Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
UNIT 4 Globalisasi dan Kualiti Hidup
2
Definisi dan ciri-ciri globalisasi
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat memahami; 1 Definisi dan ciri-ciri globalisasi 2 Kesan globalisasi terhadap kualiti hidup 3 Kesan globalisasi terhadap gaya hidup
3
STORY TO PONDER: Princess Diana's death.
An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, driving a German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish whiskey, followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an American doctor, using Brazilian medicines!And this is sent to you by an American, using Bill Gates' technology Which he enjoyed stealing from the Japanese. And you are probably reading this on one of the IBM clones that use Taiwanese-made chips, and Korean-made monitors, assembled by Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by lorries driven by Indians, hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, trucked by Mexican illegal aliens, and finally sold to you. IS IT THE TRUEST DEFINITION OF GLOBALIZATION?
4
DEFINISI Jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui batasan, bukan shj sempadan fizikal spt politik, tetapi juga bukan fizikal spt idea atau muzik. (Mohd Taib Osman, 2004) Salingkait aktiviti manusia pada skala global, termasuklah aliran modal dan pekerja, teknologi, kemahiran, idea dan nilai antara sempadan negeri dan negara, tetapi tiada negara ataupun bangsa boleh mengawalnya.
5
Waters (1995) mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses pemampatan masa dan ruang dalam setiap hubungan sosial. Proses ini menyebabkan dunia seolah-olah satu pasaran yang tiada sempadan yakni aktiviti pengeluaran yang saling bergantung, masyarakat menggunakan barangan yang sama dan bertindak balas pada satu rangsangan yang serupa.
6
Lima jenis skop perhubungan global
pergerakan orang dari satu negara ke negara yang lain. Pelancong, pendatang, pelarian, buruh kasar dan mahir. Fizikal Manusia pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang, pertukaran stok, dan pasaran komoditi. Kewangan
7
perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik.
Cth: “Green Peace” telah menjadi gerakan alam persekitaran global. Isu hak asasi manusia Idea penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio. Media perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh dunia. Cth: “Revolusi Hijau” - memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara membangun. Teknologi
8
Ciri-ciri globalisasi
1 Imej pembaratan-modernisasi Perluasan konsep Barat ke dunia bukan Barat. Melibatkan teknologi saintifik, teknologi industrial, sistem kerajaan, budaya dan konsep dari dunia Barat Penguasaan negara Barat yang membangun dan syarikat gergasi transnational bagi mengeksploitasi ekonomi negara membangun. 2 Integrasi pasaran dan teknologi membolehkan capaian seluruh dunia oleh individu, syarikat dan negeri-negara yang lebih jauh, lebih pantas, lebih mendalam, lebih murah. Pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan modal merentasi sempadan
9
3 4 Pengembangan (expansion) jaringan, susunan kehidupan sosial
Pensejagatan/ Penyatuan masyarakat dunia. Pengembangan (expansion) jaringan, susunan kehidupan sosial pertumbuhan keprihatinan di peringkat global. Kebergantungan antara negara. Apa yang berlaku di sesebuah negara semakin berkait dengan apa yang berlaku di negara-negara lain sehingga dunia menjadi satu sistem pasaran yang saling bergantungan. 4 Transformasi penyebaran amalan, nilai, teknologi dan produk, apabila amalan global semakin mempengaruhi kehidupan manusia, apabila dunia menjadi fokus atau tempat untuk membentuk aktiviti manusia.
10
Punca wujudnya globalisasi
Sistem komunikasi yang semakin canggih, pantas dan berkesan dalam menghubungi seluruh pelusuk dunia. Sistem pengangkutan yang semakin maju membolehkan pergerakan (mobiliti) manusia dan barangan dari sesebuah negara (tempat) ke negara (tempat) lain menjadi tiada halangan. Sistem/institusi kewangan antarabangsa yang membenarkan urusniaga kewangan 24 jam. Wujudnya perjanjian-perjanjian perdagangan yang mengurangkan sekatan-sekatan perdagangan.
11
Penglibatan peranan kerajaan dalam pengeluaran dan pemprosesan barangan dan perkhidmatan semakin berkurangan akibat dasar penswastaan. Bilangan buruh dan mobiliti buruh semakin senang dan bebas. Kemahuan kepada sistem kapitalis atau pasaran bebas
12
APAKAH KESAN GLOBALISASI TERHADAP KUALITI HIDUP?
