Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byDevi Kusuma Modified over 6 years ago
1
Bahasa Melayu Abad ke-19 Bahasa Melayu abad ke-19 sering disebut sebagai bahasa Melayu zaman peralihan, iaitu peralihan daripada bahasa Melayu kuno menuju kpd zaman bahasa Melayu moden. Ia juga disebut sebagai bahasa Melayu zaman pramoden. Bahasa Melayu zaman peralihan tidak sama dengan zaman sastera Melayu zaman peralihan, kerana zaman peralihan bagi sastera yang berlaku ialah peralihan daripada sastera pengaruh hindu kepada sastera pengaruh Islam.
2
Penguasaan Barat Kedatangan barat ke kepulauan Melayu membawa banyak perubahan. Antara lain adalah:- a. Bahasa dan kesusasteraan Barat – Belanda, Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis dan Amerika. Bahasa-bahasa ini mempengaruhi bahasa Melayu terutama bahasa Inggeris di tanah jajahan Inggeris dan bahasa Belanda di tanah jajahan Belanda. b. Tulisan rumi. Tulisan ini diperkenalkan sejak dari dahulu lagi, tetapi hanya berkembang pesat sejak abad ke-19 terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. c. Teknologi barat yang moden. Pengaruh ini berkembang pada abad yang lalu seperti kapal api, kereta api dan senjata api.
3
d. Alat percetakan mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 yang menyebabkan banyak buku mudah diperoleh dan murah harganya. e. Majalah. Penerbitan majalah mula diperkenalkan daripada kebudayaan barat. Majalah mengandungi pelbagai maklumat, berita, iklan dll. f. Sekolah Melayu mula dibuka di samping pelbagai jenis sekolah yang lain terutamanya sekolah Inggeris. Sebelum itu dalam kalangan orang Melayu hanya ada pengajian di pondok atau di surau dan masjid.
4
g. Surat khabar juga diperkenalkan dalam masyarakat Melayu setelah wujudnya akhbar dalam bahasa Inggeris. h. Institusi pengajian untuk guru-guru yang bakal mengajar di sekolah-sekolah juga diperkenalkan untuk sistem pendidikan Melayu. i. Persatuan atau kelab mengikut cara barat diperkenalkan di Negara ini seperti Royal Asiatic Society di Benggala.
5
j. Sistem pentadbiran barat yang bercirikan pentadbiran secara moden mula diperkenalkan oleh penjajah barat yang menjajah negeri-negeri Melayu k. Perlembagaan bertulis yang ditiru dari barat seperti Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. l. Bentuk-bentuk tulisan surat khabar, majalah dan tulisan-tulisan laporan m. Penulisan buku-buku bacaan sekolah.
6
Antara pengaruh yang menyebabkan perkembangan bahasa selepas Perjanjian London 1824 ialah:
1. Alat cetak 1806 diperkenalkan di Pulau Pinang. Alat ini membantu urusan percetakan dan memperbanyak bahan-bahan bacaan, surat pekeliling kerajaan, borang-borang jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan termasuk hasil karya sastera. Pihak pengembang agama kristian telah menggunakan alat ini untuk mencetak bahan bahan bacaan agama Kristian, kitab-kitab Bible dll. Bagi menarik perhatian orang Melayu, bahan bacaan ini banyak dicetak dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. Antaranya:
7
a. Certera Hikayat Isa (1831)
a. Certera Hikayat Isa (1831). Sebuah tulisan tentang Nabi Isa mengikut kepercayaan orang Kristian, dicetak dengan menggunakan tulisan jawi. b. Risalah : bahawa hendaklah engkau menyembah Allah dan berbakti kepadanya sahaja. Tulisan tentang ajaran kristian yagn dicetak oleh Singapore Mission Press pada tahun Risalah ini dicetak banyak kali dan dicetak sebanyak 2000 naskhah setiap kali dicetak dengan menggunakan tulisan jawi. c. Surat mengeja bahasa Melayu bertulisan Jawi dicetak di Melaka pada tahun 1836 untuk kegunaan Sekolah Melayu dan orang yang berkepentingan.
