Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byIndra Sanjaya Modified over 6 years ago
1
SEMESTER 1 2016/2017 FEM3001 – UNIT ASAL MANUSIA PJJ F2F 1, 27 OGOS 2016
2
↠ matlamat utama pembangunan manusia.
FALSAFAH, KONSEP DAN KEJADIAN MANUSIA Konsep pembangunan manusia: aspek seperti kemajuan ekonomi, pendidikan, kesihatan, kesejahteraan hidup, perlakuan dan prinsip moral. ↠ matlamat utama pembangunan manusia. Pembangunan manusia boleh ditakrifkan sebagai proses memperluas kebebasan dan peluang rakyat dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka (Measure of America, a project of the Social Science Research Council, 2016). SNY/FEM3001/SEM1/ 2
3
Perspektif perkembangan - pembangunan manusia sebagai kajian saintifik proses perubahan dan kestabilan perkembangan manusia, bermula daripada kehamilan hingga akhir hayat (Arnett, 2015). Sigelman dan Rider (2015) - pembangunan manusia sebagai perubahan sistematik dan kesinambungan dalam perkembangan individu yang berlaku di antara kehamilan dan kematian. Perubahan sistematik dan kesinambungan ini berlaku dalam tiga domain yang luas, iaitu, perkembangan fizikal, kognitif dan psikososial. SNY/FEM3001/SEM1/ 3
4
Difahami secara holistik dengan menggunakan perspektif ekologikal.
Manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang dinamakan INSAN ….. dalam konteks interaksi dan transaksi berlaku mempengaruhi kualiti hidup insan dan juga kualiti persekitaran. Difahami secara holistik dengan menggunakan perspektif ekologikal. Tunjang kepada penelitian tentang manusia adalah kepercayaan kepada Tuhan Penelitian terhadap pembangunan manusia dilakukan melalui proses saintifik - membuat huraian, penerangan, dan jangkaan terhadap sesuatu fenomena membantu untuk mengubah tingkah laku. SNY/FEM3001/SEM1/ 4
5
Difahami secara holistik dengan menggunakan perspektif ekologikal.
Manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang dinamakan INSAN ….. dalam konteks interaksi dan transaksi berlaku mempengaruhi kualiti hidup insan dan juga kualiti persekitaran. Difahami secara holistik dengan menggunakan perspektif ekologikal. Tunjang kepada penelitian tentang manusia adalah kepercayaan kepada Tuhan Penelitian terhadap pembangunan manusia dilakukan melalui proses saintifik - membuat huraian, penerangan, dan jangkaan terhadap sesuatu fenomena membantu untuk mengubah tingkah laku. SNY/FEM3001/SEM1/ 5
6
Kajian tentang pembangunan manusia menerangkan bagaimana individu berubah sepanjang kehidupannya, kenapa perubahan ini berlaku, dan perbezaan individu dalam perkembangan. Perubahan dan perbezaan individu dalam perkembangan mempunyai perhubungan yang rapat dengan natur (nature) dan persekitaran. Pemahaman tentang pembangunan manusia sangat penting untuk menangani pelbagai isu dan cabaran kehidupan seperti membezakan di antara perkembangan yang normal dan tidak normal, penuaan dan masalah sosial. SNY/FEM3001/SEM1/ 6
7
Pendekatan ini dinamakan preformationism.
PERSPEKTIF SEJARAH Abad 6 – 15: kanak-kanak dianggap sebagai dewasa memerlukan perlindungan Pendekatan ini dinamakan preformationism. Abad 16: agama Protestan menuntut ibu bapa supaya mengasuh anak dengan ketat. Tujuannya adalah supaya kanak-kanak dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Abad 17: John Locke kanak-kanak dilahir dengan tabula rasa Perkembangan dibentuk oleh pengalaman diperolehi persekitaran --- manusia adalh produk persekitaran. Kanak-kanak dianggap sebagai ‘passive mechanistic”. SNY/FEM3001/SEM1/ 7
8
↝ mempunyai keupayaan dan aktif menentukan arah perkembangan diri.