POSITIF NEGATIF
13
…ke atas Kualiti Hidup berdasarkan Indikator IKRM
GLOBALISASI Perumahan Pendidikan Persekitaran kerja Alam sekitar Liburan Kebudayaan Kesihatan Keluarga Penyertaan sosial Keselamatan Awam Tadbir urus Pendapatan & pengagihan Komunikasi Pengangkutan
14
1. Ekonomi (Pendapatan & Pengagihan)
Penekanan terhadap: LIBERALISASI EKONOMI - Mengamalkan dasar ekonomi terbuka. PERDAGANGAN - manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah PELABURAN - berlaku melalui pelaburan langsung, di mana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus di mana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain.
15
Memberi banyak peluang MEMBERI BANYAK SAINGAN
16
KESAN POSITIF TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM ASPEK EKONOMI
1- Memberi banyak peluang kepada individu & negara Telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Peningkatan dalam pelaburan asing. Ini dapat meningkatkan pencabahan ekonomi dan memberi banyak peluang pekerjaan. Merapatkan jurang ekonomi di antara negara. Penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam aspek perdagangan, kewangan dan pelaburan Firma tempatan boleh menjadikan globalisasi sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. Meningkatkan daya saing peniaga tempatan.
17
Pasaran global memberi banyak pilihan kepada pengguna
Kualiti dan harga yang rendah adalah garis asas, tetapi produk dibuat dan disesuaikan dengan pasaran (market niches) secara meluas Syarikat mestilah peka secara budayanya kepada kehendak, reka bentuk, dan penghantaran yang sesuai Mengurus secara silang budaya, kumpulan yang pelbagai bangsa, & rakan global adalah asas untuk kejayaan “Kami akan menghasilkan produk yang anda mahu dan harganya sesuatu yang anda ingin bayar” Pengguna dapat menikmati barangan dengan harga yang lebih murah dan berkualiti lebih baik.
18
KESAN NEGATIF TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM ASPEK EKONOMI
Penjajahan ekonomi Kemasukan pelaburan transnational meninggalkan kesan negatif terhadap akaun imbangan pembayaran akibat pengaliran keluar keuntungan. Mobiliti modal yang tidak terkawal boleh mengancam ekonomi negara. Pencapaian kualiti yang baik dan status negara maju haruslah datang daripada pelabur tempatan dengan komitmen kerajaan bukannya pemodal transnational negara maju.
19
Penguasaan negara kaya ke atas negara miskin
Sumber: United Nations Development Programme, 1992 Pendapatan terkaya global dimonopoli oleh 20% golongan terkaya dunia iaitu sebanyak 82.7%. Ini menunjukkan pengagihan yang tidak sekata di antara negara. Populasi Pendapatan 20% pertama terkaya 82.7% 20% kedua terkaya 11.7% 20% ketiga terkaya 2.3% 20% keempat terkaya 2.4% 20% termiskin 0.2%
20
Dalam era globalisasi, negara maju menggunakannya
sebagai satu cara untuk mengeksploitasikan; i) sumber bumi negara lain yang ada prospek yang cerah. ii) tenaga buruh yang murah di negara lain. ‘sweat shop’
21
Globalisasi boleh meruntuhkan empayar ekonomi negara
Krisis kejatuhan mata wang atau kegawatan ekonomi merupakan satu contoh kelemahan sistem liberalisasi yang di bawa oleh globalisasi. Semua negara terjejas apabila berlaku kegawatan di peringkat global. Kesan adalah lebih besar terutama kepada penduduk di negara membangun.
22
Saingan sengit kepada syarikat tempatan
Syarikat tempatan menghadapi masalah untuk bersaing dari segi kemampuan kewangan mahupun penggunaan teknologi canggih. Perubahan sistem pengedaran di Malaysia di mana peruncit global seperti Tesco dan Carrefour menawarkan harga yang rendah dan menghapuskan fungsi orang tengah dan pemborong tempatan. Pengeluar besar seperti Nestle mungkin beralih arah ke peruncit global dan menyukarkan peruncit tempatan untuk bersaing. Tidak mustahil satu hari nanti, syarikat transnational ini akan mengambil alih tunggak pengurusan sistem pengedaran perdagangan di Malaysia.
23
Lambakan barang yang tidak menepati standard
Negara maju mengambil kesempatan – memasarkan “rejected goods” ke negara miskin atau negara sedang membangun Lambakan barang yang mungkin memudaratkan dan merbahaya serta tidak mengikuti piawaian antarabangsa.
24
2. Perhubungan dan komunikasi
Pembangunan satu infastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempanan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti internet, komunikasi satelit dan telefon Cth: Perbualan PM dengan angkasawan negara
25
KESAN POSITIF 1. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan hasil drpd teknologi baru, komunikasi dan maklumat -- Perkongsian maklumat dapat membantu kemajuan negara. 2. Komunikasi dan perhubungan yang lebih mudah dan murah - Hubungan dengan negara lain meningkat. 3. Homogenization of media. Terdapat pelbagai bentuk media - radio, satelit, televisyen, Internet.
