Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
ETIKA KERJA 55
2
KANDUNGAN Tuntutan terhadap etika kerja Pengertian etika kerja
Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika UPM Pemanfaatan teori etika dalam pembentukan Etika Kerja Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika KPM Aplikasi Etika Kerja di Sekolah dari Aspek Prinsip
3
Mengapa Terdapat Tuntutan Terhadap Etika Kerja
Produktiviti merupakan kata kunci untuk era globalisasi dan ICT Apabila sejumlah input dapat menghasilkan output yang lebih besar, maka pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi dianggap sebagai produktif Kita harus mengeluar/membekalkan perkhidmatan/barangan yang dapat memenuhi/melampaui keperluan pelanggan Perlu ada daya saing (competitiveness) untuk menjadi pusat kecemerlagan dalam pendidikan Akauntabiliti terhadap profesion dan perkhidmatan …
4
Kebimbingan terhadap beberapa gejala dalam senario pendidikan:
- Morale guru yang rendah - Tahap profesionalisme guru yang rendah - Pedagogi yang kurang sesuai Oleh itu kita memerlukan satu set etika kerja yang bukan sahaja memastikan kepatuhan pentadbir dan guru kepada piawai minimum yang telah ditetapkan, malahan melampaui keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan dalam pendidikan
5
Ramai Pegawai Muda Rasuah Laporan Utusan Malaysia 13-8-02
Penglibatan pegawai muda sektor awam dan swasta dalam gejala rasuah Statistik sepanjang lima tahun menunjukkan seramai 340 kakitangan yang berumur 16 – 30 terlibat dalam gejala ini (20% daripada keseluruhan kes rasuah di negara ini) Majoriti yang terlibat terdiri daripada pegawai bahagian penguat kuasa Persepsi Indeks Rasuah Antarabangsa (TI)– Dari tempat ke-23 kepada ke-37? Dapatkah kita mencontohi Finland – Negara Tahap rasuah pada tahap yang paling rendah!
6
Ikrar Pegawai Awam Malaysia
Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan…
7
Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan agama dalam menjalankan tugas
8
Pengertian Etika Kerja
Etika Kerja merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia (Kementerian Pelajaran Malaysia) …
9
…Pengertian Etika Kerja
Work ethic is a cultural norm that advocates being personally accountable and responsible for the work that one does and is based on the belief that work has intrinsic value Etika kerja dapat berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja Prinsip dan nilai yang terkandung di dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap warga organisasi.
10
Etika Kerja UPM Objektif
Menanamkan sifat positif dalam melaksanakan tugas yang diberi serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan cemerlang dengan memenuhi kehendak pelanggan dan organisasi Memberi sumbangan positif kepada negara.
11
Prinsip Etika Kerja UPM
Niat yang betul Perlakuan yang baik Penggerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Beradab Kekitaan, kesetiaan, syura, dan muafakat
12
Etika Kerja UPM Nilai Penyayang Amanah Berdisiplin Adil Bersih
Bertanggungjawab Berdedikasi Amanah Adil Benar dan telus Bijaksana Bersyukur Cekap, cepat dan tepat Ikhlas
13
Komitmen terhadap Organisasi
Kepercayaan terhadap matlamat dan nilai organisasi Kesanggupan untuk menjaga imej organisasi Keazaman yang kuat untuk menjadi anggota organisasi
14
Komitmen terhadap Profesion
Tidak mencemarkan nama baik profesion Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru Sentiasa mempertingkat kemajuan dari segi ikhtisas
15
For Your Thoughts! Kualiti yang mungkin dapat difikirkan:
Penghargaan terhadap profesion/kerja itu Setakat mana individu tersebut menanggung risiko untuk melucutkan jawatan yang dipegang? Semangat terhadap kerja Setakat mana individu tersebut sanggup melaksanakan sesuatu yang melebihi rakan sejawat? Kesungguhan terhadap kerja Setakat mana individu tersebut cuba melaksanakan kerja secara betul pada kali pertama Kesanggupan untuk menangguhkan keseronokan Setakat mana individu itu sanggup mengorbankan hari cuti dan sebagainya?