Abad ke-18: Jean Jacques Rousseau - kanak-kanak adalah novel savages: ↝ mempunyai kecenderungan semula jadi dan dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Perkembangan berlaku mengikut tahap; dan ditentukan oleh faktor alamiah/ genetik. Kanak-kanak sebagai individu organismic. ↝ mempunyai keupayaan dan aktif menentukan arah perkembangan diri. Doktrin innate goodness - semua kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan baik. Konsep tahap dan kematangan perkembangan mengandaikan bahawa perkembangan tidak berlaku secara berterusan. SNY/FEM3001/SEM1/ 8
9
Dua prinsip utama: natural selection dan survival of the fittest.
PERSPEKTIF SAINS Akhir abad ke19: memerhati pertumbuhan dan perkembangan anak sendiri - baby biographies. Charles Darwin - mengkaji variasi dalam spesis tumbuhan dan haiwan; mendorong pembentukan teori evolusi. Berpengaruh terhadap teori awal perkembangan manusia - penekanan terhadap asas universal dan biologi Dua prinsip utama: natural selection dan survival of the fittest. Memberi fokus kepada adaptasi fizikal dan tingkah laku. SNY/FEM3001/SEM1/ 9
10
PERSPEKTIF SAINS Abad ke-20: era normatif.
kajian untuk memahami tingkah laku manusia dilakukan terhadap khalayak yang ramai supaya dapatan yang diperolehi mencerminkan ciri normatif kelompok berkenaan. bermula dengan kajian G. Stanley Hall tentang perkembangan kanak-kanak. Hall mengkaji kanak-kanak dengan mengumpul data menggunakan borang soal selidik dan saiz sampel yang besar. SNY/FEM3001/SEM1/ 10
11
Era pengujian mental atau kognitif.
PERSPEKTIF SAINS Abad ke-20: era normatif. Hall percaya bahawa perkembangan manusia ditentukan oleh faktor genetik. Arnold Gessell: aspek perkembangan tertentu akan berlaku secara automatik apabila telah tiba masa matang. Perkembangan berlaku sama seperti sekuntum bunga yang akan berkembang apabila sampai masanya. Era pengujian mental atau kognitif. Stanford-Binet Intelligence Test untuk mengukur kecerdasan mental kanak-kanak. Sejak itu, alat ujian ini terus digunakan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan mental kanak-kanak. SNY/FEM3001/SEM1/ 11
12
INSAN - hasil koordinasi akal/fikiran dan jiwa.
PERSPEKTIF AGAMA Manusia: makhluk ciptaan Tuhan yang termulia - mempunyai fikiran dan jiwa. INSAN - hasil koordinasi akal/fikiran dan jiwa. Sebagai khalifah - diberi amanah untuk memajukan dunia dan melahirkan masyarakat yang berintegriti, bermoral dan adil; dan berlandaskan perintah Allah SWT. Dua sifat yang bertentangan: 1) mempunyai diri yang luhur (bersifat ‘aqli). 2) diri yang rendah (bersifat kehaiwanan) (Yusoff, 1989). Manusia mempunyai akal dan nafsu yang membolehkan mereka memenuhi tuntutan kehidupan seharian. SNY/FEM3001/SEM1/ 12
13
Nafsu adalah asas kepada realiti kehidupan manusia.
