisan secara objektif Penulisan ayat yang jelas Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif Langkah-langkah dalam penulisan

3 Pengenalan kepada penulisan akademik
Dalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan sebagai formal dan tidak tidak formal. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999) Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan)

4 Pengenalan kepada penulisan akademik
Penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan. Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain.

5 Pengenalan kepada penulisan akademik
Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

6 Pengenalan kepada penulisan akademik
Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis. Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

7 Pengenalan kepada penulisan akademik
Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri. Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan daripada penulis lain yang mempunyai autoriti dalam bidang yang dibincangkan.

8 Pengenalan kepada penulisan akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; Pengumpulan data dan fakta Pengamatan data dan fakta Pemilihan data dan fakta Penggolongan data dan fakta Penafsiran data dan fakta Membuat kesimpulan umum

9 Pengenalan kepada penulisan akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; Membuat hipotesis Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris Penilaian; menerima atau menolak hipotesis Perumusan teori ilmu pengetahuan Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

10 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Antaranya ialah; esei ilmiah kertas kerja laporan kajian abstrak/ringkasan eksekutif/tesis/ disertasi

11 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Esei ilmiah  merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

12 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Kertas kerja  ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya

13 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Laporan kajian Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

14 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Tesis  Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. viva-você.

15 Pengenalan kepada penulisan akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Disertasi  Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você

16 Perbincangan Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak terlepas daripada membuat tugasan akademik sama ada dalam bentuk esei, kertas kerja, kertas projek dan tesis. Apakah pesamaan dan perbezaan antara bentuk-bentuk tugasan tersebut.

17 Kejelasan Dan Gaya Penulisan
Apakah konsep kejelasan?

18 Konsep Kejelasan (Clarity)
Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur,. Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, daripada kata-kata yang berbelit, dan panjang.

19 Gaya Penulisan Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut:
penggunaan bahasa formal yang tepat, bergaya formal dan bukan peribadi, pembinaan ayat yang jelas dan tepat, berhati-hati dengan pengunaan kata singkatan dan akronim, dan perkembangan idea / hujah secara logik dan sistematik.

20 Bahasa Formal Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna slanga atau bahasa sehari-hari. Penulisan akademik yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain.

21 Bahasa Formal Contoh: Informal:
Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan untuk mengetahui sama ada tindakan sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak. Formal : Pekerja sosial mengkaji sejarah pelanggan untuk menentukan sama ada intervensi yang sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

22 Bahasa Formal Secara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: Meminimumkan penggunaan perkataan ‘saya’ dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada menulis "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah pendekatan yang boleh terima .” kecuali dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya naratif....

23 Bahasa Formal Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti ‘mempertimbangkan’ daripada ‘melihat kepada’ Menggunakan ekspresi impersonal seperti ‘Ini menimbulkan....’

24 Bahasa Formal Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti ‘keprihatinan’ daripada ‘membimbangkan’ Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti ‘Itu begitu jelas’ (lebih baik menggunakan ‘nampaknya’), atau ‘hanya kerana’ (lebih baik menggunakan ‘diberikan berdasarkan’)

25 Bahasa Formal Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan ‘gender’ digunakan, daripada ‘lelaki atau perempuan.’

26 Bahasa Formal Informal Formal
Dengan begitu banyak doktor meletak jawatan di wad kecemasan, saya bimbang tentang rawatan pesakit di wad tersebut kelak Dengan kadar perletakan jawatan doktor yang semakin tinggi, terdapat kebimbangan tentang kapasiti hospital untuk memelihara nisbah doktor-pesakit yang mencukupi. Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Saya berfikir bahawa pendekatan ini tidak boleh diterima bahkan ia melanggar undang-undang. Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan gender. Dengan wujudnya undang-undang anti-diskriminasi gender, keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius.

27 Ekspresi/ Pernyataan Pendapat
Peribadi Penulisan Objektif Menurut pendapat saya... Saya percaya bahawa... Dalam pandangan saya ... Telah dikatakan bahawa... Beberapa penulis mendakwa ... Jelasnya, ... Jelas bahawa ... Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa ...

28 PENULISAN OBJEKTIF Agen atau Pelaku Bukan Agen atau Pelaku
Saya melakukan kajian ... Kajian ini dilakukan ... Saya mencadangkan untuk ... Dicadangkan untuk ... Dalam esei ini saya akan membahas ... Tulisan ini membahas ...

29 Penulisan Ayat Yang Jelas
Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus. Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan.

30 Perkembangan Idea Secara Logik
Koheren Dalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh. Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu.

31 Perkembangan Idea Secara Logik
Kohesi Dalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada: • Tahap ayat • Tahap perenggan • Tahap keseluruhan teks

32 Perkembangan Idea Secara Logik
Kohesi Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut: • berbagai-bagai struktur ayat • menggunakan tanda baca dengan betul • perenggan dibina dengan baik • penggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan • peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin.

33 Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan
Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak difahami atau diketahui oleh pembaca. Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tidak kira nama singkatan adalah terkenal atau patut diketahui oleh pembaca. Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik. Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan.

34 Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan
Selepas ini kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh teks. Walau bagaimanapun, kata singkatan tidak boleh digunakan dalam abstrak atau dalam tajuk. Where the patient exhibits these symptoms it is appropriate for the doctor to request an electrocardiagram (ECG). An ECG may help to establish… Adapted from Peat, J et al, (2002) Scientific writing, London: BMJ.

35 Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan
Bentuk Penuh mau mahu dlm dalam dgn dengan dr dari drp daripada dll dan lain-lain kpd kepada pd pada sbg sebagai spt seperti yg yang

36 Langkah-langkah Dalam Penulisan
Pemilihan masalah / topik penulisan Mengumpul maklumat atau data untuk penulisan Menyusun / mengorganisasi data untuk menghasilkan penulisan yang baik Meneliti hasil penulisan dengan membuat penambahbaikan Menyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

37 Sekian Terima Kasih

38 Penghargaan Zairinah Mohd Shukur Jabatan PIPK IPG Kampus Raja Melewar Norhayati Ayit Jabatan PM IPG Kampus Pulau Pinang Nurulhidayah Lucy Bt Abdullah Jabatan PIPK IPG Kampus Perlis Sajap Maswan Jabatan PIPK IPG Kampus Tuanku Bainun


Download ppt "GWP1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah:"

Similar presentations


Ads by Google