16
Work Ethics Cartoons
18
Prinsip Etika Kerja UPM Kekitaan, Kesetiaan, syura dan Muafakat
Menghargai pepatah Melayu :Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Bekerja dengan semangat berpasukan dan bersyura dalam membuat keputusan yang penting Berunding dan merujuk orang lain yang lebih mengetahui dalam menangani masalah yang besar Sentiasa bersemangat kekitaan dan setia
19
Nilai Bersih Etika Kerja UPM
Pertuturan tidak menyingung perasaan Pakaian sentiasa bersih dan kemas dan tempat kerjanya sentiasa tersusun Sentiasa memastikan harta yang diperolehi adalah bersih dan berpadanan dengan kedudukan dan kemampuan Sentiasa mengawal diri supaya tidak terjerumus dalam keadaan berhutang yang tidak terkawal sehingga mendorong kepada perbuatan keji seperti penipuan, penyelewengan atau rasuah
20
Pemanfaatan Teori Etika dalam Pembentukan Etika Kerja
Teori ‘Consequentialist’, Teori Kant dan Etika Keperibadian Mulia Setiap teori ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing untuk dijadikan sebagai panduan pembentukan etika kerja
21
Teori consequentialist dengan etika kerja
Membolehkan sesuatu organisasi memilih alternatif yang paling sesuai dari segi polisi dan keputusan untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ahli Mementingkan aspek altruisme (mementingkan orang lain). Dapat mengurangkan perasaan ego Membolehkan sesuatu organisasi membuat keputusan yang realistik
22
Contoh Teori Consequentialist
Benar Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama Bersyukur Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah Dedikasi Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan
23
Teori Kant dan Etika Kerja
‘Categorical imperative’ yang disarankan oleh Kant memberi panduan yang jelas kepada kita untuk membuat keputusan moral Teori ini mengambil kira niat dan perlakuan. Oleh itu, dapat mengelakkan amalan ‘matlamat menghalalkan cara’ Mengamalkan kebaikan sebagai satu kewajipan (duty)
24
Keperibadian mulia dan etika kerja
Nilai-nilai murni yang bersifat unggul dan sejagat kurang menimbulkan masalah kepada pendukung teori consequentialist dan teori Kant
25
Pendirian KPM terhadap Kewujudan Etika Kerja
Satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga KPM mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab; dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing
26
Matlamat Etika kerja KPM
Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertahankan kualiti kerja; Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara
27
Etika Kerja KPM Terdiri daripada dua komponen yang utama: Prinsip
Nilai
28
Prinsip Etika Kerja KPM
Etika kerja KPM perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Niat yang betul Perlakuan yang baik Pergerakan ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Berdisiplin dan beradab (Kekitaan, kesetiaan, syura dan muafakat – UPM Tambahan)
29
Prinsip Pertama: Niat yang betul
Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama selari dengan landasan berikut: Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif KPM Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara Memberikan sumbangan bermutu Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan (Mencari rezeki yang halal untuk menyara diri sendiri dan keluarga – Tambahan UPM)
30
Prinsip Kedua: Perlakuan yang baik
Melaksanakan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga KPM ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu warga KPM perlu: Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa Memberikan kepuasan kepada pelanggan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi (Ubahsuaian UPM: Menghasilkan kerja berkualiti yang secara berterusan, di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan)
31
Prinsip Ketiga: Pergerakan ke arah kebaikan
Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu warga KPM perlu: Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat Sentiasa berusaha menjadi pekerja terbaik (Tambahan UPM: Mempunyai kefahaman yang jelas dan benar berkaitan profesion masing-masing)
32
Prinsip Keempat: Memperkotakan apa yang dikatakan
Kita hendaklah sentiasa melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru setiap warga KPM hendaklah: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan
33
Prinsip Kelima: Berdisiplin dan beradab
Aktiviti berperaturan, mulia berdisiplin, dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga KPM yang cemerlang. Justeru setiap warga KPM hendaklah: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul
34
Nilai-nilai Etika Kerja KPM
Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Berdedikasi Ikhlas Penyayang
35
Nilai Pertama: Amanah Sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah adalah: Sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa penyelewengan dan cuai Bersifat jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan Menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi
36
Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya Bertanggungjawab melaporkan penylewengan dan penyelahgunaan kuasa
37
Nilai Kedua: Benar Benar pada niat dan perbuatan contohnya:
Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan Bercakap benar dan menepati janji Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama
38
Nilai Ketiga: Bijaksana
Menggunakan pemikiran dan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi Sentiasa mempertingkat ilmu, kepakaran dan profesionalisme
39
Nilai Keempat: Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya: Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau fitnah Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak putus asa Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan
40
Nilai Kelima: Dedikasi
Berminat dan rela berkorban masa dan tenaga berterusan dalam menghasilkan kerja berkualiti contohnya: Bekerja dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan, sentiasa sedia menerima tugasan dan sanggup berkorban masa dan tenaga Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti, ceria, tidak cuai dan merungut Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi
41
Nilai Keenam: Ikhlas Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya: Menerima tanggungjawab dengan rela hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak dari tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
42
Nilai Ketujuh: Penyayang
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat seperti: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melakukan tugas Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas
43
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH
44
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 1: Niat yang betul Guru perlu menjalankan tugas mereka berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Niat untuk mengajar semua pelajar Aspek nilai tambah perlu dititikberatkan untuk golongan pelajar yang ‘lemah’ Mengambil kira keperluan pelajar yang pelbagai Niat perlu diperbaharui mengikut perkembangan semasa dalam sistem pendidikan negara
45
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 2: Perlakuan yang baik Menerima cabaran untuk memberi kepuasan kepada pelanggan Menetapkan satu standard moral yang tinggi sepanjang masa
46
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 3: Penggerak ke arah kebaikan Pendidik perlu bersifat futuristik Berada di barisan hadapan dari segi perkaedahan Guru berkualiti melahirkan pelajar berkualiti Mengekalkan (sustain) kualiti dari semasa ke semasa Mengamalkan etika kerja yang mencirikan penambahbaikan secara berterusan
47
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 4: Memperkotakan apa yang dikatakan Guru menjadi model moral kepada pelajar Mematuhi piagam pelanggan sebagai satu kewajipan dalam melaksanakan tugas
48
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 5: Berdisiplin dan beradab Guru menjaga kesopanan mereka berdasarkan ajaran agama Akur kepada Perintah-perintah Am Kerajaan, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji dan Pekeliling Ikhtisas Mematuhi prosedur yang telah didokumentasikan seperti yang wujud dalam sistem kualiti ISO 9001:2000
49
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 1: Amanah Akauntabiliti guru terhadap pelajar, rakan sejawat, ibu bapa, ahli masyarakat dan negara Mengelakkan konflik kepentingan dalam menjalankan tugas Keterlibatan guru dengan aktiviti lain tidak menjejaskan keberkesanan prestasi kerja mereka
50
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 2: Benar Menunaikan obligasi moral yang tinggi dari perspektif ‘categorical imperative’ (universal dan tidak bersyarat) Melibatkan diri secara aktif dalam program pemajuan staf Mewujudkan organisasi pembelajaran (learning organization)
51
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 3: Bijaksana Tidak mencari jalan yang mudah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar Menunaikan tanggungjawab secara profesional
52
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 4: Bersyukur Tidak akan menganggap cuti sekolah yang dinikmati sebagai hak Tidak menabur fitnah disebabkan perasaan cemburu
53
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 5: Dedikasi Mendidik merupakan satu proses yang memakan masa untuk melihat kesannya. Oleh itu mereka seharusnya bersabar dan tidak merungut
54
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 6: Ikhlas Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka Pelajar yang akan membuat penilaian terhadap prestasi kerja guru
55
Aplikasi Etika Kerja KPM dari Aspek Nilai
Nilai 7: Penyayang Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga besar yang dipenuhi kemesraan Menghormati jati diri setiap pelajar
56
Soalan?
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.