26
Ketidak adilan dalam Aliran Maklumat Global
KESAN NEGATIF Ketidak adilan dalam Aliran Maklumat Global - ketidakseimbangan kuantiti maklumat - kesilapan pembentangan 2. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna dan sukar dipastikan kebenarannya. Banyak bahan-bahan lucah boleh diperolehi di Internet. Tiada batasan dalam mengeluarkan pendapat dan idea. Defamation/ Fitnah berleluasa dan berlaku pada skala global
27
3. Pendidikan KESAN POSITIF
Pendidikan boleh dilakukan dengan jarak jauh. 2. Pembinaan Lebuh Raya Multi Media, Universiti Multi media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik – langkah bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggUnakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas dan kehidupan harian. Perkongsian ilmu pada skala global. Wacana, dialog boleh dilakukan di antara negara.
28
KESAN NEGATIF Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
29
4. Kesihatan KESAN POSITIF
Isu kesihatan adalah isu global. Penyakit senang merebak di antara negara dengan negara yang lain. Kajian bersama dilakukan untuk mencari penawar bagi penyakit. Teleperubatan telah wujud dengan kemajuan teknologi. Ini membolehkan pesakit mendapat rawatan dari doktor pakar tanpa pergi ke sana. Kepakaran perubatan boleh dieksport tanpa mereka berpindah ke negara tersebut.
30
KESAN NEGATIF Kesihatan dianggap satu barang yang boleh didagangkan sedangkan sebelum ini ia dianggap sebagai keperluan asas. Penswastaan berlaku dalam sektor ini kerana banyak pelaburan asing yang ingin melabur. Kesannya ialah kos rawatan menjadi tinggi.
31
5. Persekitaran pekerjaan
KESAN POSITIF Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan di mana ada kekurangan tenaga buruh. Memberi peluang kepada warganegara Malaysia untuk menimba pengalaman di negara luar. Memberi peluang kepada pekerja Malaysia untuk menimba ilmu di syarikat transnational yang dimiliki oleh negara maju. Persaingan sihat dengan pekerja mahir dari luar dapat meningkatkan produktiviti.
32
Negara kehilangan kepakaran/ tenaga
KESAN NEGATIF Rakyat Malaysia terpaksa bersaing dengan buruh asing bagi mendapatkan kerja. Ini termasuklah tenaga mahir dan bukan mahir. Perbezaan budaya di antara pekerja menyukarkan satu persekitaran pekerjaan yang sihat dan berkesan. Transformasi buruh luar meningkat –migrasi secara haram terus meningkat. Negara kehilangan kepakaran/ tenaga mahir kerana pendapatan yang lebih tinggi ditawarkan oleh negara luar.
33
6. Kekeluargaan KESAN NEGATIF
Migrasi ke negara lain bagi mencari peluang kerjaya yang lebih cerah meruntuhkan institusi keluarga. Era globalisasi lebih mementingkan material dan kebendaan. Tuntutan kerja semakin berat kerana banyak persaingan. 24 jam sehari sudah tidak mencukupi. Ibu bapa terlalu banyak ‘outstation’. Ini menyebabkan ramai anak-anak terabai kerana ibu bapa sibuk bekerja. Peratus penceraian juga tinggi dan ramai memilih untuk tidak berumahtangga. Perkahwinan campur dengan negara luar sudah menjadi lumrah dan ikatan kekeluargaan dibina di atas nilai-nilai yang berbeza.
34
7. Alam sekitar KESAN POSITIF
Isu alam sekitar adalah isu global bukan lagi nasional. Banyak masalah dapat diselesaikan bersama seperti isu pencemaran laut hasil buangan sisa toksid. Teknologi dan kepakaran luar bagi mengekalkan alam sekitar dapat digunapakai di Malaysia. Contoh, teknologi rumah hijau. rumah lestari yang menggunakan solar sudah lama ada di US dan sekarang ini mula diperkenalkan di Malaysia.
35
KESAN NEGATIF 1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. Contoh, penebangan balak untuk perindustrian. Sekiranya ia tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global dsbnya.
36
8. Keselamatan KESAN POSITIF
Peraturan, dasar, piawaian, standard dan undang-undang dari negara luar digunapakai dan dikanunkan ke dalam statut bagi menjamin keselamatan. Contohnya, ‘common law’ ‘UN Convention’, Garis panduan PBB. Penggunaan undang-undang seragam perlu bagi menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan didengar di mahkamah antarabagsa. Ini dapat menyelesaikan konflik di antara negara dan dapat mengelakkan peperangan. Contoh penyelesaian kes pulau Batu Putih, Singapura.
