Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FEM 4123 ADVOKASI KANAK-KANAK & KELUARGA

Similar presentations


Presentation on theme: "FEM 4123 ADVOKASI KANAK-KANAK & KELUARGA"— Presentation transcript:

1 FEM 4123 ADVOKASI KANAK-KANAK & KELUARGA
BHG 1:HAK KANAK-KANAK FEM 4123 ADVOKASI KANAK-KANAK & KELUARGA

2 APA ITU HAK? Perkara asas yang diperlukan untuk hidup sempurna dan sejahtera dalam masyarakat. Undang-undang melindungi hak asasi bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Badan dunia yang menetapkan hak-hak asasi yang boleh dinikmati oleh semua orang – PBB. Malaysia – Bahagian II, Artikel 5-13 Perlembagaan Persekutuan.

3 Sambungan Contoh: Artikel 5 – kebebasan personal,
Artikel 8 – persamaan di segi undang-undang, Artikel 10 – kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, Artikel 11 – hak mendapat pendidikan.

4 Sambungan Hak kanak-kanak dalam undang-undang merupakan isu global.
Kanak-kanak adalah kumpulan sosial yang istimewa dalam masyarakat dan mereka perlukan penjagaan serta perhatian yang sewajarnya. Kenapa perlu penjagaan dan perhatian? Faktor bawah umur. Belum matang. Perlu ada mekanisma formal untuk pastikan hak dilindungi.

5 SIAPAKAH KANAK-KANAK? Artikel 1 Konvensyen Mengenai Kanak-Kanak 1989, PBB: “…a child means every human being below the age of eighteen years UNLESS under the law applicable to the child, majority is attained earlier.” “UNLESS” menjelaskan definisi kanak-kanak boleh berbeza daripada satu undang-undang kepada undang-undang yang lain atau satu negara ke satu negara yang lain – local scenario. Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 juga mempunyai peruntukan yang sama. Islam – individu yang belum akil baligh. Matang adalah kriteria yang menentukan kanak- kanak atau dewasa.

6 HAK KANAK-KANAK DALAM UNDANG-UNDANG ROMAN
Undang-undang Roman melalui konsep patria potestas mengiktiraf bapa sebagai ketua keluarga (paterfamilias). Bapa mempunyai kuasa penuh terhadap kehidupan anak-anak. Hanya bapa dibenarkan mempunyai harta dan sebarang harta anak-anak adalah haknya juga. Anak-anak seumpama komoditi atau hamba kepada bapanya. Boleh diusir, dijual atau diperlakukan mengikut kepentingan keluarga.

7 HAK KANAK-KANAK DALAM UNDANG-UNDANG COMMON
Undang-undang mengiktiraf anak-anak drpd perkahwinan yang sah sebagai tanggungjawab bapa. Bapa berhak terhadap legal custody anak sehingga anak mencapai umur 21 tahun. Bapa bertanggungjawab memberi pendidikan, menentukan agama dan menjaga kebajikan anak- anak.

8 Sambungan “The father had natural right to the custody of his children. The mother was not entitled to have any control over them, she was entitled only to their reverence and respect”, Blackstone. His duty to protect carried with it the correlative right to the custody of all minor children. This right is absolute even against the mother. R v. De Manneville (1804) 5 East Tindakan bapa mengambil anaknya yang berumur 8 bulan secara paksa ketika sedang disusukan ibunya diputuskan sah oleh mahkamah. Physical control represented the kernel of this right.

9 INTERVENSI EKUITI Intervensi equiti menyebabkan bapa tidak lagi mempunyai hak mutlak terhadap anak-anak. Intervensi ini berasaskan kuasa prerogative Raja sebagai parens patriea ( the state as parent) yang boleh campurtangan untuk melindungi rakyatnya yang belum sui juris. Equiti tidak akan teragak-agak untuk menarik balik hak bapa terhadap anak, jika bapa berniat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebajikan kanak-kanak terlibat.

10 Sambungan Lord Usher MR dalam kes R v. Gyngall [1893] 2 QB 232,
“The court is place in a position…to act as supreme parent of the child, and must exercise that jurisdiction in the manner in which a wise, affectionate, and careful parent would act for the welfare of the child…”.

11 Sambungan Pertimbangan utama: best interest of the children.
Points to ponder: The doctrine can be interpreted as allowing government interests to replace interests children may wish to express on their own behalf. Assumes that what the government wants matches what the child need, which may or may not be true.

12 PERKEMBANGAN ABAD KE 19 Pada abad ke 19, parlimen di England meluluskan beberapa statut yang memberi hak penjagaan kepada ibu. Talfourd’s Act 1839 – mahkamah boleh memberi ibu hak penjagaan sehingga anak mencapai umur 7 tahun dan hak akses sehingga anak berumur 21 tahun. Custody of Infant Act 1873 – mahkamah boleh memberi ibu hak penjagaan sehingga anak berumur 21 tahun.

13 Sambungan Kes Austin v Austin (1865) 55 ER 634, per Sir John Rommily,
“…no thing and no person, and no combination of them can, in my opinion with regard to a child of tender years, supply the place of a mother, and the welfare of the child is so intimately connected with its being under the care of the mother, that no extent of kindness on the part of any person can supply that place”.