8
d. Tamsil yakni perbandingan agama tuhan isa al-masih dengan agama Muhammad dicetak di Pulau Pinang pada tahun 1839 dengan menggunakan tulisan Jawi oleh Paderi Thomas Beighton. e. Puji-pujian Yakni Tahlil yang dinyanyikan oleh orang Masihi. Ditulis oleh Paderi Thomas Beighton dan dicetak di Pulau Pinang dgn tulisan jawi 1839 f. Kebangkitan al-Masih. Tulisan Paderi Thomas Beighton di Pulau Pinang dan dicetak tahun 1839 menggunakan tulisan jawi.
9
g. Risalah kristian, tulisan Paderi John Bunyan, dicetak di Pulau Pinang 1840 bertulisan jawi.
h. Bahawa ini puji-pujian yang dinyanyikan berbagai-bagai lagunya. Risalah ini dicetak di Singapura pada 1840 menggunakan tulisan jawi. i. Hikayat budak yang bernama Tom. Risalah Kristian tulisan Paderi Beighton, dicetak di Pulau Pinang 1840 (tulisan jawi)
10
2. Pembukaan sekolah-sekolah Melayu
1821 Penang Free School (sekolah Melayu di Pulau Pinang) telah dibuka. BM menjadi bahasa pengantar Disusuli dgn pembukaan sekolah Melayu lain spt di Teluk Belanga, Singapura (1856) yg dipelopori oleh Temenggung Daing Ibrahim Johor dan di Kampung Gelam Singapura (1856). 1884 Sekolah Melayu Kuala Kangsar dibuka. 1886 di Selangor ada 6 sekolah Melayu dibuka 1898 di Negeri Sembilan wujud 25 sekolah Melayu 1897 sekolah Melayu di Kedah dibuka 1903 di Kelantan dan 1915 sekolah Melayu dibuka di Terengganu.
11
3. Penerbitan Majalah Melayu
Bustan Arifin diterbitkan pada 15 R/awal 1236H bersamaan Januari 1821,di Melaka yg merupakan majalah Melayu pertama bertulisan Jawi dan diterbitkan oleh Pengembang Agama Kristian. Pengarangnya Paderi Claudius Thomsen dan dibantu oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Taman Pungatauan 1848 Pungutib Segala Remah Pungatauan 1858 Bintang Oetara di Rotterdam, Belanda Cermin Mata 1958
12
4. Penerbitan Akhbar Melayu
1856 wujudnya Soerat Kabar Bahasa Malaijoe di Surabaya, Jawa Timur. 1856 Soerat Chabar Betawie di Jakarta 1860 Selompret Melajoe 1860 di Semarang, Jawa Tengah 1862 Bientang Timoor di Surabaya 1863 Pertela Soedagaran di Surabaya 1864 Bintang Timor di Padang 1867 Biang-Lala di Betawi 1869 Alamat Lankapuri di Colombo, Sri Lanka 1876 Jawi Peranakan di Singapura
13
Hukum Kanun dan Perundangan
Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka telah ada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Tetapi pada zaman kemudian, iaitu dari abad ke-17 membawa ke abad ke-19 dan seterusnya ke abad ke-20, buku Hukum Kanun dan Perundangan bermunculan kerana wujudnya pelbagai negeri Melayu di Semenanjung, Sumatera, Riau-Lingga dan Kalimantan. Contoh bagi buku undang-undang tersebut ialah: a. Thamarat al-Muhimmah Di’afah li’l-Umara’ wa’l-Kubara li Ahli’l Mahkamah. b. Undang-undang Palembang c. Undang-undang Jambi. d. Undang-undang Pasumah e. Udang-undang Kedah f. Aturan dan Undang-undang dalam Pegangan Moko-Moko g. Peraturan Bambang dalam Negeri Bangka Hulu
14
h. Adat Raja-raja Melayu
i. Adat Aceh j. Undang-undang Sungai Ujong k. Undang-undang Adat dari Rembau l. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan m. Undang-undang Adat n. Undang-undang Minangkabau I – X o. Tambo Minangkabau dan yang lain-lain lagi. Dari buku undang-undang dan hukum kanun ini lahirlah perlembagaan moden dalam bahasa Melayu. Contoh yang utama ialah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang disusun dan disahkan pada tahun 1895, dan ia menjadi tiruan dan acuan bagi undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Semenanjung.