37
KESAN NEGATIF Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. – pengganas , terrorist. Kebanjiran pelancong , pekerja asing dan pendatang tanpa izin menimbulkan masalah keselamatan. Peningkatan kadar jenayah adalah disebabkan oleh faktor ini. Negara maju seperti US telah bertindak sebagai polis dunia dan ‘menghalalkan’ peperangan atas faktor-faktor tertentu.
38
9. Perumahan/ tanah KESAN NEGATIF
Pengambilan tanah penduduk tempatan untuk perindustrian dan pelancongan. Contohnya di Langkawi, banyak tanah penduduk telah diambil terutama di kawasan stratergik di tepi pantai. Kerajaan atas desakan untuk meningkatkan sumber ekonomi telah mengambil tanah tersebut atas dasar ‘projek pembangunan’. Ini menyebabkan penduduk merempat di tempat sendiri.
39
Dasar negara atas tuntutan globalisasi telah membenarkan warga asing untuk membeli rumah di Malaysia yang melibatkan rumah kos tinggi. Ini menyebabkan; - pemaju lebih berminat untuk membuat rumah kos tinggi yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan penduduk tempatan. - membuka peluang kepada warga asing untuk memiliki aset di Malaysia yang sepatutnya diperuntukkan kepada penduduk tempatan.
40
10. Aktiviti sosial KESAN POSITIF
Hubungan dengan negara lain meningkat. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
41
KESAN NEGATIF Manusia lebih mementingkan diri sendiri (Individualistic) atas faktor material. Tanggungjawab sosial berkurangan dan lebih kepada mentaliti “Mind your own business”.
42
11. Kebudayaan dan liburan
KESAN POSITIF Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi - penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap. Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contoh: Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tanpa mengenali pun bahasanya. Dapat memperkenalkan makanan tempatan ke negara luar. Contoh nasi lemak.
43
KESAN NEGATIF Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global. Penyebaran budaya barat yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. Megubah gaya hidup penduduk Malaysia. ? : Bagaimana globalisasi boleh mengubah gaya hidup Malaysia.
44
KESAN GLOBALISASI TERHADAP GAYA HIDUP
MINAT PANDANGAN AKTIVITI
45
1. Aktiviti Aktiviti masa senggang banyak dihabiskan di alam siber.
Contoh; on-line game. Mencari kenalan sosial di dunia siber. Facebook 3. Internet lebih digunakan sebagai tempat mencari maklumat bukan lagi suratkhabar . 4. Cara hidup barat ditiru sebagai contoh mengamalkan seks bebas dan berhibur secara terlampau, kehidupan gay dan lesbian.
46
2. Minat Minat penduduk Malaysia sudah berubah. 1) Makanan
Jepun, Cina, India, Itali KFC, McDonald, Pizza Hut, Coca-cola, pepsi. 2) Fesyen Pierre Cardin, Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit, pakaian Laura Ashley, mempunyai tatu, bertindik di hidung, lidah. 3) Budaya muzik dan hiburan Jazz, rancangan Idol.
47
3. Pandangan/Pemikiran Globalisasi boleh mengubah ideologi masyarakat.
Ideologi barat telah di bawa ke Malaysia. Pemikiran barat seperti hak asasi manusia turut diperjuangkan di Malaysia. Hak asasi yang dituntut seperti, persamaan gender, kebebasan untuk mendapat maklumat, kebebasan untuk melakukan kesemua yang diingini termasuklah menukar jantina.
48
Pemikiran orang dahulu dianggap kolot, ketinggalan zaman.
Perubahan pemikiran dalam menentukan nilai sosial. “Orang dahulu” vs “orang sekarang”. Nilai- nilai hidup yang baru sering bercanggah dengan yang lama dan tumpuan diberi kepada pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman serta sahsiah seseorang. Pemikiran orang dahulu dianggap kolot, ketinggalan zaman. Orang yang kuat beragama dianggap pengganas dan kolot. Pemikiran dan budaya barat dianggap ‘modern’ dan ‘sophisticated’.
49
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Cermin diri masing-masing; i) Adakah globalisasi telah mengubah gaya hidup anda? ii) Adakah perubahan tersebut membawa kesan positif atau negatif pada diri anda? iii) Bagaimana anda dapat menggunakan faedah globalisasi untuk meningkatkan tahap hidup anda? iv) Bagaimana anda dapat menangkis kesan negatif globalisasi ke atas diri anda?
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.