PERSPEKTIF AGAMA Nafsu adalah asas kepada realiti kehidupan manusia. Nafsu yang mendorong dan mendesak tingkah laku manusia mempunyai peringkat-peringkatnya: ammarah, lawwamah, mulhamah, dan mutma’innah SNY/FEM3001/SEM1/ 13
14
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Perkataan ekologi: perkataan Greek oikus - rumah atau keluarga. Ekologi manusia - kajian tentang individu dalam konteks keluarga, rumah tangga dan persekitaran. Ernest Haeckel (1969): individu terbentuk dan berkembang hasil interaksi antara persekitaran dan heriditi. sarankan satu cabang sains untuk meneliti organisma dalam persekitaran. Ellen Swallow Richards cadangkan pewujudan bidang kajian saintifik untuk meneliti pengaruh persekitaran rumah tangga terhadap keluarga. berdasarkan kajian beliau tentang kualiti udara dan air, kebersihan, makanan dan pemakanan merumuskan bahawa tingkah laku, kesihatan dan persekitaran manusia mempunyai perkaitan yang rapat. SNY/FEM3001/SEM1/ 14
15
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Teori ekologi manusia adalah berdasarkan komponen utama Teori Sistem Umum dan Teori Ekologi Keluarga. Teori sistem umum mengenengahkan konsep menyeluruh (holistic atau holism). Organisma atau benda hidup dipersepsi sebagai ‘keseluruhan yang berinteraksi’, di mana keseluruhan itu lebih besar daripada gabungan pelbagai bahagian organisma (the whole is greater than the sum of its parts). SNY/FEM3001/SEM1/ 15
16
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Setiap sistem mempunyai empat (4) elemen iaitu objek, atribut, perhubungan, dan persekitaran. Objek - sebahagian daripada sistem/ elemen asas dalam sistem. Atribut merujuk kepada kualiti dan sifat sistem dan ahlinya. Perhubungan adalah tentang hubungan antara atau dalam kalangan elemen sistem - objek dan persekitaran. Persekitaran pula merujuk kepada apa saja yang berada disekeliling objek, individu atau organisma. SNY/FEM3001/SEM1/ 16
17
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Ekosistem adalah juga sejenis sistem dan ianya merupakan sistem ekologikal. Ekosistem terdiri daripada organisma (O) dan persekitarannya (P). Mengkaji dan menghuraikan perhubungan timbal balik antara organisma dan persekitaran. Unit kehidupan berada dalam satu ekosistem di mana semua organisma mempunyai perhubungan timbal balik antara satu sama lain dan juga dengan persekitaran di mana mereka wujud. SNY/FEM3001/SEM1/ 17
18
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Manusia dan persekitaran saling mempengaruhi satu sama lain. Perubahan sosial dan kemajuan ekonomi serta teknologi mengubah persekitaran. Perubahan persekitaran yang tidak terkawal boleh menjejaskan kualiti kehidupan. Oleh itu, manusia memainkan peranan penting dalam mengenakan kawalan terhadap kehidupan dan persekitaran untuk menjamin hidup yang berkualiti. Ekosistem perlu sentiasa wujud dalam keadaan seimbang dan stabil. Walaupun perubahan berlaku secara berterusan, ekosistem perlu mencari dan mencapai titik keseimbangan yang dinamakan homeostasis. Justru organisma perlu membuat adaptasi secara berterusan untuk mencapai homeostasis. SNY/FEM3001/SEM1/ 18
19
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Proses dalam persekitaran yang kompleks dan memberi kesan positif, negatif atau kedua-duanya sekali --- asas kaji individu dalam persekitaran (person-in-environment). Selaras dengan prinsip pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam konteks perhubungan – perhubungan antara manusia dan manusia dengan persekitaran. Pembangunan manusia yang menggunakan pendekatan ekologikal merupakan konsep pelbagai dan antara disiplin.... keunikan pendekatan ekologikal. Memberi fokus kepada interaksi dua hala, saling perhubungan dan saling mempengaruhi antara organisma, iaitu individu dan keluarga, dengan persekitaran, membolehkan manusia difahami secara holistik. SNY/FEM3001/SEM1/ 19
20
