Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byErlin Salim Modified over 6 years ago
1
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL LATIHAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS TAHUN 2016 AMALAN PEDAGOGI ABAD KE 21 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
PELAKSANAAN PdP ABAD 21 RPH / STORY BOARD SUSUNATUR KELAS ALATAN/
BBM / SBC AKTIVITI MURID – KOLABORASI PEMBENTANGAN HASIL KERJA MURID PENILAIAN HASIL KERJA MURID PAMERAN HASIL KERJA MURID PENCERAPAN PdP OLEH PENTADBIR PEMANTAUAN (LEARNING WALK)
6
fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:
Murid duduk dalam kumpulan (4-6 orang). Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis. Sudut PUNCH CARD. Sudut Parking Lot. Sudut Hasil Kerja Murid. Sudut Maklumat. Ruang Santai. Bahan bantu belajar (mini whiteboard, scoreboard, marker, traffic light, post it, marker, pensel warna, gunting, salotape, kertas a4, kertas mahjong, model)
7
PEMBELAJARAN KOPERATIF & KOLABORATIF
8
PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Pembelajaran Kolaboratif adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid-murid bekerja dalam kumpulan untuk menerokai suatu persoalan tertentu atau mencipta satu projek yang bermakna. Contohnya, sekumpulan pelajar yang berbincang tentang sesuatu topik diajar di sekolah atau murid dari sekolah berlainan berkongsi maklumat tentang satu tugasan.
9
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif adalah satu jenis pembelajaran kolaboratif yang khusus. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar bekerjasama di dalam kumpulan kecil melakukan aktiviti yang berstruktur. Setiap individu bertanggungjawab melakukan tugas masing-masing. Hasil kerja mereka dinilaikan. Kumpulan pembelajaran koperatif bekerjasama dengan bersemuka satu sama lain.
10
KOPERATIF KOLABORATIF
PERBEZAAN KOPERATIF KOLABORATIF Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkahlaku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.
11
KOPERATIF KOLABORATIF
PERBEZAAN KOPERATIF KOLABORATIF Pergantungan positif setiap ahli kumpulan dalam menentukan kejayaan pasukan. Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.
12
KOPERATIF KOLABORATIF
PERBEZAAN KOPERATIF KOLABORATIF Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif. Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.
13
Social Skills Kemahiran Sosial
Model Johnson & Johnson Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru perlu mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kepimpinan Membuat keputusan Membina kepercayaan Komunikasi Pengurusan konflik
14
Murid bergilir-gilir memberi pendapat secara berpasangan
Contoh: • Senaraikan kata sifat untuk menggambarkan sesuatu watak. • Senaraikan elemen-elemen. • Kongsikan langkah-langah eksperimen • Ceritakan peristiwa yang berlaku dalam sebuah cerita.
15
Secara berpasangan, murid berkongsi pendapat dengan rakan untuk satu jangkamasa yang telah ditetapkan. Kemudian, mereka bertukar peranan. Contoh: • Apakah perkara yang telah anda pelajari? • Apakah teknik penulisan yang sesuai digunakan?
16
Murid duduk dalam kumpulaan berempat atau berenam.
Salah seorang dilantik menjadi jurutulis. Kumpulan diberi tugasan yang memungkinkan banyak jawapan. Setiap murid memberi jawapan dan jurutulis menulis jawapan. atau Setiap murid menulis jawapan dalam sehelai kertas dan memberi kertas tersebut kepada ahli kumpulan di sebelahnya. Setiap ahli kumpulan menulis jawapan dalam kertas tersebut. Pada akhir aktiviti, mereka boleh berkongsi maklumat dan mencari kesimpulan atau penyelesaian.
17
Secara berpasang, murid bergilir peranan sebagai orang yang bertanya dan orang yang memberi bimbingan. Berguna dalam pengajaran proses dan prosedur Matematik – langkah demi langkah Mengubah titik perpuluhan kepada pecahan
18
Murid berdiri, angkat tangan dan cari pasangan untuk berbincang.
Struktur ini sesuai untuk pembinaan kumpulan, pemprosesan dan menilai semula maklumat, mengaktifkan kelas, permulaan dan penutup.
19
Murid duduk berpasangan.
Turn to Your Neighbour Murid duduk berpasangan. Pada masa-masa tertentu sepanjang kelas, suruh murid berpaling ke arah jiran sebelah untuk berbincang hal yang sedang dipelajari. Murid boleh membuat sumbangsaran, perbandingan atau memastikan pemahaman sesuatu pembelajaran.
20
Think Pair Share Setiap ahli kumpulan “fikirkan” tentang satu soalan daripada apa yang mereka telah belajar Kemudian, mereka “berpasangan” dengan seorang ahli kumpulan untuk membincang respon. Akhirnya, mereka “berkongsi” apa yang telah mereka pelajari dengan seluruh kumpulan.
21
Murid berbincang dalam “kumpulan” satu masalah.
Team Pair Solo Murid berbincang dalam “kumpulan” satu masalah. Contoh : sumbangsaran perbendaharaan kata tentang alam sekitar Murid berbincang dengan “pasangan”. Contoh : pilih perkataan yang paling sesuai untuk tugasan diberi Murid menulis (tentang alam sekitar) “bersendirian”
22
Tampal 4 jawapan kepada sudut bilik darjah.
Four Corners Tampal 4 jawapan kepada sudut bilik darjah. Kemukakan murid satu soalan betul/salah dan minta mereka berdiri di hadapan jawapan yang mereka fikir betul. Setiap kumpulan terangkan kenapa mereka fikir jawapan tersebut betul.
23
Kemukakan soalan pendapat kepada murid.
Terangkan bahawa 1 mewakili sangat tidak setuju dan 10 mewakili sangat setuju. Minta murid berdiri di tempat dalam barisan yang paling tepat menggambar kan pendapat mereka. Minta setiap kumpulan untuk mempertahankan posisi masing-masing. Value Line
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.