Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published bySugiarto Tan Modified over 6 years ago
1
Konsep Pengajaran & Pembelajaran Awal Kanak-kanak
AHMAD ZAKIYON ISMAIL
2
Fokus dalam Pembelajaran Berasaskan Konstruktivisme:
Pembelajaran dilakukan oleh kanak-kanak sendiri (Orang lain tidak boleh belajar untuknya); pembelajaran adalah tanggungjawab sendiri
3
Fokus dalam Pembelajaran Berasaskan Konstruktivisme:
Pembelajaran berlaku semasa kanak-kanak cuba memahami alam persekitaran mereka. Pembelajaran berlaku bila kanak-kanak membina pengetahuan
4
Pembelajaran Satu proses interaksi antara kanak-kanak dengan persekitarannya. Persekitaran ini terdiri daripada: rakan sebaya orang dewasa alam sekitar
5
Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Peringkat (Developmentally appropriateness)
6
Setiap kanak-kanak melalui peringkat perkembangan yang sama tetapi pada kadar yang berlainan
Pada masa yang sama, setiap kanak-kanak mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan unik
7
Peringkat perkembangan kanak-kanak Piaget
Sensorimotor (0-2 tahun) Operasi konkrit (2 – 11 tahun) Operasi formal (11 ke atas)
8
Susah nak ngajar bebudak kan?
Perlu banyak kreativiti… Sabar je la… Bermain… Menyanyi… Kalau nyanyi tu biarlah penuh perasaan dan ada gaya barulah seronok kan?
9
Belajar Sains
10
Kanak-kanak adalah naturally curious
Kanak-kanak adalah naturally curious. Semua objek di alam sekitar boleh menjadi permainan mereka.
11
Kanak-kanak adalah ahli sains secara semula jadi, mereka menerokai persekitaran melalui pemerhatian dan percubaan (experimentation).
12
A child’s world is fresh and new and beautiful, full of wonder and excitement. It is our misfortune that for most of us that clear-eyed vision, that true instinct for what is beautiful and awe-inspiring, is dimmed and even lost before we reach adulthood by Rachel Carson (1956) A Sense of Wonder
13
Sebagai produk, Sains merupakan satu bidang pengetahuan(body of knowledge) berkenaan dengan alam fizikal dan semula jadi. Bidang pengetahuan Sains ini telah memanfaatkan kehidupan manusia di dunia ini.
14
Sains mempamerkan sifat meneroka, memerhati, dan mengeksperimen
Sains mempamerkan sifat meneroka, memerhati, dan mengeksperimen. Sains melibatkan inkuiri iaitu penerokaan yang aktif ‘finding out’
15
Adalah penting kanak-kanak dilibatkan dalam proses sains kerana kemahiran yang dipelajari melalui proses inkuiri sains ini memanfaatkan mereka dalam mempelajarai bidang lain dan dalam kehidupan mereka sepanjang umur
16
Penerokaan yang aktif melibatkan:
Membuat pemerhatian Contoh: memerhati perubahan suhu, angin, awan, warna, bentuk, tekstur, bau Menanya soalan Contoh: Apa yang akan tenggelam? Di manakah kita boleh jumpa sarang burung? Membuat perbandingan Bekas manakah yang mempunyai paling banyak air? Tumbuhan mana yang paling tinggi? Mengelaskan Kumpulkan daun-daun dan asingkan daun yang permukaannya licin di satu longgokan dan permukaan yang kasar di longgokan yang lain Berkomunikasi Ceritakan bagaimana blok anda tidak terjatuh? Lukis satu gambar taman di rumah anda. Ceritakan tentang kucing di rumah kamu.
17
Penerokaan aktif akan mengembangkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat murid iaitu kebolehan membuat pemerhatian yang jitu, menanya soalan, membuat perbandingan, membuat pengelasan dan berkomunikasi
18
Sebagai fasilitator dan mediator, guru:
membimbing murid untuk memerhati objek, peristiwa, perlakuan yang biasa membekalkan bahan yang menarik untuk diterokai atau dimainkan menggalakkan murid menanya soalan semasa mereka memaipulasikan bahan itu untuk mencari jawapan kepada soalan yang muncul dalam otak mereka, contohnya semasa murid merasakan jenis tanih yang berlainan, mereka mungkin akan menanya kenapa ia berbeza menunjukkan minat terhadap bahan yang murid sedang menerokai
19
Bagaimana nak menunjukkan guru berminat ke atas apa yang diterokai murid?