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Beatrice Poulucci menggunakan pendekatan ekonomi rumah tangga untuk memahami perkembangan individu dalam persekitaran. Keluarga adalah satu sistem sosial yang bergantung kepada persekitaran semula jadi dan persekitaran sosial. Margaret Buboltz dan Susan Sontag - manusia di kelilingi oleh tiga persekitaran utama iaitu, persekitaran semula jadi atau persekitaran biofizikal, persekitaran sosiobudaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia. Persekitaran diklasifikasi berdasarkan sumber yang terdapat di dalamnya ataupun berdasarkan saiznya. SNY/FEM3001/SEM1/ 20
21
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Persekitaran – mengikut saiz : mikro dan makro. Urie Bronfenbrenner: Teori Sistem Ekologikal tentang perkembangan manusia. Susun atur sistem persekitaran dan bagaimana pelbagai tahap persekitaran mempengaruhi perkembangan. Teori Bioekologikal: bagaimana biologi dan persekitaran memainkan peranan dalam menghasilkan perkembangan. Lima tahap sistem persekitaran daripada yang paling hampir (kecil) dengan individu kepada yang paling jauh (luas): sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. SNY/FEM3001/SEM1/ 21
22
PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM KONTEKS EKOLOGIKAL
Sistem makro Sistem ekso Sistem meso S i s t e m K r o n o Sistem mikro D i m e n si M a s a Individu Sistem mikro SNY/FEM3001/SEM1/ 22
23
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Teori adalah satu set konsep yang berkait secara logik atau pernyataan yang tersusun dan menyatu --menghurai, menerang dan membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena. Perspektif psikoanalitik, pembelajaran, kognitif, kontekstual dan sosiobiologikal Perspektif psikoanalitik. Sigmund Freud: fokus kepada dorongan biologi dan psikologi yang menggerak tingkah laku & perkembangan. percaya bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan biologi. Naluri seksual yang berasaskan biologi menggerakkan tingkah laku dan megemudikan perkembangan. SNY/FEM3001/SEM1/ 23
24
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Dorongan seksual mesti dikawal dengan :menyalurkannya kepada tingkah laku yang boleh diterima masyarakat. Perkembangan berlaku melalui lima tahap perkembangan psikoseksual. Justru, teori Freud dinamakan Teori Psikoseksual. Lima tahap perkembangan psikoseksual Freud ialah: tahap mulut (lahir hingga satu tahun), tahap dubur (satu hingga tiga tahun), tahap phallic (tiga hingga lima tahun), tahap pendaman (lima tahun hingga baligh) dan tahap genital (baligh hingga dewasa). SNY/FEM3001/SEM1/ 24
25
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Erikson memberi penekanan kepada pengaruh konteks sosial terhadap perkembangan, manakala Freud memfokus kepada konteks seksual. Teori Psikososial yang dikemukakan oleh Erik Erikson merupakan teori sepanjang hayat yang menerangkan bahawa perkembangan individu berlaku melalui lapan tahap konflik psikososial. Menurut teori Erikson, kedua-dua biologi dan persekitaran mempunyai peranan yang sama penting dalam perkembangan. SNY/FEM3001/SEM1/ 25
26
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Lapan tahap perkembangan psikososial yang dimaksudkan ialah: percaya berlawan tidak percaya (lahir sehingga 18 bulan), autonomi berlawan malu & ragu-ragu (18 bulan - 13 tahun), inisiatif berlawan perasaan bersalah (tiga - lima tahun) rajin/gigih berlawan rasa rendah diri (enam - 12 tahun) identiti berlawan kekeliruan peranan ( tahun), Kemesraan berlawan pemencilan ( tahun), Generativiti berlawan penyerapan kendiri ( tahun) integriti ego berlawan putus asas/sedih (65 tahun ke atas). SNY/FEM3001/SEM1/ 26
27
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Pada setiap kehidupan, wujud krisis normatif yang perlu ditangani dan diselesaikan. Walaupun krisis pada tahap yang lebih awal tidak mampu diselesaikan, individu didorong oleh kematangan biologi dan tuntutan sosial untuk memasukki tahap kehidupan seterusnya. Konflik pada tahap yang lebih awal, jika tidak dapat diselesaikan dengan baik, akan mempengaruhi pencpaian tahap hidup yang seterusnya. SNY/FEM3001/SEM1/ 27