15
. Penubuhan Persatuan Pada tahun 1888 Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa atau Singkatannya Pa Ba Mim Pa Ba, telah ditubuhkan di Johor Bahru dengan dipimpin oleh Datuk Seri Amar Diraja Datuk Abdul Rahman Andak. Anggota-anggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan Johor. Inilah julung-julung kali persatuan bahasa Melayu yang ditubuhkan oleh orang-orang Melayu. Dalam abad ke-20 persatuan ini berubah namanya menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku dengan singkatan yang sama, dan selepas itu ia diberi anugerah Diraja (Royal) oleh DYMM Sultan Ibrahim, Johor. Persatuan ini banyak jasanya kepada bahasa Melayu kerana ia telah berusaha menggubal istilah-istilah Melayu terutama dalam pentadbiran moden, membuat perancangan bahasa seperti mengatur sistem ejaan Jawi, kaedah menulis surat kiriman, menyusun kamus Melayu (Buku Katan), mengatur tatabahasa Melayu - Buku Jalanbasa Melayu dan Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu, Perianbasa, Tanda-tanda bagi bacaan dan buku-buku yang lain. Di samping itu diterbitkan juga majalah yang menjadi lidah rasminya, iaitu Peredar yang sempat terbit sebanyak 25 keluaran.
16
Perkamusan Melayu Pada abad ke-19 penerbitan kamus Melayu semakin bertambah. Antara buku kamus yang terbit dalam abad ke-19 ini ialah: a. A Dictionary of the Malayan Language yang disusun oleh William Marsden (1812). Inilah kamus Melayu yang terbesar pada masa itu bahkan sehingga beberapa puluh tahun kemudian. Kamus ini kemudian diterjemahkan oleh C.P. Eliot ke dalam bahasa Belanda dan Perancis. b. A Dictionary of the Malay Language oleh J. Crawfurd (1852). c. A Dictionary of the Malay Language oleh Hugh Clifford dan F. Swettenham (1894). Kamus Melayu-Inggeris ini disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. d. Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1858) sebuah kamus ekabahasa Melayu yang pertama disusun oleh orang Melayu sendiri. e. Kamus Mahmudiyah yang disusun oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1894). Selain itu masih banyak lagi kamus yang disusun pada abad yang lalu terutama oleh orang-orang Belanda seperti P.P. Roorda Van Eysinga (1855), Klinkert, J. Pijnappel, Van der Turuk, H. Von de Wall dan lain-lain.
17
Buku Tatabahasa Pada abad ke-19 terdapat beberapa banyak buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh para pengkaji barat seperti orang-orang Inggeris, Belanda, Perancis dan juga oleh orang Melayu sendiri. Antara buku tatabahasa tersebut ialah: 1. A Grammar of the Malayan Language oleh William Marsden (1812). Buku tatabahasa ini dicetak bersama-sama buku kamus Melayu-Inggerisnya. 2. Bustan al-Katibin sebuah buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh Raja Ali Haji (1858). 3. Pemimpin Johor, sebuah lagi buku tatabahasa Melayu oleh Muhammad Ibrahim Munsyi (1877).
