Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Perkhemahan Bahasa Dan Budaya Bilik Persalinan.

Similar presentations


Presentation on theme: "Perkhemahan Bahasa Dan Budaya Bilik Persalinan."— Presentation transcript:

1 Perkhemahan Bahasa Dan Budaya Bilik Persalinan

2 Baju Tradisional Kaum Melayu
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional kaum Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang. Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Day One Objectives: Teachers will be able to understand the school’s philosophy, mission and vision. Teachers will be familiar with the existing teachers, layout of the school and its physical space. Teachers will be knowledgeable about the school’s standard operating procedures on administering of medicine and fire evacuation plans .

3 Baju Kurung dipakai oleh lelaki dan perempuan

4 Baju Kurung Perbezaan segi pemakaian bahagian kocek
lelaki mempunyai tiga kocek perempuan mempunyai satu kocek

5 Baju Kurung ‘Kurung’ membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam. Istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Bentuk baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan.

6 Baju Kurung Cekak Musang
Istilah ‘cekak musang’ ini berhubung langsung dengan bentuk lingkaran leher baju, Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri melingkari leher .

7 Baju Kurung Teluk Belanga
Baju kurung teluk belanga mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura. Ia dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.

8 Baju Kebaya Belah Panjang
Kebanyakan wanita Johor mengenakan baju kebaya ketika menghadiri majlis kerana baju belah kebaya panjang ini merupakan warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Bentuk baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan.

9 Baju Kebaya Belah Panjang potongannya labuh sehingga buku lali
dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’

10 Baju Kebaya Belah Panjang VS Baju Kurung
Baju belah kebaya panjang berbelah dan berpesak di hadapan. Ia bertangan panjang , berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

11 Perhiasan Tradisional
Baju Melayu

12 Tanjak Tanjak, tengkolok, atau destar, merujuk kepada kain ikat kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. pakaian kebesaran adat istiadat Raja-Raja Melayu simbol kemuliaan dipakai bersama baju Melayu, kain samping, keris, dan capal DAHULU – senjata dan alat pelindung diri bagi orang kebanyakan digunakan untuk melibas bagi mengelak hunusan senjata KINI – majlis-majlis rasmi atau kebesaran perhiasan dalam busana pengantin.

13 Samping Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama baju Melayu.
simpulan -tanduk atau bunga tali pinggang digunakan pending dipasangkan menjadi kepala tali pinggang samping dipakai di sebelah dalam di bawah baju kurung Teluk Belanga - kain samping dagang dalam.

14 Cara Mengikat Samping Cara-cara mengikat samping:
Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis. Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan. Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.

15 Sanggul Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki  rambut panjang, dianggap mempunyai sifat yang feminin. Cucuk sanggul digunakan untuk memegang sehingga rambut panjang mereka dalam sanggul di belakang kepala mereka.  Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau perak. Penyemat  atau cucuk sanggul ini biasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh pengantin perempuan dan penari tradisional.

16 Dokoh Dokoh ialah aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher .
tiga atau lebih tingkat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. digayakan dengan pemakaian baju kebaya alat perhiasan pasangan pengantin penggayaannya bersama baju kurung menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini

17 Kerongsang Kerongsang yang digunakan semasa memakai baju kebaya labuh atau kebaya pendek. kerongsang orang Melayu bermotif daun dan bunga ataupun bulan sabit berbintang tengah digunakan oleh pengantin lelaki untuk menghiasi songkok

18 Terima Kasih


Download ppt "Perkhemahan Bahasa Dan Budaya Bilik Persalinan."

Similar presentations


Ads by Google