28
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Pembelajaran: Perkembangan adalah hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran. Fokus kepada associative learning di mana hubungan mental antara dua peristiwa terbina. Proses pembelajaran dinamakan pelaziman: pelaziman klasik dan pelaziman operan. Ivan Pavlov: pelaziman klasik merujuk kepada pembelajaran berasaskan perhubungan antara stimulus yang biasanya tidak mencetuskan gerak balas tertentu dan stimulus lain yang menghasilkan gerak balas. SNY/FEM3001/SEM1/ 28
29
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Pembelajaran: Diaplikasi oleh John B. Watson terhadap kanak-kanak. Beliau percaya kanak-kanak boleh dilentur mengikut pilihan kita. Penulisan Watson mempengaruhi ibu bapa untuk menggunakan pendekatan ini dalam membesarkan anak-anak. SNY/FEM3001/SEM1/ 29
30
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Pembelajaran: Pelaziman operan merujuk kepada pembelajaran yang berasas kepada hubungan antara tingkah laku dan akibat yang diterima daripada tingkah laku tersebut. B.F. Skinner ( ) mendapati bahawa organisma akan mengulangi tingkah laku yang mendapat peneguhan positif dan memadamkan tingkah laku yang mendapat hukuman. Peneguhan adalah suatu proses yang menggalak dan mengukuhkan pengulangan tingkah laku yang sepatutnya. Tingkah laku yang mendapat hukuman pula menjadi lemah dan kurang kemungkinan untuk diulangi. Prinsip pelaziman berpendirian bahawa perkembangan bergantung kepada dan dibentuk oleh pengalaman. SNY/FEM3001/SEM1/ 30
31
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Teori Pembelajaran Sosial atau Teori Kognitif Sosial (Albert Bandura, 1989) menekankan bahawa proses kognitif adalah asas kepada perkembangan. Umumnya, tingkah laku dipelajari dengan memerhati dan meniru model-model tertentu. Pengaruh terhadap perkembangan secara dua hala. Persekitaran mempengaruhi manusia dan manusia juga mempengaruhi persekitaran. SNY/FEM3001/SEM1/ 31
32
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Kognitif. Meneliti bagaimana proses mental berubah dengan peningkatan usia. Jean Piaget ( ) menerangkan perkembangan melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu: deriamotor (lahir hingga 2 tahun), praolahan (dua hingga tujuh tahun), olahan konkrit (tujuh hingga 12 tahun) dan olahan formal (12 tahun ke atas). SNY/FEM3001/SEM1/ 32
33
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Kognitif. Meneliti bagaimana proses mental berubah dengan peningkatan usia. Jean Piaget ( ) menerangkan perkembangan melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu: deriamotor (lahir hingga 2 tahun), praolahan (dua hingga tujuh tahun), Olahan konkrit (tujuh hingga 12 tahun) dan olahan formal (12 tahun ke atas). SNY/FEM3001/SEM1/ 33
34
TEORI PERKEMBANGAN YANG LAIN
Perspektif Kontekstual. Meneliti manusia sebagai sebahagian daripada persekitaran yang tidak boleh dipisahkan Teori Bioekologikal oleh Urie Bronfenbrenner). Perspektif Sosiobiologikal. Teori etologi mengkaji tingkah laku adaptif spesis haiwan dan membuat kesimpulan tentang jenis tingkah laku yang universal, yang khusus untuk spesis tertentu dan yang bergantung kepada budaya. Kajian Lorenz terhadap haiwan, John Bowlby (1969) mengaplikasi prinsip etologi kepada perkembangan manusia dan memperkenalkan Teori Perapatan. Beliau membuat kesimpulan bahawa ikatan perhubungan ibu bapa dengan anak sebaik anak dilahirkan adalah amat penting untuk kelangsungan hidup anak berkenaan. SNY/FEM3001/SEM1/ 34
35
PRINSIP PEMBANGUNAN MANUSIA
PRINSIP PEMBANGUNAN MANUSIA perkembangan manusia adalah hasil kerjasama antara sejadi dan asuhan (nature dan nurture). semua domain perkembangan (fizikal, kognitif dan sosioemosi) adalah saling berkait antara satu dengan lain hasil perkembangan berubah mengikut masa dan konteks perkembangan dicirikan oleh kelangsungan dan bukan kelangsungan. SNY/FEM3001/SEM1/ 35
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.