18
Selain itu masih banyak lagi buku tatabahasa Melayu yang ditulis oleh beberapa banyak pengarang barat seperti Eliot (1825/26) seorang Perancis, Abbe P. Favre (1876) seorang Perancis, P.P. Roorda van Eysinga (1939), J.J. De Hollander (1845), Pijnappel (1888), Klinkert (1879) dan lain-lain dari kalangan penulis-penulis Belanda dan yang lain-lain lagi. Pada abad ke-19 terdapat beberapa banyak penulis Melayu yang terkenal. Antaranya ialah: 1. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ( ) yang lahir di Melaka, bekerja di Singapura dan meninggal di Makkah. 2. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ( ). 3. Muhammad Ibrahim Munsyi (mgl. 1904) 4. Munsyi Syeikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi. 5. Munsyi Muhammad Said (pengarang Jawi Peranakan) 6. Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir (lahir 1865 meninggal dunia tahun 1913)
19
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, telah mengarang banyak buku dalam bahasa Melayu. Antara buku-buku karangan dan terjemahannya ialah Hikayat Abdullah, Syair Singapura Dimakan Api, Sejarah Melayu, Adat Raja-raja Melayu di Segala Negeri, Pancatandran, Kesah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Terengganu, Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah, Hikayat Kalilah dan Daminah dan lain-lain. Selain itu beliau juga menjadi pengarang majalah Bustan Arifin. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad telah melahirkan banyak hasil karya dalam bahasa Melayu.
20
Antaranya ialah: a. Tuhfat al-Nafis b. Silsilah Melayu dan Bugis c. Bustan al-Katibin d. Thamarat al-Mahammah e. Intizam waza’if al-Mahammah f. Kitab pengetahuan Bahasa g. Gurindam Dua Belas dan lain-lain
21
Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir lahir di Singapura (1865) dan bersekolah di Raffles Institution, Singapura. Beliau pernah bekerja sebagai Kerani, kemudian penterjemah, guru bahasa Melayu dan pengarang yang prolifik. Beliau dapat bertutur dan memahami bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Hindustan, Perancis, Arab, Parsi, Tamil dan Cina. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar Taman Pengetahuan dan telah menulis beberapa banyak buku Melayu seperti yang berikut: a. Kamus Mahmudiyah b. Ilmu Kejadian c. Kejadian Seluruh Anggota d. Ilmu Peladang e. Ilmu Bumi f. Hikayat tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca g. Pemimpin Pengetahuan h. Pohon Pelajaran i. Jalan Kepandaian
22
Kebanyakan buku ini dicetak pada akhir abad ke-19 dan digunakan di sekolah-sekolah Melayu sebagai buku teks dan buku bacaan dalam darjah. Demikian tentang beberapa pengarang Melayu yang wujud pada abad ke-19. A. Contoh-contoh teks bahasa Melayu Pramoden ialah: a. Buku Hikayat Abdullah b. Buku Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali Haji c. Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji d. Sya’ir Singapura Terbakar e. Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji.
23
Ciri-ciri Bahasa Melayu serta Perkembangan Bahasa Melayu pada Abad Ke-19, iaitu Zaman Peralihan atau Pramoden a. Gaya bahasanya masih mengikut cara lama iaitu bahasa Melayu klasik seperti penggunaan sahaya, arkian, kemudian daripada itu, Adapun, maka, sekalian, dan lain-lain. b. Fonem-fonem Melayu yang ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada bahasa Arab masih kekal. Di sini unsur Inggeris belum terlihat. c. Kata-kata istilah baru mula muncul terutama dalam pentadbiran moden seperti yang diamalkan di Johor pada zaman pemerintahan keluarga Temenggung Johor. Pada masa itu beberapa banyak istilah Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan.
24
d. Kata-kata daripada bahasa asing terutama Inggeris di Malaya dan Belanda di Indonesia mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti Kompeni, Gabenor, dan lain-lain. e. Majalah dan akhbar yang datang dari pengaruh Barat mula dimanfaatkan oleh orang-orang Melayu. Mereka telah mula menerbitkan bahan-bahan media cetak ini. f. Buku-buku Melayu sudah mula dicetak sama ada di Malaya, Batavia atau di Asia Barat: Makkah dan Istanbul serta Mesir.
25
g. Penulisan gaya laporan mula berkembang dalam arena penulisan bahasa Melayu, iaitu gaya kewartawanan. h. Pekerjaan sebagai pengarang akhbar dan majalah serta wartawan mula berkembang dalam dunia persuratkhabaran Melayu. i. Orang Melayu sudah menerima pendidikan bahasa Melayu secara formal di sekolah-sekolah Melayu dan juga Inggeris. j. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu. k. Buku-buku bacaan sekolah mula ditulis dalam bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.