14 PERKEMBANGAN ABAD KE 20 Guardianship of Infants Act Hak sama rata di antara bapa dan ibu. The new gender-neutral best interest doctrine. Menurut perspektif psikologi, peranan ibu bapa boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang layak, termasuklah ibu bapa biologi atau ibu bapa angkat – orang yang mengasihi kanak-kanak tersebut.

15 Sambungan Peranan sebagai ibu bapa tidak boleh diberi kepada individu dewasa yang cuai walaupun individu itu ibu atau bapa kepada kanak-kanak tersebut. Contoh kes: Wellesly v. Wellesly (1827), bapa yang mempunyai tingkah laku tidak sopan (scandalous) didapati tidak layak menjaga anak-anaknya.

16 HAK KANAK-KANAK : SENARIO ANTARABANGSA
Pengisytiharan Hak Kanak-kanak 1924 (Deklarasi Geneva) merupakan titik tolak pengiktirafan hak kanak-kanak secara global. Diterimapakai oleh Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Article 1 : The child must be given the means requisite for its normal development both materially and spiritually.

17 Sambungan Article 2 : The child that is hungry must be fed; the child that is sick must be helped; the child that is backward must be reclaimed; and the orphan and the waif must be sheltered and secured. Rights tend to be of two general types: Rights of empowerment – those advocating for children as autonomous persons under the law. Rights to protection - those placing a claim on society for protection from harms perpetrated on children because of their dependency.

18 KESIMPULAN Undang-undang hak kanak-kanak berinteraksi dengan kehidupan kanak-kanak yg berkaitan: Delinkuensi juvana. Proses untuk kanak-kanak yang terlibat dalam sistem keadilan jenayah. Representasi yang sesuai dan perkhidmatan pemulihan yang berkesan. Penjagaan dan perlindungan untuk kanak-kanak dalam penjagaan negeri. Memastikan pendidikan untuk semua kanak- kanak tanpa mengira asal, kaum, jantina, kecacatan atau kebolehan mereka. Penjagaan kesihatan dan advokasi.

19 BHG 2: AKTA KANAK-KANAK 2001

20 PENGENALAN AKK 2001 Undang-undang yang berhubungan dengan perlindungan kanak-kanak di Malaysia wujud seawal tahun Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana; Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Akta Kanak-Kanak 2001 diluluskan berikutan keperluan untuk ubah hala tuju konsep perlindungan kanak-kanak dan sejajar dengan perkembangan semasa.

21 AKTA KANAK-KANAK 2001(AKK 2001)
Suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak- kanak. Mengiktiraf kanak-kanak sebagai kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahiran.

22 Sambungan… Mengiktiraf semua kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan dan bantuan dalam segala hal. Mengakui keluarga berperanan penting bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan semua anggotanya terutama kanak-kanak. Fokus utama peruntukan dalam AKK 2001: ibu bapa atau penjaga akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat akan keadaan anak-anak mereka.

23 Sambungan… Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak- Kanak dan Pasukan Perlindungan Kanak- Kanak. Seksyen 17 - keadaan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan. Seksyen 17(2) – apa yang dikatakan penderaan/penganiayaan. Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak- Kanak dan Pasukan Perlindungan Kanak- Kanak. Seksyen 17 - keadaan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan. Seksyen 17(2) – apa yang dikatakan penderaan/penganiayaan.

24 TANGGUNGJAWAB UNDANG2 Tugas untuk memaklumkan: Seksyen28(1) mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada Pelindung jika mereka mempunyai alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang; terdedah atau teraniayai dari segi seks. Mengapa tanggungjawab kepada ahli keluarga? Kegagalan memaklumkan – sabit kesalahan (s. 28(2) dan (3).

25 Sambungan Kehadiran ibu bapa atau penjaga semasa perbicaraan: s. 88(1). Penyempurnaan bon berkelakuan baik. Pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya oleh ibu bapa atau penjaga: s.93(1). Tanggungjawab untuk tidak menganiaya, mengabai, membuang atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya : s. 31(1). Kanak-kanak sebagai pengemis dan lain-lain: s.32

26 Sambungan Membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan: s. 33.
Sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga: s. 108. Pembayaran pampasan oleh ibu bapa atau penjaga: s. 94(2).

27 RUMUSAN Akta Kanak-kanak 2001merupakan satu undang-undang komprehensif yang melindungi kanak-kanak. Mengandungi peruntukan baharu dan juga pertuntukan sedia ada dalam akta-akta terdahulu. Digubal dengan mengambil spirit Konvensyen Kanak-kanak 1989.

28 RUMUSAN Menekankan tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga tidak akan terlepas jika kanak-kanak di bawah jagaan mereka terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah. Penglibatan ibu bapa atau penjaga dalam menangani masalah sosial kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

29 RUMUSAN Ibu bapa atau penjaga sebagai pemegang amanah.
Kesempurnaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.


Download ppt "FEM 4123 ADVOKASI KANAK-KANAK & KELUARGA"

Similar presentations


Ads by Google