Menanya soalan Mempamerkan sikap “mari kita …….”(“let’s find out”) yang merupakan asas dalam pembelajaran sains Menunjukkan enthusiasm, murid akan turut dirangsangkan untuk meneroka
20
Penerokaan Penerokaan terbuka Penerokaan terbimbing
21
Langkah yang lazim berlaku semasa penerokaan terbuka
Penerokaan ke atas bahan yang difokuskan (experimentation) kesemua deria digunakan: penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau mungkin rasa(mesti setelah mendapat kebenaran daripada guru) Keperluan perbendaharaan kata yang berkaitan Guru memperkenalkan perbendaharaan melalui soalan seperti: Bolehkah kamu beritahu apa ini? Bagaimana kamu boleh buat itu? Pengenalpastian masalah Guru memperkenalkan masalah dengan menggunakan soalan yang murid tanya Mencari jawapan atau menyelesaikan masalah
22
Guru perlu memerhati murid dan menanyakan soalan ke arah membimbing murid lebih memahami perkara yang murid sedang menerokai
23
Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menceritakan apa yang mereka sedang melihat, berfikir, melakukan, akan melakukan atau apa jua persoalan yang ada dalam minda mereka
24
Contoh aktiviti Bermain dengan jenis tanih yang berlainan dan tanya soalan seperti ‘Apa bezanya antara tanih ini? Apa jadi jika saya tuang air ke dalam air ini?’ Memerhatikan daun yang berlainan bentuk Melukis bayang-bayang pokok pada masa yang berlainan Memerhatikan semut bergerak Mendengar bunyi burung Menanam bunga Memerhatikan footprints Memain peranan “Apa akan berlaku jika anda seekor semut?” “Apa akan berlaku jika tiada cahaya? Berjalan disekeliling sekolah untuk memerhatikan jenis-jenis pokok Memerhatikan perubahan cuaca Bermain dengan magnet
25
Membuat pembinaan dengan menggunakan blok dan bahan lain
Membina sebuah sekolah Membina satu gerai ikan Membina satu jambatan Membina satu zoo Membina satu tempat yang murid baru melawat Membina satu permainan pergerakan obstacle Dalam aktiviti pembinaan ini, konsep seperti saiz, tinggi, berat, ruang, arah, seimbang, sama, lain, stabil boleh diperkenalkan
26
Mari kita belajar Matematik
27
Kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun
28
Penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku kerja atau tugasan kertas dan pena; kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik mereka melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life.
29
Konsep matematik sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian; gunakan peluang-peluang sebegini untuk mengajar konsep matematik kepada kanak-kanak.
30
Contoh masa dimana konsep matematik boleh dikembangkan
Mengambil kedatangan Berapa orang yang ada? Jika kita ada 20 orang, sekarang baru ada 15 orang, berapa lagi murid yang belum datang? Masa makan Satu orang satu cawan Masa aktiviti Cerita yang menggunakan nombor, lagu yang berhythm, bina kalendar minggu Kongsi blok antara dua murid, berapa blok yang mereka dapat Konsep lebih daripada, kurang daripada Masa aktiviti fizikal Mengira bila memanjat tangga, menhitung bila melantun bola, menghitung semasa main lompat-lompat tali Masa ke tandas Kita ada 3 sinki tetapi 4 kanak-kanak di sini, berapa orang kena menunggu? Masa memasak Berapa sudu gula dimasukkan ke dalam bekas?
31
Pengalaman awal dalam konsep matematik membina asas kepada pemikiran matematik pada peringkat tinggi.
32
Membiasakan kanak-kanak dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka bila mereka dewasa kelak
33
Aktiviti 1: Permainan paten
Anda diberi satu set paten yang mengandungi pelbagai saiz dan warna. Sila bina aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid menggunakan set paten ini kearah pembinaan konsep matematik.
34
Aktiviti 2: Permainan dadu
Anda diberi sekeping kertas mahjung dan dua biji dadu. Buatkan petak-petak yang sama ukuran atas kertas mahjung itu. Sila rekabentuk aktiviti/permainan menggunakan bahan ini untuk memberi pengalaman kepada murid dalam pengumpulan data dan seterusnya membina pemahaman mereka kearah penhasilan carta/geraf.
35
Aktiviti 3: Menguntai straw
Anda diberi straw, tali, benang kasar, fikirkan aktiviti/permainan untuk membina konsep pola.
36
Aktiviti 4: Membuat pemerhatian dan pengelasan
Anda diberi pelbagai jenis daun. Sila fikirkan aktiviti/permainan untuk meningkatkan kemahiran memerhati dan mengelaskan.
37
Di peringkat prasekolah aktiviti mengembangkan kemahiran sains dan matematik diajar secara berintegrasi dengan bidang lain
38
Contoh integrasi: Pokok
Memerhati tentang pokok Mengira benihnya Perbandingan antara benih Daun dan kulit pokok digunakan dalam kraf tangan dan lukisan Create a tree diary Ranting digunakan dalam pembinaan Drama dan nyanyian dan lain-lain
39
Contoh: Air Memerhati air menyejat Membaca buku cerita tentang air
Menyiram pokok: Air diperlukan oleh tumbuhan Campurkan air dengan semua jenis cecair: susu, jus limau, minyak, sabun, madu Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan Perbincangan tentang ‘Semasa hujan mana air pergi?’ Air dalam bekas yang berlainan bentuk Bermain dengan air Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.